Riuh rendah di lobi bangunan Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis lalu bukan selalu berlaku. Tetapi beginilah keadaannya sejak seminggu ini, apabila lobi itu dijadikan pusat pengumpulan Misi Sayang Sumbangan Bantuan Mangsa Banjir.
Setiap hari sejak 25 Disember lalu, sukarelawan Wanita Barisan Nasional (BN) bergilir-gilir daripada pukul 9 pagi hingga 6 petang mengurus sumbangan orang ramai yang datang mencurah-curah untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Cuma pada cuti umum tahun baharu itu keadaan lebih riuh apabila Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil secara rasmi membuat pelepasan satu kontena sumbangan banjir ke Pantai Timur. Sebelum ini berlori-lori barangan sumbangan telah dihantar ke lokasi yang terjejas.
Dalam menggerakkan bantuan kepada mangsa banjir, Wanita UMNO menggunakan sepenuhnya sumber dan rangkaian Skuad Sayang yang tersebar di seluruh pelosok kawasan termasuk di pusat-pusat pemindahan.
Semangat sukarelawan Skuad Sayang jelas terpancar. Kerja-kerja sebegini sudah biasa kepada mereka. Pagi itu gerombolan Skuad Sayang dari Selangor dan Wilayah Persekutuan datang membantu tanpa banyak soal. Mereka tahu tugas masing-masing.
Ada yang datang dengan van Skuad Sayang turut membawa kotak berisi barang bantuan dan sampul surat berisi wang yang dikumpul di peringkat UMNO cawangan.
“Inilah semangat yang kita juga boleh lihat di negeri-negeri. Negeri yang tidak terjejas membantu negeri yang terjejas. Mereka macam berlumba-lumba untuk memberi bantuan yang terbaik,” kata Shahrizat.
Sebenarnya inilah juga semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya dalam menghadapi bencana banjir kali ini. Rasanya hampir semua rakyat Malaysia terlibat dalam misi membantu mangsa banjir, paling tidak dengan berdoa.
Apabila laluan Gua Musang boleh dilalui Khamis lalu, sukarelawan daripada syarikat swasta, kerajaan, yayasan, NGO, institusi pengajian dan individu bertali arus ke Kelantan, negeri paling teruk terjejas dalam banjir kali ini. Gua Musang pun sesak sebagaimana biasanya pada hari-hari perayaan. Sebelum ini misi bantuan terpaksa menggunakan laluan jauh Kuala Pilah - Muadzam Shah - Kuantan - Kuala Terengganu berikutan Lebuhraya Pantai Timur turut terputus di kawasan Temerloh.
Apa yang harus diberi perhatian selepas ini ialah bagaimana mahu mengurus banjir dengan cekap dan berkesan. Prosedur operasi standard (SOP) mangsa banjir di Kemaman telah dicadangkan untuk diguna pakai di seluruh negara.
Banjir harus ditangani secara holistik. Persiapan menghadapi banjir tidak boleh hanya dilakukan pada waktu-waktu tertentu sahaja. Bukan sahaja jentera kerajaan yang harus mengubah sikap tetapi juga masyarakat keseluruhannya.
Kini semakin banyak kawasan tinggi sudah terjangkau oleh banjir. Cerita banjir di ibu kota, bandar dan pekan bukan asing lagi. Saban waktu kita menghadapi masalah ini bukan sekadar pada waktu yang dikenal pasti sebagai musim tengkujuh sahaja.
Inilah akibatnya apabila alam sudah kepalang kita rosakkan. Hutan digondol sesuka hati. Gunung dan bukit ditarah. Sebahagiannya kerana tuntutan pembangunan tetapi yang pasti semuanya kerana keserakahan manusia.
Sungai kita humban dengan sampah sarap dan kotoran bertoksik. Longkang dibiarkan tersumbat. Kita sedar dan tahu tetapi seperti tiada apa-apa dilakukan untuk mengatasinya.
Tanpa dapat dikawal lagi, cuaca di peringkat global sudah di peringkat tidak menentu. Kesan pemanasan global yang membawa kepada perubahan cuaca ekstrem semakin kerap kita rasai sekarang. Banjir, tanah runtuh, taufan dan gempa bumi semakin biasa berlaku di negara-negara jiran di sekeliling kita.
Akhirnya, benarlah seperti berkali-kali pernah diingatkan supaya jangan merosakkan alam. Kini, generasi sekarang yang terpaksa membayar harganya. Kini tidak banyak pilihan. Menunggu hutan atau sungai dipulihkan semula akan memakan waktu bertahun-tahun lamanya.
Kita kena hadapi juga bencana ini. Banjir yang biasa dalam kehidupan kita kini mesti diurus secara bijaksana. Banjir tidak lagi boleh dilihat sebagai sesuatu yang menjadi ketakutan setiap kali hujan lebat. Banjir bukan hantu yang boleh dihalau dengan jampi serapah setiap kali ia datang.
Kita tak memerlukan gelombang bergulung tsunami untuk memporak-perandakan sebuah kampung, pekan bahkan daerah. Cukup dengan banjir, Kuala Krai pun tenggelam dan porak-peranda. Banjir mesti kita urus sebagaimana Jepun mengurus gempa bumi dan tsunami. Banjir mesti kita jinakkan sebagaimana yang dilakukan oleh negara berdaratan rendah Belanda.
Penebangan hutan, pengurusan saliran malah seni bina apa juga bangunan mesti mengambil kira aspek banjir. Bolehkah kita? Rasanya tidak, kerana kita cenderung tidak mahu mengambil serius dalam menangani isu alam ini. Kita ini jenis hangat-hangat tahi ayam.
Percayalah selepas ini kita tetap akan terus binasakan hutan dan tarah bukit-bukau sesuka hati, membangun penempatan di kawasan sensitif dan tidak menyelenggara sistem saliran dengan baik. Dan banjir akan terus datang. Sekejap itu sahaja kita kecewa dan sedih, kemudian akan mengulangi kesalahan lalu.
Jadi, alangkah eloknya semangat sukarelawan yang membara dan menyeluruh itu diterapkan dalam bab menjaga alam ini. Kita sama-sama jaga hutan, bukit-bukau, sungai, parit dan longkang kerana jika banjir datang juga kelak, kita sudah bersedia menghadapinya dan seterusnya meminimumkan kesannya.
UTUSAN ONLINE.
alhmdulillah ... mudah bagi sesiapa yg berniat hendak menghulurkan bantuan ...
ReplyDeletesyukur alhamdulillah ramai yg mnghulurkn bantuan...tq qv.
ReplyDeletekebersamaa dan sepenanggungan warga dalam menyikapi bencana banjir ini sungguh pautut diapresisasi, terutama kepada para sukarelawan BN.
ReplyDeletesemoga di sehatkan dan di ceriakan selalu agar dapat segera menyalurkan bantuan pada para korban..aaamiiiin
sumbangan dan bantuan warga2 yg prihatin kpd mangsa bnjir telah banyak yg sampai ke sasarannya. semoga akan ringan sedikit bebanan mrk walau mslh yg perlu diatasi pasca bnjir msh banyk...tq Chilembu thea.
ReplyDeletekita ambil iktibar..ada banyak anggapan..apapun balimkepada logik perbuatan tangan manusia merubah juga struktur tanah
ReplyDeleteBENAR TU KENA CARI KESALAHAN YG KITA PERBUAT UTK MEMPERBAIKI KEADAAN YG KITA ROSAKAN TNPA SEDAR...TQ CIKGU.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteMudah-mudahan Allah SWT membalas kebaikan kepada semua petugas sukarelawan yang telah bertungkus-lumus membantu mangsa banjir. Penat dan lelah mereka tidak akan sia-sia...
wsalam dik ustaz...ya Allah menurunkan ujian-Nya berserta hikmahnya agar saling bantu membantu kesusahn org lain n Allah mnjanjikan ganjaran pahala yg besar krna berbuat kebajikan...insyaAllah. tq dik abuikhwan.
Deletebaru ni dengar structure rumah kampung dulu,bertiang tu sesuai di kawasan berhampiran sungai dan laut..moga permudahkan urusan..
ReplyDeleteBetul tu senibina rumah melayu lama yg bertiang tinggi wajar dipraktikan semula utk menangani masalh bnjir ni...tapi kalau bnjir besar xterjamin juga. tq babYpose.
ReplyDelete