Showing posts with label SONIAN. Show all posts
Showing posts with label SONIAN. Show all posts

Monday, 12 January 2026

IRAN

 ASSALAMUALAIKUM


 


IRAN

.

Ribut  taufan landa

Iran bergolak

kegusaran

jelata

.

Angin  pertikaian

menderu laju

hembus api

sengketa

.

Tangan-tangan  ghaib

sembunyi gara

cetus nyala

merebak

.

Hasrat  musuh tulin

jatuh pimpinan

ambil alih

kuasa

 

EMOJI

.

Bentuk  citra simbol

paparan maya

sirat makna

berbeza

.

Bahasa  lukisan

ciptaan Jepun

dunia pun

meniru

.

Kisahnya  ringkaskan

huruf naratif

asal jawab

sapaan

.

Kadang  sukar  faham

istilah gambar

berwaspada

memilih


Saturday, 3 January 2026

BAHTERA WATAN

 ASSALAMUALAIKUM



 BAHTERA WATAN

.
Badai angin barat
bahtera watan
masih lagi
di laut
.
Nakhoda kendali
arahnya tuju
hajat tiba
segera
.
Sedangkan penumpang
pertikai hasrat
campur-baur
polemik
.
Rosak dinding kebal
bocor lantainya
pergelutan
meranah


 

KEMUNGKARAN

 

Mengapa  mengundang

murkanya Allah

kemungkaran

luasa

.

Rasa  bimbang langsung

terhapus sudah

hawa nafsu

turuti

.

Tiba  bala Allah

turun seluruh

meliputi

semua

.

Neraka  terbuka

dunia hancur

api marak

menyala


Monday, 29 December 2025

TIKUS MAIN CATUR

 ASSALAMUALAIKUM


 


 

CATUR

.

Tikus  main catur

susunan bidak

ikut suka

pilihan

.

Raja  letak tinggi

barisan askar

maharani

sendiri

.

Tunggang  kuda pantas

langgar segala

peraturan

biasa

.

Ubah  cara silam

sisih semua

kejayaan

utama

.

WAJAH

.

Talam  dua muka

peribahasa

kias kata

Melayu

.

Persisnya sesumpah

bertukar urna

pada tempat

berbeza

.

Kala  hujan limpah

melompat tinggi

jadi katak

gayanya

.

Maslahah  durjana

musibah kilik

mana saja

berada


Thursday, 11 December 2025

JANJI TENGKUJUH

 ASSALAMUALAIKUM


 

JANJI TENGKUJUH

.

Angin  timur laut

deruan sapa

hujan titis

merata

.

Tidak  pernah mungkir

janji tengkujuh

Allah izin

berlaku

.

Langit  suram mendung

sinar mentari

cahayanya

sembunyi

.

Cerita  November

tuju Disember

alam duka

tiasa

.

POLISI

.

Surat  kata putus

bertinta emas

perjanjian

tepati

.

Dengan  jelas prinsip

demi negara

sejahtera

tiasa

.

Lestari  wujudnya

berdiri kukuh

mohon doa

selama

.

Telah  tetap sejak

nusa merdeka

moga tidak

berubah

PENULIS BEBAS

.

Catat  dengan bebas

luahan rasa

muka buku

wahana

.

Susun  gubah diksi

ghairah teruja

rekacipta

pesona

.

Hambur  cerca nista

senandung lagu

maki hamun

mencela

.

Lupa  dosa fitnah

malaikat patuh

Rakid Atid

menulis



TERIMA KASIH SIFU TA
SUDI BERI PI HADIAH SAGUHATI KUIZ
BINTANG 45 RPM

Thursday, 27 November 2025

TOHMAHAN

 ASSALAMUALAIKUM


 


TOHMAHAN

 

Istilah  tohmahan

diksinya tular

cari makna

segera

.

Wasangka  tuduhan

mereka-reka

tanpa bukti

sebenar

.

Sembang  kedai kopi

cerita panas

jadi topik

wacana

.

Tikai  tafsir maksud

diperkatakan

semberono

melulu

.

MATAHARI

.

Bintang  paling kerdil

unsur hidrogen

panas ubah

helium

.

Khidmat  nian lama

berjuta tahun

sinar bumi

seputar

.

Awan mendung gelap

cahaya sirna

titis hujan

menjujuh

.

Wujud  sementara

di akhir zaman

matahari

binasa


Friday, 21 November 2025

DRAMA TOPENG

 ASSALAMUALAIKUM



DRAMA TOPENG

.

Ruang  drama pentas

aktor bertopeng

peranannya

memukau

.

Tabir  bayang wayang

selak perlahan

perhatian

teruja

.

Hibur  lindung walang

sekian lama

dura lara

gelita

.

Biar  aksi rencam

bertukar gaya

demi tarik

tumpuan


TEKNOLOGI PALSU

 

Waspada  maklumat

kebenarannya

fikir lama

teliti

.

Sumber  nyata kutip

olah jawapan

pertanyaan

penyoal

.

Simpan  sikit ragu

kecerdasannya

sederhana

minima

.

Bijaksana  minda

manfaat guna

anugerah

Ilahi


MyBloglist