Thursday, 16 July 2020

KOMENTOR EDITOR BATAS SUCI

ASSALAMUALAIKUM

PI MENYERTAI ANTOLOGI SAJAK BATAS SUCI SELENGGARAAN PENULIS ABD HAMID HALIM DAN ARIFF WACANA TERBITAN PENA PADU AWAL TAHUN 2020...TERIMA KASIH EDITOR SUDI SERTAKAN KARYA PI

BERIKUT DIBAWAH INI PETIKAN KOMENTAR EDITOR PENYELENGGARA SDR ABD HAMID HALIM TENTANG KARYA SAJAK YANG DISIAR DALAM ANTOLOGI BATAS SUCI.

Ungkapan kata-kata yang menari diruang fikir akan terus berlari dan kita tidak akan dapat mengejarnya kembali. Ianya akan hilang dalam gumpalan asap yang berserakan.
Begitulah kami tangkap ungkapan kata-kata itu sebelum ianya hilang lalu kami belai dan corakkannya menjadi sebuah kisah yang akan menjadi rujukan di suatu hari nanti.
Tuhan menemukan kami dengan sahabat-sahabat yang mengerti perasaan perlu dan pentingnya sebuah dokumentasi kata-kata untuk memenuhi ruang sastera di nusantara ini. Terima kasih teman-teman.
Bagaimana terhasilnya sebuah Antologi Batas Suci? Kata peribahasa, jauh berjalan banyak pengalaman. Benda yang baik apa salah kita jadikan ikutan. Benda yang tidak baik kita jadikan sempadan. Semasa saya bersolat di Musala Bandara Sultan Syarif Kasim II International Airport di Pekanbaru, antara tempat yang boleh berkasut dengan tidak berkasut di gariskan dengan satu sempadan. Sempadan ini pula dinamakan batas suci.
Dari sini tercetusnya idea untuk mengembangkan batas suci ke antologi puisi yang mana kita menceritakan tentang sempadan atau batas yang menjadi pemisah antara dua kawasan samada dari segi kemanusiaan, kenegaraan, perasaan dan darjat dalam masyarakat majmuk.
Puisi yang dihasilkan ini diharap dapat mengangkat nilai-nilai murni dalam kehidupan. Maka temanya menjadi cinta dan kerohanian.
49 orang penulis berkongsi rasa di dalam buku antologi ini. Akan saya perkenalkan setiap penulis di dalam buku ini pada posting yang lain. Apa yang boleh saya katakan adalah penulisnya dari pelbagai bidang pekerjaan dan juga dari gabungan penulis nusantara iaitu selain dari Malaysia terdapat juga penulis-penulis dari Singapura dan Indonesia.
Terima kasih pihak Pena Padu iaitu tuan Ayahandachik
Ayahanda Chik
dan juga tuan Zarir Ali
Zarir Ali
yang mempercayai saya dan Arifwacana
Jefri Zain
untuk menyelenggara Antologi Batas Suci ini.
Ya. Pembelajaran ilmu tuhan tidak akan pernah berakhir. Jangan kita pandang yang negatif kerana yang positif itulah yang akan buat kita berjaya. Belum cuba belum tahu hasilnya. Sudah cuba, nanti kita baiki kelemahannya.
Yang berminat, boleh PM saya atau penulis-penulis di dalam buku ini.

ADA APA DENGAN BATAS SUCI
*Cik Seri Pagi* seorang penulis yang berasal dari Pulau Pinang. Mula menulis sejak awal 90-an. Di dalam Batas suci dia memulakan dengan puisi Majnun. Majnun membawa kita ke suatu rasa kisah cinta yang diangkat dari hikayat lama.
Lalu aku pun menjadi
pemuja dia yang seakan Majnun
tanpa aku sedari
kini akulah Majnun itu.
Kasih Kekasih pula merupakan puisi Cik Seri Pagi yang membawa kita berserah diri kepada Allah.
Dalam puisi Hanya Bahagia dimulakan dengan luahan rindu.
Bicara kita dalam kawanan rindu
rindu yang tiada jemu
masa dan tika yang berlalu
membawa kita ke pelabuhan rindu.
Bahagia yang dimaksudkan adalah hanya untuk tuhan seperti dalam bait
Kerana engkaulah jantung dan juga nyawa
Yang menghidupkan jasad ini.
*Noor Izam Hj. Samin* penulis yang berasal dari Johor dan kini menetap di Merlimau, Melaka.
Dalam puisi Ketentuan Hidup, menceritakan tentang ujian yang menguji diri hanya kita yang dapat merasai. Namun penulis menyatakan dalam kembara kehidupan, kita akan kembali kepada pencipta kita dan yang penting menjaga amal kita dan reda di jiwa seperti dalam bait
Amal kebajikan teman abadi
Di jiwa reda merasai syukur.
Puisi Mari Membaca Al Quran menceritakan kenapa kita perlu membaca Al Quran.
Kelancaran di titian sirat
Destinasi abadi
Di hujung perhentian.
Dalam puisi Ya Rasulullah (S.A.W.) penulis menyarankan dan mengajak kita mengikut amalan sunnah Rasulullah yang akan membawa kita ke jannah.
*Paridah Ishak* penulis hebat yang berasal dari Yan Kedah mula giat menulis sejak 1980.
Puisi Membaca Lipatan Usia menyaran kita bermuhasabah diri dan melihat kembali apa yang pernah kita lakukan.
Air mata panas deras jatuh di pipi lisut
ingin dihapus noda hitam
cemar buram terlukis
Penulis mengajak kita kembali kepadanya untuk menyucikan dosa atas kesilapan lalu.
Puisi Mampukah Kehilangan? Menyatakan sekiranya kita tidak bersyukur dengan anugerah yang kita miliki maka akan menyesallah seperti dalam bait
Setelah ketiadaan
berjurai titis air mata darah
tidak akan mengembalikan
Jadi bersyukurlah dengan anugerah yang dimiliki.
Dalam puisi Denai Kehidupan pula penulis meminta kita bersyukur dengan nikmat tuhan di dalam dunia yang sementara ini dimana di dalamnya penuh liku dan onak berduri.
Saya tertarik dengan peelambangan makanan yang digunakan oleh penulis.
Rencahnya membubu rasa pelbagaian
resepinya adalah pilihan kita
menu jadi hidangan di meja kehidupan
maka santaplah
meski tidak berselera
berulam sabar.
Cukup untuk hari ini. Kita akan sambung lagi dengan penulis yang lain pula. Insya-Allah.
Lagi cerita mengenai Batas suci:

10 comments:

  1. Rezeki memihak.Moga sentiasa dan terus begitu dalam berkarya.Aamiin.Tahniah kak PI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALHAMDULILLAH TKSH PC.INSYAAALLAH MENULIS ILHAM DARIPADA-NYA

      Delete
  2. Replies
    1. ALHAMDULILLAH TKSH CIKGU BADAR TULS SAJA2 SUKA2

      Delete
  3. bestnya kak, saya teringin nak join benda2 ni tapi tak nampak peluang huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALHAMDULILLAH TKSH SYAZ BOLEH SAJA CUBA JOIN GRUP PENULISAN KAT FB ADA SAJA PELUANG MENULIS KARYA

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist