Showing posts with label copy paste. Show all posts
Showing posts with label copy paste. Show all posts

Monday, 19 February 2024

HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2021/2022

ASSALAMUALAIKUM



 MAKLUMAT PENCALONAN UNTUK KARYA ECERAN (Majalah, Akhbar, Jurnal dan Buku (Antologi) HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA (HSPM 2021/2022)


1. Pencalonan harus isi 1 borang untuk 1 karya.

2. ⁠Jika karya itu tersiar di buku, hendaklah si calon isi dalam borang maklumat pada bahagian karya (contoh; Buku Cerpen ABC (Antologi), Buku Puisi ABC (Antologi)

3. ⁠Andai kata dalam masa 2 tahun karya si calon hanya tersiar satu kali saja,hendaklah si calon guna 1 borang untuk 1 pencalonan serta 6 salinan kepada pihak penilai. (Ada 2 sampul)

4. ⁠Untuk yang tersiar di akhbar, perlu diingatkan lagi. Hanya salinan asli saja pihak penilai akan terima. Penilai tidak akan terima dari salinan A4.

5. ⁠Keratan asli haruslah difotokopi (berwarna atau hitam putih).

6. ⁠Karya yang tersiar di majalah DBP dan Jurnal juga kena ada salinan fotokopi cover depan majalah dan juga karya asli.

7. ⁠Karya yang tersiar di buku antologi harus buat salinan fotokopi cover depan, nombor ISBN (rujuk muka surat kulit pertama) dan karya.

8. ⁠Karya yang tersiar di akhbar harus buat salinan fotokopi dari keratan asli. Jika bukan dari keratan asli pihak penilai sukar mencari atau membuktikan asal usul karya itu tersiar. Karya asli yang telah ditampal di kertas A4 boleh difotokopi dan diterima oleh penilai.

9. Karya yang tersiar di akhbar, majalah, dan jurnal pastikan mempunyai nombor ISSN. Nombor ISSN juga perlu difotokopi sebagai bukti.

10. Untuk E-Buku, E-Majalah dan E-Jurnal pula perlu dapatkan maklumat nombor ISSN dari pihak penerbit. Jika tidak ada nombor ISSN. Si calon print screen layar karya artikel itu dan print macam biasa kemudian buat 6 salinan fotostat. Print screen dari laptop dan copy paste ke dalam word. Setelah itu baru boleh print word itu.


NOMBOR ISSN SURAT AKHBAR MALAYSIA


Berita Harian

PP414/10/2012 (030686)


Mingguan Malaysia

PP19528/09/2019 (035122)


Harian Ekspres - Sabah

PPH8/12/2012 (031085)


Utusan Borneo - Suara Sarawak

PPK474/02/2019 (035042)


Selangor Kini

PP19570/07/2020 (035196)


Sinar Harian

PP19559/01/2020 (035173)


WilayahKu - Wilayah Persekutuan

PP19441/12/2018 (035014)


Utusan Borneo - Sabah

PPK/220/12/2012(031414)


Contoh Bilangan Karya

(Untuk hantar salinan copy kepada penilai HSPM)


1 karya x 6 salinan = 6 salinan + 6 borang

5 karya x 6 salinan = 30 salinan + 30 borang

10 karya x 6 salinan = 60 salinan + 60 borang

15 karya x 6 salinan = 90 salinan + 90 borang

20 karya x 6 salinan = 120 salinan + 120 borang

…dan seterusnya jika ada karya yang lebih dari di atas


Jika saya salah dengan hitungan ini tolong tegur


CNP GABRIEL KIM JUAN 

(C)

