NAMANYA BERBEZA-BEZA, RUPANYA SAMA, RASANYA ADUHAI PEDAS MENYENGAT...
INILAH DIA, CILI PADI, CILI API, CABAI BURUNG, CABE RAWET, CILI PADI, LADA KECIK...
KEGUNAAN UTAMA TENTULAH NAK BUAT SAMBAL BELACAN, BUDU, CENCALOK, SAMBAL KICAP SETIAP HARI ATAU RENCAH LAIN-LAIN MASAKAN. PENTING SEKALI DALAM MASAK LEMAK CILI PADI, RENDANG DAGING KESUKAAN ORANG-ORANG NEGERI SEMBILAN JUGA SIAPA-SIAPA SAJA YANG SUKAKAN MASAKAN TU. ADA SESETENGAH DARIPADA KITA YANG TIDAK GEMAR MAKAN NASI JIKA TIDAK ADA RASA PEDAS. MAKAN NASI SAMBIL MENGGIGIT CILI PADI PUN SUDAH PUAS RASANYA. KESUKAAN MASING-MASINGLAH TU YA...
TAPI JANGAN GUNAKANNYA UNTUK MENCILI MULUT ORANG YANG MENGUMPAT KEJI KITA IKUT SEDAP MULUT DIA SAJA YA...TAK PATUT SANGATLAH TU KAN...IKUTKAN HATI ITULAH YANG NAK DIBUAT AGAR SIPENGHAMBUR KATA-KATA PEDAS ITU MERASAKAN PULA KEPEDASAN SEBENAR MULUTNYA DISUMBAT CILI...
KHASIAT CILI PADI.
http://ping.busuk.org/
- agen penghalang kanser dimana ia mempunyai sifat anti oksidan yang tinggi .
- mengaktifkan denyutan jantung .
- meransang peredaran dan memperbaiki peredaran darah dalam badan .
- merangsang pengeluaran gas dari dalam sistem pencernaan.
- membunuh cacing dalam perut .
- boleh digunakan sebagai racun serangga ( cili + bawang putih )
AKARNYA DIKATAKAN BOLEH MERAWAR CIRIT BIRIT DAN DAUNNYA BOLEH DIGUNAKAN MENGUBAT BISUL. ITU PETUA DULU-DULULAH.
HARGANYA SEKILO LEBIH DARIPADA 20RM. TAPI TAKKAN NAK DIBELI BEGITU BANYAK UNTUK KEGUNAAN DAPUR DI RUMAH, SEDIKIT SAJA SUDAH MEMADAI. UNTUK KEGUNAAN YANG SEDIKIT SAJA ITU ELOKLAH DITANAM DI DALAM PASU-PASU KECIL BEGINI. CANTIK JUGA WARNA BUNGANYA YANG PUTIH BERSIH, BERTUKAR PULA MENJADI BUAH YANG HIJAU, MERAH, KUNING MENGHIASI TAMAN RUMAH KITA. KALAU TERLEBIH DARIPADA KEGUNAAN SENDIRI BOLEHLAH DIBERI KEPADA JIRAN-JIRAN TERDEKAT. KAN BANYAK DAPAT PAHALA TU...BUAT BEKAL DI AKHIRAT SANA...
HENDAK MENANAMNYA TIDAKLAH TERLALU SUSAH CUMA TABURKAN SAJA BIJI BENIH KE DALAM TANAH GEMBUR BERCAMPUR PASIR DAN SEDIKIT BAJA ORGANIK. SIRAMKAN DENGAN AIR YANG DIRENJIS-RENJIS. PABILA ANAK BENIH TUMBUH DAN AGAK BESAR BOLEHLAH DIUBAH KE DALAM BEKAS-BEKAS YANG BERSESUAIAN.
