Saturday 28 November 2015

BINTANG DI LANGIT DAPAT DIBILANG TAPI TAK SEDAR MUKANYA ARANG.

ASSALAMUALAIKUM...

Dalam kehidupan di dunia ini adalah lumrah akan ada orang yang kerjanya suka mencari kesalahan orang lain sahaja. Suka mengintai keburukan atau keaiban orang tanpa pernah mahu memandang ke dalam diri sendiri. Mereka akan hanya nampak kesalahan orang lain. Kesalahan sendiri langsung dia tidak nampak. 

Bak kata perbidalan, "Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tidak terkayuh." Ada juga yang jenis suka menegur kesalahan orang tetapi kesalahan sendiri yang lebih besar tidak disedari. Ibarat kata perbidalan, " Bintang di langit dapat dibilang, tetapi tak sedar di mukanya arang!" Satu kumpulan lagi adalah jenis yang sering melihat kesalahan atau keburukan orang lain walau sekecil mana pun. Namun kesalahan besar yang di lakukannya, dia tak nampak. 

Tak ubah seperti kata perbidalan, "Kuman atau tungau di seberang laut, nampak, gajah di depan mata atau gajah di pelupuk atau bertengger di pelupuk mata, tiada nampak." Jadi janganlah kita suka menuding jari atas kesalahan atau keburukan orang lain kerana tanpa kita sedari tiga jari menuding ke arah kita. Sering-seringlah kita cerminkan diri kita sebelum kita memperkatakan akan kesalahan atau keburukan orang lain. Kita bukanlah insan yang sempura. Ada kekurangan dan kelemahannya. Renungkan dan fikir-fikirkanlah...



Kata orang tua-tua, "Kalau mengira dari satu, Kalau mengeja dari alif.
Apa pun yang kita hendak lakukan ikutlah adat dan peraturan. Jangan
main hentam keromo sahaja... Sedikit nasihat buat kawan-kawan semua.
Renungkan dan fikir-fikirkanlah....


16 comments:

  1. Terima kasih Kak atas peringatan.....cantik susun atur perkataan bagi pantun di atas... ada yang tak pernah dengar perkataannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantun yg indah dgn penggunaan bahasa Melayu yg klasik tu fida...tq.

      Delete
  2. rimas kalau ada org mcm ni...bestnya. jarang jumpa pantun sepuluh kerat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai og gini sekeliling kita nohas...pantun 10 kerat susah juga nk mengolahnya...tq nohas.

      Delete
  3. lagi pula sangat tidak ada kerjaan orang itu menghitung bintang, sudah pasti muka seperti arang dong

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..banyak betul masanya buat membilang bintang kan sampai xsedar penuh arang dimukanya....tq chilembu thea.

      Delete
  4. ibarat kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak.. macam tu ke?

    ReplyDelete
  5. slmt malam P
    org sekarang ni mmg mcm tu suka mencari keslaahan org sdgkan kesalahan sendiri disembunyikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt mlm noor.
      biasalah tu noor ..salah org cpt jer setect...tq.

      Delete
  6. biasalah orang, salah kita sampai dalam kain cari.
    buat baik orang umpat, buat jahat apatah lagi.

    ReplyDelete
  7. Heh..heh..yela cikgu salah orang hbs dikelebeknya kan...tq nick nashram.

    ReplyDelete
  8. jangan suka perbesarkan hal yang remeh..sehingga kesalahan yang besar diambil mudah

    ReplyDelete
  9. hmm betul tu yanty mslh2 kecil tu lupakan saja...tq

    ReplyDelete
  10. org skrg yg remeh tu laa yg plg bsr masalahnya

    ReplyDelete
  11. terima kasih teguran secara umum kepada semua yang membaca...semoga Etuza dan teman blogger jangan seperti dalam kata bidalan itu..tak baik sibuk cari kesalahan orang lain..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist