ASSALAMUALAIKUM...
AWAL TAHUN BARU NI RAMAI YANG ADA DI RUMAH MENGHABISKAN CUTI BERSAMA KELUARGA. SELAIN PROGRAM KELUAR BERCUTI KE MANA-MANA TEMPAT PERCUTIAN, SERONOK JUGA KALAU DAPAT BERKUMPUL SEKELUARGA DI DAPUR SAMBILMASAK-MASAK ANEKA RESEPI PILIHAN UNTUK MENJAMU ANAK-ANAK YANG AKAN MULA KE SEKOLAH KEESOKANNYA....
RESEPI PILIHAN PI MUDAH SAJA IAITU LAKSA KEDAH. LAKSA KEDAH BEZA SEDIKIT SAJA DENGAN LAKSA PENANG. BEZA DARPADA SEGI NAMANYA SUDAH TENTU.
MASA ERA 70-AN, 80-AN PI SUKA SANGAT MEMASAK LAKSA, SEHINGGA SANGGUP BERJUALAN AMAL UNTUK TABUNG PERSATUAN BELIA KAMPUNG PI. KOMEN MAK PI..."HANG NI SUKA SANGAT MAKAN LAKSA NANTI BILA HANG TUA, HANG TENGOK LAKSA PUN TAK TERINGIN..."
BETULLAH KOT...LA NI MASIH SUKA JUGA MAKAN LAKSA TAPI SELERANYA DAH JAUH BERKURANG...DAN ANAK-ANAK PULA YANG MENGGANTIKAN KESUKAAN MAKNYA DULU-DULU.
RESEPI LAKSA KEDAH INI PI WARISI DARIPADA TOK NENEK DI KEDAH SANA...
BAHAN-BAHANNYA.
1. LAKSA KERING 1 PEKET DIRENDAM...SAMBIL-SAMBIL MENYEDIAKAN BAHAN-BAHAN UNTUK LAKSA, RENDAMLAH DULU LAKSANYA BEBERAPA JAM LEBIH AWAL AGAR LAKSANYA CEPAT LEMBUT BILA DIREBUS. KALAU ADA LAKSA YANG SIAP DI PROSES BELI SAJA, TAK PAYAH NAK DIREBUS LAGI.
2. IKAN PELALING/SELAYANG/TAMBAN/KEMBONG...PILIHLAH MANA SATU DALAM 500 GM DIREBUS BERSAMA ASAM KEPING...5/6 KEPING CUKUPLAH. IKANNYA TENTULAH SIANG DULU, DICUCI BERSIH DAN BERSELAWAT NABI TERLEBIH DULU.
STELAH DIREBUS ASINGKAN ISI DAN TULANGNYA. ISINYA DITUMBUK ATAU DI BLEND. GUNAKAN AIR REBUSAN IKAN UNTUK BLEND ISI IKAN. KEMUDIAN BLEND TULANG IKAN DENGAN CARA YANG SAMA. MASUKAN DALAM PERIUK YANG SEDERHANA BESARNYA.
3. BLEND CILI KERING, CILI API (SUKA PEDAS BANYAKKAN JUMLAHNYA, TAKTAHAN PEDAS ISILAH SIKIT SAJA) BAWANG MERAH 10 BIJI, BAWANG BESAR SEBIJI, BELACAN SERUAS JARI, BERSAMA SECAWAN AIR. BAWANG-BAWANG TU POTONG-POTONG KECIL AGAR BLENDER TU TAK JEM TIKA MENGISARNYA KAN...
4. MASUKAN BAHAN KISAR KE DALAM PERIUK REBUSAN IKAN YANG SUDAH BERISI DENGAN IKAN YANG DIKISAR. TAMBAH AIR MENGIKUT KEPEKATAN KUAH YANG DISUKAI BERSAMA 6 KEPING ASAM GELUGUR. MASUKAN GARAM SECUKUP RASA. PANASKAN DI ATAS API YANG SEDERHANA SEHINGA MENDIDIH .
5. MASUKAN DAUN KESUM DAN BUNGA KANTAN...IKUT SUKA. TAPI BERPADANANLAH DENGAN KUAHNYA KAN...BILA NAMPAK DAH MASAK SELESAILAH KERJANYA.
BAHAN UNTUK ULAMANNYA...
1. TIMUN, BAWANG BESAR, CILI BESAR, DAUN SELOM, DAUN GAJUS YANG DIHIRIS HALUS, TELU REBUS DIBELAH DUA, BOLEHLAH DILETAKAN DIDALAM PINGGAN LAKSA KETIKA MENGHIDANGNYA...
Makan Tengahari Di D'muo Kitchen Bandar Baru Bangi
-
Assalamualaikum wbt
Hari Rabu lepas, SR dan zaimi cuba makan tengahari di Makan Tengahari Di
D'muo Kitchen Bandar Baru Bangi ni. Asalnya nak makan di Mo...
3 hours ago
Laksaa...my all time favourite..pernah try laksa kuale? laksa guna tepung gandum..pucuk gajus tu yg tak tahan, dah lama tak makan dgn laksa..
ReplyDeletelapar lak petang2 ni..
wah ada laksa kuala guna tepung gandum ya..tapi xpernah rasa mesti sedap tu...laksa johor guna spagetti pernah makan sedap sangat...tq nohas.
ReplyDeletesedap kali tahun baru makanan nya
ReplyDeleteya memang sedap...kalau friska nak rasa datanglah sini, makcik boleh tolong masakkan...tq Friska Lee.
ReplyDeletetidak mengerti makanan apa itu mbak belum pernah nyoba soalnya, tapi gara2 baca artikel diatas saya jadi lapar hehehe
ReplyDeletesedap ni AKH..kalau laksa penang terkenal sbg makanan pilihan dunia, laksa kedah pun lebih kurang juga rasanya....tq Abdul Kholiq Hasan.
ReplyDeleteLaksa memang sodap tapi man laksa memang kelakor
ReplyDeleteyeke...suka juga dgn man laksa filem yg mengimbau kisah 60-an 70-an dulu...tq notie.
DeleteLaksa...kegemaran ku. Saya lebih suka jika laksanya diganti dgn bihun... Lagi feel :)
ReplyDeletep/s: Kalau boleh, word verification disable...ianya menyusahkan utk meninggalkan komen. Kalau mahukan keselamatan, ubah setting comment kpd moderate...maka boleh tapis dulu sebelum di approve.
bihun berkuah laksa sedap juga tu nanti dicuba...terima kasih ingatan tu BM nanti kak tanya penasihat mcmana nk buat...maklum kak ni xreti....tq BM.
Deletetetia teringin nk makan laks..
ReplyDeleteduk Penang mesti best pekena laksa Penang kan....tq Pha Is.
ReplyDeleteSedapnya laksa. Apapun jenis laksa, saya makan! hehe.
ReplyDeleteyeke..bunda pun suka semua jenis laksa...tq wanariahamiza...
ReplyDeleteHehe. boleh panggil saya wan saja. Panjang sangat nak taip semua. :)
Deleteyeke..ok lah wan..
Delete