Assalamualaikum...
NASI PENGANTIN DALAM PINGGAN YANG RETAK.
Barangkali begitulah kalau sudah jodoh. Walauapa pun yang hendak dilakukan tidak dapat lari daripada ketentuan-Nya. Dia merasa sangat berbahagia sekali kerana lelaki yang dicintainya itu kembali berulik dengannya. Walau dinikahkan secara tergesa-gesa kerana mengikut desakan lelaki pilihannya itu namun majlis meraikan perkahwinan mereka begitu meriah sekali diraikan rakan taulan, sahabat handai, jiran se kampung, saudara-mara dan kaum kerabat.
Malam perkahwinan yang sangat bersejarah baginya. Terutama insiden pahitnya. Sedaya upaya ingin dilupakannya walau hatinya merasa amat tersinggung dengan sikap suaminya yang menjuihkan hidangan pengantin yang diletakan di hadapannya.
Mungkin dia merasakan tidak layak seorang raja sehari dilayan sebegitu rupa dengan cuma se dulang hidangan nasi kenduri yang tidak ada kelainannya untuk tamu biasa. Wajahnya berubah. Tidak ada lagi senyum ceria di bibir suaminya. Dia juga turut terperanjat. Mengapa begini pula? Mana nasi pengantinnya?
Memanglah sebagai mempelai pada hari ini dia tidak boleh bertanya apapun tentang majlis yang akan dilakukan tapi masakan emaknya tidak memberitahu pengelola kenduri tentang penyediaan nasi pengantin untuknya dan suaminya. Keliru sungguh dia.
Lebih menyusahkan hatinya kerana suaminya tidak mengambil mudah tentang itu. Boleh jadi dia sangat berkecil hati kerana tidak diraikan selaku pengantin seperti sepatutnya.
Dan rentetan itu ujudlah persengketaan dan rungutan-rungutan yang menyiksa jiwanya
Apa yang diharapkannya majlisnya itu akan berjalan dengan lancar dan selesa. Nampaknya keselesaan telah terganggu. Suaminya itu menyuap nasi dengan tidak berselera. Seleranya juga hilang menyertai situasi. Terpandang pinggan nasi di depannya jantungnya berdegup kencang, Nasi pengantin diisi di dalam pinggan yang retak!
Dia tidaklah terlalu taksub dengan kepercayaan orang-orang lama namun firasatnya mengatakan itu adalah petanda yang tidak molek. Dia mulai menilik arah haluan perjalanan perkahwinannya yang bermula dengan tafsiran-tafsiran yang tidak diingininya.
Sembelih Ayam Mutiara
-
Assalammualaikum
Wak sembelih dua ekor ayam mutiara jantan sebab suka buli ayam dan itik
yang ada di kawasan reban. Jom tenguk
Ternakan ayam mutiara.
A...
1 hour ago
mendalam sungguh bait2 kata dlm n3 ni kak..
ReplyDeletesecebis kisah dik kesuma angsana...tq
DeleteSemoga hal2 yg berkaitan dengan tafsiran yg berasal dari manusia, hanya sekedar tradisi dan gak harus wajib dipercaya
ReplyDeleteya jika percayai n yakin akan menyusahkan kita...tq budi purnomo.
DeleteKalau zumal pun pasti terasa kalau itu yang berlaku... Tapi pinggan retak tu bawa petanda apa yer akak?
ReplyDeleteyalah zumal...hari yg istimewa tentulh diharapkan layanan yg lbh istimewa...pinggan yg retak walau sedikit akan memberikan tafsiran yg x baik kpd yg memandangnya...mungkin beri petanda perkahwinan itu bakal bermasalah....fahaman org tua2 dulu la...tq zumal.
DeletePengantin perempuan tak boleh disalahkan tapi pihak yg menyediakan makanan pengantin memang tak patutlah buat macam itu. Wlau mungkin makanan sama kenalah hias sikit. Pinggan pun carilah yg cantik dan sempurna...
ReplyDeletekamii kawin dulu pun, hidangan sama dengan tetamu bezanya makan dalam rumah dihidangkan dalam dulang. bukan pinggan cantik pun tapi taklah retak pinggannya. Tapi ni belah lelaki la. sebab tok wan suami berprinsip tak boleh bezakan dengan tetamu.
ReplyDeleteadat yg diamalkan begitu menjadi tradisi n diterima masyarakat setempat...tapi jika mempelainya dari adat yg berbeza negeri susah juga nk puaskn hati mrk kan...apapun yg penting hidangannya sempurna kan...tq Hana Syed.
Deletebenar tu...biarlah nampak sempurna hidangannya dgn pinggan mangkuk yg digunakan berkualiti sedikit kan...tq kak zakie.
ReplyDeletekak karang sendiri ke?. hm.. harapannya pengantin dilayan la dengan baik sikit
ReplyDeleteyele liza karya kak tu...betul kata liza tu...tq
ReplyDelete