ASSALAMUALAIKUM...
PIC GOOGLE..
DARI KE KUALA SELANGOR KE SEKINCHAN DI TEPI JALAN RAYA KELIHATAN POKOK SUKUN TUMBUH SUBUR DAN BERBUAH LEBAT. BERKETUL-KETUL BUAHNYA DI POHON. SEDANG MUSIM SUKUN AGAKNYA.
PI BANYAK KALI MENANAM BENIH SUKUN TAPI BELUM SEMPAT BESAR DIKERJAKAN LEMBU DAN KERBAU YANG TERSESAT DI MALAM HARI.
ADALAH SEPOKOK SUKUN YANG DITANAM TUMBUH RIMBUN MEMBESAR. PABILA BERBUAH BUKAN SEPERTI BUAH SUKUN. KELIHATANNYA BULAT KECIL. KATA JIRAN-JIRAN ITU BUAH TERAP. BUAH TERAP PUN BOLEH DIMAKAN DAN DIBUAT SAYUR KOT.
BEZA POKOK SUKUN DAN TERAP HANYA PERLU TELITI MELIHAT DAUNNYA, WALAU SAMA LEBAR DAN HIJAU TAPI DAUN SUKUN PECAH BERBENTUK SEDANG DAUN TERAP BESAR BULAT.
TERAP
KENAPA AGAKNYA POKOK SUKUN YANG DITANAM TAPI TUMBUHNYA POKOK TERAP?
KATA JIRAN-JIRAN KERANA POKOK SUKUN DIKAHWINKAN DENGAN POKOK TERAP. KADANG BENIH YANG KELUAR DARIPADA POKOK YANG DITOT DENGAN POKOK TERAP DAN SUKUN TIDAK SEMUANYA JADI SUKUN. NASIB TAK BAIK TERBELI BENIH TERAP DARI NURSERI.
TAK DAPATLAH NAK MERASA BUAH SUKUN YANG DITANAM SENDIRI. JAWABNYA NAK MAKAN KENALAH DIBELI.
SUKUN SEDAP DIGORENG YANG TUA MENGKAL DAN BOLEH JUGA DIBUAT KEREPEK. KALAU YANG MASAK BOLEH DIRAMAS BUAT CEKODOK ATAU POTONG-POTONG JADIKAN BUBUR...SEDAP TU
PIC GOOGLE
BUBUR SUKUN.
KEREPEK SUKUN
GORENG SUKUN.
Makan Tengahari Di D'muo Kitchen Bandar Baru Bangi
-
Assalamualaikum wbt
Hari Rabu lepas, SR dan zaimi cuba makan tengahari di Makan Tengahari Di
D'muo Kitchen Bandar Baru Bangi ni. Asalnya nak makan di Mo...
4 hours ago
buah terap tu rasanya pernah makan di Sabah dulu, mcm buah cempedak kan..sukun goreng..makan panas-panas..cicah dgn cili kicap..nyum..nyum..
ReplyDeletetapi terap kat sini lbh kecil nohas isinya halus xseperti yg di Sabah tu nampak berulas sikit...sukun mmg sedap digoreng yg sedang tua...tq nohas.
ReplyDeletebuah sukun ni berangin dan berbisa kata orang2 tua.. heee kak nah xberani nak makan nanti sakit satu badan..xtdor malam dibuatnya..sedap memang sedap... dan buah terap tu kak nah pernah makan masa pergi sabah dulu, isinya macam cempedak tapi rasa xsama..
ReplyDeleteyeke..kalau berangin macam ubi kayu tu kena pantang jugalah makannya ya..dibuat berangin satu badan susah pulak nk bangun ya...tq Kak Nah Backyard.
ReplyDeletesaya pernah makan buah terap..abg bawa balik dari sarawak...sukun tu kalau balik perlis boleh la mkn bapa mertua ada tanam...sedap goreng tepung...berangin lain cerita makan dulu..
ReplyDeleteyeke..kak sukakan sukun yg hampir masak rasanya manis sedikit n sedap digoreng...bab berangin tu jgn kisah dulu ya...tp kalau makan sikit xkembung sangat kut...tq Sarah Talib.
ReplyDeletedulu2 sy x penah makan sukun
ReplyDeletesekali rasa kerepek sukun, terus jatuh cinta
tp bukan senang nak jumpa sukun ni
mahal kot
kak, sy nak review novel yg akak bagi tu ye
kalau di kampung boleh dpt free jer irfa xyah beli...ok boleh juga.irfa nk review novel tu..tq irfa.
DeleteEnaknya sukun....hehe. Saya biasa beli sukun goreng ini untuk camilan .... harganay murah
ReplyDeletesuka sukun juga ya...disini harganya xmurah sangat...biasa2 saja....tq Fahrizal Mukhdar.
Deletesukun best kalu goreng..terap pulak suka baunya..sedap
ReplyDeletekak juga suka sukun goreng panas...buah2an ni punyai keharumannya yg tersendiri...tq Khairin annies.
DeleteSukun yang di goreng nipis macam kerepek tu aruah mak saya pernah sira pedas. Walaupun tak sesedap kerepek ubi pedas tapi sesekali makan ok juga. Ada sepohon pokok di kampung, bila berbuah sakan ramai yang merasa. kadang bila balik kampung dan buah sedang berbuah lebat, bawa balik KL agih-agihkan pada jiran dan kawan kat opis. Bila buah yang di petik tu memang betul2 dah tua dan masak bila digoreng semua kata sedap. Kecuali lah bila di petik tapi buahnya belum cukup tua, bila di goreng dia macam lembek sikit. Saya ni kalau berurut berangin satu badan tapi bab makanan angin ke apa ke semuanya tolak tepi janji dapat makan. hahahahahaha
ReplyDeletebetul tu notie walau sepokok saja sukun di tanam kalau pokoknya subur rendang seisi kampung dapat merasa n anak2 yg tinggal di bandar sesekali pulang boleh penuhkan boot kereta n jiran2 kwn2 opis anak pula dpt nikmati hasil kampung bertambah luas pahala penanam sukun tu kan...makanan berangin ni boleh dimakan tp xberlebihan...tq notie.
Deletedulu ada pokok sukun depan rumah.. bila ada buah, buat cucur.. skrg pokok tu dah x de dah..
ReplyDeleteyeke...sayang ya ...elok ditanam semula kalau ada kawasannya...pokonya xdelah sebesar pokok balak...cantik jd lanskap rumah...tq Pha Is.
ReplyDeletekalau digoreng rasanya enak ...
ReplyDeleteya enak sangat makan panas2...tq joe.
DeleteLama tak balik kampung, dikampung agaknya tengah lebat juga buahnya.
ReplyDeleteBuah terap tu macam mana rasanya?
nampak kat tepi jalan dari kuala selangor ke sekincan banyak pokok sukun yg berbuah lebat mungkin samalah kat kampung BM tu...buah terap tu isinya mcm cempedak tapi ulasnya kecil rasanya sedap manis.sedang.tq BM.
Deleteenak sekali makan sukun apalagi dikasih tepung dan digoreng enak sekali
ReplyDeletetapi saya jarang sekali makan sukun :) nanti kalau saya bisa kemalaysia pengen coba makan sukun disana xixi pasti enak
betullah tu..sukun di Msia n Indonesia sama saja rasanya kut...silalah datang ke Malaysia...tq Nucky P N sudi singgah blog karyaku.
Deleteada yer mcm tu. KA mmg suka sukun goreng & yg dibuat keepek tu sedap !
ReplyDeletememanglah ada KA..pengalaman sendiri...sedapnyalah kalau dpt makan goreng sukun petang ni ya...tq Kesuma Angsana.
ReplyDeleteSya suk mkn sukun goreng yg mak masak dulu..letak garam byk2.. sedap
ReplyDeletesukun goreng sedap yg mengkal n hampir masak manis sikit...tq adrianna syaz....
ReplyDeleteSedap ni kak....kalau yg masih muda digoreng celup tepong.....selalunya memang laris ... tapi ramai juga org yg membuangnya begitu saja
ReplyDeletekak mmg suka goreng sukun ni...ada yg sanggup membuang rezeki ya, agaknya terlalu muncah berbuah sehingga pemiliknya xtermakan lagi n pemiliknya sayang pula nk bersedekah pada yg lain lalu dibuang saja...rugi membazir kan...tq ANAK KUALA.
ReplyDeletepertama kali sy tgk pic buah terap...hehehe..sukun memang jd kegemaran sy
ReplyDeleteyeke...terap kat sini buahnya kecil xmcm terap kat sabah...berulas macm cempedak tp kecil sikit...tq Wirda Amir.
ReplyDeletebuah terap aiza tak pernah makan lagi kak.. sukun tu pernah makan yang dibuat goreng..
ReplyDeletekat sini buah terap kecil bentuknya..tapi kat sabah mmg buah yg digemari ramai..tq Mizz Aiza.
ReplyDeletePetua petik sukun jgn guna pengait/galah besi/aluminium nnti sukun merajuk. Gunalah buluh atau kayu. Lagi satu klu menggoreng sukun, klau anak dara jgn pakai coli/bra nanti sukun lembik tak garing/rangup. Tp sekadar petua je kan..
ReplyDeleteGila seks betul petuanya itu..
Delete