Showing posts with label SELIRATAN CINTA. Show all posts
Showing posts with label SELIRATAN CINTA. Show all posts

Sunday, 19 July 2015

SELIRATAN CINTA BAB 41....PENAMAT



Shaari sedang mengemaskan dirinya dengan rapi. Pewangi jenama terkenal disemburkan ke seluruh tubuhnya. Kemudian dia teringat sesuatu. Diambilnya pula pewangi mulut. Disemburnya berulang kali sehingga lidahnya terasa pahit.
Dia berdiri lama, membelek-belek wajah di cermin. Dipusingkan badannya beberapa kali. Dia sudah berpuas hati dengan penampilan dirinya. ‘Tidak dapat dinafikan aku ni memang kacak.’ Getus hatinya dengan yakin,
Dia duduk di atas katilnya. Sebuah kotak kecil di keluarkan dari beg pinggangnya. Sebentuk cincin berlian dikeluarkan dari dalam kotaknya. Diciumnya cincin itu lama-lama.
“Manisnya kalau kau pakai Nita. Lepas tu kawan-awan kau akan tanya.. .cincin ni siapa bagi? Kau pun jawab: Inilah cincin berlian Datuk Shaari...RM 25,000 tau!” Shaari tersenyum lebar. Dia memasukan semula cincin itu ke dalam kotak.
Dia berdiri lagi di depan cermin. Berpusing lagi beberapa kali sambil membetulkan baju, seluar dan akhir sekali merapikan rambutnya. Dia melangkah dengan yakin keluar dari biliknya untuk menghadiri acara majlis yang dibuat khusus untuknya.
Persiapan untuk majlisnya memang sudah selesai. Shaari berbangga sekali dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh Fareez. ‘Memang boleh di harap budak tu.’ getus hatinya. Dia duduk sendirian memerhati pentas utama yang di hias indah. Matanya mula pula meliar mencari sesaorang. Dia tidak nampak kelibat Anita yang dicarinya.
“Datuk Nampak Anita?” Tanya Sarina dengan agak cemas. Sarina terpacul tiba-tiba di sisi Shaari dengan busana indah pemberian Shaari yang dipakainya. Kecantikan Sarina membuat Shaari terpegun. ‘Ah... Anita jauh lebih cantik dari Sarina.’ Putus hatinya.
“Tak ada pun. Dia dengan awak kan?” Sarina menggeleng.
“Saya dari chalet kami tadi. Dia tidak ada pun di sana” Shaari merasa tidak selesa. Dia panik seketika. Perasaannya haru-biru tidak menentu. ‘Kacau ni’ rungutnya kalut. ‘kemana pula hilangnya bakal tunang aku ni.’
“Awak cari Fareez. Jangan-jangan Anita dengan dia.” Sahutnya tidak mahu membenarkan apa yang dirasakannya menjadi kenyataan.
Anita yang dicari muncul dengan busana indah dan kecantikan yang terserlah. Semua mata memandang kagum ke arahnya. Dia melepaskan senyuman manisnya pada Sarina dan Shaari. Shaari segera bergerak ke pentas.
Hatinya riang bukan kepalang. Anita mengenakan busana indah, hadiah darinya. Senyumnya terorak sentiasa. Shaari mencapai mikrofon hendak mengucapkan sesuatu. Dia melihat Fareez diantara orang yang ramai itu. Dia memberi isyarat supaya membawa Anita ke pentas.
Fareez mengajak Anita ke pentas sambil merenung matanya dengan senyum.
“Saya takut Fareez. Hati saya berdebar-debar saja.” Bisik Anita dengan mata yang redup merenung Fareez..
“Jangan risau. Awak bertenang saja. Tetapkan hati, berserah kepadaNya. Anggap Nita melakukannya demi orang yang dikasihi dengan ikhlas.” Anita mengikuti Fareez ke pentas. Fareez menyerahkan Anita kepada Datuk Shaari. Datuk Shaari menyambutnya dengan galak riang.
“Yang ditunggu sudah tiba. Malam ini adalah malam yang terlalu istimewa. Inilah ‘surprise’ yang anda semua nanti-nantikan.” Shaari tersentak, mulutnya ternganga apabila matanya melihat Majmin dan Rizal di tengah orang ramai itu di muka pentas.
Majmin segera naik ke pentas dan mencapai mikrofon di tangan Shaari. Dia tersenyum sinis kepada suaminya yang terpinga-pinga.
“Memang betul kata suami saya tadi. Ada sesuatu yang sangat istimewa akan berlaku malam ini. Malam yang paling gembira dalam hidup kami suami isteri.” Majmin memanggil anaknya supaya naik ke pentas.
“Malam ini anak kesayangan kami akan ditunangkan dengan gadis pilihan hatinya, dengan penuh restu kami suami isteri. Dipersilakan Rizal dan Anita!” Semua hadirin bertepok tangan. Turut merasai kegembiraan kedua-dua pasangan yang saling berbalas senyum..
Sarina terkejut. Pandangannya dilontar pada Freez yang tersenyum simpul menyambutnya. ‘Kenapa terkejut…tak percaya?’ detak hatinya sinis.
“Eh apa dah jadi ni?” Sarina bertanya kepada dirinya sendiri.
Rizal dan Anita melangkah mendapatkan Majmin. Majmin memeluk anaknya dan melepaskan senyuman diantaranya. Kemudiannya memeluk Anita pula. Shaari terpinga-pinga menyaksikan peristiwa itu. Kakinya bagaikan terpaku di lantai pentas. ‘bermimpikah aku?’ Dia menyeka peluh sejuk di dahinya.
“Oleh kerana pertunangan ini bukan saya yang merancang… jadi tak sempat saya hendak beli cincinnya, maka saya terpaksa gunakan cincin saya untuk disarungkan ke jari manis bakal menantu saya ni.” Majmin melucutkan cincin di jarinya, tetapi Rizal menahannya dan berbisik kepada mamanya.
Majmin tersenyum polos. Menyembunyikan kegeraman kerana tingkah suaminya itu dalam-dalam. Bara amarahnya dikawal agar tidak membakar dirinya dan merosakan suasana yang direncana anaknya pula.
“Maaf semua…rupa-rupanya Datuk Shaari dah beli pun cincin berlian untuk bakal menantunya.” Majmin menoleh kepada Shaari dengan pandangan yang tajam. Tujahan sinar matanya menikam perit tangkai jantungnya. Senyuman sinisnya tergaris di bibir.
“Bang mana cincinnya?” Shaari bagaikan terpukau. Dia mengeluarkan kotak cincin berlian dari dalam poket blazernya. Kemudian diberikan pada Majmin. Dia tunduk.  Metah malu dan sedih berhadapan dengan anak dan isteri kerana ketelanjuran kesilapannya. ‘Kenapalah begini nasib aku?’ Masih pula menyalahi takdir yang tidak menyebelahinya dalam ratapan kalbunya.
“Sebenarnya Datuk dah lama berniat hendak menyarungkan sendiri cincin ini di jari manis Anita bakal menantunya. Jadi untuk menyempurnakan hajat beliau itu, kita persilakan Datuk Shaari melakukannya.” Peluh dingin memercik di dahi Datuk Shaari.
Majmin menarik lengan suaminya supaya sedar diri menghadapi realiti. Dan tidak terkaku, termangu. Ditengah-tengah tepukan gemuruh hadirin, akhirnya tertunailah hajat Datuk Shaari untuk menyarungkan cincin berlian itu di jari manis Anita pada malam itu.

                                                   TAMAT.

Monday, 13 July 2015

SELIRATAN CINTA BAB 39/40...

ASSALAMUALAIKUM...


Syaitan-syaitan sedang menari-nari mengipas api marahnya supaya semakin marak di sekelilingnya. Kejadian syaitan itu asalnya api. Allah subhanahu wataala yang menjadikannya. Subhanallah. Anita tidak menyedari itu. Dia terlupa.
Anita membuka lemari bajunya dan terus menyambarnya satu persatu baju-baju yang tergantung di dalamnya dan disumbatkan ke dalam beg pakaiannya. Dia bertekad akan meninggalkan pulau ini sekarang juga.

                                                     *    *    *

Di jeti Rizal sedang menyambut kedatangan mamanya. Pertemuan antara seorang ibu yang sangat merindui anak kesayangannya berlaku dalam suasana petang yang hampir meremang senja. Kedua-duanya berpelukan melampiaskan kerinduan yang membelenggu sekian lama.
“Jom kita ke chalet mama. Di sana nanti saya akan terangkan kepada mama apa yang akan berlaku. Mama jangan terkejut pula.” Majmin ingin bertanyakan banyak pertanyaan.
Tetapi mulutnya seakan terkunci kerana kelelahannya menaiki pesawat udara,  kemudiannya turun mengenderai kereta dan dengan menaiki bot pula melepasi ombak laut barulah dapat tiba di sini. Dia perlu berehat sebentar, mencari kekuatan minda dan tubuh sebelum berwacana apapun.
“Mama berehatlah dulu. Tapi jangan keluar ke mana-mana. Mama jangan biarkan sesiapa pun melihat mama ada di sini. Mama jangan tanya dulu apa sebabnya. Mama ikut saja apa anak mama ni cakap demi kebaikan kita bersama. Bila mama sudah lega sikit, mama pergi mandi dan bersiap cantik-cantik, kita akan hadir majlis yang sangat grand dan hebat.” Rizal bersuara dengan lembut tetapi ketara ketegasannya.
“Iyalah anak mama sayang. Mama ikut saja. Tapi buat masa ni mama nak berbaring sekejap. Kalau mama tertidur, Rizal kejutkan ya.” Tukas mamanya yang sudahpun membaringkan sekujur tubuhnya di atas sofa.
Matanya cuba dilelapkan untuk meleraikan semua kelelahan yang terperangkap di dalam tubuhnya.

                                                        * * *

Anita membawa begnya melepasi beberapa orang pekerja resort yang begitu tekun menghias bahagian pantai yang berhadapan dengan resort Sri Jelapang. Anita merasakan malam ini pasti ada majlis keraian yang akan diadakan di sini, tetapi dia tidak tahu majlisnya bersangkutan dengan apa.
Dan dia langsung tidak mahu ambil peduli. Buatlah apapun, hendak tunggang terbalik sekalipun dia tidak kisah. Yang difikirkan hanya bagaimana hendak melepasi ranjau yang kini mereba hendak memerangkapnya. 
Dia bergegas ke pantai tanpa disedari sesiapa. Dan ternampak sesaorang sedang berada di dalam botnya sebaik tiba di jeti. Anita segera meluru menghampiri bot itu. Dia berdoa agar bot ini mampu membawanya ke tanah besar dan meninggalkan pulau yang  membenamkannya dengan kerusuhan dan kekalutan itu.
“Abang hendak ke seberang ke? Boleh tumpangkan saya?” Cemas getar suaranya.
“Tak boleh dik. Bot ni sudah disewa.” Balas lelaki itu menolak permintaannya.
“Tolonglah bang! Saya merayu sungguh-sungguh ini soal hidup dan mati saya. Saya mesti tinggalkan pulau ni malam ni juga.” Anita memohon simpati lelaki itu agar memahami kesulitannya dan mahu menolongnya.
“Maaf dik…marah Encik Fareez nanti sebab dia kata saya kena bersedia di sini. Malam ni kan ada majlis pertunangan di sini.” Sebuah berita kejutan yang membuatnya terpinga-pinga.
“Majlis pertunangan? Siapa pula yang bertunang?,” pantas dia bertanya.
“Entahlah…katanya ada orang kaya dari KL. Dia nak buka cawangan baru.” Lelaki itu bercerita dengan sengihnya. Baginya seorang lelaki yang kaya raya sentiasa berpeluang menambah bilangan isteri kerana kemampuan kewangannya.
Kadang-kadang dia pun bermimpi ingin melakukan seperti orang kaya dari KL itu. Keinginannya itu hanya terpendam di dalam hatinya kerana dia metah bersyukur kerana memiliki seorang isteri yang baik, saling memahami dan pandai membahagiakannya.
Hidupnya kini amat menggembirakannya. Menurutnya di dalam meniti hidup yang singkat ini, kita tidak boleh terlalu tamak hendak mengejar dan meraih semua nikmat anugerahNya ke riba kita. Berpada-padalah.
Tetapi Anita tidak pedulikan cerita lelaki itu. Hendak buat majlis bertunangkah, berkahwinkah, lantaklah. Dia hanya fikirkan hasratnya ke seberang akan tertunai.
“Abang tolonglah hantar saya ke seberang. Berapa pun abang nak, saya sanggup bayar. Saya kena pergi juga malam ni. Lepas hantar saya, abang baliklah ke sini. Dia orang tu tak akan sedar abang pergi. Sekejap je kan.” Semakin lembut suara rayuannya. Biasanya seorang lelaki itu akan cair imannya kerana rayuan lunak seorang wanita. Dia mengharapkan lelaki itu walaupun tidak cair imannya tetapi bersimpati dengannya dan mahu menolongnya.
Tiba-tiba Anita ternampak kelibat Fareez dan Rizal menghampirinya. Anita menjadi histeria. Kesabarannya sudah sirna. Lelaki di dalam bot itu ditinggalkan. Dia meluru kearah Rizal. Lelaki itu hanya memandang perlakuan Anita.
“Bapak ayam! Kurang ajar kau Fareez. Sampai hati kau buat aku macam ni.” Anita ternampak sebatang ranting kayu kecil di sisinya. Dia mencapainya dan melangkah laju menghala Rizal. Memukul lelaki itu dengan ranting kayu yang dibawanya.
Rizal berusaha mengelak pukulan Anita yang bersungguh-sungguh itu. Fareez segera merebut ranting kayu itu daripada Anita.
Membuangnya jauh-jauh ke dalam laut. Ombak laut menyambarnya dan membawanya pergi entah ke mana. Anita melutut di atas pasir. Air matanya berjurai-jurai di pipinya.
Esakannya yang tersedu-sedu menyayukan hati yang memandangnya. Fareez mendapatkan Anita. Sedang Rizal hanya berdiri terkaku. Terkesima. Sayu hatinya melihat kedukaan Anita.
   “Bawa bertenang Nita. I can explain.” Anita membalas pandangan lirih Fareez dengan panahan sinar mata yang garang.
“Ah…awak pun sama dengan dia! Berapa juta awak berdua dapat dari orang tua tu hah.” Anita menempelak kasar. Retina matanya bergerak menerjah wajah Rizal yang layu, sayu. Kedukaan hati Anita begitu menyayat dan menyentuh hatinya. Dia tidak menyangka hati Anita begitu parah terluka demi kerana hendak merealisasikan matlamatnya.
“Kenapa diam Fareez?” sergahnya. Menjangkau pandangan ke anak mata Rizal yang tetap menatapnya..
Fareez turut mencangkung di tepi Anita. Menatap wajah Anita yang dibasahi air matanya. Pakaiannya juga sudah dilekati dengan pasir dan cemar.
“Nita, saya Fareez. Dia Rizal anak Datuk Shaari.” Anita terkejut. Matanya berkaca menatap bening kedua-dua bebola mata Fareez yang merenungnya lirih. Sukar baginya hendak menerima fakta dengan sekali lafaz sahaja. Masih menganggapnya hanya sebuah cerekarama.
“Hey, drama apa ni hah? Aku dah gila atau kau orang yang gila? Janganlah nak perbodohkan aku.” Dia meraung lagi seperti seorang anak kecil yang kehilangan sesuatu dan minta dipujuk.
Rizal menghampiri Anita.
“Nita, hari tu Nita kata kalau ada peluang Nita hendak bertemu dengan Datin. Sekarang mama saya ada di sini. Nita masih hendak jumpa dia? Nita boleh bertemu dengan penulis puisi yang Nita temui di pantai tempohari. Puisi tu memang milik mama saya.”
“Kita sudah tidak ada banyak masa Nita… ayah Rizal sedang tunggu Nita tu.”
“Awak langkah mayat saya dulu. Saya tak akan jumpa dengan orang tua tak berguna tu,” ujarnya garang. Matanya terbeliak. Membelalak.
“Dulu Nita pernah kata akan pilih saya jika ada pilihan. Sekarang pilihannya terpulang kepada Anita. Jika Nita rasa Nita sayangkan saya Nita ikutlah kami. Langkah mayat saya dulu jika ada sesiapa yang melakukan perkara buruk kepada Anita.” Anita terpinga-pinga. Terkesima. Mungkin dia telah melihat ada cahaya kebenaran di hujung terowong sempit yang sedang dilaluinya.

                                        

Tuesday, 7 July 2015

SELIRATAN CINTA BAB 38/39

ASSALAMUALAIKUM...


Fareez akan menjemput Datuk Shaari di jeti sebentar lagi. Resah dan rusuh juga perasaannya.
Dia telah diberi gambaran rupa Datuk Shaari yang tidak pernah dikenalnya samasekali berdasakan album foto di dalam pejabat resort. Rizal yang menunjukan album foto keluarga itu kepadanya. 
Dia menghafal rupa itu dalam skrin mindanya. Orangnya memang tampan bergaya. Masih kelihatan kacak dan berwibawa walaupun sudah dewasa dan akan menjejaki usia emas tidak lama lagi. Wajahnya mirip sekali dengan Rizal. Laksana kuah yang tumpah penuh ke nasi. Maklum sajalah anak beranak, getus hati Fareez menyimpulkannya.
“Kau jangan risau, sekali pandang saja kau akan tahu dia tu Datuk Shaari.” Ujar Rizal sambil menepuk-nepuk  bahu teman yang sedang runsing itu.
“Kau cakap senanglah…sebab dia ayah kau. Memanglah sekali pandang dah kenal. Tapi aku ni…hoi gabra sungguh, menyesal pula aku terlibat dengan kerja bodoh ni. Alangkah baiknya kalau aku balik kampung tolong ayah aku. Tiap bulan bila ayah aku dapat hasil sawit, ribu-ribu RM tentu dia hulur pada aku. Ini tidak…cari masalah pula.”
“Kau ni nak tolong aku ke tidak? Kalau tak nak tak mengapa. Biar saja aku yang tanggung seorang masalah aku ni. Tak apalah agaknya kau memang suka Anita tu jadi mak tiri aku.” Rizal segera hendak melangkah pergi meninggalkan Fareez membawa hatinya yang dongkol tetapi tangannya segera disambar temannya.
“Hoi nak ke mana pula tu. Cakap sikitpun dah merajuk macam adik kecik. Kau ni memang layak jadi adik aku tapi aku rasa kau senior dari aku. Aku tu gurau je Zal. Main-main. Nak tengok bagaimana ekspresi wajah kau yang monyok tu. Kau tahu dalam dunia ni, duit ringgit ribu-ribu, juta-juta boleh dicari dengan usaha tetapi sahabat sejati susah nak jumpa beb. Seperti kita ni. Bila kau dah anggap aku sahabat, aku bukan main gembira lagi. Bukankah sahabat itu laksana tangan dan mata. Bila mata menangis tangan akan mengesat air mata.” Rizal tersenyum mendengar ocehan yang panjang berjela temannya itu.
Tiba-tiba dia teringatkan Baharudin Ismail temannya yang pernah mengucapkan ungkapan itu kepadanya katanya sempena hari persahabatan sedunia.
“Sudahlah…kau tu kalau dah mula bercakap susah pula nak berhenti.”
“Aih… siapa sebenarnya yang mulakan tadi?” Rizal menyentuh bahu Fareez. Mulutnya dimuncungkan seolah menunjuk hala ke pintu. Kedengaran bunyi ketukan halus di situ. Fareez segera merapati pintu hendak membukanya.
“Kau Mir…” seorang petugas resort terjengol menjengok wajah.
“Kata Lisa, Encik Fareez suruh saya temankan Encik Rizal ke jeti menyambut Datuk Shaari?” Fareez menjengah wajah Rizal yang tersenyum kepadanya. ‘Bagus. Bergeliga otak kau Rizal.’
“Baiklah. Jomlah kita pergi. Fareez, kami pergi dulu ya. Kau tengoklah apa-apa yang patut. Dan bereskan semua tugasan. Supaya ayah aku puas hati dengan kerja kau dan akan beri kau banyak hadiah sebab ayah aku tu pemurah.” Rizal tersenyum simpul mendengarkan ucapan sinis temannya itu. ‘Berambuslah cepat. Banyak cakap pula dia.’
Rizal sendirian di pejabat. Dia mengangkat tangan menadah dan melafaz doa ke hazdratNya supaya apa yang direncanakan akan lancar sehingga mencapai matlamat. Tiada sebarang aral yang akan mengganggunya. Hanya Dia yang maha berkuasa penentu segala-segalanya. “Kun payakun.” Bila diserukan jadi maka jadilah. Demikian firmanNya di dalam al-quran. ‘Kun payakun’ yang sangat sebati dengan ingatannya tercatat di dalam surah yassin.       
                                             * * *
Fareez menunggu ketibaan Datuk Shaari dengan sabar. Sehingga sebuah bot kecil yang kelihatan mewah peralatannya menghampiri jeti. Dia mengimbas lelaki yang bertopi ala hero filem koboi Amerika dan berbaju T biru berkolar putih.
‘Mungkin inilah Datuk Shaari sebab rupanya saling tak tumpah dengan Rizal.’ Dia mengagak.
“Itu Datuk Shaari dah sampai,” tukas sesaorang. Dia diajak Azmir bersamanya buat membantu membawa barang-barang yang dibawa Datuk Shaari, jika ada.
 Lega hati Fareez. Bertambah mudah kerja pengecaman identiti sesaorang yang berat sungguh tugasnya itu baginya. Dibuatnya tersalah pengecaman orang tentu banyak masalahnya pula kemudiannya.
“Awak berdua bolehlah balik dulu. Nampaknya Datuk tidak bawa banyak barang. Hanya beg kecil saja. Mir…awak beritahu Fareez, Datuk dah sampai. Saya akan balik dengan Datuk sekejap lagi.” Azmir dan kawannya terus beredar meninggalkan Fareez tanpa berlengah lagi mematuhi arahan Fareez agar segera pulang ke pejabat RSJ.
   Fareez menghampiri bot yang semakin mendekat ke jeti. Dia memperkenalkan dirinya kepada Datuk Shaari tanpa teragak-agak lagi. Mereka menaiki bot yang sama ke RSJ. Shaari bertanyakan tentang urusan persiapan majlis yang akan diadakan pada malam nanti.
Fareez mengatakan semuanya sudah diatur dengan teliti dan beres. Shaari berterima kasih kepada Fareez kerana usahanya yang bersungguh-sungguh untuk memenuhi kemahuan hatinya. Jasanya itu akan dikenang dan akan ada imbalan susulannya yang menanti.
Bukan imbalan atau hadiah yang diharapkannya. Dia hanya mengharapkan selepas ini tidak ada lagi sebarang gangguan yang merusuhkan jiwa temannya. Dia melakukannya ikhlas semata-mata kerana Allah. Semoga Allah memberkati usaha baiknya itu.
Usai saja kerja-kerja rumit yang mengundangnya secara tidak tersengaja ini dia sudah bertekad hendak kembali ke kampung halamannya. Rindu kepada emak ayah yang menyayanginya tiba-tiba mengapung di dalam dadanya. Di antara kedua-duanya terselit wajah seorang gadis manis yang ayu tersenyum kepadanya. Nurazrah. Anak gadis Pak Din dan Makcik Fauziah tetangganya, rakan sepersekolahannya yang sudahpun menjadi guru setelah tamat membuat diploma pendidikan di sebuah maktab perguruan.

                                                  38


Anita dan Sarina sedang menikmati hidangan minuman petang dengan ralit dibuai angin mulus dari laut yang bertiup halus. Tiba-tiba muncul seseorang yang menyapa membuatkan jantung Anita seakan berhenti berdegup. Sarina pun turut terkejut sangat.
“Surprise!..,” dia tersengih mempamerkan keceriaannya bertemu kedua-dua gadis itu.
“Datuk!” Serentak kedua-duanya menyebutnya. Anita terpana. Terasa darah merah menyerbu ke mukanya. Hatinya mendidih kemarahan kerana kemunculan orang yang telah merosakan mood baiknya petang ini. Kacau sungguh perasaannya. Sesaorang mesti dicari untuk didapatkan penjelasannya. Mindanya berat menuduh, kehadiran Datuk Shaari di sini adalah gara-gara Fareez. Mesti ada kena-mengena dengannya.
“Hai Nita, Sarina. Apa khabar? Lama tak jumpa awak berdua saya merasa rindu sangat. Sehingga terus terbang ke sini untuk mendapatkan Anita dan Sarina.” Dia menggawang-gawangkan tangannya menggambarkan seolah se ekor burung yang sedang mengepak-ngepakan sayapnya terbang merentas awan. Sarina tersengih melihat aksi itu. Tapi Anita yang bungkam tergamam.
Datuk Shaari mengambil kerusi dan duduk di samping kedua-duanya. Anita terkaku membisu. Debaran marahnya masih belum mereda. Wajahnya tidak beriak. Keras kejung. Beku umpama patung.
“Maaf Datuk saya hendak ke bilik sekejap. Perut saya ni tiba-tiba saja memulas sakit. Tekak pun rasa meloya macam nak muntah.” Kata  Anita. Tangannya kedua-duanya menekan perut. Sakit metah. Wajahnya pucat lesi ekspresi dari kesakitan yang sedang ditanggungnya.
“Eh! Awak sakit kut. Entahkan keracunan makanan, biar saya hantar ke klinik.” Datuk Shaari cuba memegang bahu Anita dan berhasrat menabur budi pada ketika yang patut.
Tetapi ditepisnya tangan kasar yang sasa itu. Hati Shaari terturis juga, tetapi segera dimaafkan kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap Anita sentiasa bereaksi positif membuatnya mempertimbangkan sebab dan alasannya yang tidak negatif.
“Tak apa. Saya bukan sakit sangat. Saya pergi dulu ya…” Anita berlari ke chalet. Kedua-dua belah tangannya menekup mukanya yang tersembunyi berbagai rona perasaan yang menyebak dadanya. Dia menangis. Teramat hampa kerana kepercayaannya terhadap Rizal telah dihancuri, dikhianati. Sangkanya.
“Kenapa Anita tu? Terkejut sangat tengok saya macam jumpa hantu. Betul ke dia sakit tu. Atau cuma drama swasta?” terasa juga  kejengkelan di hati Datuk Shaari dengan sikap Anita itu. Tetap juga terluah walau sebab dan alasan meyakinkannya. 
Dia bersusah payah datang dari jauh semata-mata kerananya tetapi begini pula cara sambutannya. Sungguh kurang sopan, getus hati kecilnya. Tapi apapun kerenah Anita terhadapnya waima salahnya berat sekalipun dia bersedia berlapang dada memaafkannya. Menerima semuanya dengan sabar.  Dalam hidup ini kita perlu saling bertolak ansur dengan orang yang kita sayangi. Demikian firasat Datuk Shaari buat menenangkan jiwanya..
“Ah Datuk ni, ada saja sangka buruknya. Walau kami ni pelakon tapi kami tidak berdrama setiap masa. Dia memang selalu macam tu. Agaknya makanan ni tak berapa rasi dengan perutnya. Itu yang buat dia sakit perut tiba-tiba. Ah…sudahlah...jangan Datuk risaukan. Sekejap lagi bila dia lega sikit, turunlah dia ke sini semula.” Sarina cuba hendak menenangkan hati gabra Datuk Shaari dengan rekayasanya yang spontan tentang tabiat temannya yang sememangnya aneh pada penerimaannya.
“Begitu ke!” Lega hatinya mendengar pembohongan itu. Sesetengah orang memang gemar mendengar perkara bohong dari yang benar walaupun kenyataannya terpampang di depan mata menurut perkiraan Sarina.
Dia tersenyum sedikit mulai menikmati hidangan yang dipesannya tanpa bertanyakan soal Anita lagi.
“Bagaimana Sarina, seronok berada di sini?”
“Seronok Datuk. Tapi esok saya dan Anita dah nak balik. Shooting pun dah habis. Datuk ni datang dari jauh, tidak bawa buah tangan ke untuk saya dan Anita?”
“Ada…ada. Jangan risau. Mesti ada buah tangan yang istimewa dari saya untuk awak berdua. Apalagi untuk yang sangat tersayang. Nanti saya suruh pekerja resort hantarkan ke chalet Sarina dan Anita.” Tukas Datuk Shaari.
Sarina menyambut perkhabaran itu dengan gembira, senyum dan sengih  pun menyeringai di bibir.




                                                     39.

  Kehadiran Shaari di saat jiwanya sedang tenang, amat mengganggu dan menekan perasaannya. Di biliknya Anita menghempaskan tubuhnya di atas katil. Dia mengongoi kuat di bawah bantal yang ditekap ke mukanya.
“Mengapa kau datang ke sini haa!” Dia menelentang pula. Menerawang ke siling, di dalam benaknya ada sesuatu yang terjelma. Dia bergegas ke telefon. Dia mengangkat gagang dan menelefon ke pejabat Fareez. Resepsionis yang menjawabnya.
Anita menghamburkan api kemarahannya apabila diberitahu ketiadaan Fareez di pejabat. “Kemana kau pergi hantu…kau nak lari dari aku ya. Nanti kau. Aku ajar kau nanti.”
“Takkan awak tak tahu di mana Fareez?” suaranya keras menerjah muka gagang telefon. Haba kepanasan hatinya tersimbah ke situ.
“Sudah puas saya cuba kesan dia, tapi tak jumpa. Saya sudah pesan pada petugas resort yang jumpa dia, suruh dia segera hubungi Cik Anita.” Anita menghempaskan telefon. Jawapan yang didengarnya laksana angin kencang yang memarakan api kemarahannya yang sedang menyala-nyala. Merah. Pucuk apinya menjulang tinggi.
“Kurang ajar kau Fareez. Rupanya kau suruh aku tinggal di sini lebih lama kerana kau dah aturkan orang tua tu datang ke sini! Kau lebih kejam dari Sarina, Fareez! Kau kejam! Kejam!” jeritnya. Rasa marah yang menguasainya tidak terbendung lagi.
Syaitan-syaitan sedang menari-nari mengipas api marahnya supaya semakin marak di sekelilingnya. Kejadian syaitan itu asalnya api. Allah subhanahu wataala yang menciptanya.

Monday, 29 June 2015

SELIRATAN CINTA BAB 36/37



“Betul. Masa sarapan tadi dia beritahu mama. Mulanya bila mama ajak dia marah-marah..
“Betul ke ayah kata dia hendak datang ke sini dengan mama? Bila dia cakap?” Suara pertanyaan Rizal dibawa arus gelombang udara sehingga ke hujung gagang telefon yang terlekap di kuping telinga mamanya.Mulanya dia marah.. Dia suruh mama pergi seorang diri. Lepas tu dia dapat panggilan telefon, katanya projek besar dia dapat. Dia bukan main seronok. Lepas tu dia kata dia akan bawa mama ke RSJ jumpa Rizal tidak lama lagi.” Majmin melampiaskan kegembiraan yang membuak di dadanya kepada anak kesayangannya.
Nampaknya suami yang dicurigai kesetiaannya terhadapnya ternyata masih sayangkannya. Keraguan terhadap kasih suaminya kepadanya semakin sirna.
“Iya ke? Tapi mama…Rizal nak mama bersedia. Bila Rizal telefon suruh mama ke sini, mama datang ya.” Ujar Rizal menggesa.
“Hah! Kenapa pulak?” kekeliruan yang mengacau benaknya membuat matanya bulat terjegil. ‘Apa hal pulak anak aku ni. Macam ada rencana yang tersembunyi saja.’
“Tak payah soal banyak-banyak mama. Mama tunggu saja arahan dari Rizal nanti ya. Okaylah mama, jaga diri baik-baik ya. Assalamualaikum.” Rizal meletakan gagang telefon dengan cermat ke tampuknya. Pintu pejabatnya terkuak sedikit. Fareez membawa tubuhnya ke arah Rizal dengan ukiran senyum kecil. Rizal membalasnya dengan kuntuman senyum yang lebar.
“Aku rasa ‘pelanduk sudah hampir masuk jerat.’ Ujar Fareez. Telefon di mejanya berdering tiba-tiba. Fareez mengerlingnya. Rizal mengangkatnya kalut.
“Fareez? Siapa yang call tu? Okay…okay pass the line.”
Rizal menekan ‘speaker phone.’
“Encik Fareez please...”
“Iya...ya saya cakap ni.”
“Saya sudah beli cincin berlian untuk Anita. Kalau dia tengok mesti pengsan terkejut. Awak memang hebat. Habuan awak akan saya bawa sama nanti.” Fareez tersengih-sengih mendengar suara yang dibalut dengan kegembiraan yang bulat itu.
“Tidak payah susah-susah Datuk.” Lakonan Fareez yang bersungguh-sungguh itu membuatkan Rizal menjuihkan bibirnya. Meloya tekaknya mengingatkan perangai ayahnya yang tidak logik diterima akal sihat itu baginya.
“Bila Rizal balik KL?” Fareez melontarkan pandangannya kepada Rizal sambil jari telunjuknya menunjuk gagang dan menghala pula ke arah Rizal.
“Dua hari lagi Datuk.”
“Kenapalah dia tidak balik hari ni saja. Saya ni sudah tidak sabar-sabar lagi hendak ke sana bertemu Anita.” Datuk Shaari menggumam perlahan bagai ‘baung di bawah bangkar.’
“Releklah Datuk. Saya tidak mahu dia curiga apa-apa. Lagipun dua hari lagi Anita habis shooting. Saya dah buat persiapan yang Datuk suruh tu. Saya lakukan sehabis baik.”
“Ye ke? Buat canggih-canggih tau! Saya sanggup berhabis...tidak mengapa.” Datuk Shaari mempertaruhkan seluruh kepercayaan terhadap Fareez yang hanya dikenalinya beberapa hari lalu lewat telefon untuk melaksanakan semua impiannya agar menjadi kenyataan.
“Kalau ada apa-apa jangan teragak-agak hendak call saya. Saya akan sentiasa buka handphone saya 24 jam. Ok. Bye.”
“Bye Datuk.” Rizal tersenyum lunak membalas pandangan Fareez yang baharu saja selesai melakukan tugasan penting yang tidak pernah dibuatnya.
“Hah...macam nilah bagus. Ini tidak bila dengar saja suara ayah kau dah mula bengang tidak tentu arah.” ‘Tapi aku yang semput Rizal. Ayah kau ni betul-betul menyusahkan aku.’
“You’re the brother I never had, Fareez.” Rizal memeluk Fareez. Tergenang air jernih di kelopak matanya dijentik perasaan aneh dari lubuk jiwanya yang menguasainya. Kerana telah terjalin hubungan silaturahim yang akrab antaranya dengan seorang insan sehingga boleh dianggap sebagai saudara sendiri.  Fareez menolak pelukan Rizal lembut.
“Ah sudah…ketepikan dulu babak emosi ni. Kita jalankan babak seterusnya pula.” Fareez tersengih bangga kerana rancangan yang diaturnya semakin menampakan hasil yang diingini. Rizal kawannya ini semakin ceria kehidupannya dan tidak lagi bermurung memikirkan persoalan mama dan ayahnya.

                                                     

                                                   37.
                                                     

Anita sedang membaca sebuah majalah di coffee house. Sendirian. Ramai pengunjung coffee house itu yang menjeling ke arahnya. Mengintai-ngintai perbuatan dramatis yang dikenali lewat drama lakonannya di TV.
Anita tidak mempedulikan itu. Ada juga yang menegurnya. Dia membalasnya dengan haii… dan memberikan senyuman manis. Kelibat Rizal terimbas di matanya di antara orang-orang yang berada di muka pintu. Tangannya  melambai ke arahnya. Rizal segera mendekatinya. Dan tersenyum kepadanya.
“Hai...baca apa tu?” Rizal menarik kerusi dan menghenyakan ponggongnya di atasnya. Dia meninjau sepintas lalu pada majalah yang sedang dibelek Anita.
“Newsweek. Saya beli di kedai buku tu siang tadi. Sibuk sangat seharian shooting tidak sempat pula hendak dibaca. Hari ni ada masa yang luang sikit dapatlah saya membacanya.” Anita menyelak lembarnya yang lain setelah usai membaca artikel tentang percaturan ekonomi global.
Kemelesetan ekonomi seluruh dunia sedang menunjukan tanda-tandanya akan menurunkan tabirnya tidak lama lagi. Demikian antara isi rencana yang disiar.
“Wow.. that’s some heavy reading.” Rizal menelah begitu dengan kagum. Dia sama-sekali tidak menyangka seorang gadis dramatis tempatan mampu membaca artikel English yang berat dan perlukan penguasaan bahasa Inggeris yang mantap.
“Newsweek awak kata bahan bacaan berat?” Anita tertawa.’Jangan pandang orang sebelah mata.’ Dia merasa Rizal sedang memperlekehkan kewibawaannya.
“Rizal tidak tengok lagi librari mini saya di rumah. Awak mesti tidak sangka saya. baca bahan bacaan macam tu.” Rizal merenungi Anita. Menyeluruhi sekujur tubuh itu. Padanya Anita seorang gadis cantik,  terpelajar dan bijaksana. Bertuah sungguh mana-mana lelaki yang berjaya menaluki hatinya. Dia tidak teringin ke? Hatinya bertanya. Dan terus bertanya. Jawapannya hanya ada dalam dirinya. Belum lagi tergamak hendak memutuskannya.
 "Tiga hari lagi saya habis shooting." Rawan suaranya mengenangkan insiden yang akan dilaluinya.
“Hey janganlah sedih. Kalau boleh saya pun tak nak tinggalkan pulau ni. Tapi…sini ada kerja koson“Tiga lagi Anita habis shooting…entah bila kita dapat jumpa lagi?”
Halusg tak?” Sinar mata Anita mencerlang menikam anak mata Rizal yang terpana hendak memberikan kepastian.
“Tentang itu, Anita kena tanya ‘Manager’ kita, Encik Rizal. Tapi saya lupa hendak tanya, Anita ni grad dalam bidang apa?”
“LCCI...tapi agaknya tidak tercapai hasrat saya hendak jadi akauntan. Akauntan yang ada pengalaman pun ramai yang menganggur.”
“Akauntan...” Rizal terkejut. Bagaimana tidak terkejut kerana seorang yang berjaya memperoleh ijazah dalam bidang yang mencabar dan sangat kritikal ini tidak mampu menjawat jawatan yang bersesuaian dengan keupayaannya. Sungguh pelik.
Sedangkan keadaan ekonomi negara semakin pulih dari kegawatan sepuluh tahun lalu dan perkembangan fiskal yang sentiasa melonjak grafnya hari demi hari. Barangkali juga kerana pertambahan IPT (Intitusi Pengajian Tinggi) awam dan swasta yang semakin banyak di seluruh negara dan setiap tahun melambakan para graduan di pasaran pekerjaan. Persaingan untuk mendapatkan perkerjaan yang seimbang dengan kelayakan bertambah sengit jadinya.
Anita adalah salah seorang darinya yang kecundang meraih kerjaya tetap selepas grad dalam masa terdekat. Rizal berfikir begitu.
 “Kenapa terkejut? Bukan ke saya dah kata selepas grad saya menganggur enam bulan. Mahu tidak mahu saya terpaksa cuba bidang ini. Lagi pun saya nampak bidang ni boleh buat duit. Fareez, bukan saya seorang saja artis yang ada ijazah. Ramai lagi. Ada yang heboh beritahu press... but not me. Sebab saya tidak akan lama dalam bidang ni.”
“Ala kalau Anita tidak dapat kerja pun bukan ada masalah. Anita kan ada Datuk ‘Darling’ yang menunggu!” Rizal tersengih. Selamba menuturkan. Anita yang tersentak. Wajahnya berubah. Masam mencuka.
“Kalau awak cakap lagi pasal Datuk tu, saya tidak mahu lagi bercakap dengan awak. Kalau saya hendak mewah, hendak kaya, saya tidak mahu menumpang kekayaan dan kesenangan orang lain. Saya akan berusaha sendiri untuk mendapatkannya. Tuhan memberi kita kudrat dan akal fikiran yang sempurna. Kita hanya perlu menggunakannya sebaiknya. ” Nada suaranya tidak lunak lagi. Rizal pula yang serba salah kerana keterlaluan bicara tanpa memikirkan risiko akhirnya.
“Maaf Anita…saya minta maaf banyak. Mulut saya ni memang lancang melulu. Bercakap tak teringat nak tapis dulu.” Sejuk hati Anita mendengar permintaan maaf yang bersungguh-sungguh dari Rizal. Lelaki ini memang seorang yang budiman. Cepat menyedari kesilapan diri dan berbudi luhur. Anita sukakan apa yang dilihatnya terpamer di luar diri Rizal.
“Its okay. Tak mengapa. Saya suka sangat berkawan dengan Fareez. Pada saya there’s something special about you. Saya tidak suka Sarina asyik membanggakan Encik Rizal. US graduate kononnya. So what? Ijazah sebenarnya hanya sekeping kertas. Apa yang ada di atas ni lebih penting.” Anita menunduk dan menunjuk jari ke kepalanya. Rizal terkesima. ‘Mengata Fareez ni, tapi aku juga yang terkena.’
“Awak salah Nita. Ijazah juga penting. Tapi saya ni tidak ada apa-apa yang hendak dibanggakan. Hanya seorang anak peneroka yang lulus setakat SPM.”
“Janganlah merendah diri sangat Fareez. Hina ke jadi anak peneroka yang lulus setakat SPM? Saya pun anak orang susah. Lebih berkat hidup sederhana dan tidak menyusahkan sesiapa. Saya ni kalau diberi pilihan saya lebih suka orang macam Fareez.” Dia tersipu malu kerana tertuturkan perasaan yang berladung di hatinya.
Dia tertunduk dan kembali menyambung kata-kata untuk meneutralkan keadaan. Rizal ternanti-nanti ucapan Anita. Hatinya berdebar dilambung perasaan yang sungguh asyik. ‘Aku juga akan memilihmu walaupun terlalu banyak pilihan.’
“Memanglah kalau kita kaya, banyak duit cinta pun boleh dibeli. Macam Datuk Shaari, dia cuba pikat hati saya dengan hadiah-hadiah mahal. Balik KL nanti saya akan pulangkan semuanya.”
“Tadi Nita marah sangat saya sebut pasal Datuk. Sekarang Nita pula yang sebut. Aneh?” Anita tersengih kerana kesilapannya ‘laksana meludah ke langit.’ Terpaksa pula mencari alasan konkrit agar Rizal tidak terkeliru dengan hakikat fakta sebenar.
“Saya marah sangat padanya. Terpaksa juga disebut namanya. Nanti Fareez tidak tahu pula siapa yang saya maksudkan. Macam mana agaknya perasaan Datin. Tentu makan hati berulam jantung dapat suami berperangai macam tu. Kalau boleh Nita hendak jumpa dia. Hendak terangkan bagaimana perangai Datuk ni kepadanya. Supaya dia banyak-banyak bersabar dan berusaha mengawasi Datuk demi mengekalkan kebahagian rumah tangganya.” Naluri wanita Anita lirih menuturkan. Bersimpati. Sekaligus empati.
Rizal terkedu. Dia teringatkan mamanya yang makan hati berulam jantung kerana olah ayahnya. Namun langsung tidak terpamer pada riak di wajahnya. Walakian Rizal tahu segala-galanya tetapi mamanya tidak menyedarinya.
Dia leka meneruskan kehidupan seadanya seakan tiada apapun mengusik dan mengganggu jiwanya. Tetapi di dalam hatinya tiada siapa yang dapat menerokanya dan mengetahui apa yang menyarati isi kandungannya..

                                                 

Monday, 22 June 2015

SELIRATAN CHINTA BAB 35/36...

ASSALAMUALAIKUM...

Datuk Shaari amat riang hari ini setelah bermurung seketika dan setengah mati gila bayang kerana berpisah dengan sesaorang yang amat dikaguminya. Mungkin sudah terbetik perasaan cinta yang mendalam terhadap gadis impian. Fareez telah mempercepatkan keinginannya untuk menyunting Anita dan meletakannya di tempat yang wajar.
Fareez telah menyampaikan berita bahawa cintanya terhadap Anita telah diterima gadis itu. Dan dia mulai memasang angan-angan untuk mengecap kebahagian bersama Anita, gadis pujaannya. Gadis yang dirinduinya siang dan malam.
Amin turut merasai keriangan yang tertera di wajah tuannya. Kerana dia memperoleh laba dari kemeriahan yang berpesta di hati Datuk yang sedang rindu bayangan itu. Datuk Shaari sangat pemurah hari ini, sanggup membelanja Amin makan tengahari  di coffeehouse sebuah hotel mewah kerana meraikan kebahagiaan hatinya.
“Heran juga ya…kenapa Anita tidak telefon Datuk?” Mulut yang sedang mengunyah daging panggang itu masih juga mahu bercakap. Pesan gemulah emaknya ‘bila makan jangan bercakap’ tidak pernah mahu diturutinya. Baginya bercakap sambil makan memang seronok dan menambah selera makannya. Tidak sedar nasi yang ditambahnya sudah berpinggan-pinggan.
“Budak tu bukan ke sedang sibuk shooting. Dia tentu tidak sabar lagi hendak tunggu kedatangan aku dua hari lagi.” Amin menjuih bibirnya, meluat melayan kerenah Datuk yang telah ditimpa perasaan itu. Dia tidak begitu yakin Anita telah menerima cinta Datuk Shaari melihatkan dari cara pembawaan wataknya. ‘Tapi mungkin hati Anita telah berubah dalam sekelip mata. Siapa tahu.’ Getus hatinya.
“Datuk jom lah masuk ke lounge sana. Minum di sini tak sedap. Asyik jamu tekak je. Sudah berapa hari tidak jamu telinga dan mata.”
Amin memanjangkan lehernya mengintai-intai suasana di dalam lounge yang sangat meriah walaupun malam masih terlalu awal. Ramai yang menyesakinya samada lelaki mahupun perempuan.
Agaknya masing-masing hendak melepaskan bebanan tekanan perasaan setelah seharian berkerja menyelesaikan pelbagai urusan dengan bersantai di lounge dan melakukan aktiviti yang meriakan hati. Bernyanyi-nyanyi, berkaraoke.
“Orang tengah feeling ni. Kau nak masuk ke tempat memekak tu. Kalau Anita ada di sini, tak apa juga.” Amin menjengah wajah Datuk Shaari dengan sengihnya. Jauh tidak disangka sama-sekali perubahan tingkah-laku Datuk itu dalam sekejap masa gara-gara penangan cintakan Anita.
“Dahsyat sungguh Datuk sekarang ya. Setia betul dengan Anita. Dulu dengan artis lain tak macam ni. Kuat betul mandrem dia ya.”
Kedua-dua biji mata Amin menerima tentangan yang tajam bersinar bebola mata Datuk Shaari. Laksana pedang yang terhunus bersedia untuk memangkas.
 “Hey...jaga sikit mulut tu. Aku hormat betul budak tu. Dia budak baik. Bukan seperti apa yang kau sangka. Dia tidak macam Nadia atau pun Rozana. Pantang dapat hadiah. Kalau diberi peluang memilih hadiah sendiri bukan main mengikis lagi. Semuanya hendak yang ‘imported, branded.’ Kononnya bermutu sangat. Tapi kau perasan tak Anita, bukan main jual mahal. Tak pandang pun pemberian aku.” Dia tersenyum setelah mengeji dan memuji orang orang yang berkaitan sesuka hatinya.
“Macam tulah aku suka…susah nak dapat. Orangnya pun tersangatlah cantiknya.” Datuk Shaari tersengih lebar, membuat penilaian terhadap Anita dan beberapa orang artis lain yang pernah rapat dengannya.
“Yalah tu Datuk. Kalau saya tidak uruskan...” Amin merasa peranannya juga patut dihargai, dinilai dan beri pujian saksama. Tetapi Datuk Shaari seperti menidakkannya. Kedongkolan hatinya terluah hambar.
“Nak ungkitlah tu ya.” Amin tersipu. Tersengih pula.
“Tak adalah Datuk...mana ada ungkit. Cakap yang benar je.” Dia memandang Datuk Shaari yang sedang meracik cendawan dan udang besar dengan pisau dan garpu di kedua-dua tangannya. Ingatannya tentu menerawang jauh entah ke mana. Tidak tertinggal di pinggan yang sarat dengan juadah kegemarannya,
“Nanti di resort tu…eee bestnya..aku sarung cincin berlian itu di jarinya. Sambil makan malam  Candle lightlagi. Bahagianyalah hidup aku.” Datuk Shaari berangan-angan. Bermain-main dengan perasaan pelanginya yang berwarna-warni.
“Masa tu saya pun berkepit pula dengan Sarina.” Tukas Amin ingin turut mengongsi secebis kebahagian tuannya. Datuk itu mengangkat mukanya yang tunduk.
“Hey...siapa kata kau ikut sama?” Amin terkejut. Mata Datuk itu ditatapnya penuh pertanyaan.
“Takkan Datuk tidak bawa saya, asisten Datuk yang banyak berjasa ni. Dah lupa ke jasa saya?” balas Amin melara hiba kehampaan dengan suara mendayu-dayu.
“Kau ni hapraklah Min…saat bahagia aku kau nak enter frame juga ke. Tolonglah…bagi aku peluang kali ni je…” Shaari seakan merayu pertimbangan pembantunya yang setia lagi berjasa kepadanya agar tidak mengganggunya menikmati waktu-waktu indah bersama pujaan hatinya nanti.
Tiba-tiba Shaari dan Amin ternampak Rozana dan teman-temannya masuk ke dalam coffee house bersama beberapa orang temannya. Shaari mula menggelabah.
“Alamak! Mampus aku!” Shaari mengangkat kain napkin di dadanya dan menutup mukanya. Amin pula segera bergerak mencari tempat yang gelap dan terlindung. Menyorok dari disedari Rozana kehadirannya di situ. Dia terpaksa mengikut rentak tuannya yang tidak mahu lagi ada sebarang kaitan dengan Rozana. Dalam erti kata lain menjauhi Rozana demi membuktikan kesetian cintanya terhadap Anita

                                                       36.

Rizal berjalan beriringan dengan Anita menghala ke chalet untuk menghantar Anita pulang. Sarina sedang menonton TV dan menyedari kepulangan Anita. Rizal terus meninggalkan Anita di muka pintu chalet setelah kedua-duanya saling bertukar senyum dan mengucap salam. Rizal melangkah pulang membawa bersamanya secebis kebahagian yang mulai meresap di jiwanya.
“Kau ni memang tidak sedar dek untung!” Sergah Sarina. Anita terpinga-pinga.
“Apa yang kau merepek ni? Tak pasal-pasal nak jerkah aku.”
“Asalkan bersisik kau ingat ikan. Jagalah sikit ‘standard’ tu.”
“ ‘Standard’ apa tu? ‘Standard’ apa yang kita ada? Maafkan saya... Cik Sarina saya dah mengantuk. Selamat malam.” Anita terus masuk ke bilik tanpa memperdulikan omelan Sarina yang terus menceceh kepada dirinya.
“Padan dengan muka kau! Dulu kutuk aku. Kononnya aku hanya layak dapat orang tua. Ini Sarinalah. Dapat jejaka muda kacak, anak Datuk pula. Dia tidak tahu jantan yang dia gila tu cuma anak peneroka.” Begitu rendah sekali taraf status peneroka itu pada penerimaan Sarina.
Mungkin dia masih berada di zon 60-an sewaktu para peneroka ketika itu sedang berhempas pulas meneroka tempat baru di hutan belantara untuk menjadikannya ladang-ladang besar di seluruh negara dengan segala macam kepayahan hidup.
Tetapi masa telah merubah segalanya. Jerih-perih, penderitaan dan kesukaran hidup yang terpaksa di tempuhi peneroka-peneroka tanah rancangan kerajaan, berpuluh tahun bermandi keringat dan peluh, menempuh kesengsaraan yang tidak sedikit telah memberikan pulangan yang setimpal. Berbaloi.
Tetapi ramai juga pesertanya yang lari meninggalkan tanah rancangan kerana tidak tertahan dengan kesusahan dan keperitan hidup berada di tempat yang serba daif itu.
Taraf hidup para peneroka kini jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan penduduk kampung tradisi. Cerita-cerita kejayaan rencana kerajaan ini banyak disiar di media arus perdana. Hanya Sarina yang tidak mengikutinya. Tidak peka dengan perkembangan arus semasa.

                                                             *     *    *

Johan berlenggang senang mengatur langkah untuk mendapatkan Fareez dan Rizal di pejabat pengurusan RSJ. Dia sedang berkira-kira hendak memberitahu kedua-duanya bahawa penggambaran dramanya sudah selesai. Dia begitu gembira kerana berjaya menyudahkan kerjanya menurut jadual yang diberi produsernya.
“Saya ingatkan lagi dua hari. Tetapi setelah semak skrip malam tadi, rupa-rupanya hanya tinggal tiga ‘scene.’ Kira hari ini adalah hari terakhirlah Encik Rizal, Encik Fareez. Bagi pihak produksi saya, saya ingin ucapkan terima kasih banyak di atas layanan yang istimewa ini dari RSJ.”
Johan memang seorang yang tahu memperaktikan peribahasa ‘orang berbudi kita berbahasa.’ Dengan kerjasama pihak Resort Sri Jelapang dia langsung tidak di ganggu sebarang masalah sewaktu melakukan kerja-kerja penggambarannya.
Fareez dan Rizal sentiasa membantunya mendapatkan keperluan yang tidak ada di pulau dengan menghantar operator bot laju mencarinya ke bandar di tanah besar.
“Tak ada masalah Johan. Datanglah ke sini lagi bila-bila masa untuk buat shooting lain kali. Kami sentiasa menerima. Kecil tapak tangan, nyiru di tadahkan. Eh tak nak ke tinggal di sini sehari lagi selepas shooting?”
“Terima kasih banyak-banyak. Kami kena balik. Saya nak kena edit cepat ni. Selepas tu mula pula  produksi baru.” Johan mengerling jam di tangannya.
“Budak-budak saya dah tunggu ni. Saya pergi dulu ya.” Johan melangkah meninggal Fareez dan Rizal. Wajah Rizal bertukar panik. Dia memandang kawannya yang tersenyum tenang menancap kegelisahan yang beriak di wajah Rizal.
“Rosak program kita, bila ayah aku datang Anita sudah tak ada. Apa yang nak dibuat lagi, hancur semuanya.”
“Jangan susah. Aku sudah sediakan rancangan lain.” Rizal merenung kawannya itu yang menuntut penjelasannya. Tetapi Fareez hanya berdiam diri. Semua rencana yang digubalnya tersimpan kemas dalam memori komputer mindanya. Sukar di akses sesiapa.
Biarlah Rizal berteta-teki dahulu tentangnya. Dia sedang menyusun rancangannya agar lebih kemas dan akan terlaksana dengan jayanya.

                                                            *    *    *

Majmin menemani suaminya hingga ke kereta. Pemandunya yang sedia menanti menyambut briefcase yang dibawa Datuk Shaari dan meletakannya di dalam kereta.
“Jadi projek tu sudah ada dalam tangan abanglah ya. Bila abang balik ke sini, lepas sain kontrak dengan pelabur tu, abang kena tunaikan janji abang ya…” Shaari terdongak menatap mata isterinya. Terkejut mendengar permintaan itu.
“Janji? Janji apa pulak?” bulat terjegil bebola matanya menentang sinar bening kejora mata isterinya.
“Janji abang hendak bawa saya ke RSJ. Abang jangan buat-buat lupa sudah.”
“Oh itu…boleh...boleh, tak jadi hal. Tak jadi hal.” Balasnya gugup. Dia masih bersandiwara dengan projek bayangan rekayasanya. Yang tidak pernah wujud dalam bentuk apapun.
Projek yang dimegahkan dengan binaan-binaan mercu tanda bahasa yang direka arkiteknya yang tidak bertauliah dan hanya temberang besar.

                           

Tuesday, 16 June 2015

SELIRATAN CINTA BAB 33/34

ASSALAMUALAIKUM...

pic google images sekadar hiasan.

Di sebuah toko emas yang terkenal namanya terletak di sebuah Mall besar yang tersergam, Shaari sedang membelek-belek se bentuk cincin berlian yang cantik dan mahal.
            “Tengok yang ni…woih…cair perempuan kalau dapat ni.”
            “Hari ni ada tawaran diskaun sehingga 30 peratus.” Sela gadis jurujual dengan senyuman manis memikat hati pengguna.
            “Wow Datuk… 30 peratus, banyak tu.” Amin meninjau-ninjau cincin pilihan Datuk Shaari. Cincin itu disarung ke jari telunjuknya yang montok. Hanya sampai dihujungnya sahaja.
            “Yang ni Datuk, rasanya cantik juga.” Amin menunjukan sebentuk cincin bermata berlian yang tidak serasi pada pandangan Datuk Shaari tetapi amat menarik pada pandangannya.
            “Kau ni Min..sebenarnya kau ni asal mana? Telok Benggala ke?”
             “Dekat-dekat situ lah kut. Yang tu untuk saya ye Datuk.” Ujar Amin dengan sengihnya. Dia menyuruh gadis jurujual mengambil cincin yang ditunjukannya di sebalik ruang kaca persegi itu.
“Yang ni Datuk lawa tak?”
“Hoii kau ingat aku cap duit di kilang belakang rumah aku ke?” suara keras melengking Shaari, membuat Amin tersentak. Senyum yang hendak terukir di bibir terpadam hasratnya. Impiannya mengharapkan tuannya pemurah terhadapnya kali ini tidak menjadi. Musnah berkecai.
Kali ini dia hanya menemani Datuk Shaari membeli sebentuk cincin berlian yang akan dihadiahkan pada sesaorang. Mengekori ke mana saja langkah kaki Datuk itu diatur.
Jemu dan penat pula menguasai dirinya.

                                                     *    *    *

“Betul ke ayah kata dia hendak datang ke sini dengan mama? Bila dia cakap?” Suara pertanyaan Rizal dibawa arus gelombang udara sehingga ke hujung gagang telefon yang terlekap di kuping telinga mamanya.
“Betul. Masa sarapan tadi dia beritahu mama. Mulanya bila mama ajak dia marah-marah. Dia suruh mama pergi seorang diri. Lepas tu dia dapat panggilan telefon, katanya projek besar dia dapat. Dia bukan main seronok. Lepas tu dia kata dia akan bawa mama ke RSJ jumpa Rizal tidak lama lagi.” Majmin melampiaskan kegembiraan yang membuak di dadanya kepada anak kesayangannya.
Nampaknya suami yang dicurigai kesetiaannya terhadapnya ternyata masih sayangkannya. Keraguan terhadap kasih suaminya kepadanya semakin sirna.
“Iya ke? Tapi mama…Rizal nak mama bersedia. Bila Rizal telefon suruh mama ke sini, mama datang ya.” Ujar Rizal menggesa.
“Hah! Kenapa pulak?” kekeliruan yang mengacau benaknya membuat matanya bulat terjegil. ‘Apa hal pulak anak aku ni. Macam ada rencana yang tersembunyi saja.’
“Tak payah soal banyak-banyak mama. Mama tunggu saja arahan dari Rizal nanti ya. Okaylah mama, jaga diri baik-baik ya. Assalamualaikum.” Rizal meletakan gagang telefon dengan cermat ke tampuknya. Pintu pejabatnya terkuak sedikit. Fareez membawa tubuhnya ke arah Rizal dengan ukiran senyum kecil. Rizal membalasnya dengan kuntuman senyum yang lebar.
“Aku rasa ‘pelanduk sudah hampir masuk jerat.’ Ujar Fareez. Telefon di mejanya berdering tiba-tiba. Fareez mengerlingnya. Rizal mengangkatnya kalut.
“Fareez? Siapa yang call tu? Okay…okay pass the line.”
Rizal menekan ‘speaker phone.’
“Encik Fareez please...”
“Iya...ya saya cakap ni.”
“Saya sudah beli cincin berlian untuk Anita. Kalau dia tengok mesti pengsan terkejut. Awak memang hebat. Habuan awak akan saya bawa sama nanti.” Fareez tersengih-sengih mendengar suara yang dibalut dengan kegembiraan yang bulat itu.
“Tidak payah susah-susah Datuk.” Lakonan Fareez yang bersungguh-sungguh itu membuatkan Rizal menjuihkan bibirnya. Meloya tekaknya mengingatkan perangai ayahnya yang tidak logik diterima akal sihat itu baginya.
“Bila Rizal balik KL?” Fareez melontarkan pandangannya kepada Rizal sambil jari telunjuknya menunjuk gagang dan menghala pula ke arah Rizal.
“Dua hari lagi Datuk.”
“Kenapalah dia tidak balik hari ni saja. Saya ni sudah tidak sabar-sabar lagi hendak ke sana bertemu Anita.” Datuk Shaari menggumam perlahan bagai ‘baung di bawah bangkar.’
“Releklah Datuk. Saya tidak mahu dia curiga apa-apa. Lagipun dua hari lagi Anita habis shooting. Saya dah buat persiapan yang Datuk suruh tu. Saya lakukan sehabis baik.”
“Ye ke? Buat canggih-canggih tau! Saya sanggup berhabis...tidak mengapa.” Datuk Shaari mempertaruhkan seluruh kepercayaan terhadap Fareez yang hanya dikenalinya beberapa hari lalu lewat telefon untuk melaksanakan semua impiannya agar menjadi kenyataan.
“Kalau ada apa-apa jangan teragak-agak hendak call saya. Saya akan sentiasa buka handphone saya 24 jam. Ok. Bye.”
“Bye Datuk.” Rizal tersenyum lunak membalas pandangan Fareez yang baharu saja selesai melakukan tugasan penting yang tidak pernah dibuatnya.
“Hah...macam nilah bagus. Ini tidak bila dengar saja suara ayah kau dah mula bengang tidak tentu arah.” ‘Tapi aku yang semput Rizal. Ayah kau ni betul-betul menyusahkan aku.’
“You’re the brother I never had, Fareez.” Rizal memeluk Fareez. Tergenang air jernih di kelopak matanya dijentik perasaan aneh dari lubuk jiwanya yang menguasainya. Kerana telah terjalin hubungan silaturahim yang akrab antaranya dengan seorang insan sehingga boleh dianggap sebagai saudara sendiri.  Fareez menolak pelukan Rizal lembut.
“Ah sudah…ketepikan dulu babak emosi ni. Kita jalankan babak seterusnya pula.” Fareez tersengih bangga kerana rancangan yang diaturnya semakin menampakan hasil yang diingini. Rizal kawannya ini semakin ceria kehidupannya dan tidak lagi bermurung memikirkan persoalan mama dan ayahnya.

                                                     

                                                   34.
                                                      

Anita sedang membaca sebuah majalah di coffee house. Sendirian. Ramai pengunjung coffee house itu yang menjeling ke arahnya. Mengintai-ngintai perbuatan dramatis yang dikenali lewat drama lakonannya di TV.
Anita tidak mempedulikan itu. Ada juga yang menegurnya. Dia membalasnya dengan haii… dan memberikan senyuman manis. Kelibat Rizal terimbas di matanya di antara orang-orang yang berada di muka pintu. Tangannya  melambai ke arahnya. Rizal segera mendekatinya. Dan tersenyum kepadanya.
“Hai...baca apa tu?” Rizal menarik kerusi dan menghenyakan ponggongnya di atasnya. Dia meninjau sepintas lalu pada majalah yang sedang dibelek Anita.
“Newsweek. Saya beli di kedai buku tu siang tadi. Sibuk sangat seharian shooting tidak sempat pula hendak dibaca. Hari ni ada masa yang luang sikit dapatlah saya membacanya.” Anita menyelak lembarnya yang lain setelah usai membaca artikel tentang percaturan ekonomi global.
Kemelesetan ekonomi seluruh dunia sedang menunjukan tanda-tandanya akan menurunkan tabirnya tidak lama lagi. Demikian antara isi rencana yang disiar.
“Wow.. that’s some heavy reading.” Rizal menelah begitu dengan kagum. Dia sama-sekali tidak menyangka seorang gadis dramatis tempatan mampu membaca artikel English yang berat dan perlukan penguasaan bahasa Inggeris yang mantap.
“Newsweek awak kata bahan bacaan berat?” Anita tertawa.’Jangan pandang orang sebelah mata.’ Dia merasa Rizal sedang memperlekehkan kewibawaannya.
“Rizal tidak tengok lagi librari mini saya di rumah. Awak mesti tidak sangka saya. baca bahan bacaan macam tu.” Rizal merenungi Anita. Menyeluruhi sekujur tubuh itu. Padanya Anita seorang gadis cantik,  terpelajar dan bijaksana. Bertuah sungguh mana-mana lelaki yang berjaya menaluki hatinya. Dia tidak teringin ke? Hatinya bertanya. Dan terus bertanya. Jawapannya hanya ada dalam dirinya. Belum lagi tergamak hendak memutuskannya.
“Tiga hari lagi Anita habis shooting…entah bila kita dapat jumpa lagi?”
Halus rawan suaranya mengenangkan insiden yang akan dilaluinya.
“Hey janganlah sedih. Kalau boleh saya pun tak nak tinggalkan pulau ni. Tapi…sini ada kerja kosong tak?” Sinar mata Anita mencerlang menikam anak mata Rizal yang terpana hendak memberikan kepastian.
“Tentang itu, Anita kena tanya ‘Manager’ kita, Encik Rizal. Tapi saya lupa hendak tanya, Anita ni grad dalam bidang apa?”
“LCCI...tapi agaknya tidak tercapai hasrat saya hendak jadi akauntan. Akauntan yang ada pengalaman pun ramai yang menganggur.”
“Akauntan...” Rizal terkejut. Bagaimana tidak terkejut kerana seorang yang berjaya memperoleh ijazah dalam bidang yang mencabar dan sangat kritikal ini tidak mampu menjawat jawatan yang bersesuaian dengan keupayaannya. Sungguh pelik.
Sedangkan keadaan ekonomi negara semakin pulih dari kegawatan sepuluh tahun lalu dan perkembangan fiskal yang sentiasa melonjak grafnya hari demi hari. Barangkali juga kerana pertambahan IPT (Intitusi Pengajian Tinggi) awam dan swasta yang semakin banyak di seluruh negara dan setiap tahun melambakan para graduan di pasaran pekerjaan. Persaingan untuk mendapatkan perkerjaan yang seimbang dengan kelayakan bertambah sengit jadinya.
Anita adalah salah seorang darinya yang kecundang meraih kerjaya tetap selepas grad dalam masa terdekat. Rizal berfikir begitu.
 “Kenapa terkejut? Bukan ke saya dah kata selepas grad saya menganggur enam bulan. Mahu tidak mahu saya terpaksa cuba bidang ini. Lagi pun saya nampak bidang ni boleh buat duit. Fareez, bukan saya seorang saja artis yang ada ijazah. Ramai lagi. Ada yang heboh beritahu press... but not me. Sebab saya tidak akan lama dalam bidang ni.”
“Ala kalau Anita tidak dapat kerja pun bukan ada masalah. Anita kan ada Datuk ‘Darling’ yang menunggu!” Rizal tersengih. Selamba menuturkan. Anita yang tersentak. Wajahnya berubah. Masam mencuka.
“Kalau awak cakap lagi pasal Datuk tu, saya tidak mahu lagi bercakap dengan awak. Kalau saya hendak mewah, hendak kaya, saya tidak mahu menumpang kekayaan dan kesenangan orang lain. Saya akan berusaha sendiri untuk mendapatkannya. Tuhan memberi kita kudrat dan akal fikiran yang sempurna. Kita hanya perlu menggunakannya sebaiknya. ” Nada suaranya tidak lunak lagi. Rizal pula yang serba salah kerana keterlaluan bicara tanpa memikirkan risiko akhirnya.
“Maaf Anita…saya minta maaf banyak. Mulut saya ni memang lancang melulu. Bercakap tak teringat nak tapis dulu.” Sejuk hati Anita mendengar permintaan maaf yang bersungguh-sungguh dari Rizal. Lelaki ini memang seorang yang budiman. Cepat menyedari kesilapan diri dan berbudi luhur. Anita sukakan apa yang dilihatnya terpamer di luar diri Rizal.
“Its okay. Tak mengapa. Saya suka sangat berkawan dengan Fareez. Pada saya there’s something special about you. Saya tidak suka Sarina asyik membanggakan Encik Rizal. US graduate kononnya. So what? Ijazah sebenarnya hanya sekeping kertas. Apa yang ada di atas ni lebih penting.” Anita menunduk dan menunjuk jari ke kepalanya. Rizal terkesima. ‘Mengata Fareez ni, tapi aku juga yang terkena.’
“Awak salah Nita. Ijazah juga penting. Tapi saya ni tidak ada apa-apa yang hendak dibanggakan. Hanya seorang anak peneroka yang lulus setakat SPM.”
“Janganlah merendah diri sangat Fareez. Hina ke jadi anak peneroka yang lulus setakat SPM? Saya pun anak orang susah. Lebih berkat hidup sederhana dan tidak menyusahkan sesiapa. Saya ni kalau diberi pilihan saya lebih suka orang macam Fareez.” Dia tersipu malu kerana tertuturkan perasaan yang berladung di hatinya.
Dia tertunduk dan kembali menyambung kata-kata untuk menuteralkan keadaan.

MyBloglist