HIDUPLAH DENGAN BERKASIH SAYANG IKHLAS WALAU DENGAN SESIAPA SAJA...APALAGI DENGAN MEREKA YANG DEKAT DI HATI KITA....TERUTAMA IBU BAPA KITA...SUAMI/ISTERI KITA (YANG DAH BERSUAMI/ISTERILAH TU...)...ANAK-ANAK KITA...KAKAK/ABANG/ADIK KITA...SAUDARAMARA KITA...JIRAN-JIRAN KITA...KAWAN-KAWAN KITA DAN MUSLIMIN/MUSLIMAT SEKALIANNYA....DAN SELURUH KEJADIAN-NYA.
Kasih sayang kita terhadap suami atau suami terhadap isteri, biarlah bak kata peribahasa "Kasih sepantun tulisan pinggan". Kasih yang tak kunjung hilang atau padam buat selama-lamanya. Pun begitu jugalah diharapkan kasih sayang terhadap teman sejati. Mesra pergaulannya hingga ke akhir hayat. Sesungguhnya "Kasih itu semangat atau roh yang buta", kerana apabila hati sudah kasih, ia tidak memilih hanya yang baik dan cantik sahaja. Begitu juga, "Kasih tidak bersekutu dengan bijak" iaitu apabila hati sudah kasih, maka akan hilanglah cacat celanya. Namun begitu berhati-hatilah memilih kasih. Ditakuti kita akan kecundang di akhirnya nanti.
SELASIH RIMBUN DENGAN SERANGAN
PIMPIN MENJULANG PINGGIRAN TAMAN
KASIH SEPANTUN TULISAN PINGGAN
TAK MUNGKIN HILANG DITELAN ZAMAN.
TERTINDIH BATU GOH PELATA
TODAK BERTUTU JANGAN TERPIJAK
KASIH IU ROH YANG BUTA
TAK BERSEKUTU DENGAN BIJAK..
GRAFIK PAK ENGKU.
sungguh puitis sekali.
ReplyDeletepanntun2 pak engku mmg indah sgt...tq MKL.
Deletekadang saya merasa heran dengan akak satu ni, kalau sudah menyairkan kata dalam puisi, indah sangat
ReplyDeletexyah heran sgt dik chilembu thea...yg indah sgt tu puisi/pantun pak engku bukan puisi akak...tq
Deleterajinnye mak Pah berpuisi., hihi2
ReplyDeleteheh..heh..bukan puisi makpah tu wak..tq 3 lalat.
Deletejadikan kasih sayang sebagai pelengkap kehidupan..
ReplyDeletepelengkap kehidupan yg penting tu aiza...tq
DeleteSemoga hidup dipenuhi dengan kasih sayang
ReplyDeleteaman dunia jika hidup kitta dipenuhi rasa kasih syg..tq fidah.
ReplyDeletepantinmelayu yang indah sekali..teruskan mengkongsi budaya kita
ReplyDeleteamalkan berkasih sayang agar hidup sentiasa tenang... :):)
ReplyDeleteapa ertinya hidup jika kontang kasih sayang
ReplyDeletekasih sayang adalah pelengkap kehidupan
ReplyDelete