Kita cerita soal saham sikit. Bukan dengan fakta dan data yang berat tapi yang mudah je...
Biasa pabila awal tahun menjelang ramai yang sedang mengira dividen yang bakal diraih kerna pelaburan saham masing-masing yang telah dibuat.
Bagi orang kampung macam aku tentu sangat mengenali saham ASN dan ASB di bawah pengurusan PNB.
ASN dilancarkan pada 1980 dan memberi pulangan dividen yang sangat menguntungkan. Rugi kalau tak melabur masa tu.
Seorang taukeh Cina menasehati aku melabur dengan banyak kerana katanya saham anjuran kerajaan tidak akan rugi dan boleh dipercayai. Sebanyak manalah yang dapat dilabur orang miskin sepertiku melainkan beberapa K saja.
Aku mengekalkan pegangan dalam ASN walau dinasihati bertukar kepada ASB untuk mengelakan turun naik harga saham itu setelah diniagakan di bursa saham.
Mulanya ok sangat. ASN melonjak dari harga asal 1RM kepada 1.75RM. Banyak tu...
Sekali GEORG SOROS buat onar. Habis se Asia dilanda kemelesetan ekonomi akibat manipulasi matawang mainannya,
ASN susut nilai dengan banyak. Menderita sungguh aku masa tu. Mana nak menyara anak-anak yang di universiti dan di sekolah lagi. Saham yang ada sedikit tentulah tidak dapat dijual kerna nilainya cuma beberapa sen.
Setelah beberapa tahap kemelesetan ekonomi dilepasi tapi nilai ASN belum juga melebehi harga1RM.
Bosan menanti harganya meningkat kepada harga tika dibeli dulu. Sekali memang rugi melabur dengan jumlah yang banyak sedangkan dividen yang dibayar mengikut jumlah pegangan saham.
Tapi setiap tahun Pengerusi PNB mengumumkan keuntungan ASN melebehi daripada dividen yang diberikan dan dibawa keuntungan itu kehadapan. Setelah lebih daripada 10 tahun ASN diniagakan tentu telah banyak 2% atau lebih yang dikumpul setiap tahun. Lebih dari 20% tu.
Tak sabar nak merasa PNB memulangkan keuntungan berganda itu kepada pelabur-pelaburnya.
Bila lagi tu...takkan setiap tahun diberi 6% dividen je....
baru je check dividen ASB alhamdullilah.. ada rezeki lebih sikit
ReplyDeletekak blum update lg. insyallah ada sikit KA...brsyukur kita
ReplyDeleteSelamat tahun baru mbak paridah semoga tahun baru ini lebih baik lagi yah :)
ReplyDeletemaap saya hanya menyimak saja karena koneksi saya lagi lemot hehe:)
SELAMAT TAHUN BARU...IN SYA ALLAH..MOGA ML JUGA DIRAHMATI HIDUPNYA DGN KESUKSESAN YG INGIN DIGAPAI...TQ Muhammad Luthfi...
Deletealhamdulilah ^_^ rezeki .. selamat tahun baru ^_^
ReplyDeletesyukur alhamdulillah...SELAMAT TAHUN BARU ACIK...TQ Akupenghibur.
DeleteSelamat tahun baru 2014 kak, semoga berlimpah rezeki dan berkah :)
ReplyDeleteSELAMAT TAHUN BARU TIKA...IN SYA ALLAH...TQ Etika Maria.
Deleteselamat tahun enggal njih...mugi berkah sedoyonipun ^_^
ReplyDeleteSELAMAT TAHUN BARU...INSYA ALLAH..TQ Kang Zeer El-Watsi.
DeleteSelamat tahun baru 2014....moga bertambah rezeki....panduan ASB/ASN yang berguna,
ReplyDeleteSELAMAT TAHUN BARU 2014...IN SYA ALLAH..Setakat berkongsi sedikit info...tq Muhammad Khairuddin Lim.
Deletesaya masih belum mengerti apa itu ASB/ASN mbak
ReplyDeleteASB/ASN tu saham amanah kerajaan Msia untuk dilabur rakyatnya dengan jumlah yg mampu...xperlu membeli ikut lot yg ditetapkan pasaran saham iaitu seribu RM satu lot...boleh saja dibeli dlm jumlah yg kecil....tksh bertanya Abdul Kholiq Hasan.
ReplyDeletesaham ASN dan ASB Resikonya besar kah..
ReplyDeleteASB tiiada risiko...tp ASN ikut harga pasaran harga semasa. tq Ahmad Fazri sudi singgah blog kak...
ReplyDeleteMaaf Saya tidak terlalu faham dengan saham, Lebih baik deposito.saja :)
Deletesaham amanah mudah saja...boleh dijual di bank2 ejen kalau perlukan duit cepat. jika dilabur dlm tempoh setahun ada diveden n bonus yg diberi. setakat disimpan ok juga....tq Ahmad Fazri.
DeleteDngr cite br nie ASB pelaburan HARAM... Btl atau x sukar nk pecaya..
ReplyDeleteyeke..dh lama isu tu persoalkan...tp ustaz2 yg menjawab pertanyaan tu katanya halal mengikut senarai syarikat perniagaan yg dilabur PNB...tq Syaz.
ReplyDelete