Saturday 28 November 2015

PULUT MANGGA THAI...

ASSALAMUALAIKUM...

LA NI DAH MUSIM MANGGA KAN...KALAU ADA POKOK MANGGA DI TEPI RUMAH BOLEH DIPETIK SAJA UNTUK DIBUAT SARAPAN BERSAMA PULUT ESOK PAGI...TENTULAH KENA DIAMBIL BUAH YANG MASAK MANIS RASANYA UNTUK DIMAKAN BERSAMA PULUT LEMAK...BUKANNYA MANGGA MASAK TAPI MASAM RASANYA...KALAU DAPAT MANGGA HARUM MANIS TERAMATLAH SEDAPNYA...

NAK MAKAN PULUT BERSAMA MANGGA KENALAH TANAK PULUTNYA...TAK SUSAH PUN.




Pulut Mangga Thai
Bahan-bahan
2 biji mangga - potong ikut suka
250gm beras pulut - rendam semalaman atau 4 jam
100ml santan + 1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan - carikan
Sos santan
150ml santan KARA
150ml air
4 sudu besar gula perang
1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
4 sudu kecil tepung jagung larutkan dgn sedikit air
Cara-cara :
1. Tos pulut dan kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
2. Gaul bersama santan hingga rata. Masukkan kembali ke dalam pengukus bersama daun pandan.
3. Kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.
4. Sos santan : Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga gula larut. Kemudian masukkan tepung jagung dan masak hingga sos nampak pekat.
5. Hidangkan pulut bersama mangga dan sos santan.

Kongsi resepi bonda fb.

22 comments:

  1. dengan bahandasar mangga yang manis rasanya tentu pulutnya juga enak dong ah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela enak sangat tu rasanya chilembu thea...tq.

      Delete
  2. Makan mangga dengan pulut dan santan.....pertama kali rasa di Kedah......masa tu baru sahaja mula duduk di Kedah.....memang sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kedah mmg suka mkn mangga dgn pulut ni fida...tq.

      Delete
  3. saya masih bingung, pulut itu apa?

    ReplyDelete
  4. pulut tu glutinous rice comtell cell...mesti tau tu...tq.

    ReplyDelete
  5. yeke..hanya sebutan berbeza tu...

    ReplyDelete
  6. tak pernah yan makan mangga harum manis

    ReplyDelete
  7. yeke...harum manis buahnya kecil saja tapi manis sgt yan...harga 32 rm 1kg di perlis...mahal juga kan...tq.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya..kalau makan ni, mangganya mesti manis. Kalau terkena yang masam, rasa memang out siket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yela fidah kalau mangga masam mmg xjadi...tq fidah.

      Delete
  9. nak cari mangga harum manis tu yg payah sket ;-)

    ReplyDelete
  10. ganti jer dgn mangga yg manis anies ok juga...tq.

    ReplyDelete
  11. waduh terliur juga nampak tu Pi hehe

    ReplyDelete
  12. Zumal pun suka pulut makan dengan mangga

    ReplyDelete
  13. SEDAPKAN ZUMAL DPT PULA MANGGA HARUM MANIS..HUIH!..TQ ZUMAL.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist