Friday, 10 July 2020

ENAKNYA MAKANAN TRADISI TERENGGANU

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

Dah lama juga PI tidak ke Terengganu. PI kadang mengikut juga anak menantu yang berasal dari Chendering dan tidak jauh dari bandar Kuala Terengganu. Sebab PKP lantaran menularnya pandemik C0VID-19 anak menantu pun sudah setengah tahun tidak pulang menjenguk ayah dan keluarganya di sana lantaran menantu mulai sibuk dengan tugas di ofis...walau sudah ada kelonggaran PKPP rentas negeri. Diharapkan semoga keluarga dan saudara-saudara di sana sihat walafiat  hendaknya.

Kalau ke Terengganu selain nasi dagang,keropok dan selain makanan laut yang segar PI  suka memborong makanan tradisi Terengganu ini; sedap semuanya.

 Semua pic penulis mapan Tuan Syed Mahadir ...terima kasih










8 comments:

  1. Wah! Semuanya sedap belaka, ada satar, kuih akok, nekbat! ... kalau saya jumpa ni memang tak tolak tepi...menyelerakan!

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam kak Paridah..

    Saya suka laksam Dan sata Tu 😋😋

    ReplyDelete
  3. PC suka keropok lekor Terengganu kak.

    ReplyDelete
  4. Rindunya dengan negeri Terengganu, tiga tahun belajar kat sana, memang in love habis :)

    ReplyDelete
  5. Kalau ke tengganu, mesti cari kepok lekor n nasik dagang

    ReplyDelete
  6. semoga saya ada kesempatan untuk pergi ke Terengganu suatu hari nanti

    ReplyDelete
  7. Minggu depan nak ke terengganu. Kena cari semua ni termasuk nasi dagang

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist