Anak menantu sampai ketika aku sedang solat asar. Setelah bertanya khabar begitu begini anak sulungku itu menyatakan tujuan sebenarnya pulang menemuiku. Bukannya apa cuma mahu aku menyertai peraduan menulis skrip drama tv/radio anjuran IKIM/GAPENA/DBP.
Macamlah aku ni pandai sangat menulis skrip. Tak pernah dibuat pun. Lagipun aku sebenarnya malas. Jikalau aku menulis, aku dah tak boleh nak buat kerja lain. Asyik mengadap komputer saja. Kerja rumah yang melambak-lambak aku juga yang kena buat.
Disebabkan anak menantu yang suruh terpaksalah juga dibuat. Sekadar mencuba apa salahnya. Bukannya target nak menang. Kalau menang lagilah suka.
Berpandukan skrip drama tv yang diberi Jee (Fauziah abd. Samad) adik iparku/penulis skrip drama/filem aku pun mula mengetuk keyboard pc. Pabila dah mula menaip terlupa segala-galanya. Tak teringat lagi tentang laman rumah yang berserabut dengan rumput liar yang subur kerana hujan yang sentiasa mencurah.
Leka menaip pagi petang. Komputer memang tak kesiankan aku. boleh dia meragam tatkala aku nak menamatkan episod terakhir skripku. Terpaksa dibaiki. Hasilnya entah di mana. Ruginya dah tentu.
Akhirnya siap juga skrip PERKAHWINAN SITI NUR itu.Hasilnya seperti yang dijangka. Tentulah berlonggok di dalam bangkul sampah penganjurnya. Aku pun tertawa mengenangkan itu. Tertawa kepada diri sendiri yang tidak tahu mengukur baju di badan sendiri...
Semoga pernikahan siti nur ini langgeng dan sampai maut yang memisahkan ^_^
ReplyDeletein sya Allah...tq Muhammad Luthfi.
ReplyDeleteSelamat menempuh hidup baru untk siti Nur :)
ReplyDeleteSemoga menjadi keluarga yang sakinah,mawadah waramah :)
ya dalam skrip ceritanya memang begitu...tq Purnomo.
Deletehehehe di tunggu episode terakhirnya kalau begitu :p
ReplyDeletedah selesai ditulis n dihantar ke pihak penganjur...tq Wahidiyah Jakarta..
DeleteAkk taip skrip ke kak?wah..hebat ni..^_^
ReplyDeletetu citer dulu2 yanna..try masuk pertandingan menulis skrip drama tv..xde hebatnya...tq adrianna syaz
Deleteslmt menghadapi 'liku2 baharu' dlm hidup ;-)
ReplyDeleteya..in sya Allah moga rin annies juga tabah hadapi cabaran hidup baru...tq Khairin annies.
Deletesemoga menjadi keluarga samara (sakinah. mawaddah, wa rahmah)
ReplyDeletein sya Allah doanya untu AKH juga...tq Abdul Kholiq Hasan.
Deletesis taip skrip wow.. dasyat..x sbar nak baca..anyway saya dah baca blog adik ipar akak.. gee.. saya kenal dia.. pnah tgok karya dia kat tv..klaau x silap la..:) best !! cuma x ingat tajuk..
ReplyDeletetu citer dulu2 sobri...dh hantar kat penganjurnya xmenang pun. dah baca blog jee ya...beliau ni artis/wartawan terkenal 80-90an...banyak tulis skrip drama tv n filem juga, banyak berlakon drama tv n filem...blognya mendapat sambutan lebih 15 juta page view...melalui blog kak boleh klik link ke blognya.
Deleteterima kasih Sobri Yaakob...terlupa pula nak tulis sbb suka sgt bersembang ngan sobri ni..
Deletewah. kak paridah memang menulis skrip ya? hebat tu.
ReplyDeletetaklah aiza tu citer dulu2 dh jadi kenangan....tq Mizz Aiza.
ReplyDeletesemoga keluarga nya menjadi keluarga yang bahagia , amin
ReplyDeletein sya Allah terima kasih Rezky Alfiand...sudi berkunjung ke blog kak.
ReplyDeletekalau ada bakat apa salahnya , singgah ari ni kerna rindu sgt nak BW, apakan daya kudrat masih x daya sgt. buat2 sihat & kuat ajelah kan. TQ ttp selalu singgah blog KA yer akak!
ReplyDeletesaja suka2 KA. xbw lagi xpa KA, kawan2 fhm kondisi KA yg msh lemah tp walau ada kekuatan sedikit tetap juga nk bw bertemu kwn2 kan...moga segera kmbli cerga sht n ceria ya...Terima kasih Kesuma Angsana.
DeleteSemoga langgeng sampai kakek nenek ya, aminnn...
ReplyDeleteya moga kekal selamanya...tq Yobert Parai.
Deletesemoga langgeng sampai maut memisahkan
ReplyDeleteya terima kasih doanya...tq Dwi Alfina.
ReplyDeleteSayang kalau ilmu/bakat yg ada bimbang dibakul-sampahkan curah aje di blog ini. Pasti ramai yg melekap.. percayalah...
ReplyDeleteyeke...terima kasih banyak nasihatnya...akan cuba dipraktikan...tq Kakzakie...
Deletetak salah mencuba kak, anak akak sendiri tahu bakat maknya..
ReplyDeleteskrip drama yg baik, yg ada unsur2 Islamik, memang best, cuma biarlah jgn lari dari syariat kan..saya sebenarnya dah lama tak dengar drama kat radio..zaman dulu ada cerita No. 5, Persiaran Satu kat radio..hehe..
menulis suka2 nohas. kak suka juga ikuti drama no5 persiaran 1 dulu2 kat radio...org dulu2 hanya radio jd teman penghibur...tq nohas.
ReplyDeleteSaya dah follow blog kak jee lama dah, dan dari situ terfollow blog akak. Kak jee memang femes dolu2 sebab berlakon dan menjadi penulis suratkhabar. Suka baca blog dia sebab macam-macam cerita boleh dibaca terutamanya tentang artis2. Resepi dan makan-makan yang sedap je bila tenguk... hehehehe.
ReplyDeletePss... pelan-pelan kayuh skrip tv tu manalah tahu Insha Allah ada rezeki tiba2 timbul nama akak dalam tv.
ya jee mmg hebat penulisannya menyukakan hati yg membacanya sbb tu ramai yg follow blognya...notie pun hebat juga cara mengisi blog xmcm kak menulis ikut rasa saja...kak dh mls nk tulis apa2 lg kat media selain merapu kat blog jer...tq notie.
DeleteWahhh... tak tau pula idah yee.. hebat akak nie rupanya...
ReplyDeleteBangga pula rasa berkenalan dengan orang yang hebat2 nie... :D
XDELAH IDAH...kehebatan tu hak Allah...kak pun berbangga sangat dpt brkawan dgn idah...tq acik idah.
ReplyDelete