Daerah Temerloh merekodkan jumlah mangsa banjir teramai iaitu 19,875 orang daripada 4,831 keluarga di 62 pusat pemindahan.
Ini diikuti daerah Pekan dengan 9,387 orang daripada 2,245 keluarga di 40 pusat pemindahan, Jerantut (6,025 orang;1,440 keluarga)di 59 pusat pemindahan.
Daerah Maran pula mencatatkan 4,351 mangsa daripada 1,135 keluarga di 32 pusat pemindahan, Kuantan 3,880 mangsa daripada 1,030 keluarga di
17 pusat pemindahan, Bera 2,755 orang 614 keluarga di 19 pusat pemindahan.
Daerah Lipis 2,930 mangsa daripada 712 keluarga di 27 pusat pemindahan dan Rompin pula 166 mangsa 40 keluarga di enam pusat pemindahan.
Sementara itu, laluan di Kilometer 126 dan Kilometer 124 berhampiran susur keluar tol plaza Temerloh di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) masih tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan walaupun paras air ada menunjukkan sedikit penurunan sejak jam 7 pagi tadi - lapor Utusan online & BH Online.
Read more: http://rossacalla.blogspot.com
SEORANG KAWAN FB PI ARIFFAH MUSTAFA DAN KELUARGANYA JUGA TERLIBAT DALAM BANJIR YANG MELANDA CHENOR BARU-BARU INI. SUNGGUH SEDIH MELIHAT KEADAAN RUMAH YANG DITENGGELAMI AIR HINGGA PARAS BUMBUNG.
SEMOGA SAHABAT PI DAN KELUARGANYA JUGA SAUDARA-SAUDARA KITA YANG TERLIBAT DENGAN UJIAN ALLAH YANG BERAT INI BERSABAR, TABAH MENGHADAPINYA. DAN BANTUAN-BANTUAN UNTUK MEMULIHKAN KEHIDUPAN BARU SEGERA DIPEROLEHI. INSYA ALLAH.
Rumah Bonda Hjh Hamidah Hj Mokhtar di Kg Pantai, Chenor
Rumah Tokki Hj Yusof bin Awang di Kg Sekara
Rumah Arwah Tokki Hj Mokhtar bin Hj Sulaiman di Kg Pantai, Chenor
BANJIR DI JERANTUT SEMAKIN PULIH.
Sehingga hari ini, keadaan banjir di Kuala Lipis dan Jerantut dilihat bertambah baik di mana air banjir di beberapa kawasan juga dilihat semakin menurun.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, bekalan air yang terputus sejak empat hari lalu menyukarkan penduduk di sekitar Jerantut.
“Kerajaan negeri akan mengambil perhatian mengenai isu bekalan air bersih yang terputus di daerah ini kerana situasi sekarang menyedihkan dan buat masa ini, penduduk di Jerantut hanya bergantung kepada bekalan air mineral untuk minum dan masak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui mengagihkan bantuan kepada 525 mangsa banjir di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan 513 mangsa di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Temin, semalam.
Read more: http://bm.therakyatpost.com
Mmg teruk banjir ni sampai paras bumbung...semoga mereka tabah mnghadapi ujian ni..
ReplyDeletebanjir di phg pun teruk mcm di kelantn juga..terutama kwsn berhampiran sungai phg...tq nohas.
ReplyDeletesemoga cepat surut..dan tak ancam nyawa
ReplyDeleteinsyaAllah cikgu setakat ni belum ada korbn nyawa krna bnjir..tq cikgu.
ReplyDeleteAs salam kak.....Banjir paling buruk sejak saya menghuni Pantai Timur..... kalau di tahun lepas hanya daerah Kuantan di Pahang dan Kemaman di Terengganuseolah olah lumpuh tapi tahun ni ketiga tiga Negeri alamimasalah bencana yg sama....
ReplyDeletePengalaman saya di tahun lepas
http://yopekidey.blogspot.com/2014/11/memori-2013-yang-mengusarkan.html
wsalam ya tahun 13 Kuantan teruk dilanda banjir, Temerloh n Jerantut walau ada kwsn yg terlibat banjir tapi xseteruk tahun ini spt yg berlaku di Kelantan..hampir seluruh kelantan dibanjiri. di Phg bnjir bertumpu dikwsn yg berhampiran dgn sg.phg....tq dik Anak Kuala.
ReplyDeleteSaban tahun banjir semakin teruk..sedar atau tidak punca utama adalah dari kerja tangan2 manusia juga..selepas ini kita perlu lebih bersedia
ReplyDeletebenar tu tangan2 kita yg merosakn alam sekitar aibatnya kita yg terima..tq Ismail Ahmad sudi singgah karyaku.
DeleteYa Allah sedihnya. Kalau pun air dah surut apalah yang boleh diharapkan dari barang yang ada didalamnya. Sudah semestinya musnah dek berendam air. Semoga mereka tabah dengan dugaan ini.
ReplyDeleteyalah zaitun walaupun bnjir semakin surut tapi tinggalan kemusnahannya perlu masa n biaya yg bnyk utk pemulihnnya...tq.
ReplyDeleteSemoga Allah SWT memberikan limpahan kesabaran dan ketabahan kepada semua mangsa...
ReplyDeleteinsyaAllah dik abuikhwan..kita doakn begitu..tq
ReplyDelete