Tuesday, 28 July 2020

DENGKI...

ASSALAMUALAIKUM




DENGKI  KHIANAT


Dengki khianat sikap tercela
menghina keji elok sisihkan
didik perangai saling membela
sifat mulia mesti amalkan

Sering berlaku tika terkini
suka memfitnah mengadu-domba
reka cerita itu dan ini
wajah serius tapi selamba

Andai percaya jerat mengena
mulailah hati merasa gusar
rusuh kecamuk gundah gulana
niat pendengki menuju sasar

Hubungan mesra menjadi renggang
dulu bersatu kini berpisah
elak  bersama walaupun senggang
akhir segala mengundang resah

5 comments:

  1. saya pelik dengan orang yang 2,3 kali dah terkena dengan sikap dengki khianat kawan nya. Kalau sekali terkena patutnya dah jauh kan diri. Ni terkena lagi untuk kali ke dua dan ke tiga.. Langsung tak ambik iktibar.

    ReplyDelete
  2. Takut sangat kalau orang dengki dengan kita tak bertempat ni

    ReplyDelete
  3. Wkmsalam
    Semoga dijauhi sifat ini di dalam hati kita

    ReplyDelete
  4. Semoga kita terpelihara drpd sifat ni, samada diri sendiri & org lain..

    ReplyDelete
  5. Malas nak dengki-dengki tapi ada orang dengki kita

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist