Showing posts with label SEDIKIT KISAH ARTIS... Show all posts
Showing posts with label SEDIKIT KISAH ARTIS... Show all posts

Wednesday, 17 October 2018

SALEEM YANG KUKENALI...

ASSALAMUALAIKUM..
                                                         PIC GOOGLE(C)

Mengenali allahyarham A M Salim Abdul Majid atau Saleem Iklim sewaktu saya bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Ibrahim, Setiu, Terengganu sekitar tahun 1977 hingga 1981.

Arwah yang berusia tiga tahun lebih tua dari saya berada di tingkatan empat ketika saya mula memasuki sekolah menengah tahun 1977.

Arwah berasal dari Kg.Buloh, Setiu,Terengganu merupakan anak kacukan India sebelah bapanya manakala ibunya berbangsa Melayu.

Di sekolah, arwah Saleem memang merupakan pelajar yang aktif menyanyi ketika ada majlis keraian terutamanya ketika sambutan Hari Guru.

Arwah merupakan seorang yang berperwatakan ceria dan agak nakal, oleh itu tidak hairanlah arwah suka menyakat pelajar perempuan di sekolah. Terutama sekali ketika dia bekerja sambilan di kantin sekolah tahun 1979, selepas habis belajar, membantu saudaranya Pak Gani yang kini merupakan mantan YB Exco Negeri Terengganu Dato Hj Gani.

Saya yang merupakan seorang pelajar pendiam selalu menjadi mangsa usikan arwah.
Kebiasaannya, selepas saya membeli makanan, saya dan kawan-kawan akan lepak di belakang kantin. Tika itulah arwah biasanya akan keluar menjengah dan mengacau kami sambil ketawa.

Selepas naik tingkatan empat, saya tidak berjumpa lagi dengan arwah sehinggalah di awal kemunculannya dengan Iklim, saya mula ingat raut wajah kacukan yang biasa menyakat saya ketika sekolah.


Kini hilanglah sudah permata yang berkilau dari bumi Setiu daerah kelahiranku pada tanggal 14 Oktober 2018 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.



إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Aamiin.

Al-Fatihah

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين



Belasungkawa A M Salim Abdul Majid, semoga persemadiannya di alam sana penuh keindahan seperti mana indahnya bait-bait lagu dendangan arwah, menghiburkan pendengar dengan lirik yang sarat makna dan penuh pengajaran.

Bersama kita hayati lirik lagu SUCI DALAM DEBU yang ditulis oleh S Amin Shahab, seorang pengikut tassauf/sufi.





SUCI DALAM DEBU (S Amin Shahab)

Engkau bagai air yang jernih
🔹Itulah diri kita yang sebenar yaitu RUH

Di dalam bekas yang berdebu
🔹Jasad/Badan yang asalnya dari tanah.

Zahirnya kotoran itu terlihat
🔹Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain

kesucian terlindung jua
🔹Hal-hal yang baik biasanya justru tdk diperhatikan.

Cinta bukan hanya di mata
🔹Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat

Cinta hadir di dalam jiwa
🔹Cinta yang mutlak muncul dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah

Biarlah salah di mata mereka
🔹Mereka yang benar-benar mau menjadi hamba ALLAH di pandang rendah oleh masyarakat

Biar perbezaan terlihat, antara kita
🔹Perbedaan antara hamba ALLAH dan hamba Dunia

Kuharap engkau kan terima
🔹Bermunajat agar di terima Illahi

Walau di pandang hina
🔹Sebagai hamba yang hina

Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa
🔹Perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata

Suatu hari nanti, pastikan bercahaya
🔹Di alam akhirat

Pintu akan terbuka, kita langkah bersama
🔹Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berbahagia

Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat
🔹Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar

Debu jadi permata, hina jadi mulia
🔹Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat

Bukan khayalan, yang aku berikan
🔹pelajarilah Kitab Al Quran

Tapi keyakinan yang nyata
🔹Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran.

Wassalam.


TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT PI PENULIS JAMILAH HARUN ATAS KESUDIAN BELIAU MENULIS SECEBIS CORETAN KENANGAN BERKENAAN ALLAHYARHAM PENYANYI SALEEM SEPANJANG BELIAU MENGENALINYA...SEBENARNYA PI YANG MENGGESA BELIAU MENULISNYA....WALAU PERMINTAAN PI ITU MUNGKIN MENYUSAHKANNYA NAMUN ALHAMDULILLAH BELIAU TETAP MENUNAIKANNYA.

ALFATIHAH

  

Tuesday, 6 September 2016

PERGI DENGAN TENANG...

ASSALAMUALAIKUM....

SELAMAT BERIBADAH HAJI NEELOFA...

"Saya pergi dengan tenang" - Neelofa
Saya genggam tangannya, erat-erat dan kuat. Dia peluk saya, juga erat berdakap. Lama saya tidak bertemu muka dengannya, hampir lima bulan, begitu. Selalunya dia cantik dengan pelbagai hias solekan pada wajah, ditambah bulu mata palsu tebal, contact lens. Berseri-seri selayaknya artis, macam yang kalian selalu lihat di TV itulah.
Tetapi semalam saya lihat, dia luar biasa cantik. Sumpah! Dalam jubah hitam, selendang hitam ditaburi bunga emas, segala yang semulajadi tentang dia terbentang di depan mata. Tanpa secalit make-up, dia terlalu cantik. Saya yang perempuan dipanggil Kak Long ini pun boleh tidak berkelip mata memandang.
Saya letakkan kedua-dua tangan saya pada bahu kiri dan kanannya, saya pandang jauh ke dalam mata dia dan saya cakap.
" Ya Allah, Lofa! Cantiknya Lofa. Cantik sangat-sangat dik." Dia hanya gelak kecil.
Saya sambung lagi "Aura orang hendak pergi haji ni kan, seri dia lain macam." Dan dia senyum lagi sambil dengan sepantasnya meminta maaf.
"Maaf kak, Lofa tak jawab panggilan semua orang sebelum ni. Lofa terlalu banyak masalah sebelum pergi," kata anak ketiga dalam keluarga, yang sungguh kuat bekerja ini.
Saat itu, matanya mula merah. Ya!Dia mula menahan airmata dari tertumpah.
"Visa hanya dapat saat-saat akhir, sehari sebelum pergi kak, bayangkanlah. Lofa hanya berserah kepada Allah. Lofa doa dan terus berdoa..
"Kak....Lofa tak tidur malam, Lofa doa dan terus doa semoga Allah jemput Lofa. Semoga Allah panggil Lofa ke Tanah Suci bersama Mama dan Daddy tahun ini.
"Dan kak, percayalah kak. Bila kita nak buat kerja baik, Allah tolong. Hari ini hati Lofa tenang, semua sudah selesai dengan baik. Doakan Lofa jadi manusia yang lebih baik selepas pulang ya, " katanya dan lagi sekali, matanya memerah.
Semalam, saya luangkan masa. Melihat dia melangkah bagi menuju ke satu perjalanan yang sangat indah itu. Dijemput mengerjakan ibadah rukun Islam kelima di Tanah Suci Mekah, dalam usia 27 tahun, dia bukan biasa-biasa, tetapi istimewa.
Justeru, pemilik nama penuh Neelofa Mohd Nor, 27 ini melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana impiannya untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini bakal tertunai juga.
Neelofa ditemani oleh ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed dan ayah tirinya, Abdul Halim Khan, berlepas dengan penerbangan Saudi Arabia pada pukul 6 petang semalam dari KLIA.
Apa juga kontroversi yang muncul sebelum ini tidak pernah mematahkan semangat si pemilik Naelofar Hijab ini untuk menjadi tetamu Allah.
Turut menghantar Neelofa dan keluarga di KLIA ialah ahli keluarganya di Kuala Lumpur dan dari Kelantan, termasuk bakal abang iparnya, pelakon Sharnaz Ahmad.
Tahun lalu, saya hantar 'teman bergaduh' Lofa di set, Nabil Ahmad di KLIA juga. Ketika kenangan saat menghantar Nabil di pintu Perlepasan KLIA itu masih sangat jelas di ingatan, tahun ini, giliran Lofa pula dijemput Allah menjadi tetamunya ke sana.
Dua anak seni ini masih terlalu muda, sudah pun ber'haji'. Adik-adikku, benarlah. DIA memandang pada HATI kamu! Alhamdulillah!


Sumber fb Tengku Khalidah Tengku Bidin

Friday, 17 October 2014

DOA BUAT KEKASIH...

ASSALAMUALAIKUM...

MENGAPA PI BERMINAT UPDATE TENTANG PENYANYI LAGU DOA BUAT KEKASIH DAN LAIN-LAIN LAGU ROCK YANG FAMILIAR DI HATI KITA WALAU PENYANYI INI WARGA SINGAPURA?

NAMUN PENYANYI DATO' RAMLI SARIP TERNYATA MILIKI ANUGERAH BAKAT SENI YANG SANGAT ISTIMEWA, SUARANYA WALAU SERAK ROCK TAPI ALUNAN LAGUNYA MERDU DAN HARMONIS  SENIKATANYA.

BELIAU TIDAK ASING KEPADA KITA SEMUA MALAH MELANGKAU SELURUH DUNIA MENGAGUMI BAKATNYA.

JIKALAU SESIAPA YANG BERMINAT MENYAKSIKAN KONSERT DATO' RAMLI SARIP YANG DIADAKAN PADA 17-19 OKT 2014 DI ISTANA BUDAYA BOLEHLAH MENGHADIRKAN DIRI. PERSEMBAHANNYA PASTI MEMIKAT HATI DAN MENGUNDANG NOSTALGIA..

MELIHAT WAJAH BELIAU PI TERKENANGKAN ALLAHYARHAM BAPA PI YANG SANGAT MINATI PENYANYI INI...AL FATIHAH...


Sept(Bernama) -- Kerjaya seniman selama 45 tahun seniman Datuk Ramli Sarip akan diraikan dengan konsert istimewa di Istana Budaya pada 17-19 Oktober 2014.

Konsert yang sama akan diadakan pada 21 Oktober 2014 di Esplanade, Singapura.

Konsert selama tiga malam di Istana Budaya itu akan menjadi satu penanda aras bagi lagenda rock negara itu yang memulakan karier seawal 1969 bersama kumpulan rock Sweet Charity di Singapura.

Keterampilan beliau dalam bidang seni selama 45 tahun pasti ditunggu-tunggu, seperti visi Datuk Ramli Sarip yang mahu menjadikan persembahan kali ini 'artistik' dan amat bermakna bagi para peminatnya.

Kolaborasi ini merupakan "gabungan seni dalam satu karya tersendiri," kata Ramli pada sidang media yang diadakan di Istana Budaya, Selasa.

Keistimewaan konsert 45 tahun ini adalah apabila ia turut menampilkan Achmad Albar, vokalis God Bless dari Indonesia yang popular pada tahun 1973 yang merupakan penyanyi asal lagu-lagu nyanyian Sweet Charity.

Sebelum mencapai popularity, Sweet Charity banyak menyanyikan lagu dari penyanyi ini yang menjadi tunggak utama kumpulan rock Indonesia, God Bless seperti lagu Zakiah dan Gadis Melayu.

Antara lagu-lagu God Bless yang mendapat tempat peminat di Malaysia merupakan Gadis Melayu, Raja Kumbang dan Zakiah adalah antara lagu yang menjadi kegemaran peminat tanah air yang pastinya tidak ramai menyedari lagu-lagu berkenaan adalah nyanyian asal Achmad Albar.

Achmad Albar atau nama sebenar beliau adalah Achmad Syech Albar, dilahirkan di Surabaya pada 16 Julai 1946, dikenali sebagai ‘Iyek’adalah merupakan vokalis dan juga pengasas kumpulan God Bless.

Pameran Seni Visual Gerak. Rasa. Tenaga

Sebagai membawa kelainan pada konsert kali ini penganjur konsert ini, Rasamusic, akan bekerjasama dengan Angkatan Pelukis Se-Malaysia (APS) untuk pameran seni visual yang bertajuk Gerak, Rasa, Tenaga.

Pameran akan berlangsung di Lambang Sari, Istana Budaya bermula 17-19 Oktober dan akan berpindah ke Balai Seni Visual Negara selepas konsert berakhir.

Seramai 35 orang pelukis yang menjadi ahli Angkatan Pelukis Se-Malaysia termasuk beberapa pelukis yang dijemput khas oleh Datuk Ramli Sarip akan menyertai pameran yang akan dibuka dari jam 12.00 tengahari hingga 9.00 malam.

Penyertaan pelukis bersama Ramli Sarip pasti memberi kelainan kepada penonton apabila ia menggabungkan dua elemen seni iaitu seni visual dan seni lagu dan muzik.

"Mereka akan merakamkan tenaga yang saya rasa semasa membuat persembahan dan melakarkannya melalui interpretasi pelukis ke dalam bentuk lukisan," Ramli mengulas penyertaan pelukis jemputan pada konsertnya nanti.

Artis Dan Pemuzik Undangan

Selain Achmad Albar, konsert kali ini akan turut menampilkan Rahman Sarbani, Rosli Mohalim, Ahmad Jaafar Jawahir (Sweet Charity), Aris Ariwatan serta Dayang Nurfaizah.

Selain itu, pemuzik terkenal tanahair seperti Man Kidal dan Rizal Halim akan turut mengiringi persembahan Ramli Sarip.

Konsert ini adalah kerjasama penuh pihak Istana Budaya Kuala Lumpur.

Untuk info lanjut, layari www.iLassotickets.com atau hubungi 03 79576088.

-- BERNAMA

Wednesday, 7 May 2014

BINTANG BINTANG DALAM KENANGAN....

ASSALAMUALAIKUM....

BEBERAPA BUTIR BINTANG...
BERCAHAYA DI LANGIT MALAM...
MENERANGI ALAM KELAM...
SAMBIL MENEMANI LANGKAH-LANGKAH PERJALANAN
BERSAMA TERIRING CERITA DUKA TIADA SENYUMAN
NAMUN SKETSA BERUBAH TIBA-TIBA
GELAK TAWA CERIA
SEAKAN TIADA HENTINYA...

BINTANG BINTANG TERANG ITU
SATU PERSATU
DILINDUNGI KABUT GELAP
MEMBUNGKUS CAHAYANYA MALAP
SUDAHNYA TERUS SIRNA
HENDAK DI CARI ARAHNYA MANA...

TERABA-RABA KEHILANGANNYA
SEBAK TERKESAN DALAM PERASAAN
YANG AMAT DALAM...
WALAU BINTANG-BINTANG INI
AKAN TERUS MENJADI BINTANG YANG DIKENANG
JUSTERU CAHAYANYA
YANG MEWARNA WARNI PELANGI
KEHIDUPAN KITA
YANG BUKAN SIAPA SIAPA...

ALFATIHAH..


Adegan Ani Jasmin tolong membacakan surat daripada Cikgu Rose kepada Ramlee, Sudin dan Aziz yang buta huruf dalam filem Pendekar Bujang Lapok terus menggeletek hati walaupun sudah ditonton berulang kali .
ALLAHYARHAM Datuk Aziz Sattar lebih dikenali ramai peminat filem dan drama Melayu sebagai pelakon komedi sejak awal tahun 1950-an sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2 pagi semalam.

Sedangkan asalnya pelakon yang berusia 89 tahun ini bukanlah terkenal dengan aksi-aksi komedi berdasarkan filem pertama lakonannya berjudul Harapan arahan B.N. Rao terbitan Studio Malay Film Productions di Singapura pada tahun 1953.

Dalam filem yang turut dibintangi oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Nordin Ahmad dan Rokiah Jaafar itu Allahyarham melakonkan watak seorang guru sekolah.

Allahyarham yang mesra dengan panggilan Pak Aziz paling menonjol dan diingati sehingga ke akhir hayatnya menerusi filem komedi Bujang Lapok yang diarahkan oleh P. Ramlee pada 1957.

Itupun selepas beliau berlakon dalam 10 filem yang kebanyakannya melakonkan watak serius, maka barulah muncul filem tersebut. Ia kemudiannya diikuti filem Pendekar Bujang Lapok (1959) dan Seniman Bujang Lapok (1961).
Apa yang pasti, melalui trilogi Bujang Lapok itu, Allahyarham turut berlakon bersama-sama Allahyarham S. Shamsuddin (Pak Sudin) dan P. Ramlee. Tiga pelakon itu umpama tiga serangkai yang mana ia menjadikan kombinasi trio itu cukup berkesan dalam menggeletek hati para penonton.

Dengan pemergian Pak Aziz ke rahmatullah kerana serangan jantung, hilanglah sumber utama yang menjadi saksi hidup akan kehebatan filem-filem tersebut.

Jika sebelum ini, Pak Aziz orang terakhir di antara mereka bertiga yang pa­ling banyak berkongsi tentang pengalaman tersebut.

P. Ramlee terlebih dahulu meninggal dunia iaitu pada 29 Mei 1973, manakala Pak Sudin pula menyusul pada 4 Jun 2013. Tiga sahabat ini telah membina kerjaya bersama-sama sebagai pelakon di Studio Malay Film Productions di Jalan Ampas, Singapura pada awal 1950-an.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Sunday, 2 March 2014

ISSH..KEITH FOO

Assalamualaikum...

SEORANG pembaca Mingguan menarik perhatian Awang kepada satu program memasak di sebuah stesen televisyen, baru-baru ini.

PIC GOOGLE.
Katanya, program tersebut disertai oleh seorang chef bersama tiga lagi selebriti.
Salah seorang daripada mereka ialah pelakon kacak, Keith Foo, bintang baharu yang sedang popular di tanah air.

Semasa menjamu masakan minang dalam program tersebut, chef bersama dua personaliti - kesemuanya Melayu - menggunakan sudu dan garpu.

Bagaimanapun Keith Foo, seorang bukan Melayu, memilih untuk makan dengan tangan.
Lalu Awang faham mesej yang mahu disampaikan. Yang bukan Melayu lebih menyelami budaya dan susila bangsa, berbanding Melayu.

Awang berharap biarlah ini jadi kes terpencil. Ambillah contoh, juga iktibar daripada Keith Foo. Lagipun lebih sedap makan masakan minang dengan tangan. Cubalah...
- AWANG SELAMAT


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan

Sunday, 16 February 2014

KALAU JODOH TIDAK KE MANA...

ASSALAMUALAIKUM...

Setelah beberapa kali putus cinta dan berbaik semula, akhirnya pelakon Fizz Fairuz, 35, nekad untuk menikahi pelakon Almy Nadia, 28.

                                  PIC ROTIKAYA.
itu 

Majlis pernikahan pasangan
akan berlangsung pada 30 Mei ini di negeri kelahiran Almy, di Pulau Pinang.
“Setelah sekian lama bercinta dan melalui pelbagai cabaran, kami akhirnya akan bernikah. Setakat ini segala persediaan hampir 70 peratus persiapan sudah disiapkan oleh kedua-dua belah pihak keluarga saya dan Almy sendiri," kata Fizz ketika ditemui pemberita di lokasi penggambaran filem Cicak Man 3 di Kota Damansara, di sini hari ini


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my


DAN KITA BERSAMA MENDOAKAN APA YANG DIRANCANG MENCAPAI MATLAMAT YANG DIHARAPKAN...SEMOGA PASANGAN INI AKAN KEKAL BERBAHAGIA MENEMPUHI CABARAN HARI MUKA DENGAN YAKIN DIRI.

MyBloglist