SUAMINYA berkerja keras untuk menjelaskan ansuran bulanan lori kecil itu dengan memulakan perniagaan membekalkan buah-buah kelapa yang diangkutnya daripada kawasan pertanian itu di Bagan datoh kepada pekedai-pekedai di daerah sini.
Kelapa memang merupakan bahan keperluan penting untuk masakan Melayu. Sudah tentu permintaannya sangat banyak sehinggakan tidak terpenuhi lantaran pohon-pohon kelapa yang baru ditanam di tanah rancangan di daerah sini yang kebanyakannya baru saja diteroka/dibuka belum lagi berbuah. Jadi bekalan kelapa terpaksa dibawa masuk daripada luar daerah atau daripada kampung-kampung tradisi sekitar sini.
"Abang ni sibuk sangat dengan berniaga sehinggakan saya dan Aida selalu saja abang tinggalkan..."
Rungut isterinya yang ternyata kesepian kerana sering ditinggalkan hanya bertemankan si kecil anak kesayangan.
"Kalau abang tak sibuk berniaga mencari duit macamana abang nak bayar ansuran lori tu...cubalah faham sikit...jangan pentingkan diri sendiri saja..."
"Tapi abang tu berkerja melampau sangat rajinnya sehinggakan tidak pedulikan kami langsung..."
"Sewaktu masih muda ni lah kita kena rajin berkerja mengumpul duit supaya kelak kita tidak susah pada hari tua..."
"Saya tengok jiran kat depan rumah kita tu peneroka juga tapi sentiasa ada di rumah. Paginya dia ke ladang. Balik dari ladang duduk saja berehat sambil membaca akhbar atau buku...tapi abang ni masa abang ni habis kat jalan saja...asyik angkut kelapa jual kelapa...masa untuk saya dan Aida langsung tak ada..."
Suaminya itu tersengih saja. Seolahnya cuba memahami isu yang menggelodak di hati isterinya itu.
"OK...abang akan cari masa untuk kita sekeluarga selepas ni. Tunggu abang habiskan menghantar kelapa-kelapa tu kepada pekedai-pekedai. Lepas tu abang bawa Ita bercuti ke Telok Intan..."
Bagan Datuh, Teluk Intan... dekat tu dgn kampung lela. Buah-buah kelapa... semuanya menimbulkan nostalgik... x sabar menunggu coretan ida seterusnya...
ReplyDeleteHEH..HEH..TQ LELA.
ReplyDeletemasih ingat lagi kata cikgu sy ms sekolah rendah:
ReplyDeletepokok kelapa = pokok seribu guna ;-)
HMM POKOK SERIBU GUNA YG AMAT BERGUNA...TQ ANIES.
ReplyDeletewahh ayu chantek molek akak tepi tingkap baca buku tuu ;p
ReplyDeleteakak cantik menghibur hati sunyinya dgn membaca tu wak...tq.
Deleteselamat pagi P wah bercerpen pulak hari ni ya
ReplyDeletekelapa mmg pokok seribu guna dari daun, buah
batang nya mmg manafaat utk manusia apa lgi santan nya setiap surirumah pasti merajuk kalau kelapa mogok tknak berbuah kann
selamat pagi noor...secebis kisah begini xpanjang sgt nk dibaca kan noor.
ReplyDeletekelapa ni bhn masak penting cara kita kan noor..tq.
Kalau rasa kena tinggal selalu ikutlah naik lori sekali hhi.. betul juga kata suaminya tu
ReplyDeleteDemi kelangsungan hidup macam-macam perlu dilakukan. Persefahaman kenalah ada pada pasangan..
heh..heh..sesekali kena ikut suami jln2 walau naik lori jer ...tq kakzakie.
ReplyDeleteya.. related sangat kisah ni dengan kehidupan penoroka.. :)
ReplyDeleteHMM KISAH PENEROKA DI TANAH RANCANGAN BARU...TQ SOBRI.
ReplyDeletehi sis ☺
ReplyDeleteI'm newbie and please support me
hv a nice day~♥~
smartiesmoo.blogsport.kr
hai Amy jung...tq sudi singgah.
ReplyDeletebegitu besarnya taggungjawab seorang suami dan ayah..
ReplyDeletehmm betul tu aiza...tq.
DeleteTak pernah sampai Bagan Datoh lagi
ReplyDeleteCantik bunga warna putih tu Kak
yeke...bagan datoh terkenal dgn kelapa fidah..
Deleteorkid putih tu kat rumah kak fidah..tq.
Cantik..gambar menghias laman PI
ReplyDeleteheh..heh..yeke...tq cikgu etuza.
ReplyDeleteJudul lagunya mungkin “ demi kau dan sibuah hati ” nih kak Paridah. Kadang, kita juga harus meluangkan waktu untuk anak dan keluarga. Jangan sibuk nyari uang melulu...
ReplyDelete