PIC GOOGLE IMAGES (C)
MEMBACA FIRASAT
Oleh Paridah Ishak.
Azalina dan Nurhusna berkira-kira hendak mengikuti Nursyafikah
pulang ke kampungnya hujung minggu ini sebelum kedua-duanya pulang ke kampung
halaman masing-masing setelah menamatkan pengajian peringkat sarjana di
university Putra Malaysia Serdang.
Sekarang ini di kampung Nursyafikah
buah-buahan sedang bermusim. Lalu dia mempelawa kawan-kawannya itu untuk
merasai kenikmatan buah-buahan yang masak ranum di pohon lagi segar sekali.
Azalina lahir dan tinggal di bandar KB sementara Nurhusna pula lahir dan
membesar di bandar JB langsung tidak pernah merasai suasana alam di
perkampungan. Itu yang membuatkan kedua-dua sahabat itu teruja untuk mengikuti
Nursyafikah pulang ke kampungnya di Pahang.
“Jauh juga kampungkau ya Pikah. Lambat pula
aku rasa nak sampai. Dah naik kematu bontot aku rasanya duduk saja tapi masih
tak sampai lagi.” Azalina melepaskan keluh-kesahnya. Mungkin tekanan tubuhnnya
yang tidak langgas bergerak cergas menyebakan darah berkumpul dan tidak
mengalir lancar.
“Sabarlah! Kejap lagi sampailah kita. Tenguk
Suna relek saja. Leka dia perhati keindahan alam sekeliling. Kauni macam-mcam
saja lah Lin.”
“Tadi tu memang aku ralit sangat duk perati
orkid liar yang banyak tumbuh kat tepi jalan pinggir hutan tu, cantik sungguh.
Tapi bila keretakau dah mula membelok ke jalan yang bengkang-bengkok macam ular
kena palu ini kepala aku dah mula pening. Mual nak muntahpun ada. Menggelombang
je aku rasa perut aku ni.” Ketidakseimbangan situasi yang sedang dilaluinya
kini sedang mempengaruhi minda normalnya.
“Oh! Kau dah mula mabuk darat ya. Kesiankau.
Tak apa kita berhenti sekejap kat gerai buah kat depan tu. Kita minum dan beli
limau. Kalau rasa pening elok tonyoh dahikau dengan kulit limau dan makan isinya.
Aroma limau mampu membuat saraf otakkau tenang.” Istilah mabuk darat sering
digunakan emaknya kala melihatnya pening dan mual tika berkereta dalam perjalan
jauh diulangi menyebutnya kepada Azalina.
“Jauh lagi ke Pikah ?” soal Nurhusna pula dari
seat duduk belakang..
“Kaupun dah rasa pening jugak ke Suna.”
“Taklah. Aku okey je. Cuma kesiankan Lin yang
dah pening lalat ni.”
“Sabar ya Lin. Kita berhenti sekejap kat depan
tu. Jalan kalau bengkang-bengkok gini memang ramai yang tak tahan perut
kalau tak biasa. Aku dah biasa sangat jadi dah mentan. Lagipun inilah
satu-satunya jalan menghala ke rumah aku. Nak tak nak kena lalu juga.”
Nursyafikah memarkir kereta kancilnya yang
kecil berurna biru itu di pinggir jalan berhampiran sebuah gerai buah-buahan.
Kelihatan tiada pelanggan yang mengunjungi gerai itu selain mereka bertiga. Ada
durian yang dilonggok dengan label Musang King. Jenama durian yang agak mahal
harganya dan amat popular kerana keenakan rasanya yang pahit manis itu.
Rambutan gading yang kuning dan rambutan merah
anak sekolah juga diikat kemas menanti pembelinya. Dokong, duku, langsat,
rambai juga berlonggok mengikut bahagiannya. Bentuk buah-buahan itu seakan tapi
berbeza rasanya. Bagi yang mengenalinya langsung tiada masalah untuk memilih
mana satu yang disukai.
“Kau berdua nak makan durian Musang King ke?
Ralit saja duk perati.”
“Taklah! Cuma terkejut tenguk harganya.
Kanmain mahal lagi, 80 RM sekilo.” Balas Suna.
“Apa nak hairan Suna. Barang baik, harganya
mesti mahal. Lagipun inilah rezeki pedusun setahun sekali. Durian ni bukannya
berbuah tiap masa.”
“Sekarang ni dah banyak durian klon yang
berbuah sepanjang tahun Pikah. Genetic durian dah diubah para saintis
pertanian. Mudah saja kalau nak makan durian bila-bila masa saja. Asal ada
duitnya heh..heh..” Nurhusna menyanggah kenyataan sahabatnya itu.
“Aku rasa nak beli buah dokong untuk makkau.
Tapi aku tak kenal yang mana satu. Nampak semua serupa saja langsat, duku,
dokong, rambai tu. Kaulah pilihkan Pikah.”
“Tak payah Lin. Semua buah-buah yang dijual
kat sini ada kat dusun belakang rumah aku. Limau madu dan belimbing besi pun
ada. Aku cadangkankau beli limau saja untuk legakan tekak kau yang mual
tu..kalaukau rasa nak termuntah baik kau muntahkan isi perutkau tu sekarang.
Barulah kau rasa selesa sikit. Jalan bengkang-bengkuk ni tak lama lagi habislah
di kawasan perkampungan orang Asli di hujung tu. Jalan menghala kampung aku
lepas tu lurus saja hingga ke muka tangga..”
“Belum rasa nak termuntah lagi cuma pening
sikit.” Azalina memicit-micit dahinya.
“Sabarlah Lin. Sapu minyak kaki tiga kat
dahikau. Nah!” Nursyafikah mengunjukan botol minyak angin kecil itu setelah
mengeluarkannya daripada tas sandangnya.
“Dah tak sabar nak jumpa makcik Ina makkau
Pikah.”
“Aku tahulah sebabnya tu. Mestikau nak korek
rahsia mak akukan!”
“Ish! Tak adalah Pikah. Pandai sajakau ni main
teka-teka.”.
“Aku dah oder ABC ni…jomlah minum.” Ajak
Nurhusna mengeraskan suaranya agar didengari sahabat-sahabatnya yang agak
berjauhan jaraknya darinya.. Kedua-duanya segera tinggalkan pangkin yang sarat
dengan aneka buah-an tempatan itu menuju ke tempat Nurhusna yang menanti
sahabat-sahabatnya di meja yang dihidangkan tiga mangkok ABC oleh pemilik gerai
itu seorang gadis muda sebayanya.
“Sedap nampaknya ABC ni. Macam-macam yang
diisi dalamnya. Lebih dari tujuh jenis tu.”
Azalina menguis-nguis ais yang disagat halus
sambil cuba membilang-bilang satu persatu kandungan ABC itu. Ada kacang merah,
sagu kasar, sagu halus, cendol, agar-agar dan lain-lain lagi yang tidapat
dipastikan namanya.
Ketiga-tiga sahabat baik mula menikmati
ABC/air batu campur yang melegakan kekontangan tekak mereka sebelum meneruskan
perjalanan ke destinasi tujuan mereka.Kancil biru telah membawa ke destinasi
yang ditujui mereka bertiga dengan selamatnya. Salina menyambut kehadiran
anaknya dan tetamunya dengan wajah ceria. Tersenyum simpul menyambut salam
sambil bertanya khabar.
“Besar juga rumahkau ya Pikah. Kau cakap dulu
rumahkau pondok buruk je. Pandaikau menipu ya.”
“Rumah besar tapi tiada isinya. Sama juga
tarafnya dengan pondok buruk Lin. Dahlah jangan soal lagi tentang tu. Mak aku
dah siapkan bilikkau orang. Pergi masuk sana nak baring ke nak salin baju ke.
Lepas tu kalau terasa nak makan durian pergilah ke dapur. Mak aku dah kumpul
durian gugur segala jenis nama untuk kauorang. Rambutanpun ada sikit mak aku
kait.”
“Yeke Pikah? Memang tak sabar nak rasa ni,”
balas Nurhusna.
“Tapi aku rasa nak mandi dulu segarkan diri
Pikah. Baru selesa sikit. Lega semua keletihan urat saraf badan.”
“Suka hatikaulah Lin. Bilik mandi sebelah
bilik ni saja. Pergilahkau berdua mandi segarkan diri. Lepas tu kau orang ke
dapur ya. Mak aku dah sediakan segala macam hidangan untukkau orang tu.”
“Okey Pikah. Selepas mandi aku ke dapur.
Kautak nak mandikah Suna.”
“Nak juga. Pergilahkau dulu..”
.Sambil membantu mak cik Ina menyiapkan
hidangan makan malam riuh saja kedua gadis itu bertanya begitu begini kepada
tuan rumah. Mak cik Ina melayan setiap pertanyaan tetamunya itu dengan ramah.
“Besar juga rumah mak cik ni. Mak cik tinggal
dengan sesiapa lagi. Tak Nampak sesiapapun selain kami.”
“Mak cik duk dengan adik Pikah.tah kemana dia
merayau tak balik lagi. Sorang lagi adik Pikah sedang belajar di ITM.”
“Ya adik Pikah yang belajar kat ITM tu kami
pernah jumpa. Selalu juga dia datang melawat Pikah di rumah sewa kami” sahut
Azalina sambil melirik Nurhusna.
“Rumah ni dulu ramai penghuninya. Sebabtu
dibina besar. Tapi la ni dah berkurang bilangan penghuninya.” Salina merenung
jauh seolah dihadapannya terentang lorong kehidupan berliku yang pernah
ditempuhinya. Tujuh warna pelangi yang mengindahi kehidupannya dan anak-anaknya
telah dilitupi mendung gelap. Tidak kelihatan lagi. Hanya insiden yang
mencalari ruang langit kehidupannya tidak daya dilupakan.
Dialah jantung hatiku satu-satunya. Tiada dua tiada
tiga. Seluruh keperluanku, keluargaku, anak-anakku hanya tergantung kepadanya.
Tidak kasihankah kau kepadaku yang tidak punyai apa-apa sepertimu yang ketara
miliki segalanya. Mengapa tidak kau biarkan kehidupanku lancar berterusan tanpa
gangguan yang kau timbulkan.
Pilihanmu adalah hakmu
menentukannya. Mungkin langsung tidak ada apa salahnya untukku pertikaikan tapi
ada sudut-sudutnya yang boleh dipersoalkan kewajarannya. Hakmu pasti kau
pertahankan dan begitu juga aku. Selagi termaktub aku berhak terhadap sesuatu
itu akanku pertahankan sehabis kudrah.
Suratan pula menentu
takdir-Nya. Usahaku sudah bersungguh mempertahankan hakku dan anak-anak agar
tidak direnggut daripada genggaman tanganku dan diberikan sebagai
anugerah teristimewa kepadamu pula. Apalagi yang dapatku kata selain
merenung penuh sayu berbaur sesal teramat.
Barangkali kau
merasakan tidak pernahpun mengambil apa-apapun yang menjadi milikku kerana
jasad yang berjiwa, berhati nurani kadangkala bolak balek hatinya dan keputusan
yang diperhitungkan tidak semenggah yang didambakan.
Itulah kemungkinan
besarnya yang berlaku kepada diri pilihanku dan kini adalah diri pilihanmu.
Pertarungan, pergelutan, pergolakan yang menimbulkan kerusuhan jiwaku angkara
olahmu
terpaksaku hadapi
dengan air mata berlinangan kesedihan. Habis apalagi yang mampu ku buat selain
menjuraikan air mata kesedihanku. Sungguh kau tidak berhati perut.
Langsung tidak kasihan kepadaku. Astaghfirullah! Berdosanyalah aku mengadilimu
begitu. Hak Allah hendakku ambil pula buat menambah dosa yang sedia ada.
Namun suara hatiku
selalu membisik begitu di dalam dunia sedar dan lenaku. Melupakannya,
menghambatnya jauh agar tidak berlegar lagi di rongga-rongga kalbuku
mengelirukannya dan meninggalkan efek negatif telah berusahaku laku.
Terngiang-ngiang jua
masih. Memeningkan, membingungkan.
Harus kuingat danku
sedari bahawa diri kesayanganku, kecintaanku itu bukan lagi siapa-siapa
denganku dan tidak layak bagiku merasai luhur sucinya seni halus jiwa itu.
Sifat terlalu mencntai
itu walau lumrah dan telah ditanam Allah ke dasar sanubari kita tidak
seharusnya melebihkan pula rasa cinta kepada yang berhak sesungguhnya
terhadap rasa cinta kepada Allah Azzawajalla. Mencintai seseorang tidak salah.
Tapi harus berpada-pada.
Laluku pujuk hatiku
dengan berkata sesuatu yang tersurat takdirnya ada hikmah yang membawa rahmah.
Sendirianlah aku.
Walau sepi, walau sunyiku tanggung sendiri. Terlalu berat sangatkah masalah itu
bagiku? Rasanya tidakpun. Hidup perlu diteruskan walau ujian-Nya merintang
sepanjang perjalanannya.
Kesedihan, kedukaan
tidaklah selalu membentuk mendung hitam yang menabiri alamnya sehingga sentiasa
sangsi dan ragu untuk mengatur apa saja perancangan ke arah kehidupan sebaik
mungkin. Suratanku sejak azali begitu takdir-Nya. Dan kuterima dengan reda.
Jikalau telah reda semata tidak perlulah lagi ada sifat iri antara sesama kita.
Biarkan perjalanan hidup kita lancar berterusan ke destinasi akhirnya tanpa
olah tanpa bantah.
Siang malam bergantian
dan kitapun leka menjalani urusan tanpa memikirkan permasalahan antara kita.
Tidak langsung mahu mengambil peduli apapun lagi yang bersangkutan dengan
masalah yang telah ditinggalkan bersamaku. Justeru ia adalah semata-mata
masalahku saja. Tiada kena mengena denganmu dan diri yang telah jadi pilihanmu
itu.
