ASSALAMUALAIKUM...
PENANGAN MENTARANG...
DALAM PERJALANAN UNTUK BERCUTI BERSAMA ANAKCUCU KE LUMUT BARU-BARU NI AKU TERLIHAT GERAI-GERAI YANG BANYAK DIDIRIKAN DI PINGGIR JALAN MENJUAL ANEKA JENIS BUAH2-AN TEMPATAN DAN MENTARANG.... MENTARANG? ITU YANG PELIK TU. ADA PULA MENTARANG DIJUAL DI GERAI BUAH. AKU MEMANG TERUJA NAK MAKAN DAN SINGGAH BELI. MAKLUM SUDAH BERPULUH TAHUN TIDAK MERASA KEENAKAN SIPUT LAUT YANG BERCENGKERANG KASAR TAPI NIPIS ITU. KATA ANAKKU, KITA SINGGAH BELI WAKTU PULANG NANTI...IALAH AKU ANGGUK SAJA. GERAI-GERAI YANG MENJUAL MENTARANG TERDAPAT DI PARIT 11, 12, 13 AREA SABAK BERNAM.
MENTARANG MENGGAMIT KENANGANKU TAHUN AWAL -70AN KALA MASIH SEKOLAH RENDAH DI KAMPUNG HALAMANKU DI DULANG KECHIL. SUKANYA AKU BERSAMA RAKAN-RAKAN SEBAYA BERMAIN TAMBUR LAUT MENGOREK MENTARANG TIKA AIR LAUT SURUT.
MENGOREK MENTARANG TIDAKLAH SUSAH, HANYA DENGAN MEMBENAMKAN TANGAN DI TEMPAT MATA AIR MENTARANG YANG DIKENAL PASTI DAN MENGELUARKAN MENTARANG DARI TAMBUR LAUT YANG LEMBIK ITU. TAPI HARUS HATI-HATI KERNA KULITNYA KASAR DAN NIPIS MAMPU MELUKAKAN JARI.
SELAGI TIDAK PENUH BESEN DENGAN MENTARANG SELAGI ITULAH LEKA MENCARINYA. MEMBIARKAN SINAR MENTARI AWAL PAGI MEMBAKAR DIRI. HENDAK BERGERAK DI DALAM TAMBUR LAUT YANG DI PENUHI DENGAN KETAM, IKAN BELACAK, OBOR-OBOR DAN PELBAGAI HIDUPAN TAMBUR LAUT KADANG ULAR LAUT SAMBIL MENOLAK BESEN MENTARANG BUKANLAH SENANG.
SUDAHLAH BADAN KOTOR DAN COMOT DILUMURI SELUT NAMUN KERANA SERONOKNYA MENCARI MENTARANG TETAP JUGA DILAKUKAN. BADAN YANG KOTOR BOLEH DIBERSIHKAN DI TALI AIR YANG JERNIH SAMBIL MEMBASUH MENTARANG YANG DICARI ITU. BERENANG-RENANG MENYEGARKAN BADAN DENGAN RAKAN-RAKAN MERIAKAN DAN MENGURAI KELETIHAN YANG MULAI DIRASAKAN.
SAMPAI DI RUMAH TENTULAH KEPENATAN DAN TUGAS MEMASAK MENTARANG YANG SANGAT ENAK RASANYA ITU DIURUSKAN PULA ANAK-ANAK DARA YANG TAKUT KOTOR TERKENA SELUT LAUT.
MENTARANG SEDAP DIREBUS SAJA ATAU DIMASAK GULAI LEMAK DENGAN MENGELUARKAN ISI DARI CENGKERANGNYA.
APABILA MUSIM MENTARANG HABIS, BERGANTI PULA DENGAN MUSIM MENCARI KERANG DAN KEMUDIANNYA MUSIM MENANGGUK LALA.
JIKALAU MALAS BERMAIN SELUT LAUT, DI PANTAI YANG KERING TAPI BERTANAH LEMBUT BOLEH JUGA DIKOREK SIPUT BIJI NANGKA UNTUK DIJADIKAN HIDANGAN.
BEGITULAH PUTARAN KEHIDUPAN LAUT MELIMPAH-RUAHKAN REZEKI KEPADA HAMBA-HAMBA-NYA WALAU DI DALAM SELUT DENGAN IZIN ALLAH. SUBHANALLAH....YANG DIPERLUKAN CUMA TENAGA DAN KERAJINAN BERSUNGGUH.
SEMUA PIC GOOGLE...

LALA DITUMIS REBUS
MENTARANG SEDAP DIREBUS SAJA ATAU DIMASAK GULAI LEMAK DENGAN MENGELUARKAN ISI DARI CENGKERANGNYA.
SIPUT BIJI NANGKA
APABILA MUSIM MENTARANG HABIS, BERGANTI PULA DENGAN MUSIM MENCARI KERANG DAN KEMUDIANNYA MUSIM MENANGGUK LALA.
JIKALAU MALAS BERMAIN SELUT LAUT, DI PANTAI YANG KERING TAPI BERTANAH LEMBUT BOLEH JUGA DIKOREK SIPUT BIJI NANGKA UNTUK DIJADIKAN HIDANGAN.
KERANG
BEGITULAH PUTARAN KEHIDUPAN LAUT MELIMPAH-RUAHKAN REZEKI KEPADA HAMBA-HAMBA-NYA WALAU DI DALAM SELUT DENGAN IZIN ALLAH. SUBHANALLAH....YANG DIPERLUKAN CUMA TENAGA DAN KERAJINAN BERSUNGGUH.
SEMUA PIC GOOGLE...
Kakak selalu baca blog kawan-kawan tentang mentarang ni PI tapi kakak tak pernah makan dan jumpa kat JB ni tau. Teringin juga sebab kalau masuk restoran steamboat macam-macam seafood ada tapi tetap tak ada mentarang ni. Satu hari kalau kakak naik ke utara agaknya baru dpt merasa. Mesti sedap sebab selalu kawan-kawan blogger tunjuk.. ngences kakak hihi...
ReplyDeleteKALAU KAKZAKIE JALAN-JALAN KE SG.BESAR SENTIASA ADA DIJUAL DI GERAI2 TEPI JALAN...BOLEHLAH NAK MERASANYA...SEDAP JUGA BAGI YANG MENYUKAINYA...TQ KAK ZAKIE.
DeleteKalau lalu diantara sekinchan dan sg.besar memang banyak ada dijual di tepi2 jalan kalau tiba musimnya. Rasanya memang sedap tetapi saya kurang suka sebab agak berpasir.
ReplyDeleteYEKE..XMINAT PULA YA...KALAU XDICUCI BERSIH MEMANG SEAKAN BERPASIR RASANYA...TQ BM.
Deleteselut pun selut la... janji ada rezeki untuk makan
ReplyDeleteYELA DP REZEKI ALLAH TU DIMANA SAJA UTK HAMBA2NYA...TQ.
Deleterezeki Allah ada di mana2 ...hanya yg berusaha akan dapat
ReplyDeleteRAJIN BERUSAHA AKAN MENDAPAT GANJARAN-NYA...INSYA ALLAH...TQ ANIES.
DeleteSaya tak pernah makan mentarang. Bukan tak suka ke apa, tapi saya tak berani nak makan. Bukan saja mentarang tapi apa juga jenis makanan laut yang bercengkerang PI. Kalau makan saya akan jadi pening dan pitam... tapi kalau anak-anak minta saya masakan juga.
ReplyDeleteKALAU ALAHAN DGN MAKANAN JENIS INI ELOK ELAKANNYA SWEETIE...JGN NK CARI PENYAKIT...TQ.
Deleterezeki Allah...
ReplyDeleteALHAMDULILLAH...TQ MKL.
Deletebetul sekali, apa-apa sudah tersedia, tinggal bagaimana kita bisa memanfaatkannya atau tidak, terimakasih artikel ini secara tak langsung begitu sangat mencerahkan...
ReplyDeleteYA REZEKI ALLAH AMAT LUAS SEKALI UTK DIMENAFAATKAN KITA HAMBA2-NYA...TQ CC.
DeleteDah lama Zumal tak makan mentarang nie...
ReplyDeleteYEKE...TAPI PERLIS PUN TERKENAL DGN GULAI MENTARANG YG SEDAP...TQ ZUMAL.
Deletepernah sekali makan mentarang..
ReplyDeleteYEKE..SEDAP KAN BAGI YG SUKALAH....TQ NOHAS.
DeleteWa pernah makan ni kak..huby kirim kat kawan dia yang tinggal di kuala selangor.Tapi sekarang ni susah nak cari mentarang ni.
ReplyDeleteYEKE...KAK SELALU JUGA KE KUALA SELANGOR NMPAK ADA JER YG MENJUAL MENTARANG NI TAPI HARGANYA AGAK TINGGI JUGA WA...TQ.
ReplyDeleteRezeki Allah....
ReplyDeleteSaya tak pernah makan mentarang ni Kak. Sedap tak?
SEDAP JUGA FIDAH LAIN RASA MANIS SIPUT NI...TQ
ReplyDeleteTak suka cari mentarang..jari semua luka
ReplyDeleteBETUL TU YAN KALAU CARI MENTARANG JARI BERBULU HANCUR...TQ.
ReplyDelete