Sunday, 12 October 2014

SUDAH DAPAT GADING BERTUAH....

ASSALAMUALAIKUM....

CORAT-CORET PAK ENGKU.....
PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU..

BURUNG PEKAKA DI DAHAN PEDADA,
TERBANG GHAIB DISENJA HARI;
JANGAN DIBUKA PEKUNG DI DADA,
TAKUT AIB DIRI SENDIRI.
Perbidalan: Membuka pekung di dada atau Meraih pekung ke dada.
Maksudnya: Mendedahkan keburukan diri.
KE PEKAN TUMPAT MEMBELI BUAH,
MENAIKI KUDA SEDARI PAGI;
SUDAH DAPAT GADING BERTUAH,
TANDUK TIADA BERGUNA LAGI.
Perbidalan: Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
Maksudnya: Sudah mendapat yang lebih baik, yang kurang baik
ditinggalkan.
BUBUR LAMBUK MASAK SEPERIUK,
DIMASAK ANAK SI KUIH PASUNG;
JANGAN MENUMBUK DI DALAM PERIUK,
HENDAK BERTANAK DI DALAM LESUNG.
Perbidalan; Menumbuk di dalam periuk,bertanak di dalam lesung.
Maksudnya: Janganlah hendaknya sesuatu perbuatan itu melanggar
adat kebiasaan.
TERBANG MERBAH KE TALI AIR,
BURUNG BERKUK DI DAHAN ARA;
TANAH LEMBAH KANDUNGAN AIR,
KAYU BENGKOK TITIAN KERA.
Perbidalan: Tanah lembah kandungan air, kayu bengkok titian kera.
Maksudnya: Tiap-tiap sesuatu sebab yang ada itu akan mendatangkan
sebab yang lain.
AYAM BEROGA LARI BERJEJAK,
LARI BERTIGA ARAH KE TANJUNG;
DI MANA JUGA BUMI DIPIJAK,
DI SITULAH JUGA LANGIT DIJUNJUNG.
Perbidalan: Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Maksudnya: Hendaklah sentiasa menurut adat negeri atau tempat
yang didiami.
POHON TENGKARAS BESAR BATANGNYA,
KAYUNYA KERAS HARUM BAUNYA;
BATU YANG KERAS AIR PELEKUKNYA,
HATI YANG KERAS LIDAH PELEMBUTNYA.
Perbidalan: Batu yang keras air pelekuknya, hati yang keras lidah
pelembutnya.
Maksudnya: Orang yang keras hati itu hanya dapat dipujuk dengan
kata yang lemah lembut.
SEKIAN. TAMMATUL AL KALAM.


22 comments:

  1. singgah malam berpantun seloka =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. berpantun seloka menenangkan jiwa...tq Kak nah.

      Delete
  2. Assalamualaikum kak,
    wah berpantun malam ni, bahasa orang dulu-dulu. Cantik tersusun penuh makna.
    hmm, teringat 'gurindam jiwa'

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik abuikhwan...benar tu org dulu2 berpantun teliti n sgt berseni..lagi bermkna...tq.

      Delete
  3. Assalamualikum, singgah malam baca pantun pak engku.. bukan main berpantun,.")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...pantun2 pakengku ni sgt indah n kak suka mengonsinya utk tatapan bersama...tq wawa.

      Delete
  4. Bagusnya...siap maknanya sekali. Kadang ada yang terlupa atau tak tau makna perbidalan ini memang patut ambil tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PANTUN2 PERBIDALAN MEMPUNYAI MAKSUD TERSIRAT N PERLU DITERANGKAN AGAR FHM MAKSUDNYA...TQ BUNDA.

      Delete
  5. pantun2 pak engku mmg sgt indah...tq MKL.

    ReplyDelete
  6. Rasa lenguh aduh letihnya
    Berjalan kaki ke Teluk Rumbia
    Indah sungguh pantunnya
    Buat jiwa tenang dan bahagia

    ReplyDelete
  7. wah pandai zumal berpantun ya...tq

    ReplyDelete
  8. ...tanduk masih berguna lagi....

    ReplyDelete
  9. banyak pantun-pantun Pak Engku..ada yang tak berapa faham juga.."jangan menumbuk di dalam periuk, hendak bertanak di dalam lesung"..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantun perbidalan menyimpul maksud tersirat...bertanak dlm lesung n menumbuk dlm periuk tentu buat kerja sia2 xbertempat...tq nohas.

      Delete
  10. Pantun yang sedap dibaca. Sekali-sekala layan sastera. Seronok juga! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sastera Melayu yg sgt indah n menenangkan jiwa...tq faarihin...

      Delete
  11. wah berpantun pula saya memalam cenggini kak paridah..
    aish, dah lama tak tulis entri selit2 peribahasa macam ni.. ^^

    ReplyDelete
  12. pantun kan budaya kita tambah2 pantun2 perbidalan yg unik indah...tq gee..nk jadi penulis/pengkarya hebat kena ambil tahu semua ni ...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist