Datuk Shaari berjalan penuh gaya
memasuki opisnya. Kaki-tangan syarikatnya yang berpapasan dengannya menuturkan
salam hurmat, assalamualaikum dan selamat pagi. Dia membalas ucapan salam itu
dengan sangat mesra. Dan senyuman yang terukir manis tidak lekang dari bibir.
Hubungan baik antara majikan dan pekerja sentiasa dijaga,
dipelihara. Agar tidak mendatangkan sebarang masalah yang menggugat organisasi
yang dibinanya dengan susah-payah itu.
“Kenapa Amin. Awal lagi sudah
bersidai di bilik saya…tersengih-sengih macam kerang busuk, ada kabar gembira
ke?”
“Dah naik berjanggut tunggu Datuk
ni. Kabar gembira tu tak ada la. Tapi kabar ‘gumbira’ memang ada.” Datuk Shaari
tidak terlalu memperhatikan Amin yang beriya-iya menggambarkan keajaiban kabar
yang dibawanya.
Dia meletakan briefcasenya di atas meja. Membuka kotnya dan
menyangkutnya pada kayu penyangkut yang berukir unik. Kemudian menarik kerusi
dan duduk. Menyelak pula lembaran kertas yang tersusun di dalam fail di atas
mejanya. Amin sedikit kecewa.
Dia tercongok menyuakan wajahnya di hadapan Datuk Shaari. Supaya
Datuk itu menyedari keberadaannya di tengah suasana.
“Banyaklah kau punya ‘gumbira’.
Cerita apa?” tanyanya bersahaja. Dia menarik pula sehelai kertas yang tersusun
di dalam bekas surat-surat dari luar yang masuk dan perlu ditelitinya.
“Tengahari nanti datuk ada lunch dengan Nadia.” Wajah Shaari
ternyata beriak ceria. Sekelumit senyum mengorak kelopak di bibir.
“Eh...ye ke? Dah dapat ye. Memang
cekap. Cekap sekali. Lepas Nadia nanti, siapa pula ya?” Datuk Shaari teruja
sekali dengan hobi baru yang diciptanya buat mengisi ruang lowong waktunya
dengan mendampingi artis dan model yang jelita dan ternama.
“Ala...sabarlah datuk. Serah je pada
saya. Taulah saya nanti.”
“Nah...ambil ni. Pergi main
jauh-jauh.” Tangannya menghulur sebuah sampul surat yang kelihatan tebal berisi not RM.
Kekecewaan yang dirasakannya terubat sudah. Usahanya ternyata berbaloi dan
tidak sesia.
“Datuk ni...buat susah-susah je.
Terima kasih banyak…cewah” namun sepasang tangannya sedang terbuka menadah
pemberian yang dihulur. Amin ber’gumbira’ sungguh dengan pemberian itu.
Sekurang-kurangnya wang yang diterimanya itu dapat menampung sara hidupnya di
musim kering pertengahan bulan ini.
Hidup di tengah kotaraya yang serba mahal ini menuntut pelbagai cara
untuk kekal selesa wujud di antara sekian ramai manusia. Amin berfikir begitu.
Mudah.
“Amin aku ni ada masalah sikit. Kau
kena tolong aku.” Datuk Shaari meluahkan rasa yang membungkal di dalam dadanya
tiba-tiba. Amin sedia mendengar keluhan masalah yang akan di depaninya. Menadah
cupingnya lebar-lebar.
“Kenapa? Dengan datin ke?”
Pertanyaan klise yang sering dijangka sekiranya seorang lelaki itu beristeri.
Isteri sentiasa difikir membawa masalah kepada suaminya. Mesti hakikatnya tidak
sebegitu. Amin yang mengangapnya begitu.
“Datin tidak pernah bagi aku
masalah,” pintasnya pantas.
“Datin memang seorang isteri yang
baik dan solehah kan
Datuk?” wajah Amin diterpa pandangan Datuk Shaari yang polos. ‘Jika isteri yang
baik tidak membawa sebarang masalah, apa lagi agaknya yang membuatkannya
berserabut kepala otak memikirkannya?’ Amin cuba hendak menebak masalah Datuk
Shaari, tetapi dia tidak menemui apa-apa pembayangnya pun. Jadi dia hanya
menunggu Datuk itu menghuraikannya untuk difahaminya.
Bukankah penat berfikir menggunakan otak kiri dan kanan sekadar
hendak meneka-neka jawapan yang sememangnya tidak betul. Lebih baik mendiamkan
diri dan menjadi pendengar yang setia.
“Aku berharap benarlah kau dapat
tolong aku. Kalau tidak aku potong 20 peratus incomenya.” Mencerlang bebola matanya tegak tidak beranjak menatap
bentuk mata yang agak kecil seakan malu untuk keluar dari kelopaknya itu. ‘Ini
yang tidak sedap didengar ni.’ Desis hati Amin.
“Apa dia Datuk? Saya ni kalau memang
ada kemampuan menolong, saya mesti tolong. Datuk boleh harapkan saya. Apa dia
Datuk, cakap je. Tapi adalah bonus ganjaran tambahan kot? Jangan asyik nak
potong income yang tidak seberapa
tu…” ujar Amin menyeringai seperti selalu. ‘Biasalah ada kerja lebih,
bayarannya pun mestilah lebih juga,’ getus hatinya. Bermonolog dalam diam.
“Kau tolong carikan seorang artis
dan kenalkan pada anak aku. Buatlah secara berbetulan bukan sengaja. Bukan ke
kau ni pernah jadi artis drama. Berdramalah sikit. Carikan dia kawan supaya dia
tidak terlalu sibuk hendak berkerja di luar KL ni. Dah tu pulak Datin
pandai-pandai suruh dia uruskan Resort Sri Jelapang sebab Azmi pengurus Resort
tu sudah hantar notis nak berhenti. Macamlah sudah tidak ada tempat lain di
dalam Malaysia ni. Di situ pula nak diletakannya anak aku.” Datuk Shaari
menghuraikan permasalahannya satu persatu.
‘Aik! Dah cari untuk bapaknya, kat
anaknya pun kena cari juga ke?’ Amin bergumam perlahan tetapi melantasi
bibirnya.
“Apa dia?”
“Takde apa-apa datuk” sanggahnya
pantas.
“Eloklah kalau dia di sana . Jauh sikit dari
Datuk. Tidaklah Datuk terganggu dengan kegiatan terkini Datuk yang mungkin
tidak digemarinya.”
“Eh…dia tu anak lelaki, aku hantar
dia belajar di US
lagi. Sebuah negara yang bebas segala-galanya. Dia mestilah open minded sikit. Terbuka seperti broad band jalur lebar.” Ujarnya dengan
penuh keyakinan bahawa sikap anak lelakinya itu persisnya.
“Itu pandangan Datuk. Mewakili
pandangan generasi Datuk. Tapi mungkin dia tidak begitu. Generasi yang lahir
jauh selepas negara merdeka, hidup mewah senang lenang, selesa amat berbeza
corak pemikirannya Datuk. Kebanyakannya lebih bijak dan sangat cenderung
terhadap agama. Apabila duit ringgit tidak menjadi sebarang masalah hidup,
biasanya manusianya akan beralih untuk memenuhi tuntutan jiwa pula.”
“Ah!..sudahlah jangan nak menyanggah
apa yang aku kata. Kau buat saja apa yang aku suruh. Yang penting aku tidak
mahu dia tinggalkan KL ni dan pergi ke resort tu. Banyak perojek aku di sana . Kau mana tahu,” anak
matanya menyorot tajam melepaskan arahan pada sasarannya. Yang akan sentiasa
angguk akur kemudiannya.
“Nantilah…saya akan cuba
usahakan.” Sahut Amin lemah.
“Jangan cuba saja, lakukan kerjanya hingga
berjaya.” Datuk Shaari terus mengasak kemahuannya dituruti hingga jaya.
Harapannya digantungkan ke bahu Amin khadamnya yang setia itu.
“Yalah…yalah. saya akan kerjakan.
Bila tu datuk?
“Secepat mungkin.”
Tugas
ni kira macam mana pula Datuk?”
“Ish…kau ni nak kena baling dengan
buku ni ke?” Amin terkekeh melihat laku Datuk Shaari yang melucukannya itu.
“Maaf Datuk. Bisa diatur.” Dengan
sengihan yang memualkan Datuk Shaari, Amin mengangkat ponggong dari kerusi yang
didudukinya. Dia melangkah membawa dirinya keluar dari bilik tuannya.
“Pergi dulu Datuk.” Dia mengucap
pamitan.
“Pergilah. Buat kerja yang aku
suruh.” Balas Datuk Shaari. Tegas sekali.
--------------------------------------------
Di jalan yang tidak berapa lebar di
luar dari pagar banglo itu, manusia lain berurusan mencari keperluan yang ingin
diisi memenuhi waktu hari ini. Seorang posmen menaiki motorsikal berkuasa
ringan, berurna merah lambang warna syarikat pos negara membawa sekarung surat dan beberapa
bungkusan yang lain. Tentunya akan diserahkan kepada penerima yang berhak
mengikut catatan alamat di sampulnya.
Posmen dengan bangun tubuhnya agak
gempal itu menghentikan motorsikalnya di hadapan sebuah banglo putih. Beberapa
pucuk surat dan beberapa bungkusan yang digulung
padat, dimasukan ke dalam mulut peti surat
pemiliknya yang ternganga.
Posmen berlalu pergi setelah tugasan
dilakukan. Dia tersenyum sekilas membalas senyuman seorang wanita yang sering
ditemuinya ketika lewat di banglo ini membawa pesanan. Dia seorang pembantu
rumah yang sangat komited dengan tugas yang diletak di bahunya.
Mak Kiah ketika itu berada di laman
yang dihiasi pelbagai tanaman yang cantik Ada
yang berbunga dan ada yang hanya berdaun
dan bercorak menarik aneka bentuknya. Di tangannya tergenggam hos paip dari
getah yang sedang menyiram air memberi kesegaran kepada tumbuh-tumbuhan itu.
Seringkalinya Datin Majmin yang
melakukannya. Sekiranya Datin itu terlupa dia akan melaksanakannya tanpa
sebarang kerenah.
Selesai memandikan tumbuh-tumbuhan
itu pada awal hari yang masih pagi, Mak Kiah mengatur langkah pendek-pendek dan
satu persatu hala ke kotak surat. Dia
membuka tabir yang menutup mukanya.
Dan mengeluarkan semua isinya. Surat
khabar yang di langgan setiap hari juga ada terselit di dalamnya. Beberapa
majalah yang di langgan terus dari penerbitnya juga ada. Semuanya sudah berada
dalam genggamannya. Dibawakan benda-benda itu ke dalam rumah.
“Nah Datin. Semuanya saya ambil
dalam kotak surat
di depan tu.” Mak Kiah meletakan semua bebanan yang dibawanya di atas meja di
hadapan Datin Majmin yang duduk di kerusi, menatang secawan minuman.
Datin Majmin mencapai sebuah
bungkusan majalah dan mengoyak pembalut luarnya. Bertepatan sekali pilihannya
dengan kemahuan di dalam dirinya. Dia menekur dengan khusyuk menatap isi
majalah hiburan Jelitawan Era yang tidak serasi dengan namanya kerana isinya
tidak sejelita mana. Menurutnya.
Dia menyelak lembar majalah itu
sehelai demi sehelai mencari ruangan gossip yang memaparkan soksek-soksek
Nurima yang dikatakan intim berhubungan dengan seorang Datuk.
Terasa melonjak-lonjak keinginannya untuk mengetahuinya. Dia leka
sekali membacanya setelah menemuinya, tanpa menyedari tingkahnya diperhatikan
sesaorang.
“Tidak ada bahan bacaan lain ke mama
hendak baca?” Majmin tersentak mendengar suara yang menyapa gegendang
telinganya lirih sekali. Tatapannya berkalih arah. Anak matanya menikam wajah
yang dipenuhi dengan soalan di sisinya.
“Eh Rizal…ni hah tadi Datin Maimon call.. dia kata ada gossip terbaru pasal
pelakon Nurima. Katanya sedang intim berhubungan dengan seorang Datuk.” Rizal
tergeleng-geleng kepalanya.
‘Cerita remeh beginikah yang hendak digembar-gemburkan satu Malaysia .
Ramai pula yang terbawa mengikuti ceritanya bagaikan menjadi isu yang maha
penting. Melebihi pentingnya berita tentang bencana alam yang sering berlaku di
serata pelosok dunia kerana kemusnahan alam sekitar akibat kezaliman manusia.
Atau berita tentang masalah sosial yang melibatkan golongan remaja
pewaris dunia kerana ibu bapanya terlalai menjaga anak-anak lantaran terlalu sibuk
mengumpul kekayaan material untuk keselesaan hidup.’ Anak muda ini memprotes
dengan kepala dingin.
Berita tentang perkahwinan seorang artis ternama dengan seorang
datuk jutawan siap dengan kronologi peristiwanya sekali di ruangan
bersebelahan. Dan bersambung lagi ceritanya di halaman sebaliknya. Kemewahan,
kemahalan perstiwa yang digambarkan begitu mengujakan yang memandang.
Amat keterlaluan sungguh dunia seni yang mengangkat pendokongnya ke
puncak kemasyhuran ini. Sehingga ada istilah artis hak orang ramai. Jadi jangan
terlepas tingkah laku yang menyolok mata dan menongkah arus laluan yang normal.
Sedangkan manusia artis yang segelintir itu hanyalah manusia biasa
yang tidak sempurna dan sentiasa banyak kekurangannya.
Sebagai manusia biasa milikNya memang tidak lari dari melakukan
kesilapan. Tidak ada idola yang boleh ditunjuk dari kalangan artis untuk
menjadi ikutan sesiapapun. Kerana diri masing-masing hanya hak yang empunya
diri. Bukan milik sesiapa.
Rizal menerima keputusan pemikirannya sebegitu. Hanya Rasululullah
S.A.W layak menjadi idola manusia dulu, kini dan selamanya.
“Ah…apa pula kena mengenanya dengan mama. Tidak payah dibaca. Gossip
ni macam mengumpat juga mama. Mengumpat tu berdosa besar hukumnya. Perbuatan
itu ibaratnya sama dengan sesaorang yang memakan daging saudaranya sendiri.
Sanggupkah di buat? Iih…meloyakan.” Anak itu menggayakan keadaan tekaknya yang
kembang dan mahu termuntah. Memualkan.
Majmin terdiam. Diangkat matanya dari majalah yang sedang
ditatapnya. Majalah itu dikais ke tepinya. Rizal mencapainya pula. Ingin pula
dicarinya topik yang sangat mengujakan mamanya itu. Melonjak pula rasa hati
hendak mengetahuinya juga.
“Datuk mana ni mama?” Majmin menyorot bening kolam mata yang tenang
berkaca di hadapannya meminta jawapan pasti. Pertanyaan iu dibiarkannya
tergantung di awangan.
“Mama syak ayah ke?”
“Tidaklah. Nama pun gosip. Hanya kabar yang tidak pasti
kesahihannya. Entahkan sengaja diada-adakan sebagai bumbu cerita untuk menarik
minat pembeli bagi menaikan rating
jualan.” Majmin menyanggah dugaan anaknya. Semata-mata hendak mengelak
prasangka negatif anak itu terhadap ayahnya.
Tetapi dia tidak boleh menolak hakikat bahawa hatinya cuak dan
bermain-main dengan perasaan curiga akan kesetiaan suaminya berdasarkan pada
perubahan yang ketara diperlihatkannya mutakhir ini.
Majmin terus membisu. Raut wajah mamanya yang seakan menyimpan
sesuatu membuatkan perasaan Rizal lemas dan rimas.
“Kenapalah mama ni baik sangat. Apa yang ayah buat semuanya tidak
mengganggu mama. Rizal rasa tentu sudah lama ayah buat perangai tidak
mengendahkan mama dan hanya menumpukan pada kerjanya saja. Itu kata ayah. Mama
tidak pula pernah mahu bertanya. Tanyalah ayah, supaya hati mama kembali
tenang.” Rizal cuba
hendak mengusir mendung yang menutupi wajah suram mamanya dengan memberi
saranan.
“Mama tidak kata pun ayah Rizal ada hubungan dengan…” ayatnya
tergantung di situ.
“Ah...sudahlah mama. Mama hendak ke, Rizal tanya pada ayah? Balas
Rizal memintas pantas. Wajah mamanya yang polos diraup anak matanya seluruhnya.
Majmin mulai merasa tidak senang hati dengan tindakan yang hendak
dilakukan anak kesayangannya dan juga buah hati ayahnya itu.
“Jangan Rizal. Mama tidak mahu Rizal bersikap kurang ajar pada ayah.
Rizal dididik supaya memiliki perkerti yang baik. Hormat dan sayang kepada yang
lebih dewasa. Apa lagi mama dan ayah sendiri. Lagipun mama rasa ayah memang
tidak ada kaitan langsung dengan gosip tu,” ujar Majmin berusaha menenangkan
hati anak yang sangat sayangkan mamanya itu. Dan tidak mahu sesiapa pun mengguris
perasaannya. Termasuk ayahnya.
Telefon berdering. Mengoyak kesunyian suasananya. Mak Kiah
terkedek-kedek berjalan ke arahnya. Gagangnya di capai.
“Rizal…Datuk talipon.” Laung Mak Kiah keras agar didengari kedua-dua
beranak yang dilhatnya sedang bersembang dengan pelbagai gaya raut wajah itu. Dia tidak tahu apa yang
sedang dibincangkan kedua-duanya.
Rizal memandang mamanya. Ada
pertanyaan yang terkandung di anak matanya.
“Pergi jawab cepat.” Arahan mamanya itu seperti pemangkin yang
melonjakkannya agar bergegas bergerak untuk menyambutnya dan mengetahui apa
kemahuan ayahnya menalipon di awal pagi begini.
Alahai Datuk satu hari pasti kantul juga dek kerja tak senonoh tu
ReplyDeleteTak tahu anak dia bukan calang-calang anak.
ps: Nor Kumalasari tempohari masa anak buah kakak kahwen pun ada dtg tau PI. Dia memang sentiasa berjubah hitam dan bertudung hitam. Tinggi lampai dan cantik lagi walau dah berusia.
dato' tu msh xsedar anaknya sdg mmerhati gelagatnya tu...
ReplyDeleteyeke ...noorkumalasari sentiasa jelita bersama jubahnya...tq kakzakie...sebelah noor tu my sil kakzakie...
Eh... sebelahnya tu kakak mestilah kenal Fauziah Samad tak asing lagi mana boleh tak kenal :)
Deletep/s akk nnt check emel ya
ReplyDeleteok nanti cek....tq anies.
DeleteAmboi Datuk Shaari tu...
ReplyDeleteheh..heh...biasalh tu...tq zumal.
ReplyDeleteSalam singgah... wahhh berdrama hari ni yer
ReplyDeleteTQ NAJIB...HEH..HEH...SESEKALI BERDRAMA PULAK...
ReplyDeleteaduhai datuk shaari..
ReplyDeleteakak ini cerita akak buat ke ? seronoklah
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.