Monday, 20 January 2014

ERTI SEBUAH MIMPI ...

ASSALAMUALAIKUM...




SETIAP KALI TIDUR KADANG ADA PELBAGAI CERITA MIMPI YANG MENEMANI TIDUR KITA. ADAKALANYA MIMPI KITA BAGAIKAN SEBUAH DRAMA PENDEK YANG MEMBERI ILHAM KEPADA MEREKA YANG BERMINAT BERKARYA SASTERA. ADA JUGA YANG TIDUR LANGSUNG TIDAK MENGALAMI SEBARANG MIMPI...NYAMAN SAJA TIDURNYA SEHINGGA SIANG.

TAPI MIMPI YANG BERLAKU KEPADA SEORANG BAPA YANG DITIMPA MUSIBAH KEHILANGAN TIGA ANAK PEREMPUAN YANG SANGAT DIKASEHINYA LANTARAN DIBUNUH DI TALIAIR DAN BENDANG DI KEDAH BEBERAPA MINGGU LALU TELAH MENJADI PENYELESAIAN KES PEMBUNUHAN TERSEBUT...SEOLAH ALLAH MENGHANTAR ILHAM UNTUK MEMECAH KEBUNTUAN YANG MEMBELENGGU MINDA SEORANG HAMBA-NYA YANG TIDAK BERDAYA...baca petikan berita di bawah..


Mimpi lerai misteri KEHILANGAN tiga anak sekali gus apatah lagi dibunuh, adalah sesuatu yang amat sukar diterima oleh mana-mana ibu bapa.

Itulah yang dilalui oleh Rusdi Rani dan Siti Aisyah Arifin di Kampung Alor Semelah, Alor Setar. Kesemua tiga anak pasangan itu, Nur Syafika Nadia, 14, Nur Izzati, 12 dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui mati pada akhir November lalu.

Kejadian tersebut mencetuskan kegemparan di Kedah. Ramai tertanya-tanya apa cerita sebenar kes itu kerana sudah lebih sebulan, tiada sebarang perkembangan.

Dari hari ke hari, Rusdi dan Siti Aisyah menanggung keperitan yang tidak terhingga.
Pada Selasa lalu, Rusdi, 39, menceritakan bagaimana beliau mengalami mimpi aneh. Dalam mimpi itu anak sulungnya muncul menyebut nama seorang remaja di kawasan berhampiran yang dipercayai bertanggungjawab.

Walaupun sekadar mimpi, hal itu dilaporkan kepada polis dan ia menjadi petunjuk baharu. Misteri pembunuhan itu akhirnya terungkai apabila polis pada Khamis lalu, menahan dua remaja berusia 19 tahun termasuk suspek utama yang namanya disebut melalui mimpi.

Dalam kejadian itu, menurut sumber polis, suspek cuba merogol Nur Syafika tetapi gagal lalu bertindak membunuhnya sementara dua beradik lagi mati lemas selepas ditolak ke dalam sungai.
Awang paparkan kisah ini kerana sangat tersentuh dengan tragedi yang menimpa sebuah keluarga dalam kalangan rakyat biasa.

Beberapa kali menatap wajah sugul Rusdi dan Siti Aisyah menerusi media, perasaan Awang terusik. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bayangkan jika kejadian seperti itu menimpa anak-anak kita?



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140119/re_04/Bisik-Bisik-AWANG-SELAMAT#ixzz2qtNURu6X
© Utusan Melayu (M) Bhd 

28 comments:

  1. Subhanallah..doa mereka yg dizalimi itu tiada hijab..Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah Maha mengetahui bisikan doa hambanya yg teraniaya didengari Yang Esa...tq nohas.

      Delete
  2. Subhanallaah, sungguh hanya orang2 kuat yg diberi cobaan seperti suami istri ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dugaannya sangat hebat tika.....kehilangan tiga anak sekaligus dlm insiden yg sukar diterima...tq Etika Maria.

      Delete
  3. alhamdulillah kes ini menemui jalan penyelesaian.. al-fatihah kepada ketiga-tiga mangsa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya syukur alhamdulillah..ketiga-tiga mangsa mendapat pembelaannya....tq Mizz Aiza

      Delete
    2. secara tidak langsung juga membuktikan anggota polis semakin cekap menjalankan tugas..

      Delete
    3. betul tu kak setuju...polis kita cekap walauinfo berdasarkan mimpi tetap disiasat...tq Mizz Aiza.

      Delete
  4. alhamdulillah...disuguhi artikel menarik:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih turut mengikuti apa yg dipaparkan....tq Kang Zeer El-Watsi.

      Delete
  5. mmg mnyedihkan, 3 anak hilang sekaligus
    berat dugaan bagi mereka
    alhamdulillah, si pelaku sudah di tangkap
    moga mendapat balasan setimpal
    # tak tahu pulak dpt msge dlm mimpi
    mgkin anak itu terseksa sgt saat mati nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya irfa bersyukur sungguh mangsa yg teraniaya cpt dikesan pelakunya....Allah memberi petunjuk dlm segenap perkara n kita perlu peka...tq irfa/

      Delete
  6. Al fatihah buat ketiga-tiga mangsa. Semuga perbuatan mereka yang tidak berperi kemanusiaan itu mendapat pembalasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya al fatihah hadiah kita utk mrk ...anak2 kecil yg suci telah ke rahmatullah dgn pesanan kpd mrk yg tinggal agar sentiasa berhati-hati menjaga amanah Allah ..in sya Allah mrk yg kejam lagi zalim ini akn dpt pmbalasn yg setimpal...tq notie

      Delete
  7. tabah dan Tuhan pasti memberikan sesuatu yang indah suatau hari nanti :)

    ReplyDelete
  8. ya in sya Allah..moga kedua-dua ibubapa mangsa tabah dengan ujian yg dihadapi mrk.....tq Friska Lee.

    ReplyDelete
  9. alfatihah buat ketiga2 mangsa..

    ReplyDelete
  10. ya..terima kasih Khairin annies.

    ReplyDelete
  11. Cuma yang tak puas dalam hal ini bila macam mana si pelaku boleh tergamak berlaku kejam terhadap anak-anak kecil tersebut.

    ReplyDelete
  12. ya..mmg sukar nak faham tindakan manusia yg tiada perikemanusiaannya....tq Sylarius Yusof.

    ReplyDelete
  13. Arti sebuah mimpi kadang ada yang baik dan ada yang buruk hiks :'(
    seperti tadi saya mimpi buruk mbak hehe :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mimpi juga kadangkala adalah petunjuk r ilham..kalau mimpi buruk setelah sedar ludah ke kiri itu petua org alim luthfi....tq Muhammad Luthfi.

      Delete
  14. moga yg bersalah menerima hukuman sewajarnya... mimpi kdg2 membawa erti kan kak !

    ReplyDelete
  15. ya..KA..ramai yg anggap mimpi mainan tidur tp pada kak mimpi membawa maksud tertentu...semoga pesalah yg terlibat xterlepas drpd hukuman setimpal. ..tq Kesuma Angsana.

    ReplyDelete
  16. .. si pelaku sampai hati buat sedemikian rupa :( kejam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sifat antigonis manusia itu berada dimana saja...tq acik Aku Penghibur.

      Delete
  17. terlerailah misteri melalui mimpi. . . .

    ReplyDelete
  18. ya Allah mengizinkannya berlaku begitu...tq Wirda Amir.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist