KURSUS MENULIS CERPEN E-SASTERA.COM
1.0. DEFINISI DAN KATEGORI CERPEN
1.1. DEFINISI. Cerpen ialah singkatan daripada ungkapan "cerita pendek". Ungkapan ini merujuk kepada cerita rekaan (cereka) dalam bentuk prosa yang relatif pendek.
1.2. KATEGORI CERPEN. Dari aspek jumlah perkataan, ukurannya tidaklah ditetapkan secara tegar. Jumlah perkataan yang lazimnya diterima untuk cerpen ialah 500 hingga 20,000 patah perkataan.
-Karya yang disiarkan di media sebagai "cerpen" biasanya mempunyai kepanjangan antara 2,000 hingga 2,500 perkataan.
-Karya yang disiarkan di media sebagai "cerpen" biasanya mempunyai kepanjangan antara 2,000 hingga 2,500 perkataan.
-Jika kurang daripada 2,000 perkataan, dinamai cerpen yang pendek (cerpendek) atau cerpen mini;
-Jika lebih daripada 2,500 pula, karya itu dinamai cerpen yang panjang (cerpan atau cerpanjang).
Untuk kegunaan grup E-Sastera Cerpen ini, cerpen dikategorikan seperti yang berikut:
-CERPEN (fiksi 1800-2500 perkataan),
-MIKROCERPEN (sekitar 100 perkataan),
-MINICERPEN (sekitar 500 perkataan), dan
-CERPAN atau MAKSICERPEN (sekitar 3000-5000 perkataan).
-Karya fiksyen yang melebihi 5,000 perkataan dinamai "novlet" dan seterusnya "novel".
2.0 CERPEN TERAWAL DAN PERKEMBANGAN PENULISAN CERPEN DI MALAYSIA (dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Cerpen)
Cerpen yang pertama di Tanah Melayu, secara rasminya bertajuk ’’Kecelakaan Pemalas’’ ditulis oleh Nor bin Ibrahim Al-Madrasi dalam penerbitan majalah Pengasoh(Jil. 2.40, 4 Februari 1920).
Menurut Hashim Awang, terdapat 1,500 buah cerpen yang diterbitkan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Sekretariat Panel Hadiah Karya Sastera pula pada tahun 1976 berjaya mengumpul 614 buah cerpen dari berbagai majalan, akhbar dan kumpulan atau antalogi cerpen.[8]
3.0 ASPEK UTAMA CERPEN
3.1 Dua aspek utama yang dimiliki cerpen ialah
(a) isi (atau tema); dan
(b) bentuk (atau struktur)
(b) bentuk (atau struktur)
3.2 Isi cerpen merangkumi plot, watak, dan latar.
3.3 Struktur cerpen dibentuk oleh tiga bahagian, iaitu permulaan, pertengahan, dan pengakhiran.
4.0 TEKNIK
Teknik (penulisan/persembahan) merangkumi dua entiti, iaitu:
(a) sudut pandangan pencerita;
(b) gaya (gaya penulisan dan gaya bahasa).
(a) sudut pandangan pencerita;
(b) gaya (gaya penulisan dan gaya bahasa).
5.0 UNSUR CERPEN
Istilah "unsur" digunakan untuk merujuk kepada tema dan teknik penulisan sesebuah cerpen. Lantas, ada lima unsur yang membentuk sesebuah cerpen, iaitu:
(a) plot,
(b) watak,
(c) latar,
(d) sudut pandangan, dan
(e) gaya (gaya penulisan dan gaya bahasa).
(a) plot,
(b) watak,
(c) latar,
(d) sudut pandangan, dan
(e) gaya (gaya penulisan dan gaya bahasa).
Dalam pembelajaran tentang cerpen, biasanya kita tidak merujuk kepada tema dan teknik, sebaliknya terus kepada unsur cerpen.
5.1 Plot
5.1.1 Plot ialah rentetan peristiwa yang mempunyai hubungan sebab akibat yang munasabah. Hanya ada satu sahaja fokus (tumpuan) tema atau persoalan cerita dalam sesebuah cerpen. Subplot bukanlah ciri sebuah cerpen.
5.1.2 Teknik pembinaan plot (gaya susunan): Tiga cara utama untuk menjalinkan plot ialah (a) berturutan atau kronologi, (b) imbas kembali (flashback), dan (c) imbas muka (foreshadow).
5.2 Watak
5.2.1 Watak merujuk kepada pelaku-pelaku (dengan watak utama dinamai protagonis dan watak penentang dinamai antagonis). Jumlah watak utama harus terhad kepada satu atau dua sahaja.
5.2.2 Jenis-jenis watak: Lima jenis utama watak ialah protagonis (hero), antagonis (penjarah), watak sampingan (mambantu perkembangan watak protagonis dan antagois), watak tambahan (untuk menghidupkan suasana dan melengkapkan peristiwa semata-mata), dan watak tidak wujud (iaitu watak yang muncul dalam mimpi, kenangan, ingatan, dan bayangan watak-watak lain).
5.2.3 Teknik penampilan watak: Ada beberapa teknik yang digunakan untuk menampilkan watak. Antaranya adalah secara deskriptif/naratif, melalui aktiviti/perbuatan watak itu, melalui sifat-sifat peribadai watak itu, melalui watak-watak lain, melalui dialog, dan melalui mimpi
.
5.3 Latar
Ada empat latar yang utama: Latar tempat, latar masa, latar budaya, dan latar suasana. Di samping itu, cerpen dengan "latar bebas" juga dapat dihasilkan.
5.3.1 Latar tempat
(a) Latar tempat merujuk kepada lokasi berlakunya peristiwa, misalnya di Kuala Lumpur, di tepi sungai, di puncak Gunung Everest, dll.
(b) Cerpen tidak mengizinkan watak digerakkan di dalam ruang yang luas dan pelbagai.
5.3.2 Latar masa
Latar masa terbahagi kepada tiga jenis: (a) zaman atau era, (b) waktu, iaitu pagi, petang, malam, pukul berapa, dan (c) tempoh, iaitu berapa lama berlakunya cerita dalam plot itu, sama ada dua jam, satu minggu, tiga bulan, setahun, dsb.

5.3.3 Latar budaya
Latar ini merujuk kepada amalan kedudayan sesuatu bangsa, agama, atau golongan masyarakat. Misalnya, budaya berbincang para intelek berkelulusan tinggi berbeza dengan budaya berbincang masyarakat awam yang kurang pendidikannya.

5.3.4 Latar suasana
Latar suasana merujuk kepada mood pada sesuatu ketika, misalnya suasana di majlis perkahwinan (meriah), suasana di majlis kematian (sedih dan syahdu), suasana peperiksaan (tegang, risau, mencabar), dll.

5.3.5 Latar bebas
Plot dapat juga dibangunkan dalam latar yang bebas ruang dan bebas waktu, seperti dalam sebuah mimpi.
Plot dapat juga dibangunkan dalam latar yang bebas ruang dan bebas waktu, seperti dalam sebuah mimpi.
5.4 Sudut Pandangan
5.4.1 Sudut pandangan pencerita berbentuk orang pertama atau orang ketiga.
5.4.2 Ada orang ketiga subjektif dan orang ketiga objektif. (Dalam pandangan orang ketiga objektif, pengarang berada di luar pagar cerita).
5.4.2 Ada orang ketiga subjektif dan orang ketiga objektif. (Dalam pandangan orang ketiga objektif, pengarang berada di luar pagar cerita).
5.5 Gaya
5.5.1 Gaya penulisan (dinamai juga teknik penyampaian plot) merujuk kepada cara pengarang bercerita. Ungkapan ini merujuk kepada cara unik yang dimiliki oleh seseorang penulis dalam menyampaikan cerianya. Hal ini melibatkan kreativiti penulis dalam mencari pendekatan terbaik untuk menyampaikan ceritanya. Sebagai contoh, dua orang yang melihat suatu kemalangan jalan raya dari sudut visual yang sama, apabila menceritakan kejadian itu, setiap orang akan menyampaikan dengan caranya yang tersendiri. Kandungan perasaan (emosi) yang mengiringi cerita itu adalah berbeza. Cara seseorang pengarang bercerita banyak bergantung kepada pengalaman menulis dan keluasan pembacaannya. Di samping itu, ciri peribadi pengarang itu juga banyak mempengaruhi hal ini. Dalam bahasa Inggeris, ada satu ungkapan yang berkaitan dengan hal ini: "You see things not as they are but as you are". Hal ini dapat diungkapkan dalam penulisan cerpen sebagai: "You write about things not as they are but as you are".
5.5.2 Gaya bahasa merujuk kepada diksi dan sinteksis yang digunakan pengarang. (a) Hal ini banyak bergantung kepada kecenderungan dan keupayaan berbahasa seseorang penulis. (b) Diksi dan sintaksis yang dipilih kadang-kadang sengaja disesuaikan dengan tema.
6.0 STRUKTUR CERPEN
Struktur cerpen lazimnya dibentuk oleh tiga bahagian: permulaan, pertengahan, dan pengakhiran.
6.1 Permulaan
Permulaan ialah pengenalan kepada plot.
Dalam sesebuah cerpen, ayat pertama dan paragraf pertama amat penting dari segi memikat pembaca! Menurut Othman Puteh:
"Ayat atau perenggan pertama yang tidak kuat, yang tiada punya daya tarikan, akan melemahkan cerita dan sekali gus menimbulkan rasa jemu pembaca. Jadi, perenggan pertama dalam sesebuah cerpen harus dapat menarik minat pembaca sehingga tergerak untuk membaca perenggan berikutnya." (Othman Puteh, 2001, hlm. 46).

6.2 Pertengahan
Bahagian ini ialah bahagian utama (body) tempat berlakunya konflik.
Pentingnya "konflik" dalam sesebuah cerpen telah ditegaskan oleh Othman Puteh dalam bukunya "Penulisan Cerpen - Daripada konvensi ke Inovasi", halaman 49. Kata Othman:
"Dalam sesebuah cerpen, watak-wataknya harus berkonflik. Jika tiada konflik, yang ditulis itu bukan cerita, ia hanya catatan peristiwa atau insiden. Jadi, anda harus cetuskan konflik dalam cerpen yang anda tulis. Lebih besar konflliknya, lebih baik..."

6.3 Pengkahiran
Bahagian pengakhiran terdiri daripada beberapa jenis, seperti yang berikut:
-Dues ex machina (dewa yang muncul dari mesin), iaitu takdir atau kuasa Tuhan
-Keadilan puitik (Baik dibalas baik, jahat dibalas jahat)
-Penamat dengan kejutan (Surprise ending)
-Tragedi
-Penamat penuh kebahagiaan (Happy ending)
-Penamat terbuka

7.0 CERPEN EKSPERIMENTAL
Cerpen eksperimental merujuk kepada cerpen yang lari dari aliran konvensional yang dinyatakan di atas. Istilah ini biasanya merujuk kepada cerpen yang temanya tidak berpijak di bumi nyata.
Cerpen eksperimental merujuk kepada cerpen yang lari dari aliran konvensional yang dinyatakan di atas. Istilah ini biasanya merujuk kepada cerpen yang temanya tidak berpijak di bumi nyata.
NOTA TAMBAHAN
Cara Cerpen Dinilai:
Untuk melihat cara cerpen dinilai, di bawah ini diturunkan petikan laporan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2004/05 untuk kategori Karya Eceran (Cerpen):
Untuk melihat cara cerpen dinilai, di bawah ini diturunkan petikan laporan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2004/05 untuk kategori Karya Eceran (Cerpen):
Ulasan terhadap cerpen "Padam" karya Irwan Abu Bakar:
"Padam", cerita jenayah siber ini mewakili isu terkini pada dekad ini. Ia mengisahkan dendam seorang penggodam komputer (hacker) terhadap lelaki yang telah menggoda isterinya atas talian dengan menggunakan kepakarannya memadam semua data lelaki itu dari alam maya supaya dia tidak lagi "wujud" dalam alam realiti. Hal ini mengingatkan kita pada era baharu ini betapa bergantungnya kita kepada dokumen untuk identiti. Plot cerita berjalan dengan pantas dan berfokus. Bahasa yang digunakan sesuai dengan alam komputer yang serba canggih. Cerita berakhir dengan hacker dalam perjalanan untuk membunuh penggoda isterinya di alam nyata. Kekuatan karya ini terletak kepada inovasinya mengutarakan dua alam yang berbeza tetapi bertindan lapis sehingga menimbulkan kecelaruan untuk mengenali perbezaan antara kedua alam tersebut.
(Dipetik dari Dewan Sastera, November 2008).
Rujukan
Fatimah Busu. Memupuk Bakat dan Minat Penulisan Kreatif, PTS, 2003.
Othman Puteh. Penulisan Cerpen: Visi dan Langgam, DBP, 1993.
Othman Puteh. Penulisan Cerpen - Daripada Konvensi ke Inovasi, Utusan Publications and Distributors, 2001.
Othman Puteh. Penulisan Cerpen: Visi dan Langgam, DBP, 1993.
Othman Puteh. Penulisan Cerpen - Daripada Konvensi ke Inovasi, Utusan Publications and Distributors, 2001.
Dipetik dari:
-Irwan Abu Bakar (portal E-Sastera.com, seksyen "Cerpen")
-Irwan Abu Bakar (portal E-Sastera.com, seksyen "Cerpen")
Mereka yg aktif berkarya sudah arif hal-hal begini PI
ReplyDeleteKakak suka membaca saja sekarang ni.
Untuk menghasilkannya sudah tak mampu lagi - otak dah beku hihi...
Apa lagi sekarang anak-anak muda bagai cendawan lepas hujan macam-macam idea dilahirkan melalui cerpen.
KAK MENULIS SUKA2 JER KAKZAKIE...SUKAR DH NK MELONTAR KARYA NK BERSAING DGN PENULIS2 BARU YG RAMAI N BANYK IDE..KAK TULIS CERPEN PUBLISH SENDIRI KAT BLOG BOLEH JER HEH..HEH.. TQ KAKZAKIE.
DeleteBelum cuba dah mengalah...tapi kami melihatnya lain, Akak Paridah punya potensi dan bakat dan wajar diketengahkan. Cubalah... Saya akan sentiasa menyokong!
Deleteheh..heh,,yeye jer BM ni...terima kasih banyak sbb selalu mendorong kak menulis n menyokong kak utk terus menghasilkan karya yg xseberapa nilainya tu...insyaAllah.
Deletewahh...siap ada kursus untuk menulis ye kak.. seronok jugak ni...
ReplyDeleteKALAU MINAT MENULIS PERLU IKUTI KURSUS PENULISAN ATIE...TQ.
Deletenak menyelongkar idea ni kak part yg paling sukar ;-)
ReplyDeleteHMM SUKAR JUGA...KALAU MINAT BOLEH DIBUAT JUGA...TQ ANIES.
DeleteSalam kenal Paridah..
ReplyDeleteRajinnya Paridah menulis ye..
Dulu2 ada juga teringin nak menulis..
Tapi sekarang dah Kilauan Emas..
Semangat tu dah beku hehhe
Saya follow #217.. jemput lah ke blog saya ye..
klo soal menulis admin blog ini sngat rajin sekali ...hehe
Deleteheh,,heh,,,kak saja kongsikan ilmu buat mrk yg minat menulis cerpen fiu s...tq
Deletemenulis suka2 jer norhayati...terima kasih sudi singgah n follow sini.
DeleteBagi yang minat, setiap chapter mereka tahu.. untung siapa yang minat menulis karya.. semoga terus menghasilkan karya yang memberi manfaat pada kami kak..:)
ReplyDeleteWAWA NI BUAT KAK TERMALU JER...KAK MENULIS SECARA SANTAI JER XSERIUS PUN KALAU NK CARI ILMU BERAT N PENTING KENA ENTER BLOG2 TERTENTU...MISALNYA TENTANG KESIHATAN DI BLOG WAWA BNYK INFONYA...TQ.
DeleteSebagai penulis tentu PI mendapat satu kepuasan bila dapat mencatitkan sesuatu yg boleh dibaca olih orang lain sebagai hiburan ataun bahan rujukan kan..
ReplyDeleteHEH..HEH.. PENULIS BLOG JER KY...MENULIS SUKA2 IKUT MOOD...TQ.
Deletetak pandai nak olah ayat jadi berbunga-bunga..walaupun ajar budak-budak suruh tulis karangan..hehe
ReplyDeleteAYAT BUNGA2 NI KDG ADA KARYA SASTERANYA XPERLUKANNYA PUN CIKGU...TQ.
Deleteseronok ye...
ReplyDeletehmm seronok juga...tq MKL.
DeleteSusah juga nak menulis cerpen bagi yang tak biasa menulis macam aiza ni..
ReplyDeleteCUBALAH AIZA DH SIAP CERPENNYA HANTAR KE MANA2 MEDIA...BILA DISIARKAN MAKNANYA DH BERJAYA SBG PENULIS...TQ AIZA.
ReplyDeletebukan senang nak tulis beribu perkataan..nak buat entri pun berjam jam fikir..huhu
ReplyDeleteHMM..YELA YAN..MRK YG SUKA MENULIS PERLU RAJIN BERFIKIR...TQ.
DeleteKak Zai tak pandai menulis tapi suka baca buku. Tak kira buku ilmiah, novel atau apa saja.
ReplyDeleteRAJIN MEMBACA MENAMBAH ILMU N INFO KAN ZAI...TQ.
ReplyDeletePeluang baik untuk yang sememangnya berbakat
ReplyDeleteFIDAH PUN BERBAKAT...CUBALAH...TQ.
ReplyDelete