DI DALAM KEBUN SAWIT MEMANG BANYAK TUMBUH POKOK-POKOK CILI PADI NI, MUNGKIN ANASIR PENYEBARNYA IAITU BURUNG-BURUNG, AYAM HUTAN GEMAR MEMAKANNYA DAN BIJI-BIJINYA DIBAWA KE SEGENAP KEBUN SAWIT. MEMANG MUDAH MENEMUI CILI PADI YANG MERAH DAN LEBAT BUAHNYA DI BAWAH POHON-POHON SAWIT. KALAU RAJIN MENGUTIPNYA DAN MENJUALKANNYA BERDUIT JUGA...
cili padi sedap dibuat sambal belacan.. nasi goreng cili pdi pun sedap kak.. kreatif burung diperbuat daripada cili tu.. :D
ReplyDeletekalau suka pedas apa saja dimasak mesti nak masukan cili padi kan...tq Mizz Aiza.
Deletebetul tu kak.. aiza memang kuat makan pedas.. kalau tak pedas rasa ada saja yang kurang ketika makan..
Deleteya pedas2 cili api walau pedas dimakan juga tiap hari...
Deleteindah sekali burung yang terbuat dari cabai
ReplyDeleteya kreatif n rajin...tq joe..
Deleteburung cabenya indah :)
ReplyDeletepuas nak menyusun cabenya tu kan...tq Dwi Alfina.
ReplyDeletesis kat tempat saya pangil nama ni cabai burung..kadang cili padi..
ReplyDeletememng senang nak jumpa cari je kat kawasan sawit or kebun getah..
tumbuh merata2..sdap buat nasi goreng pedas..
but ada satu fakta saya x tau la betul or x pasal cili padi ni..org ckap kalau cili padi yg ditanam pedas tandanya org itu pemarah kalau kurang pedas.. penyabar la sikit... he..he.. just joking :)
so nak tau dri tu pnyabar or pmarah tnamlah cili lpas tu rasa..he..he.. ;P
apapun nama cilipadi memang pedas sobri...sangat pedas atau kurang pedas mungkin disebabkan ketahanan deria rasa kot. kak dulu suka makan pedas tp la ni pedas sikit pun rasa terbakar lidah...tq Sobri Yaakob.
Deletecabe rawit,, ini rasanya sangat nendang kalau dibuat sambel apalagi kalau sambelnya di gunakan untuk ayam goren.. sedap...
ReplyDeletewah ayam goreng pun guna cabe rawet untuk sambalnya sedap tu...tq Abdul Kholiq Hasan.
Deletemengaktifkan denyutan jantung..memang benar sekali, bila makan, jantung berdegup kencang..hehe..
ReplyDeletejantung berdegup kencang sebab kepedasan yer nohas...tq nohas.
ReplyDeleteTanpa cili, makanan bagaikan tiada perisa... Lagi pedas lagi sedap! :)
ReplyDeletewah suka makanan pedas ya tanda orangnya berani n xgentar dgn masalah...tq BM
ReplyDeleteAruah mak saya penah masak sambal tumis cili api..... Pedas memang pedas tapi sedap bila cecah dengan ubi rebus tapi tulah kalau sesetengah orang jenis perut nipis , tak kuat pedas memang mengulang cik tan je lah.
ReplyDeletesambal tumis cili api pedas tu...sedap tu makan dgn nasi mau berair mata menahan kepedasan...tp masakan mak xterbanding sedapnya walau apa saja yg dimasaknya...sabar yer notie...tq.
DeleteAssalam...
ReplyDeletememang betul tanpa pedas rasa tak lengkap sesuatu makanan/lauk...
Tapi bunda kurang makan pedas...
samalah kita ...dah tua2 ni kak dh xtahan pedas..lidah dh nipis...tq Bunda.
Deletehah.... tq tq... dah lama terpikir apa lagi yg nak ditanam di rumah. Nak cut cost.. Stakat ni dah ada kunyit, serai, pandan. tak terpikir plak pokok cili padi. Tq tq. Memang pasnih nak tanam cili padi plak.
ReplyDeletewah dh dpt tmbhan idea utk edible garden ya..bagus utk cut cost of living...tq Seri Selaseh.
ReplyDelete