Showing posts with label SELOKA. Show all posts
Showing posts with label SELOKA. Show all posts

Tuesday, 4 August 2026

HARI AKHIR

 ASSALAMUALAIKUM



HARI AKHIR

.

Meniti  hari menjelang akhir,

sibuk bersungguh terlupa zikir.

.

Masa  berlalu terlalu cepat,

mengejar mahu terlompat-lompat.

.

Impian  diri semua ada,

berhajat lagi akan berganda.

.

Sangka  takdirnya belum tersurat,

derita jiwa makin melarat.

.

Aral  menduga jatuh di tangga,

sakit terasa jiwa dan raga.

.

Kala  tersungkur tetap tertawa,

menyisih malu bersambil lewa.

.

Hari  akhirnya kian mendekat,

maut menjelma tak mampu sekat.

.

Telah  berakhir kisah hayatnya,

dikenang hanya tingkah buruknya.

 

PELARIAN

.

Berlari-lari sekuat hati

jauhkan diri langkah perhati

kendati masih tunggu di situ

nasib mudarat sudahlah tentu

.

Apa yang mampu semua bawa

demi teruskan hidup bernyawa

.

menumpang kapal menukar arah

tinggal segala jadi sejarah

.

Pertaruh harap setinggi mercu

meriah rona semerah gincu

.

bungkusan lusuh buang ke laut

menguak renang erat dipaut

.

Di hujung tanjung  sampailah jua

ingin dihuni sehingga tua

.

sudahlah jemu berlari-lari

mula mencorak rentak menari 

 

 

 

MUSIM POLEMIK

.

Sudahlah  tiba musim polemik,

panjanglah muncung bibir mencemik.

.

Kenapa  awak buat begitu?

tidaklah dapat hendak membantu.

.

Meluah  rasa melimpah ruah,

terasa sinis seluas sawah.

.

Perhati  isu di sini sana,

tempiasnya juga tetap kena.

.

Apa  pula kisah esok hari,

tergaru-garu pening menari.

.

Konon  kan tiba waktu mengundi,

masihlah juga tak jadi-jadi.

.

Banyaklah  sudut gula  ditabur,

langkah salah tumpah berterabur.

.

Segala  tanda fahamlah sudah,

memilih calon keliru gundah.

.

Pilih  yang itu ada proksinya,

pilih yang ini tertanya-tanya.


Wednesday, 8 April 2026

GARA PEMBELI

 ASSALAMUALAIKUM



Seloka;

GARA PEMBELI

Kadang terpaksa pergi membeli,

terlupa barang ulang berkali.


Anak di rumah memesan susu,

melihat harga terpana lesu.


Mencari ikan di gerai cuma,

tunggu giliran beratur lama.


Sejak dahulu suka pelaling,

kala memilih  kerling keliling.


Teringin juga beli tenggiri,

mengira pitis bajetnya lari.


Mengintai sayur mengirai-ngirai,

diambil hanya sebatang serai.


Semua barang harga meningkat,

darah pun naik bertingkat-tingkat.


Jenuh berfikir sebelum beli,

melihat dompet berkali-kali.


PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

2507025

Friday, 23 January 2026

LAMBAT

  ASSALAMUALAIKUM


GRAFIK SIFU TA (C)



LAMBAT

.

Siap  semua selalu lambat,

terkejar-kejar masa dihambat.

.

Ingin  mengusir masalah lambat,

puas dicari tiada ubat.

.

Cuba  mengelak menjadi lambat,

terkial-kial bagaikan limbat.

.

Terlambat  bangun beri alasan,

salah sebenar sudah dikesan

.

Jenuh   usaha masih terlambat,

sedih terima saja akibat.

.

Lambat  bersahur perut pun lapar,

tunggu berbuka jatuh terkapar.

.

Hendak  berbuka terlambat masak,

minum sahaja nafas pun sesak.

.

Bergaduh  pula kerana lambat,

kala bertemu enggan berjabat.


Tuesday, 22 July 2025

PENANGAN HARGA

 ASSALAMUALAIKUM



PENANGAN HARGA
.
Langkah diatur ke pasar mini,
terlopong tengok harga terkini.
.
Mengira harga bayar barangan,
tinggal sedikit baki pulangan.
.
Biarkan saja sudah begitu,
berpasir mata sesal gerutu.
.
Jenuh berfikir sebelum beli,
melihat dompet berkali-kali
.
Cuaca panas berhari-hari,
pendingin hawa ongkosnya ngeri.
.
Rancang kembara ke mana-mana,
belanja besar gundah gulana.
.
Bekal dibawa usai masalah,
sediakannya lelah mengolah.
.
Terlalu tinggi harganya minyak,
tanggung tekanan jatuh terhenyak.

Friday, 14 February 2025

SUSAH JUGA JADI ORANG

 ASSALAMUALAIKUM





SUSAH JUGA JADI ORANG

(Seloka)


Susah  juga jadi orang

selalu dibelek selalu dipandang

ada saja yang dibayang-bayang

sekujur diri jadi wayang


Kalau cantik paras rupa

dikata berjampi bermentera

cantik saja buat apa

sedang solat selalu alpa.

 

Pabila dilihat berbahagia

rumah tangga aman sempurna

suami/isteri gembira bersama

eh..eh ..katanya suami tu dah diguna-guna.


Fakir miskin dihina nista

konon sengaja meminta-minta

kederat tenaga disimpan saja

malas berusaha itulah akibatnya.

 

Mahakaya  pun tak terkecuali

dipandang sinis harta yang dimiliki

daripada manalah sumber itu ini

korupsi kot atau harta curi.


Heh...heh susah juga jadi orang

jangan fikir nak senang lenang

apa dibuat semua dipandang

yang diatas tu sedang menulis sedang menimbang.


Kita ni hanyalah hamba

tidak sesempurna mana

tidak layak menjuri sesiapa

buang prasangka bersihkan jiwa.



PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

14/2/025

Saturday, 11 January 2025

AYAM OH AYAM

 ASSALAMUALAIKUM


AYAM





OH AYAM


Ayam berkokok menjelang pagi

masih tak bangun hari meninggi

.

Berketuk ayam riuh sekampung

telur sebiji mula mengepung

.

Cuba menyentuh ayam mengeram

terkena patuk hati pun geram

.

Hai anak ayam mengikut induk

kala usik diserbu terduduk

.

Ayam di pasar tergantung-gantung

pembeli rugi penjual untung

.

Pasaran ayam kartel mengawal

terlupa tindak terlebih awal

.

Hilanglah ayam dari pasaran

tertanya-tanya  nan penasaran

.

Memburu pula ayam di hutan

bunian tegur demam tak bentan

Sunday, 14 April 2024

PEMENANG UJIKARYA SELOKA AIDILFITRI

 ASSALAMUALAIKUM



KEPUTUSAN UJIKARYA SELOKA ( 25 ) "AIDILFITRI"
PEMENANG:
❤ Dewi Sukma
❤ Hamimah Ibrahim
❤ Kamarsinah Sarkam
❤ Mak Russ
❤ Paridah Ishak
❤ Rina Chundau
❤ Saudah Mat Lazim
❤ Yusuf Sufali
KEPUTUSAN UJIKARYA SELOKA AIDILFITRI 1445H
-----------------------------------------------------------
Tahniah diucapkan kepada pemuisi yang tidak patah semangat separuh jalan, dan terus mencuba hingga ke akhir sesi ujikarya. Saya pilih puisi genre seloka kerana saya tahu pemuisi mudah tergelincir antara seloka dengan karmina, puisi berima mahupun gurindam jika tidak berhati-hati dalam membina ayat.
Ada pemuisi yang angkat tangan awal-awal lagi kerana mengetahui tahap kemampuannya untuk bersaing agak tipis, tapi saya lebih suka melihatnya dari sudut latihan, lebih banyak kita berlatih lebih banyak kefahaman yang diperolehi semasa mengarang seloka. Akhirnya pemuisi akan dapat menilai sendiri perbezaan seloka dengan genre puisi lain.
TAHNIAH!
Setiap pemenang akan menerima satu naskhah
"MIHRAB CINTA - Khazanah Puisi Seti Zaleha"
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua penulis SPTA
-----
[01] ❤ Rina Chundau
Seloka pilihan pertama tertinggi - 16 rangkap
-----
[02} ❤ Paridah Ishak
Seloka pilihan kedua tertinggi - 13 rangkap
-----
[03] ❤ Saudah Mat Lazim
Seloka pilihan ketiga tertinggi - 10 rangkap (Seri)
-----
[03] ❤ Yahti Hayati
Seloka pilihan ketiga tertinggi - 10 rangkap (Seri)



---------------------------------
AKTIVITI GRAHA KARYA, AKADEMI SPTA 2024
Tahniah kepada penulis yang terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan oleh SPTA semoga penglibatan anda menambahkan lagi pengetahuan yang bermanfaat.
----------------------------------------------------
09/03/2024 ♦ Ujikarya Seloka "Aidilfitri" 1445H
Rina Chundau > Mihrab Cinta (SPTA, 2024)
Paridah Ishak > Mihrab Cinta (SPTA, 2024)
Saudah Mat Lazim > Mihrab Cinta (SPTA, 2024)
Yahti Hayati > Mihrab Cinta (SPTA, 2024)
cnp grup Graha Karya (c)
Terima kasih banyak Sifu Tabir Alam
Tahniah semua pemenang dan peserta.

Wednesday, 3 April 2024

LEMANG

 ASSALAMUALAIKUM






 

KEPUTUSAN UJIKARYA SELOKA ( 16 ) "LEMANG"

PEMENANG:

  1. Azmi Mi
  2. Dewi Sukma
  3. Issey Miyaki
  4. Jamal A Majid Jamajidin
  5. Mak Russ
  6. Paridah Ishak
  7. Rina Chundau
  8. Saudah Mat Lazim
  9. Yahti Hayati

KEPUTUSAN UJIKARYA SELOKA ( 17 ) "SEMPERIT"

PEMENANG:

  1.  Dewi Sukma
  2.  Issey Miyaki
  3.  Jamal A Majid Jamajidin
  4.  Kamarsinah Sarkam
  5.  Paridah Ishak
  6.  Rina Chundau
  7.  Saudah Mat Lazim
  8.  Syidah Ida

 

KREDIT GRAHA KARYA

TERIMA KASIH SIFU TABIR ALAM

TAHNIAH SEMUA PESERTA DAN PEMENANG


MyBloglist