Tuesday 24 November 2015

KENALI ID ORKID KITA..

ASSALAMUALAIKUM...

MOTH /BUTTERFLY ORCHIDS

MOTH ORKID ATAU PHLAENOPSIS ADALAH ORKID YANG BANYAK TERDAPAT DI MANA-MANA NURSERI...BUNGANYA CANTIK DENGAN BENTUK KELOPAK BERBEZA SEAKAN RERAMA BERAYUN DI POHON DENGAN DAUN YANG PENDEK DI POHON RENDAH.




DENDROBIUM ORHIDS


Dendrobium adalah merupakan antara genera okid yang terbanyak di dunia. Harganya juga murah dibandingkan dengan orkid-orkid lain di pasaran. Kita boleh mendapatkan sepasu Dendrobium yang sedang mekar berbunga dalam berbagai warna dan corak dengan hanya RM 15 sahaja. Dengan sebab itulah juga kita akan dapati Dendrobium banyak menjadi hiasan di kebanyakan rumah di Malaysia di samping penjagaannya yang sangat minima dibandingkan dengan orkid-orkid yang lain.
Walaupun bunganya kelihatan seakan-akan Moth Orchid, namun saiz kelopak bunganya tidak sekata besarnya seperti dalam Moth Orchid. Namun begitu kita dapat mengecam Dendrobium Orchid melalui batangnya yang tinggi dan daun yang tumbuh di sepanjang bahagian atas batangnya. Tangkai bunga akan keluar dari celah-celah daun di sepanjang batangnya.

CATTLEYA ORCHIDS

Cattleya memang terkenal kerana bunganya yang sangat besar jika dibandingkan dengan orkid yang lain. Di samping itu bentuk bunganya juga memang berlainan dengan bunga orkid jenis yang lain kerana Cattleya mempunyai lenggang lenggok di bahagian tepi bunga seperti renda baju. Renda ini membuatkan Cattleya kelihatan sangat cantik dan bergaya sekali. Dengan itu Cattleya juga dikenali sebagai QUEEN OF ORCHID.
MASDEVALLIA ORCHIDS

Ciri utama bunganya yang sangat berlainan dari orkid yang lain ialah tiga kelopak yang bercantum di bahagian dasarnya. Ketika bunga ini tidak kembang, Masdevallia Orchids kelihatan seperti pokok bunga biasa sahaja.
REED STEM EPIDENDRUM 

Biasanya bunga orkid akan keluar di sepanjang tangkai bunganya. Berlainan dengan bunga Reed Stem Epidendrum yang mana bunganya tumbuh sekelompok di hujung batang dan membentuk bulatan. Satu lagi ciri yang istimewa pada bunga orkid Reed Stem Epidendrum ialah bentuk CLOWN FACE. Pada sesetengah bunga nampak begitu jelas sekali.
LYCASTE ORCHIDS

Lycaste orkid mempunyai bunga yang berlilin, berbeza dengan bunga orkid yang lain. Di samping itu bunganya sangat tahan lama dan terdapat dalam berbagai-bagai warna. Tidak seperti bunga orkid yang lain, bunga orkid ini mempunyai bauan tersendiri. Ada yang berbau seperti lemon dan ada juga yang berbau seperti kulit kayu manis dan sebagainya. Kesemua bunga orkid Lycaste mempunyai 3 kelopak sahaja. Kesemua ciri-ciri yang telah disebut ini membolehkan kita mengenali Lycaste dengan senang.
SLIPPER ORCHIDS

ORKID SELIPER CANTIK BUNGANYA DAN ADA KANTUNG YANG BOLEH MEMERANGKAP SERANGGA YANG MENYERANGNYA..TAPI MENDEBUNGAKANNYA.
Paphiopedilum sanderianum
PAPHIDELIUN JUGA DARI JENIS SLIPPER ORCHID..KELOPAKNYA UNIK DAN KELOPAK KIRI KANAN SANGAT PANJANG HINGGA CAPAI SATU METER....ORKID INI TUMBUH DI GUNUNG MULU NATIONAL PARK SERAWAK.



hafidzyoungscientist.blogspot.com/
PIC SALOMA NURSERI
KELAB ORKID KELANTAN
PONDOK PERAWATAN ANGGERIK.

19 comments:

  1. Suka dg Anggrek (Orkid) ya...beautiful flower so many here... salam kenaal ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. orkid mmg cantik...salam kenal...tq agusman rizal.

      Delete
  2. orkid memang bunga yang amat mempersona..unik sangat kelihatannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ckgu cantik sgt bunganya...tq cikgu etuza.

      Delete
  3. cantik sekali ...terpesona sejenak...

    ReplyDelete
  4. Cantiknya orkid warna purple :)

    ReplyDelete
  5. Wow..orkid di mana-mana.. suka tengok bunga tu, tapi tak suka bela..lambat berbunga pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bela orkid ni kena sabar che mid...kalau orkid yg dibela dh berbunga puas kita mandangnya...tq

      Delete
  6. cantiknya orkid... suka tgk.. ada pelbagai jenis plak tu kan Kak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jenis orkid ni atie cantik2 semuanya...tq.

      Delete
  7. Cantik bila dah berbunga lebat orkid ni ya... saya suka yang gambar pertama dan kedua tu.. Orkid ni rupanya misteri sikit pada saya... kadang2 menyerupai labah-labah dan saya pernah tengok ianya seperti menyerupai muka monyet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela sweetie orkid yg berbunga lbt sgt cantik...bentuknya mcm2 pula tapi jenisnya tetap orkid.
      tq sweetie.

      Delete
  8. Subhanallah.. Sungguh cantik bunga orkid..

    ReplyDelete
  9. cantik sungguh kan aiza orkid2 ni...tq.

    ReplyDelete
  10. Inginku sunting untuk menyeri lamanku. Hehe ^^

    ReplyDelete
  11. Cantiknya bila skali bunga banyak2.. Payut laa akak suka..")

    ReplyDelete
  12. orkid yg ada bau wangi tu x termsk kn kak dlm senarai di atas?

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist