ASSALAMUALAIKUM....
Tika bersekolah di SMART dulu pada pertengahan 70-an asrama yang kuhuni berjiran dengan Kuantan Garden sebuah kawasan perumahan. Kebanyakan rumah-rumah di situ memiliki orkid-orkid cantik yang bergantungan di beranda. Indah sekali. Terpesona memandangnya. Hatipun mulai berkira-kira untuk menanam orkid-orkid cantik itu suatu ketika kelak.
Hajatku terlaksana juga. Kini beranda rumahku dikelilingi orkid-orkid cantik yang meriah berbunga. Kata orang susah juga nak menggalakan orkid berbunga selalu. Entahlah. Bagiku mudah saja. Setiap dua minggu aku akan menyiramkan orkid2ku dengan air tahi kambing yang sudah siap diproses menjadi baja. Menyiramnya 2 atau tiga hari sekali untuk menyegarkannya.
Orkid-orkidku ini sangat manja. Tidak boleh berpanas langsung. Mesti mahu diletakan ditempat redup dan menerima sinaran mentari yang sedikit saja.
Tika malamnya tidak boleh disinari cahaya lampu eletrik kerana akan mengundang serangga mengerumuni
dan membaham bunganya. Tambah-tambah orkid yang harum bunganya. Gemar sekali serangga-serangga ini menggerogotinya. Kan sayang?
assalamualaikum wahh cantiknya pokok orkid... sekolah SMART tu di mana kak ?
ReplyDeletewsalam...SMART tu sek. men. Abd Rahman Talib acik, sebuah sekolah yg terkenal di Kuantan...tq acik Aku Penghibur.
ReplyDeletewah tentang bunga orkid, meskipun saya tidak terlalu paham dengan bunga tapi setidaknya saya mengerti bunga yang orkid ini
ReplyDeletepeminat orkid juga ni ya...tq Abdul Kholiq Hasan.
Deletetahun 70an di sek men .?ermmmm
ReplyDeletejiran sy sekarang ni masing tgh giler tanam orkid kecuali sy..sy suka tgk je..hehe
kenapa wirda...kan dh lama masa tu...se lama orgnya heh...heh..
ReplyDeleteorkid ni cantik bunganya ramai yg berminat menanamnya...tq Wirda Amir.
mmg cantik, serius jeles tgk !
ReplyDeletejgn jeles aaa...tq Kesuma Angsana.
ReplyDeletesalam, wah cantiknya orkid, geram tengok :)
ReplyDeletewsalam orkid2 yg tergantung kat beranda rumah mcik tu...tq babYpose.
ReplyDeleteKakak rasa kena tengok tangan juga agaknya. Kakak sikit punya membelai orkid kakak ni tapi bunga punyalah payah nak keluar.. Daun aje yg rancak. Kakak guna baja orkid 65 kalau tak salah nursery yg suggest still tak ada sign nak berbunga... kalau ada pun sesekali aje huhu...
ReplyDeleteOrkid2 kat rumah kak guna baja tahi kambing yg dh diproses n rendam seminggu kemudian siram dua minggu sekali...nmpak rajin orkid2 tu berbunga...tq Kakzakie.
DeleteBanyaknya koleksi orkid kak paridah... Cantik2 pulak tu...
ReplyDeleteHujung minggu lepas idah ke Pagoh... cantik2 juga koleksi orkid makcik tu... bunganya besar2... bentuk dan warna nya pun cantik2... :D
yeke kak juga suka orkid yg berbunga besar lebih menyerlah cantiknya kala berbunga...tq ACIK IDAH.
DeleteAssalammualaikum kak paridah..sya folo blog akk :)
ReplyDeletewsalam..terima kasih Gundi Pulut...rasanya kak dh follow jg blog adik..
ReplyDeletecantiknya bunga orkid tu kak.. ada rahsia guna air siraman baja tahi kambing rupanya, terima kasih berkongsi rahsia..
ReplyDeleteya aiza kak dapat rahsia tu drpd penanam orkid juga...cubalah kalau nak tahu hasilnya...tahi kambing yg xdproses pun boleh direndam n siramkan orkid setelah seminggu direndam...tq Mizz Aiza
DeleteWah!...cantik nye orkid2 kak.
ReplyDeleteKalau macam ni blh buat pertandingan orkid antara bloggers!
wah bagus idea liza tu n kak tahu liza juga penggemar orkid n bunga2....tq Haliza Ghazali.
ReplyDeleteKe 5 akak-akak saya peminat bunga orkid. Adik dia je ni tak reti nak menanam tapi masih suka memandang bunga orkid. hehehe
ReplyDeleteyeke notie...mesti cantik2 koleksi orkid2 kakak2 notie...nanti upload pic ke blog notie ya mesti ramai yg nk singgah tengok....tq notie.
ReplyDelete