Assalamualaikum...
Salam jumaat yg mulia.
Tatkala Allah menyembunyikan sang suria Dia mendatangkan gugusan hujan. Hambanya menangis teresak-esak kerana kehilangan sinar.
Sebenarnya Dia mahu menghadiahkan hambanya pelangi nan indah tak tercapai dek akal insan biasa.
Itulah yang melanda May Ling. Dia diuji Allah tatkala suaminya berkahwin lain. Pernikahan tanpa pengetahuan dan restunya.
Remuk redam hatinya kala berita itu singgah di telinganya. Dia hilang keyakinan diri, putus harapan, dilanda kekecewaan, hampir hilang pedoman dan ditimpa kemurungan yang berpanjangan.
Konflik dengan suaminya Abd. Razak berterusan sehingga memberi kesan terhadap anak-anaknya.
May Ling berusaha bangkit demi anak-anak yang setia mendoakannya dan memberikan sokongan moral kepadanya.
Namun mampukah May Ling menerima madunya sebagai sebahagian daripada kehidupannya? Setabah manakah May Ling melalui dugaan bersama suami yang berpoligami?
Semuanya terungkap di dalam SURATAN....
NOORLAILA GHAFAR.
SUDAH BACA NOVEL TULISAN PENULIS NOORLAILA GHAFAR INI? NOVEL TERBITAN DBP INI SUDAH DIULANG CETAK BUAT KALI KEDUA DENGAN BERWAJAH BARU LAGI.
RUGI KALAU TIDAK DIBACA TAU...TERUTAMA BUAT WANITA-WANITA. BANYAK INFO DAN ILMU YANG BOLEH DIKUTIP DI DALAMNYA.
PENULIS INI BARU SAJA BERSARA DARI BIDANG PENDIDIKAN SEBAGAI GURU YANG PENGKHUSUSANNYA BAHASA MELAYU DAN PENGAJIAN KESUSASTERAAN TINGKATAN ENAM SMK RENEK, BESUT TERENGGANU.
SEBAGAI BEKAS SEORANG GURU TENTU SAJA PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM NOVEL INI SEMPURNA SUSUNANNYA. BAIK SEKALI UNTUK DIJADIKAN PANDUAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR MENENGAH DAN PENULIS-PENULIS YANG BERMINAT MENULIS MENURUT NAHU BAHASA MELAYU YANG BETUL.
Makan Tengahari Di D'muo Kitchen Bandar Baru Bangi
-
Assalamualaikum wbt
Hari Rabu lepas, SR dan zaimi cuba makan tengahari di Makan Tengahari Di
D'muo Kitchen Bandar Baru Bangi ni. Asalnya nak makan di Mo...
4 hours ago
happy new year PI. moga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.
ReplyDeletetq babYpose...insyaAllah moga2 begitu.
Deletemenarik....
ReplyDeleteya novel ni sgt menarik...tq MKL.
Deletesemua yang terjadi atas manusia dan seluruh alam ini tentu adalah suratan-Nya, karena Dialah Yanf maha Kuasa
ReplyDeleteSuratan 2, berarti ada suratan 1 nya dong, saya ko' ngga diajakin pada suratan 1.
BENAR TU...Suratan itu adalah skrip hidup kita yg ditulis Allah di azali lagi n harus reda...heh..heh...suratan 1 n 2 tu cuma n3nya...tq Cilembu thea.
DeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteSetiap apa yang berlaku yang kita namai suratan jua adalah taqdir yang telah ditetapkan. Setiap dari kita ada suratan yang tersendiri. Cuma bagaimana ia ditangani..novel yang menarik!
kisah sedih wanita yg menerima suratannya...tq diana.
ReplyDeletesepertinya menarik juga nih bukunya, apalagi ditulis oleh mantan seorang guru, hmm....
ReplyDeleteyes menarik amat comtell cell...tapi belum masuk pasaran Indonesia lagi...tq
Deletewsalam dik abuikhwan.
ReplyDeletebenar tu...suratan adalah takdir hidup kita yg mesti diterima walau amat berat hati. novel ni mmg sgt menarik ditulis oleh penulis yg tahu apa yg ditulisnya...tq.
tajuk novel pun bagus terima kasih bagi infor ya
ReplyDeletemenarik novel ni cikgu tq..
Deletehttp://madey09.blogspot.com/2015/01/shalawat-nabi-muhammad-saw_2.html sempena maulidur rasul kilk ya
ReplyDeleteok dh turut sama berselawat di blog cikgu...tq
Deletesaya suka baca novel cuma blum ada cukup masa nak melakukannya ...
ReplyDeletemembaca novel ni bagus ...kdg bnyk info n ilmu yg diperolehi garapan penulisnya...tq qv.
ReplyDeleteBilakah novel ini dicetak ?
ReplyDelete