Thursday, 11 June 2020

DRAMA PKP

ASSALAMUALAIKUM

Di sini saya listkan sepanjang PKP, apa yg org Malaysia buat: suatu hari mesti kt semua rindu mse kne kurung kt rumah hari tu ..
1. Berebut roti gardenia. Macam la roti tu makanan ruji Malaysia.
2. Pakat2 try air dalgona pelbagai perisa.
3. Ulang nyanyi lagu dlm video "ke sana-ke sini" PM kita. (Sampai anak aku pun nyanyi tu aje).
4. Dah berebut2 pulak menguli roti, sampai yis kat kedai-kedai sold out. Termasuklah biskut marie (utk kek batik), cream cheese Tatura dan agar-agar. Semua nak jadi chef.
5. Bila semua nak jd chef, ada yg masak tak jadi, keluar pulak FB page Masak Apa Tak Jadi. PM sebut, makin famous group ni .
6.Emosi terlebih tengok kdrama The World of Married Couple pulak. Abis semua benci Da Kyung
7. Sama2 pakat hentam Rohingya pulak kat media sosial. Keluar semua gambar lama yg depa bela lembu kat tiang lampu. Baru la cerita kat Langkawi terdedah sama..Ini termasuklah aktiviti menghentam politician Taiwan yg mengutuk negara kita dulu..Perkataan "Mak Kau Ijo" menjadi terkenal tiba2 di Taiwan hahahah
8. Jadi pencinta alam dh pulak semua sbb suka pokok snake plant/lidah jin/mak mertua, sebab nak tapis udara kononn (aku pun ada hahaha!)
9. Dh semua makin kreatif, reka tali extension face mask pulak..yg kat belakang tudung org pompuan tu, macam2 kaler, style dan butang (dgn aku2 pun beli jugak hahaha).
10. Tiktok challenge yg "Dont Rush" tu, yg berus jatuh2 ke bawah video, org lain menyambut pula. Hehe.
Moralnya:
Korang perasan tak org Malaysia ni in general homely type bila tgk list ni. Yang viral semua berkaitan aktiviti isi rumah. Takde masa nak berdemostrasi, berpiket, mengamuk di jalanan kann..kagum lak bila aku fikir2 kan semula. Patut lah ada kawan aku ms belajar kt NZ cakap, dia suka Malaysia sbb laid-back.
Ok kalau ada aktiviti viral yg tertinggal, sila nyatakan di ruang komen di bawah
2020
PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
Nak simpan kat FB jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur
Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind..
FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)
*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh
Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.
Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.
Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.
Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.
Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.
Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.
Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.
Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.
Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
Taman permainan kanak-kanak ditutup.
Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
Rak-rak di kedai menjadi kosong.
Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.
Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
"Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Kes kemalangan jalan raya time cuti raya pun menurun kan..
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.
Nikmat mana lagi yang kita dustai?
Lakukan kebaikan antara satu sama lain Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu !
CNP...akan jd kenangan abadi selamanya.

Saturday, 22 February 2020

PUSAKA

ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

DATO RADZUAN PALING HUJUNG 


Jika seorang suami meninggal dunia dan ada isteri serta anak lelaki ... yang berhak ke atas harta pusaka si mati ialah isteri, anak dan ibu bapa si mati. Adik beradik si mati tidak berhak. Jadi, jangan pandai-pandai nak mengawal selia harta benda si mati. Biarkanlah waris-waris yang berhak sahaja menguruskannya. Lagipun dalam harta itu, isteri arwah boleh mohon harta sepencarian dulu di Mahkamah. Selepas pembahagian harta sepencarian dan selepas ditolak hutang piutang, barulah boleh dibahagi harta pusaka. Abang-abang, adik- adik dan kakak-kakak si mati sila ke tepI.

DATO RADZUAN IBRAHIM - PEGUAM

Monday, 14 October 2019

SUSUR GALUR ORANG MELAYU PAHANG

ASSALAMUALAIKUM

SUSUR GALUR MELAYU DAN SEBUTANNYA SEBENAR

                                                                 
                                                                       SUPARDI PECINTA LOGHAT PAHANG (C)

Monday, 25 July 2016

PERNIAGAAN MONYET...

ASSALAMUALAIKUM...



SKIM CEPAT KAYA ALAF BARU...

Afezal Maqrizi KISAH PENIAGAAN MONYET

Diceritakan terdapat banyak monyet liar berdekatan sebuah kampung.

Suatu hari datang seorang peniaga ingin membeli monyet2 berkenaan. Dia memaklumkan kepada orang kampung akan membeli setiap ekor monyet dengan harga RM100 seekor. Orang kampung fikir peniaga ini pasti gila kerana bagaimana sanggup dia membeli RM100 seekor?

Tapi nak dijadikan cerita, ada yang pergi tangkap dan peniaga ini membayar RM100 seekor.

Berita ini menjadi viral dalam sekelip mata. Dan masing2 pergi memburu monyet dan menjualnya kepada peniaga tersebut. Sehingga pada suatu hari peniaga tersebut membuat pengumuman akan membeli setiap ekor monyet dengan harga RM200 seekor.

Penduduk menjadi tak senang duduk. Ke sana ke mari memburu saki baki monyet yang ada. Dan mereka berjaya menjualnya pada peniaga tersebut dengan harga RM200 seekor.

Kemudian peniaga tersebut membuat satu lagi pengumuman yang mengejutkan. Kali ini dia sanggup membeli RM500 seekor. Penduduk dah naik sasau sampai tak tidur memburu monyet2 yang masih ada. Hanya terdapat lebihkurang enam atau tujuh ekor sahaja yang berjaya ditangkap dan semuanya berjaya dijual kepada peniaga tersebut.

Orang kampung menunggu dengan penuh harapan apakah pengumuman yang bakal dibuat oleh peniaga tersebut selepas ini. Kemudian peniaga ini membuat satu pengumuman...

Dia akan pulang ke kampungnya selama seminggu dan bila balik nanti dia akan membeli monyet2 yang berjaya ditangkap dengan harga RM1000 seekor. Terkejut beruk orang kampung!

Dia menyuruh pekerjanya menjaga monyet2 yang telah ditangkap di dalam kurungan. Hanya dia seorang sahaja yang menjaga kesemua monyet2 di dalam kurungan itu.

Peniaga tadi pun pulanglah ke kampung halamannya...

Penduduk kampung sangat kecewa kerana tiada lagi monyet2 yang boleh ditangkap untuk dijual dengan harga RM1000 seekor. Sehinggalah pada satu hari pekerja tadi memberitahu orang kampung bahawa dia sanggup menjual secara rahsia monyet2 dalam kurungan dengan harga RM700 seekor. Orang kampung akan dapat untung RM300 atas seekor monyet yang terjual. Berita ini viral sepantas kilat.

Keesokkan pagi penduduk kampung dah siap beratur. Rupa2nya ada dah yang siap bawak khemah tidur kat depan kandang sejak semalam. Panjangnya melangkaui 3 deretan kedai (kalau di bandar).

Pekerja tersebut berjaya menjual kesemua monyet2 yang ada di kandang tersebut dengan harga RM700 seekor. Apa tidaknya, orang kaya membeli dalam pukal, orang miskin pula ada yang membuat pinjaman dari AhLong untuk membeli monyet2 tersebut.

Orang kampung membawa balik monyet2 yang dibeli tadi dan menunggu peniaga balik dari kampungnya.

Tetapi tiada siapa balik...
Mereka pun bergegas mencari pekerja yang menjual monyet2 tadi.
Rupa2nya dia juga sudah lesap...

Kemudian orang kampung tersedar bahawa mereka telah membeli monyet2 liar yang tidak berguna dengan harga RM700 seekor dan tidak mampu menjualnya kepada sesiapa pun.

Inilah realiti perniagaan yang kita kenali sebagai STOCK MARKET!

Perniagaan ini membuatkan ramai orang muflis manakala sebahagian kecilnya sahaja yang kaya raya dalam 'bisnes monyet' (monkey business) ini.

Semoga sama2 kita mengambil teladan dalam cerita ini...
Tiada yang mudah dalam perniagaan. Tidak ada jalan pintas. Perlu ada kesabaran, kecekalan, usaha dan selebihnya bertawakal kepada Tuhan, Maha Pemberi Rezeki. Jangan bergantung kepada manusia.

Wednesday, 24 June 2015

RENUNGAN BERSAMA...WORDLESS WEDNESDAY...SYHH!

ASSALAMUALAIKUM...

LEBIH BANYAK DIAM DARIPADA BERCAKAP TERBAIK DI BULAN RAMADAN YANG SUCI MULIA...TAPI BILA BERSOLAT DAN MENGAJI JANGAN LANGSUNG TAK BERBUNYI PULA...

Tuesday, 20 January 2015

Friday, 5 September 2014

112...PANGGILAN PENTING PERLU TAHU..

ASSALAMUALAIKUM....

BERHATI-HATI JAGA DIRI.
pagi ini saya cuba memanggil nombor "112" dan telah disambungkan kepada Pusat Kecemasan / Emergency Center (dengan hanya 3 deringan).
Seorg wanita (mungkin pegawai polis) yg menyambut panggilan serta-merta mengenalpasti saya (mungkin melalui nombor telefon mobile saya) dgn panggilan Mr Chan, apa saya boleh bantu. Dan saya menerangkan kepadanya bahawa saya sedang mencuba talian 112 ini.
Penting! Simpan nombor 112 dan tandakan ia sebagai nombor kecemasan (Police Emergency)
Kejadian berlaku kpd seorg pelajar kolej ppuan berumur 19thn. Insiden berlaku semasa bercuti, hari Sabtu jam 1ptg. Dia sedang memandu utk melawat kawannya, apabila tiba2 ada sebuah kereta polis TIDAK BERTANDA mengekori dari belakang sambil menyalakan lampu biru. Mengingatkan pesan ayahnya supaya berhati-hati dgn kereta yg tidak bertanda (jika perlu, teruskan memandu hingga ke tempat yg lebih selamat spt stesen minyak/balai polis etc), dia menelefon talian 112 dari telefonnya dan disambungkan ke pusat kecemasan.
PIC BLOG SEMALAYSIA.

Dia memberitahu polis ada kereta polis tidak bertanda dan berlampu flash biru mengekorinya di belakang, dan memaklumkan tidak akan berhenti di tepi jalan.
Pegawai polis itu memeriksa dan mengesahkan bahawa tiada kereta polis di lokasi kereta remaja itu dan menasihatkannya supaya meneruskan pemanduan dgn tenang, pihak polis dlm perjalanan ke lokasinya sbg "back up".
10 min kemudian, 2buah kereta polis mengekorinya dan kereta 'polis' di belakang. Polis berjaya menahan pemandu kereta itu dan dikenalpasti pernah didakwa merogol dan sedang dicari atas beberapa jenayah lain.
Saya belum pernah mendengar nasihat sebegini sebelum ini. Tapi kepada para pemandu wanita, terutamanya yg memandu sendirian, JANGAN SESEKALI BERHENTI apabila ditahan oleh kereta polis yg tidak bertanda. Pihak polis perlu menghormati hak anda utk berada di tempat yg selamat. Berikan isyarat utk memaklumkan mereka cthnya hazard light, atau telefon talian 112.
Alangkah sayangnya penyedia perkhidmatan telefon mudahalih tidak mewar2kan maklumat yg sangat berguna ini.
Sekarang giliran anda utk memaklumkan kawan2 yg lainnya tentang 112 (112 adalah nombor kecemasan yg akan terus menghubungkan anda kepada pihak polis kerana 999 tidak berfungsi jika berada di luar liputan). 112 juga menggunakan sistem yg dipanggil "triangulation" yg boleh memberikan polis lokasi tepat di mana anda berada ketika menelefon.
PENTING : BACA DAN KONGSIKAN.
Maklumat di atas disediakan oleh ayah remaja perempuan tersebut.
Penmerahdotcom...

Thursday, 24 July 2014

MH 17, MH 370 YANG DIKENANG...

ASSALAMUALAIKUM...

MH17 : BILA AKU MENDONGAK KE LANGIT DAN SENYUM LALU KAU KETAWAKAN AKU...NESCAYA KAU AKAN KU LEMPANG KUAT-KUAT!
Beberapa minggu di perantauan untuk urusan kerja jangkapendek cukup lama juga untuk buat kita rindu bau tanah dan udara Malaysia. Biarlah jerebu mahupun berbau, tanah ini tanah aku. Dari baju kulit kambing bertukar baju t-shirt senipis "Pagoda" pun rasa macam nak buka juga panasnya Malaysia ni tapi ini tanah aku...panas-panaspun aku suka.
13 Jam terbang dari O'hare Chicago sampai ke Hong Kong menaiki pesawat penerbangan jenama Amerika cukup membosankan. Tetapi sejurus bertukar ke MH...semuanya terasa seperti di rumah sendiri. Disambut dengan senyuman pramugari dan pramugara yang menyapa
"Apa khabar encik" (Woww...cakap Melayu...dah 2 minggu tak dengar orang cakap Melayu"
Ditambah pula dengan tray di hadapan penyambung antara aerobridge dan pesawat ada terhidang Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa suratkhabar yang sangat familiar rupanya. Kucapai juga walaupun jika di Malaysia, tak pernah kubeli dan kubaca suratkhabat itu kecuali muka aku masuk dalam rencananya (barulah nampak aku borong sampai 10 naskah untuk diedar bagi pada orang kampung termasuk Pak Bilal yang meroyan tak dapat bermenantukan aku...dulu eksyen).
Duduk sahaja dalam pesawat, dah mula rasa macam di Malaysia. Sedangkan masih jauh lagi. Juruterbang pesawat membuat pengumuman dalam Bahasa Melayu, pramugari berbahasa Melayu, Ahbeng dan Ahseng yang bercakap dalam telefon menggunakan Bahasa Manglish (The one with "...Maaa" and "...mehh" in the end of many sentences) tak dilupa Makcik-makcik yang baru balik shopping di Harbour Front sambil membanding-banding cincin siapa lagi mahal...tapi masih dua-dua sama dengan aku duduk kelas Ekonomi (mungkin low-profile).
Dalam movie playlist pula ada cerita-cerita Melayu hasilan David Teoh yang sumpah aku tak panjat wayang kalau nak tengok tapi aku layan juga pasal dalam penerbangan itu dah rindu yang "melayu-melayu" maka cerita Melayu kelas ke-3 pun dilayankan juga. Dalam hati...kelakar juga sambil-sambil membuat kritikan ala Hassan Mutallib pada setiap plot dan sinematografinya.
Pernah dahulu terbang dari Saudi untuk pulang ke Malaysia, dihadiahkan pula dengan 3 dozen kacang Malaysia Airlines oleh seorang pramugara yang meminati karya fotografi ku. Berkaca mata aku tengok kacang-kacang yang dibungkus dengan tisu dapur (untuk cover jgn orang nampak)...katanya nanti orang lain nampak orang lain pun nak banyak macam tu.
Touch-down sahaja, aku sudah gembira macam sudah sampai ke rumah memeluk anak dan isteri. Alhamdulillah. Selimut MAS (pernahlah sekali), Going Places (setiap kali) dan kalau dulu ada sudu-sudu besi berlogo MAS memang selamat masuk dalam beg sebagai cenderamata. Janganlah gelak, aku tahu korang pun begitu juga (harapnya ini bukan sebab kerugian MAS).
Pernah sekali, sewaktu berada di tengah Kota London ternampak kelibat MH berlegar dalam putaran besar untuk menunggu giliran mendarat di Heathrow lalu aku berhenti serta mendongak ke langit dengan tangan di dada. Pelanggan Inggeris aku bertanya...mengapa kamu mendondak dan tersenyum sendiri?
"Aku sedang melihat...BENDERA NEGARAKU SEDANG DITERBANGKAN di atas langit kamu".
Kutip semula bendera yang jatuh
Kita kibarkannya semula
Walaupun ramai yang mencemuh
Biarkan sahaja mereka kerana mereka tidak pernah mengibarkan jalur gemilang setinggi yang kamu biasa lakukan
SAIFUL NANG
Sumber facebook

Sunday, 1 June 2014

JANGAN BERPUTUS ASA...USAHA TANGGA KEJAYAAN...

ASSALAMUALAIKUM...

SUDAH SARAPAN PAGI NI....? SARAPAN APA? SARAPAN KUIH-MUIH ATAU NASI LEMAK SEDAP JUGA...
SAMBIL-SAMBIL TU BACA KISAH SI KECIL PENJUAL KUIH YANG SELAMBA BERJUALAN DENGAN CARANYA TERSENDIRI..


KISAH BUDAK PENJUAL KUIH (Terharu punye kalau bace!)
Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.


Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.
"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang."
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman

Tuesday, 27 May 2014

SALAM ISRAK MIKRAJ..

ASSALAMUALAIKUM...



1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W. dicuci dengan air zamzam,

dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

MyBloglist