Hari ini anak-anak yang bersekolah rendah tahun 5 dan enam
kembali semula ke sekolah setelah sekian lama mematuhi PKP berkurung di rumah
saja untuk memutuskan rantaian virus covid-19 yang mula dikesan akhir Disember
019. Terlalu lama di rumah tentu menjemukan anak-anak dan yang dewasa juga jika
tiada sebarang aktiviti meriangkan hati. Tapi masa cepat berlalu. Tanpa sedar
kita sudah lewati situasi dilingkungi keberadaan virus corona di mana saja
menghampiri akhir 2020. Dan pelbagai rencana yang diracang tergendala jadinya.
Fasa pemulihan PKPP memberi sedikit kelonggaran bernafas.
Sudah boleh kembali bekerja mencari rezeki di ofis dan lain-lain sector ekonomi.
Sekolah yang ditutup sekian lama mulai dibuka secara berperingkat. SOP KKM
mesti diikuti demi menjaga keafiatan diri. Nampaknya semua mesti terima
kehadiran virus corona di kalangan kita sambil tiasa curiga dan berhati-hati
agar tidak dijangkiti. Bersama kita berdoa semoga tentera halus kiriman Langit untuk
memerangi kezaliman, kealpaan dan kemunafikan hamba-hamba berdosa semoga segera
dipanggil pulang kepada Pencipta setelah usai tugasan dilaksana..dan kehidupan
yang singkat ini dapat dilalui sesempurna mungkin. Insaf bermuhasabah diri
kerana tiap sesuatu yang dimiliki akan kehilangan sekelip mata.
Mengembalikan nikmat yang hilang mungkin boleh,mungkin
tidak, mungkin mengambil masa.
walaupuun nampak macam dah bebas tapi kita masih belum menang.... banyak SOP perlu di patuhi
ReplyDeleteSemoga anak-anak dilindungi semua
ReplyDeleteKena terus menerus patuh SOP, semoga anak2 selamat selalu hendaknya <3
ReplyDeletesemoga anak2 kecil ni dilindungi Allah drpd ancaman covid 19..
ReplyDeleteAnak-anak Mrs. A pun mula sekolah hari ini.
ReplyDeleteMalam sebelum tu kabut betul dengan face mask dan hand sanitizer hehehe...
Banyak iktibar diperlohei sepanjang tempoh PKP. Insaf! Dan sudah tentunya menjadi kenangan yang penuh sejarah!
ReplyDelete