Tuesday, 6 January 2015

PEKAN RABU DAH BERPINDAH....

ASSALAMUALAIKUM....

PEKAN RABU ALOR SETAR  SUDAH LAMA TERDIRI. MENGUMPULKAN PENIAGA-PENIAGA MELAYU DAN LAIN LAIN WARGA NEGERI KEDAH DI BAWAH SATU BUMBUNG. PERNIAGAANNYA ANEKA MENURUT KEPERLUAN KITA.

KEUJUDAN NYA YANG MEMERIAHKAN SUASANA PERNIAGAAN KOMPETETIF SEOLAH MENJADI SIMBOL BANDAR ALOR SETAR. RUGI KALAU TAK KE SINI WEH...

NAMUN TERDENGAR URA-URA PEKAN RABU AKAN DIDIRIKAN DIEMPAT BARU PULA  OLEH KERAJAAN NEGERI KERNA KESELAMATAN BANGUNAN YANG MEMBIMBANGKAN DAN KELIHATAN TIDAK LAGI TEGUH.

KRONOLOGI PEKAN RABU. ALOR SETAR.

Tahun 1920
       Almarhum Tunku Yaacob ibnu Almarhum Sultan Abdul Hamid telah mengasaskan Pasar Minggu di Tanjung Chali.

Tahun 1932
        Berpindah ke Jalan Tunku Ibrahim sehingga kini.

Tahun 1940
        Pejabat Daerah Kota Setar menubuhkan 'Kampung Kraf' dengan menjadikan Pekan Rabu sebagai tempat pemasaran.

Tahun 1950
        Syarikat Bekerjasama-sama Kebajikan 'Am Pekan Rabu Alor Setar Tanggongan Berhad ditubuhkan.

Tahun 1957
         Kerajaan meluluskan kawasan baru di hadapan Pekan Rabu yang dinamakan Pasar Yaakub
Nama syarikat dipinda kepada  Syarikat Perniagaan dan Pasaran Melayu Bekerjasama Alor Setar Tanggungan Bhd.

Tahun 1968
        Bilangan ahli ialah 250 orang yang menjalankan 22 jenis perniagaan.
Tahun 1971
          Bilangan ahli meningkat kepada 401 orang.
Peniaga Pasar Yaakub sebanyak 13 orang berpindah ke Pasar Serbanika.

Tahun 1974
         Bilangan Ahli ialah 250 orang yang menjalankan 22 jenis perniagaan.

Tahun 1976
         Pada 22 Oktober 1976 jam 12.15 malam kebakaran telah berlaku di Pekan Rabu Sementara. Seramai 126 orang telah kehilangan harta benda. Tiga barisan bangunan sementara telah musnah dijilat api. Jumlah kerugian dianggarkan RM 1/2 juta.

Tahun 1978
           25 Februari 1978. Bangunan Kompleks Pekan Rabu telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (Timbalan Perdana Menteri ketika itu).
          10 Oktober 1978. Y.A.B. Dato' Seri Syed Nahar Shahabudin, Menteri Besar Kedah telah melawat Kompleks Perniagaan Pekan Rabu.
            4 Disember 1978. DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung melawat Kompleks Pekan Rabu.

Tahun 1988
          Projek Pekan Rabu Fasa II dimulakan dengan kos RM 2 juta.
Tahun 1990
          Projek bangunan Pekan Rabu Fasa II telah siap dan 73 buah gerai telah disediakan.

Tahun 1995
           Peruntukkan  RM 6.5 juta diluluskan oleh Tun Dr. Mahathir melalui Kerajaan Negeri untuk pengubahsuaian bangunan Pekan Rabu. Lot kedai dipindahkan buat sementara waktu di hadapan Panggung Empire dan di hadapan Bank Bumiputra.

Tahun 1996
          16 September 1996. Pengubahsuaian bangunan Pekan Rabu telah siap dan peniaga-peniaga telah kembali ke bangunan baru

Tahun 2000
          5 Ogos 2000. Y.A.B. Menteri Besar Kedah merasmikan Karnival Beli Belah Pekan Rabu.
          14 Ogos 2000.YAB. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad melancarkan buku Che' Det & Pekan Rabu.
           29 September hingga 2 Oktober 2000. Expo Perdagangan Koperasi Peringkat Negeri Kedah
Perasmian oleh YB Tan Sri Datuk Kasitah Gadam, Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.
           1 Oktober 2000. Lawatan KDYMM Tuanku Sultan dan Sultanah Kedah ke Kompleks Pekan Rabu.
            23 Oktober 2000. Majlis menandatangani Dokumen Perjanjian Penyerahan Kompleks Pekan Rabu oleh MARA kepada Koperasi Pekan Rabu diantara Pengerusi Koperasi Pekan Rabu dan Pengarah MARA Negeri Kedah dengan disaksikan oleh Wakil Menteri Besar Kedah YB Prof Dato' Dr Hj Othman Ishak.
Suasana Pekan Rabu tahun 30an diPekan Rabu Lama dibina tahun 1932 Tanjung Chali.


PI DAN FAMILI MEMANG SUKA KE PEKAN RABU SETIAP KALI PULANG KE KEDAH KERANA PI GEMAR MEMBELI KUIH-KUIH TRADISI YANG BANYAK DIJUAL PENIAGA-PENIAGA DI SANA. TERUTAMANYA KUIH HALWA MASKAT YANG SUKAR DI PEROLEHI DI TEMPAT LAIN.

SEKALI PABILA SAMPAI DISANA TERKEJUT MELIHATKAN BANGUNAN YANG MENEMPATKAN PEKAN RABU TELAH KOSONG. NAMPAK BENAR KEUSANGANNYA SETELAH TIADA BERPENGHUNI.

KENYATAAN YANG DITULIS DIPAPAN TANDA MENGATAKAN PERNIAGAAN DI SITU TELAH BERPINDAH KE UKIR MALL.

KENALAH BERTANYA SESIAPA DIMANA UKIR MALL TU PULA...MANIS MULUT BERBAHASA MUDAH SAJA...RUPANYA TIDAK JAUH SAJA DARI SINI.

PERJALANAN DITERUSKAN HINGGALAH DITEMUI UKIR MALL YANG DICARI.
DAPATLAH MEMBORONG APA YANG DIHAJATI SEPERTI BAULU, KARAS, PENERAM, BANGKIT DLL.KESEMUA KUIH-KUIH INI DIMASAK DISITU DAN BOLEH MERASA KUIH-KUIH YANG MASIH PANAS. SEDAP!

WALAU BUKAN MUSIM RAYA MUDAH NAK CARI KUIH RAYA DISINI...


7 comments:

  1. Kuih halwa maskat cmner ya? nak tau kuih2 tradisional..

    ReplyDelete
    Replies
    1. halwa maskat ni agak rumit membuatnya...tepung gandum diuli, diperam, dibasuh n basuhan tepung dikacau/dimasak dgn gula n bhn2 lain hingga warnanya kuning keemasan...tq ummi alya.

      Delete
  2. kak ni suka beli kuih2 jer kat situ diana...barang2 lain yg agak mahal tu kak xtengok pun...tq diana.

    ReplyDelete
  3. eloklah berpindah klu bangunan dah uzur . yg ptg nama tu terus dikekalkan . harapnya tpt baru nanti lebih selesa ...

    ReplyDelete
  4. pekan rabu kekal namanya walau berniaga setiap hari bukan rabu saja...tempat baru ni cuma semntara saja kot...tq qv.

    ReplyDelete
  5. Sejak wujud sehinggalah sudah berpindah...belum pernah sekali pun sampai. Hanya dengar cerita akan kehebatan dan keistimewaan tempat ini.

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak jejak kaki kat Pekan Rabu tu ^-^

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist