Friday, 17 October 2014

DOA BUAT KEKASIH...

ASSALAMUALAIKUM...

MENGAPA PI BERMINAT UPDATE TENTANG PENYANYI LAGU DOA BUAT KEKASIH DAN LAIN-LAIN LAGU ROCK YANG FAMILIAR DI HATI KITA WALAU PENYANYI INI WARGA SINGAPURA?

NAMUN PENYANYI DATO' RAMLI SARIP TERNYATA MILIKI ANUGERAH BAKAT SENI YANG SANGAT ISTIMEWA, SUARANYA WALAU SERAK ROCK TAPI ALUNAN LAGUNYA MERDU DAN HARMONIS  SENIKATANYA.

BELIAU TIDAK ASING KEPADA KITA SEMUA MALAH MELANGKAU SELURUH DUNIA MENGAGUMI BAKATNYA.

JIKALAU SESIAPA YANG BERMINAT MENYAKSIKAN KONSERT DATO' RAMLI SARIP YANG DIADAKAN PADA 17-19 OKT 2014 DI ISTANA BUDAYA BOLEHLAH MENGHADIRKAN DIRI. PERSEMBAHANNYA PASTI MEMIKAT HATI DAN MENGUNDANG NOSTALGIA..

MELIHAT WAJAH BELIAU PI TERKENANGKAN ALLAHYARHAM BAPA PI YANG SANGAT MINATI PENYANYI INI...AL FATIHAH...


Sept(Bernama) -- Kerjaya seniman selama 45 tahun seniman Datuk Ramli Sarip akan diraikan dengan konsert istimewa di Istana Budaya pada 17-19 Oktober 2014.

Konsert yang sama akan diadakan pada 21 Oktober 2014 di Esplanade, Singapura.

Konsert selama tiga malam di Istana Budaya itu akan menjadi satu penanda aras bagi lagenda rock negara itu yang memulakan karier seawal 1969 bersama kumpulan rock Sweet Charity di Singapura.

Keterampilan beliau dalam bidang seni selama 45 tahun pasti ditunggu-tunggu, seperti visi Datuk Ramli Sarip yang mahu menjadikan persembahan kali ini 'artistik' dan amat bermakna bagi para peminatnya.

Kolaborasi ini merupakan "gabungan seni dalam satu karya tersendiri," kata Ramli pada sidang media yang diadakan di Istana Budaya, Selasa.

Keistimewaan konsert 45 tahun ini adalah apabila ia turut menampilkan Achmad Albar, vokalis God Bless dari Indonesia yang popular pada tahun 1973 yang merupakan penyanyi asal lagu-lagu nyanyian Sweet Charity.

Sebelum mencapai popularity, Sweet Charity banyak menyanyikan lagu dari penyanyi ini yang menjadi tunggak utama kumpulan rock Indonesia, God Bless seperti lagu Zakiah dan Gadis Melayu.

Antara lagu-lagu God Bless yang mendapat tempat peminat di Malaysia merupakan Gadis Melayu, Raja Kumbang dan Zakiah adalah antara lagu yang menjadi kegemaran peminat tanah air yang pastinya tidak ramai menyedari lagu-lagu berkenaan adalah nyanyian asal Achmad Albar.

Achmad Albar atau nama sebenar beliau adalah Achmad Syech Albar, dilahirkan di Surabaya pada 16 Julai 1946, dikenali sebagai ‘Iyek’adalah merupakan vokalis dan juga pengasas kumpulan God Bless.

Pameran Seni Visual Gerak. Rasa. Tenaga

Sebagai membawa kelainan pada konsert kali ini penganjur konsert ini, Rasamusic, akan bekerjasama dengan Angkatan Pelukis Se-Malaysia (APS) untuk pameran seni visual yang bertajuk Gerak, Rasa, Tenaga.

Pameran akan berlangsung di Lambang Sari, Istana Budaya bermula 17-19 Oktober dan akan berpindah ke Balai Seni Visual Negara selepas konsert berakhir.

Seramai 35 orang pelukis yang menjadi ahli Angkatan Pelukis Se-Malaysia termasuk beberapa pelukis yang dijemput khas oleh Datuk Ramli Sarip akan menyertai pameran yang akan dibuka dari jam 12.00 tengahari hingga 9.00 malam.

Penyertaan pelukis bersama Ramli Sarip pasti memberi kelainan kepada penonton apabila ia menggabungkan dua elemen seni iaitu seni visual dan seni lagu dan muzik.

"Mereka akan merakamkan tenaga yang saya rasa semasa membuat persembahan dan melakarkannya melalui interpretasi pelukis ke dalam bentuk lukisan," Ramli mengulas penyertaan pelukis jemputan pada konsertnya nanti.

Artis Dan Pemuzik Undangan

Selain Achmad Albar, konsert kali ini akan turut menampilkan Rahman Sarbani, Rosli Mohalim, Ahmad Jaafar Jawahir (Sweet Charity), Aris Ariwatan serta Dayang Nurfaizah.

Selain itu, pemuzik terkenal tanahair seperti Man Kidal dan Rizal Halim akan turut mengiringi persembahan Ramli Sarip.

Konsert ini adalah kerjasama penuh pihak Istana Budaya Kuala Lumpur.

Untuk info lanjut, layari www.iLassotickets.com atau hubungi 03 79576088.

-- BERNAMA

19 comments:

  1. Zaman dulu, takde kisah pun artis tu asal mana. Singapura ke Indonesia ke. Macam arwah Aziz Satar misalannya berasal daripada Indonesia. Now, semuanya dah berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perubahan mengikut situasi semasa tu...tq gee.

      Delete
  2. Datuk Ramli Sarip tu wajahnya mirip Pak Long zumal ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...mesti suaranya pun seakan...kebiasaannya begitu...tq zumal.

      Delete
  3. suka dengan lagu teratai ... oh tuhan , kau lindungilah dia ... agar aku dapat bersamanya lagi ... ku inginkan terataiku sayang ... indah bersemi semula ... touching lor .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yele QV lagu2 beliau walau berirama rock tapi halus seninya..tq

      Delete
  4. terima kasih datang jenguk dan drop komentar dalam blog Etuza

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAMA2...INSYA ALLAH...TERIMA KASIH JUGA ETUZA RAJIN KE SINI.

      Delete
  5. Mengimbau kenangan lama...nostalgia..

    ReplyDelete
  6. YEKE..Begitu pula anggapannya ya...tq diana.

    ReplyDelete
  7. kenangan lama yg mengusik jiwa ya nohas...tq

    ReplyDelete
  8. lagu2 lama memang sedap..ada cerita dalam lagu..ada kenangan disitu..

    ReplyDelete
  9. BENARTU LAGU2 RAMLI SARIP XLAH TERLALU...MENDAYU-DAYU TAPI LUNAK DIDENGAR...TQ KAKNAH...

    ReplyDelete
  10. Lagu Ramli Sarip memang dekat dihati... Saya membesar dgn lagu2nya tapi belumlah sampai teruja nak tgok kat Istana Budaya...hehe

    ReplyDelete
  11. salam hangat dari kami ijin menyimak sahabat dari kami pengrajin jaket kulit

    ReplyDelete
  12. tiket dia rm83 tu ddk kt bumbung la gamak nyer ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist