“Macam mana malam
tadi, nyenyak tidurnya? Maklumlah sesekali bila berubah tempat dari kebiasaan
sesetengah orang tidak boleh hendak tidur nyenyak.”
“Itu orang lain
mama. Saya ni pantang letak kepala ke bantal terus hilang dari dunia nyata. Lena sungguh.” Tukas anak itu menyanggah sangkaan
mamanya. Dengan sentiasa ramah senyum
menguntum menceriakan suasana pagi..
Mak Kiah meletakan
mihun goreng yang masih panas kerana baru saja usai di goreng. Baunya yang
harum enak menguasai ruang itu menterjemahkan kelazatannya. Majmin mengambil
piring yang tersedia dan menyendok mihun itu ke dalamnya.
Dia menyodorkan
piring yang siap berisi itu kepada anaknya. Mihun yang mengandungi nutrisi
pemakanan seimbang. Di dalamnya terkandung, protin, kabohidrat, lemak, mineral
serat dan pelbagai zat untuk kesegaran, tumbesaran, energi untuk tubuh badan
dari resepi yang tergaul di dalamnya.
Resepi yang tidak
tetap ramuannya. Sentiasa ditokok-tambah mengikut kesesuaian selera dan yang
utamanya mengikut bahan yang ada disimpan
di dalam peti sejuk menurut mak Kiah.
Mak Kiah
seringkalinya berbuat begitu kerana tidak mahu susah-payah memikirkan apa yang
tidak ada buat diadun di dalam mihun yang digorengnya. Yang penting ada bahan
utamanya seperti mihun, sayur, cili, daging @ udang @ telor.
“Malam tadi kata
Rizal hendak menyambung pelajaran peringkat Master di UK .”
“Begitulah mama.
Tapi rasanya hendak berihat dulu sekejap.” Anak itu mengakuinya. Dia bergerak
pula ke sinki untuk membasuh kedua-dua tangannya. Kata ustaz di sekolah
rendahnya dahulu, berwuduk dulu sebelum makan. Maksudnya bukan berwuduk kerana
mengambil air sembahyang tetapi berwuduk membasuh tangan.
“Baguslah begitu.
Sudah penat belajar memerah otak untuk mendapat ijazah yang baik pencapaiannya,
eloklah dilupakan sekejap semua perkara tentangnya. Berehatlah dulu, tenangkan
fikiran. Lapangkan otak.” Majmin berkata begitu tanpa memandang kepada anaknya
kerana perhatiannya tertumpu kepada suaminya yang telah berada di ruangan itu..
“Bagaimana kalau
sementara tu Rizal berkerja dahulu dengan ayah. Tidaklah kelak Rizal merasa
bosan kerana tidak ada sebarang aktiviti.” Majmin memberi saranan. Anak matanya
yang lirih jatuh di wajah suaminya.
“Betul tu...hari
ni pun boleh mula.” Balas Datuk Shaari tanpa sebarang keraguan. Tidak membantah
apa-apa. Malah merangsang pula. Keputusan yang amat meyakinkan dipertuturkan.
“Abang ni...biar
betul sikit kalau nak bercakap tu. Anak kita ni baru saja balik. Biarlah dia
berehat dulu.” Shaari terangguk-angguk menyetujui usulan Majmin pula. Dan
menyedari keterlanjurannya menyatakan sesuatu secara tergopoh-gopah.
“Terima kasih
ayah. Nantilah Rizal fikirkan dulu. Kalau boleh Rizal tidak mahu berkerja di
KLni. Biarlah di pedalaman. Jauh sikit dari KL.” Rizal menyebut basmalah
sebelum menyuap mihun goreng ke
mulutnya. Baunya yang bersemarak aroma kelazatannya mengait seleranya agar
segera menjamah.
Dia
mengintai-ngintai kelibat Mak Kiah kerana hendak mengajak pembantu rumahnya itu
makan bersama. Mak Kiah masih sibuk mengurusi kerja-kerjanya di dapur.
Melakukan kerja-kerja yang disukainya setiap hari walau penat sekalipun tidak
terasa sangat baginya.
Datuk Shaari
memandang anaknya dengan persoalan. Hatinya diserabuti pertanyaan mendengarkan
ketentuan pilihan anaknya.
