KEBIASAANNYA SOLOK LADA MUDAH KEDAPATAN DI PASARAN PADA BULAN PUASA. RAMAI YANG BERJUALAN DI GERAI, PASAR RAMADAN ATAU DI MANA SAJA.
SEDAP SEKALI SEBAGAI HIDANGAN PEMBUKA SELERA.
DIWAKTU BEGINI AGAK SUKAR SEDIKIT KALAU NAK DICARI. TERASA TERINGIN NAK MAKAN JAWABNYA KENALAH MASAK SENDIRI. SEKEJAP SAJA PROSES MEMBUATNYA TU...SELAMAT MEMASAK SOLOK LADA HARI NI...HEH..HEH..
SOLOK LADA
BAHAN :
10 biji lada hijau dibelah di badannya jangan sampai putus dan buang biji
5 ekor ikan selayang atau ikan kembung kecil - direbus dan... ambilkan isi saja
1/2 cawan kelapa parut - ambil putih saja
3 ulas bawang merah
1 sudu kecil lada hitam kisar - option sahaja
1 biji telur
garam
CARANYA
Tumbukkan lada hitam dan bawang merah.
Masukkan isi ikan dan garam. Tumbuk sehingga isi ikan lumat. Asingkan.
Kemudian,masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi hingga lumat.
Masukkan kelapa parut yang ditumbuk tadi bersama isi ikan yg ditumbuk tadi.Gaulkan sekali sehingga sebati.
Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa serta pecahkan telur dan gaulkan lagi.
Masukkan bahan yg digaul dalam belahan cili tadi.
Susunkan dalam periuk pengukus dan kukuskan selama 30 minit.
Angkat dan hidangkan.
Mudahkan kerja-kerja menjahit anda dengan --->> Mesin Jahit Mini Cute
LIKE PAGE RESEPI MASAKAN KAMPUNG.
Seumur hidup sy x penah mkn solok lada ni ;)
ReplyDeleteYEKE...Kena cari n rasa anies....tq
DeleteZumal selalu beli jer makan dengan nasi kerabu ^_^
ReplyDeletesedap makan dengan nasi kerabu ya...kak xpernah cuba...tq zumal.
Deletesuka makan dengan nasi kerabu...selalu jual yg lada hijau..
ReplyDeletelada yg merah lebih pedas kut, yg hijau kurang sedikit...tq nohas.
Deleteterliur sangat makan dengan nasik kerabu... tengok pasar malam ptg ni....
ReplyDeletekak pun mcm sud@is juga kalau tengok ada yg post masakan teringin nak cari dptkannya...tq.
Deletesuka makan lada tu je..
ReplyDeletedalam inti kasi orang len..
he gitu pula ya.. selera kitakan berbeza...tq gee.
DeleteKayaknya enak bener nih... kalo dimakan dibulan puasa hehehe
ReplyDeletedi bulan biasa pun ok juga sedap tu...tq Raja Online.
ReplyDeletelebih sedap jika ditambah serai dan sedikit halia...
ReplyDeleteAsalam wow! 60 juta view..hebat ni blog..nak terjah dia ...tq linkkan blog Etuza
ReplyDeletesaya x pernah makan , tapi pernah nampak dan baru tahu cara membuatnya . terfikir pula gantikan lada tu dgn capsicum ...
ReplyDelete