Yang diinginkan
berlaku sebgitu tidak pula jadi begitu. Jauh pula menyimpang daripada sasaran
sebenarnya. Hendak mengalih sasaran ke arah yang betul tidak tahu pula. Pening
kepala memikirkannya.Sudahnya kerisauan yang mengganggu fikiran seakan mengheretku
sasau. Kesasauan yang tidak diingini akal sihat normal. Mengenangkan nasib
malang anak-anakku menggapai masa depannya laksana anak-anak orang lain seakan
kabur sekali jalan yang dilalui mereka merusuhkan hatiku.
Mengapa tidak mahu
menafkahkan anak-anak darah dagingnya sendiri sedangkan ayah kepada anak-anakku
itu tidak berkurang suatu apa. Tentu tidak akan menjadi miskin kerana menyara
kehidupan anak-anaknya yang bertiga yang masih kecil itu. Diri yang telah
menjadi hakmu kini juga adalah hak anak-anaknya sejak mereka lahir ke dunia.
Dulunya mereka dimewahkan dengan kasih sayang, perhatian rapi segenap segi ayah
kesayangan mereka sebelum kau hadir kerana ayah mereka orang berada.
Kini setelah hadirmu
jadi sebaliknya pula.
Membiarkan bekas
isteri yang tiada harta sepencarian yang ditinggalkan walau sedikit buat
menyara hidup semua zuriat suaminya mampukah dilakukannya. Nescaya langsung
tidak. Marah sungguh bekas suamiku yang kini adalah suamimu kepadaku hingga
sanggup menganiaya aku dengan tidak menafkahi anak-anaknya lantaran kemahuanku
memohon perceraian di mahkammah syariah.
Jikalau marahkan aku
janganlah libatkan anak-anak darah daging sendiri menanggung akibat daripada
kemarahan itu.Namun tidak dinafikan
memang ada suami yang tahu tanggungjawab mereka, tetapi sengaja tidak mahu beri nafkah kerana dalam diri mereka telah tertanam
sifat mahu balas dendam terhadap bekas isteri yang telah bertukar jadi
musuhnya.
Ada juga beri alasan
tidak bekerja ataupun telah berkahwin baru dan mereka tak mampu untuk beri nafkah anak.
Tapi ayah kepada
anak-anakku itu tidak tergolong dalam kalangan mereka yang tidak
berkemampuan yang
boleh dijadikan alasan untuk mengelak bebanan tanggungjawab yang semestinya dipikul.
Apa perlunya suamimu
itu memusuhi bekas isterinya yang sudah dibuangnya ini?
Anak-anak adalah
nasabnya yang tidak boleh dipertikai sampai bila-bila. Amanah Allah yang miliki
7 petala langit, 7 petala bumi dan seluruh alam ini kepada seorang yang
bergelar bapa kenapa dipermudahkan saja.
Apakahkau memain peranan sebagai jarum penyucuk agar diri pilihanmu itu membenci
anak-anaknya? Menghembus mantera yang dibawa angin menyelinapi lubuk
hatinya? Peranan angin yang membawa pesanan kepada minda adalah fakta
yang sukar dipertikai. Boleh jadi aku hanya berprasangka
tapi kemungkinan itu sentiasa ada. Semoga apa yang kurasakan hanyalah fitnah bisikan syaitan durjana.
Pengabaian nafkah sara
hidup kepada anak-anak suamimu itu amat memenderitakan kehidupan mereka yang selama ini tidak pernah merasainya sepanjang hidup
di samping ayah kesayangan mereka. Hairan pula dengan perubahan sikapnya
yang berlaku dalam masa semalaman itu.
Agaknya kau telah
sihirkan diri pilihanmu itu agar membenci anak-anaknya sendiri? Ish! Sekali lagi hatiku dirunyam sangkaan-sangkaan yang sukar ditebak
kebenarannya. Walau segalanya adalah langsung tidak mustahil lantaran sifat
ilmu pun ada dua. Ada hitam ada putih. Sejak purbakala keujudannya
dan firman Allah menegaskannya di dalam lembaran surah-surah alquran yang suci.
Sifat ilmu ada hitam ada putih.Ya.
ReplyDeleteTKSH PC YA SEMUA ILMU MILIK ALLAH
DeleteAmanah Allah, berat perkataan amanah tu, buat saya sentiasa bersyukur dan beristirghfar bila kadang2 jadi 'hijau'
ReplyDeleteTKSH SYAZ YA AMANAH AMAT BERAT DIPIKUL
Deleteralit dana baca kak, bestnya kalau dapat baca habis macam novel tu
ReplyDeleteTKSH DANA SUDI BACA CERPEN KAK KALAU NK BACA CERITA LBH PANJANG BELI NOVEL KAK KELARAI IMPIAN
Delete