“Mana ada kerja di
kawasan terpencil dengan ijazah yang kau ada tu?” kepalanya tergeleng-geleng
selari dengan tutur katanya. ‘Macam-macam budak-budak sekarang ni. Suka cari
masalah. Kesenangan sudah berada di depan mata hendak ditolaknya.’ Hatinya
memprotes. Padanya keputusan anaknya itu langsung tidak dapat diterima lojik
akal.
“Azmi dah hantar
notis berhenti kerja di Resort Sri Jelapang. Biar Rizal yang urus resort tu.
Buat sementara saja sebelum mendapat pengganti Azmi. Kau nak urus resort mama
tu tak?” Shaari terkedu. Dia tidak gembira mendengar keputusan itu.
Kejora mata isterinya ditauti dengan tajam.
Namun apa yang merusuh mindanya tersimpan sebagai rahsia.
“Hai Min, ke situ
pula hendak kau hantar anak kita. Sudah lama dia berpisah dengan kita kerana
belajar di US
sekarang hendak ke pulau di Pahang pula berjauhan dengan kita. Saya tak berapa
setuju. Tapi terpulanglah padanya.” Sahutnya jengkel dengan kata putus
isterinya.
Dia sangat
berharap anaknya itu tidak akan menyetujui cadangan isterinya itu.
Bunga-bunga pertengkaran yang mulai mercik
halus itu tidak digemari mencemari suasananya, spontan terlintas sesuatu di
kotak fikirnya buat menyapu dan membersihkannya. Rizal segera mencelah.
“Saya belum buat
keputusan lagi ayah. Samaada hendak menguruskan Resort Sri Jelapang atau tidak.
Rizal hendak berehat dulu. Tidur, baring, makan dan minum saja dulu. Sesekali
saya akan sampai ke opis untuk mengintai suasana berkerjanya samaada
bersesuaian dengan saya. Dan saya akan berkerja di sana. Tapi itu bukan janji…”
“Jangan lama
sangat buat keputusan tu. Ayah memang perlukan bantuan Rizal untuk menguruskan
Shipping Company tu.” Suara ayahnya tegas kedengaran. Tapi dia tidak
menanggapinya sangat serius.
“Min, abang ke
opis dulu. Waktu makan tengahari abang tak dapat balik. Rasanya sampai ke malam
abang kena berkerja di opis kerana nak pastikan kaki-tangan opis menyiapkan
kertas kerja perjanjian dengan PERNAS (Permodalan nasional) tentang
pengangkutan barang-barang perabot dan pelbagai kraftangan tempatan yang hendak
di eksport ke German menggunakan kapal-kapal milik syarikat kita.” Dia
memandang isterinya dan Rizal bersilih arah.
Dan sudah pula
menghabiskan mihun di piringnya. Tangan kanannya memegang cawan yang berisi air
necafe susu panas dan membawa ke bibirnya. Dia menghirupnya perlahan. Tidak
dihabiskan air Nescafe susu yang masih beruap kerana panas. Sedikit saja yang
berupaya dihirup. Diletakan semula cawan yang dipegangnya di atas meja.
“Min dan Rizal
makanlah dulu, tidak usah hendak tunggu abang balik.” Sambungnya lagi. Serius
dan sangat penting sekali tugasan yang digambarkannya pada isterinya itu.
Perihalnya sebenarnya tidaklah sebegitu. Sememangnya ada tugasan seperti yang
disebutkan itu. Tetapi tidak langsung melibatkan dirinya. Dia hanya tahu
siapnya saja.
Yang
berungkus-lumus melakukan semua tugasan itu tentulah para petugasnya yang
sangat didikasi terhadap kerjaya yang memberikan sara-hidup yang setimpal
dengan keadaan sosio ekonomi masa kini. Staf yang dibayar gaji sepadan dengan
keupayaan dan kerja yang dilakukan.
Sambung baca cerita...
ReplyDeletetapi part mi hoon tu...buat rasa lapar lah pulak...hehe..
TQ FIDAH RAJIN IKUTI SAMBUNGANNYA...MESTI XSARAPAN LAGI NI...MKN BIHUN SEDAP JUGA TU..
ReplyDeleteMak Kiah punya beehoon tu kakak membayangkan haha...
ReplyDeleteDatin tak dpt hidu lagi. Tapi kakak rasa anak dia akan tahu juga kelak..
Hati-hati Dato' :)
Heh..heh.. mmg sedap bihun mak kiah tu...dato' masih leka dgn lakunya tu...tq kakzakie.
ReplyDeleteAsa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.