Wednesday, 22 October 2014

DOGS FOR YOUR EYES ONLY...

ASSALAMUALAIKUM...


ISU MENYENTUH ANJING- Saya terjaga dari tidur sebentar tadi....terbawa-bawa isu ini hingga mimpi menyentuh seekor anjing yang sangat kiyut..hehe. 

Walaubagaimanapun saya perlu juga beri pandangan peribadi saya.Bagi saya apa dia najis ..ia tetap najis.Ia tidak boleh di ubah menjadi benda halal biasa....dan perlu kita hadapinya dengan cara dan tertib yang telah di firman dan di sunnahkan keatas kita samada wajib atau sunnah dalam ilmu fardhu Ain dan juga Fiqh.

 Kita tak boleh buat bid'ah 
 atau inovasi dengan membelakangi hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh syara'...dan sebaliknya buat sesuka hati mengikut hawa nafsu atau ajaran yang salah.

 Itu hanya buat dosa. Secantik mana pun anjing itu,se-cute mana pun, ia tetap haram dipegang begitu saja..dan najis serta bulunya tetap najis bila TERsentuh...Kita perlu sama' untuk mensucikan diri . Ini bukan bermakna kita membenci haiwan begelar anjing.

Kita masih boleh menyayanginya tanpa memegangnya .Kita masih boleh membelanya JIKA KEADAANNYA HARUS. Ada cara-cara dan tertibnya....kalau tidak kita akan menghadapi masaalah kesucian pada dii kita samada dari segi fizikal ataupun spiritual atau kedua-duanya sekali,

HARUSLAH kita berpandu kepada ajaran dari mereka yang lebih arif dan janganlah sama sekali membelakangi Fatwa yang telah ditetapkan Kita harus bijak dan sedar akan hukum-hakam yang berkenaan bagi terus berada dijalan yang selamat dan betul.

Hukum hakam yang ada dalam fardhu Ain dan juga Fiqh ini menjurus kepada membentuk kesucian diri secara keseluruhannya kerana mengabadikan diri kepada Allah dan Islam itu sendiri adalah SUCI. 

Kita harus berada didalam keadaan yang suci bila hendak solat dan sebagainya.Mana mungkin kita suci bila kita bergelimpangan dengan najis,walaupun sedikit? 

Fikir-fikirlah buat keselamatan diri sendiri agar suci menjadi Ahlul Jannah,nanti..in Sya Allah , dan bukan yang sebaliknya bernajis dengan dosa.NaudzubillahiMinzaliqq.Wallahualam. 

Untuk orang Islam..DOGS ARE, FOR YOUR EYES ONLY..haha . Wassalam.
Unlike
fb Dato. Idris Buang alhaj.

13 comments:

  1. Untuk dilihat saja, bukan utk disentuh...puppy mmng cute..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandang2 n kagumi bukan menyakiti...tq nohas.

      Delete
  2. Akak, pada pandangan zumal tentang program trending tu. Pada nama program pun dah nampak motifnya tapi orang kita mudah sangat terpengaruh ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu...mcm lalang kan ikut saja arah angin bertiup....tq zumal.

      Delete
  3. kena samak kalau tersentuh, tiba-tiba nak belai tu yang heran bin ajaib tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hairan2 siap senyum sengih berselfie lagi....tq babYpose.

      Delete
  4. xsangka ade juga program yg xmasuk akal tu.. walau comel macam mana pun..cukuplah setakat pandang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg comel2 tu kita pandang2 saja..kejadian Allah tapi Allah d beri ukum mengenainya...tq Kak nah.

      Delete
  5. susah nak cakap bila ada program-2 macam ni.
    dari satu sudut nampak bagus, bila isu ni ke udara maka akan terbukalah mata orang selama ini yg 'tertutup'. banyak research dan dalil akan keluar, masyarakat akan terdedah dgn fakta sebenar mengenai apa itu hukum pegang anjing.
    dari satu sudut nampak teruk, sebab ia terlalu berbaur liberal.
    pendek kata, tepuk dada tanyalah iman sendiri.. end.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak liberalism yg dibawa kpd kita la ni...memeningkan sungguh....tq gee.

      Delete
  6. Assalamualaikum

    Melayu bukan takut anjing tapi taknak menyusahkan diri kena samak bagai. Semua peserta yg hadir membelai berselfie dgn anjing tu gamaknya balik samak2 kah pakaian anak isteri mereka? hmmmm... menyusahkan. Permisi.

    ReplyDelete
  7. WSALAM...BENAR TU...KENAPA SUKA CARI MASALAH YA...TQ mamawana.

    ReplyDelete
  8. kalu dah jelas haram kenapa nk sentuh jg...mmg x de keje la kalu gatal2 nk sentuh tu

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist