Showing posts with label hikayat lembah sunyi.... Show all posts
Showing posts with label hikayat lembah sunyi.... Show all posts

Monday, 27 October 2014

6787 HIKAYAT LEMBAH SUNYI - SAMBUNGAN

Assalamualaikum...


NASI PENGANTIN DALAM PINGGAN YANG RETAK.

Barangkali begitulah kalau sudah jodoh. Walauapa pun yang hendak dilakukan tidak dapat lari daripada ketentuan-Nya. Dia merasa sangat berbahagia sekali kerana lelaki yang dicintainya itu kembali berulik dengannya. Walau dinikahkan secara tergesa-gesa kerana mengikut desakan lelaki pilihannya itu namun majlis meraikan perkahwinan mereka begitu meriah sekali diraikan rakan taulan, sahabat handai, jiran se kampung, saudara-mara dan kaum kerabat.

Malam perkahwinan yang sangat bersejarah baginya. Terutama insiden pahitnya. Sedaya upaya ingin dilupakannya walau hatinya merasa amat tersinggung dengan sikap suaminya yang menjuihkan hidangan pengantin yang diletakan di hadapannya.

Mungkin dia merasakan tidak layak seorang raja sehari dilayan sebegitu rupa dengan cuma se dulang hidangan nasi kenduri yang tidak ada kelainannya untuk tamu biasa. Wajahnya berubah. Tidak ada lagi senyum ceria di bibir suaminya. Dia juga turut terperanjat. Mengapa begini pula? Mana nasi pengantinnya?

Memanglah sebagai mempelai pada hari ini dia tidak boleh bertanya apapun tentang majlis yang akan dilakukan tapi masakan emaknya tidak memberitahu pengelola kenduri tentang penyediaan nasi pengantin untuknya dan suaminya. Keliru sungguh dia.

Lebih menyusahkan hatinya kerana suaminya tidak mengambil mudah tentang itu. Boleh jadi dia sangat berkecil hati kerana tidak diraikan selaku pengantin seperti sepatutnya.
Dan rentetan itu ujudlah persengketaan dan rungutan-rungutan yang menyiksa jiwanya

Apa yang diharapkannya majlisnya itu akan berjalan dengan lancar dan selesa. Nampaknya keselesaan telah terganggu. Suaminya itu menyuap nasi dengan tidak berselera. Seleranya juga hilang menyertai situasi. Terpandang pinggan nasi di depannya jantungnya berdegup kencang, Nasi pengantin diisi di dalam pinggan yang retak!

Dia tidaklah terlalu taksub dengan kepercayaan orang-orang lama namun firasatnya mengatakan itu adalah petanda yang tidak molek. Dia mulai menilik arah haluan perjalanan perkahwinannya yang bermula dengan tafsiran-tafsiran yang tidak diingininya.

Saturday, 18 October 2014

6787 HIKAYAT LEMBAH SUNYI

ASSALAMUALAIKUM..



Hari itu dia sibuk bersiap-siap untuk perjalanan yang telah dirancang dan dipersetujui bersama suaminya.

Anak-anaknya yang bertiga itu telah dipersiapkan serapi-rapinya.Tinggal sikecilnya yang belum imandikan lagi. 'comelnya sikecilku ini; getus hatinya. Sikecilnya itu baru saja berusia 50 hari. Sewaktu melahirkannya dia langsung tidak mengalami sebarang komplikasi. Tidaklah sesusah tika dia mahu melahirkan abang-abang dan kakaknya dahulu. Semuanya terpaksa dilahirkan di hospital. Tapi sikecil ini tidak langsung membawa masalah kepadanya.

Dengan bantuan seorang bidan kampung dan seorang jiran yang baik dia melahirkannya di rumah saja tanpa perlu berangkut ke hospital.

KakZi memang jirannya yang sangat baik dan rapat dengannya semenjak dia mula tinggal dipertempatan ini. Seringkali kak Zi dan suaminya membantu dia kerana dia yang banyak bermasalah berbanding dengan pertolongannya kepada pasangan itu walau ada juga sesekali.

Kadang-kadang dia merasa sangat menyusahkan jirannya kerana terpaksa menjadi kaunselor kekeluargaan kepadanya. Hanya dia yang mengerti situasi yang melengkungi kehidupannya. Walau pada pandangan yang lain hidupnya umpama sebuah tasek yang tenang, biru dan nyaman.

Sudah terasa jeran dan bosan kepadanya kerana setiap tahun ada saja masalah yang mengganggu kehidupannya bersama suami yang sangat dicintai itu. Dan terpaksa diuraikannya Namun dia masih bersabar sehinggalah hari ini dan mungkin seterusnya.

Masalah yang didepaninya bukanlah datang kepadanya setelah berkahwin malah dia dirumiti tika sedang bertunangan lagi. Mengapalah dia masih sanggup menyertakan dirinya ke dalam hubungan yang serba kalut itu tidak difahaminya.

Dia mungkin telah diberi petunjuk Allah akan kecurangan tunangannya dersama seorang gadis yang didakwa berkhalwat dengannya masih juga dia tidak sedar. Pelik sungguh, masih juga ada kasih sayang di hatinya terhadap lelaki yang mencuranginya. Mudah sekali menerima ajakannya untuk segera bernikah. Sedangkan bakal suaminya itu akan didakwa di mahkamah syariah bersama si gadis yang menggilainya itu, Kata lelaki itu kepadanya hanya dirinya seorang yang dicintainya. Bukannya gadis itu. Maka berkahwinlah mereka dengan akad dan janji-janji manis yang belum tentu tertunai

MyBloglist