Monday, 27 July 2020

HATI..

ASSALAMUALAIKUM





HATI


Jikalau hati tiada sihat,
pastilah sarat tipu muslihat.

Jikalau hati suka membenci,
perkara salah dianggap suci.

Jikalau hati tulus dan ikhlas,
sifat mulia ketara jelas.

Jikalau hati berbolak-balik,
amalan baik mesti dikilik.

Jikalau hati tidak setuju,
pastikan arah hendak dituju.

Jikalau hati membuak marah,
sabar hadapi tenang segerah.

Jikalau hati merasa salah,
memohon maaf tidak berbalah


Jikalau hati tiasa reda,
rahmatnya Allah berganda-ganda..

Jikalau hati resah dikeji,
berdiam diri beroleh puji.

10 comments:

  1. Semoga hati sentiasa dipeliharaNya..

    ReplyDelete
  2. semoga hati saya sentiasa kuat sentiasa bersih dan tak nak mudah terasa.

    ReplyDelete
  3. moga di jauhkan dari hati yang kotor

    ReplyDelete
  4. Hati, bahagian paling susah nak dijaga selain lidah huhu

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist