Wednesday, 22 January 2014

CORAT CORET PAK ENGKU ....

ASSALAMUALAIKUM...

Pak Engku
CORAT-CORET PAK ENGKU...

Aku teringat akan pesan arwah ayah aku dulu sewaktu aku masih kecil.
Dia kata setiap kepandaian yang ada pada diri seseorang bukan orang itu bawa bersama keluar dari pertut ibunya. Semuanya dia orang pelajari 
semasa di atas dunia ini. Syaratnya kita mestilah rajin dan berani untuk menerokai dan mencubanya.

Setiap apa yang kita hendak pelajari atau buat sebenarnya kita kena ikut aturan. Kita kena ikut peraturan yang biasa diamalkanorang.
Mana mungkin seorang tukang simin tiba-tiba pandai menyimin lantai atau dinding rumah kalau dia tidak belajar asas-asas membancuh simin. Seorang tukang simin yang mahir dalam kerja-kerja menyimin perlu belajar asas-asas membancuh simin seperti berapa banyak pasir, simin dan air dalam setiap bancuhan. Apabila sudah mahir dalam bancuhan simin barulah dia orang belajar cara-cara menyimin pula. Begitu jugalah dalam apa juga kerja yang ingin kita lakukan di dalam kehidupan kita di dunia ini. Kita kena belajar dari A dahulu dan seterusnya hinggalah ke Z.

Nak pandai membaca dan menulis, seseorang kena mengenal huruf dulu, belajar mengeja dan seterusnya membatang barulah kita boleh menulis dan membaca dengan lancar. Mana mungkin seseorang yang tak kenal huruf boleh tiba-tiba pandai membaca!

Ada seorang kawan aku bertanya kepada aku tentang petua untuk mencipta pantun yang cantik, indah serta bermutu. Bagi aku untuk menjadi seorang pemantun atau penulis pantun yang bagus,
tidak ada petua yang khusus. Cuma kita kena belajar dahulu tentang asas-asas menulis pantun, sama ada pantun dua kerat, empat, enam, lapan, sepuluh atau dua belas kerat dan seterusnya. Dalam sesebuah pantun mesti ada pembayang maksud dan maksud. Maknanya setiap sebuah pantun setegah bahagian adalah pembayang maksud dan setengah lagi adalah maksud pantun tersebut. Pantun yang baik pula mestilah di antara lapan dan dua belas suku kata dalam setiap baris. Suka kata yang kurang atau berlebihan bukan bermakna pantun itu tidak boleh dipakai tetapi pantun itu hanya dikira tidak cukup indah. 

Dalam menulis atau mencipta pembayang maksud pantun pastikanlah
ceritanya berkait antara satu baris ke satu baris yang lain. Janganlah baris pertamanya ceritanya lain dan baris keduanya ceritanya lain pula.
Contohnya...


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga...
Bukankah ada kaitannya antara Pulau Pandan dan Gunung Daik itu iaitu ia menceritakan akan keadaan atau keindahan alam semesta! Cuba kita tulis pembayang yang macam ini...
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Cuaca baik pergi berniaga...

Jadi di sini jelas pembayang maksudnya tidak berkaitan ceritanya. Apa ada kaitannya Pulau Pandan jauh ke tengah dengan Cuaca baik pergi berniaga? Inilah yang dikatakan pembayang maksudnya tidak berkaitan langsung! Oleh itu janganlah kerana hendakkan rima pantun yang indah kita abaikan asas mencipta pembayang maksudnya pula.

Dipendekkan cerita, kalau hendak menjadi pemantun atau penulis 
pantun yang baik serta prolifik belajarlah asas-asas ini. Kemudian dikukuhkan lagi dengan mempelajari banyak perbendaharaan kata. Dan dengan latihan yang yang berterusan serta gigih, pasti kita akan menjadi pemantun atau penulis pantun yang hebat. Namun untuk pengetahuan umum, aku bukanlah pemantun atau penulis pantun yang hebat! Ada ramai yang lebih hebat di luar sana. Belajarlah dengan mereka juga. 
Mengakhiri coretan aku ini, aku titipkan dua rangkap pantun untuk sama-sama kita renungkan, hayati serta fikir-fikirkan.

TANJUNG BATU KE PEKAN TUARAN,
MENCARI CAMBUK DAN KUIH PASUNG,
SINGGAH SEJENAK MEMBELI JERUK,
BUAH SALAK BUAT CIK ADIK,
HENDAK MELANGKAH KAKI TERKILIR;
NAK BUAT SESUATU IKUTLAH ATURAN,
IBARAT MENUMBUK DI DALAM LESUNG,
KALAU MEMASAK DI DALAM PERIUK,
MEMASANG TENGKALAK MENGHADAP MUDIK,
MEMASANG LUKAH MENGHADAP KE HILIR!

APA DIBUAT DI BUKIT BERJAJARAN,
MEMBURU NAPUH HINGGAKAN JERIH,
JALAN DILALU BERBELIT-BELIT,
BUKIT DIPANJAT MENGHALA KE TANJUNG;
SESUATU DIBUAT IKUTLAH PERATURAN,
IBARAT TUMBUH SI POHON SIRIH,
MENJALAR DAHULU KEMUDIAN MELILIT,
BARULAH MEMANJAT KE PUCUK JUNJUNG!


20 comments:

  1. Salam sis. Indahnya bahasa. Orang lama mencipta pantun hasil dari pemerhatian keadaan sekeliling. Dengan susunan bahasa yang puitis yang mendengar pun rasa aduhaiii indahnya.

    ReplyDelete
  2. wsalam notie..orang lama mmg halus pengamatannya n pantun2 yg dihasilkan berkualiti tinggi lagi indah susunan bahasanya lg bersesuaian dgn peristiwa yg dilukis...tq notie.

    ReplyDelete
  3. sungguh indah susunan bahasa
    tidak terucap dengan kata-kata

    ReplyDelete
  4. YA..Pak Engku ni seorang yg arif dgn pantun...tq Kakzakie.

    ReplyDelete
  5. indahnya bahasanya kak... terpegun baca ..

    ReplyDelete
  6. yalah KA...kak juga terpesona kearifan Pak Engku menulis pantun sbb tu kak kongsikannya utk tatapan bersama sbg santapan jiwa....tq Kesuma Angsana.

    ReplyDelete
  7. salam sis..wow article yang sangat bagus..
    penggunaan pantun..perfect!!

    suka ayat ni..Dia kata setiap kepandaian yang ada pada diri seseorang bukan orang itu bawa bersama keluar dari pertut ibunya. Semuanya dia orang pelajari
    semasa di atas dunia ini. Syaratnya kita mestilah rajin dan berani untuk menerokai dan mencubanya.

    harta boleh diwarisi..ilmu dan pngatahuan perlu dicari sendiri..:)

    ReplyDelete
  8. wsalam sobri...ya ungkapan bijak seorang pesara guru yg luas pengalamannya, tinggi ilmunya n sbg motivasi buat yg mahu mengerti...apapun kena bijak tentukan apa yg nk dibuat.....tq Sobri Yaakob.

    ReplyDelete
  9. setuju tu. kena berani dalam mengharungi kehidupan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak juga setuju dgn liza.....tq Liza Licha.

      Delete
  10. pantun yang indah dan penuh dengan nasihat

    ReplyDelete
  11. setuju!! entri yang indah .. hidup ini kena harungi cabaran walaupun apa jua alasannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu acik...kena tegar n sentiasa belajr menguruskn hidup sebaiknya....tq Aku Penghibur...

      Delete
  12. Sya pun setuju akk..snggh ptg kesini..entri akk mnyentuh perasaan :)

    ReplyDelete
  13. yeke tksh yanna...copy karya pak engku dgn izinnya....tq adrianna syaz...

    ReplyDelete
  14. kata-kata pak engku wajar dijadikan pedoman kepada penulis dan pengkarya..pokok pangkalnya harus berusaha dan belajar jika hendak berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu aiza pengkarya n penulis perlu sentiasa belajar n lbh tahu agar banyak ide utk karya berkualiti....tq Mizz Aiza.

      Delete
  15. pantun lama memang selalu mengandung makna yang besar, namun sayang pantun2 mulai ditinggalkan saat ini dan lebih memilih pada syair2 modern

    ReplyDelete
  16. ya pantun lama indah susunan bahasanya tersirat maksud tapi syair atau puisi moden juga berseni n ramai peminatnya...tq Abdul Kholiq Hasan...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist