CERPEN:
IMPIAN VERTIGO.
KARYA:
PARIDAH ISHAK.
DI SEPERTIGA malam ibuku sudah bangun daripada tidurnya
menuju kamar kecil untuk mandi membersih diri dan berwuduk sekali. Usai
bersujud beberapa rokaat mengadap Ilahi
memunajat segala doa kepada Yang Khalik segera menggantung mengkana di
tempatnya yang tersedia di kamar solat kecil itu.
Bergegas pula ke dapur menyiapkan
apa yang ada di dapurnya untuk bersarapan sebentar lagi, mengisi perut ala
kadarnya. Ibuku tidak memilih jenis makanan yang akan diambilnya. Berpada
setakat yang boleh mengenyangkan perutnya buat seketika sebelum menjelang
tengahari. Kalau kebetulan ada roti maka dengan rotilah ibuku bersarapan. Tidak
ada roti ibuku menjadikan biskut kering yang dicicah air teh panas sebagai
pengalas perutnya. Jikalau ibuku menganggar masa yang ada masih awal dan sempat
untuknya memasak resepi mudah seperti cekodok bilis atau lempeng kelapa maka itulah yang dilakukannya.
Ibuku kadangkala malas hendak bersarapan pagi lalu beliau berpuasa saja dan
makan kala berbuka puasa setelah azan maghrib berkumandang. Berpahala berpuasa
sunat ikut cara nabi Daud alaihisalam iaitu sehari berpuasa sehari berbuka.
Meliputi sekali puasa sunat isnin dan khamis. Kelaziman ibuku begitulah.
Menuruti syariah Islam yang syumul itu berfaedah sekali buat kesihatan
ibuku. Bukankah makan secara berlebihan itu memudaratkan kesihatan?
Dengan berpuasa ibuku juga
merasakan beliau akan menjimatkan masanya daripada berlama di dapur buat melakukan aktiviti luar rumah kesenangan
beliau. Sebelum mengatur langkah menjejak tanah ibuku akan mengemasi segenap
ruang rumahnya daripada dapur hingga ke serambi terlebih dahulu. Segala habuk
dan sampah-sarap disapu hingga bersih. Setelah berpuas hati dengan kekemasan
rumahnya yang sederhana saja saiz besarnya itu barulah ibuku perlahan-lahan
membawa dirinya menuruni tangga rumah.
Ralit sungguh sehingga mentari
tanpa disedari menginjak tengah kepala masih berada di luar, mengelitari
segenap ruang yang ditumbuhi aneka bunga-bungaan yang segar mekar mengindahi
lamannya.
Tenaga ibuku tidaklah terlalu
banyak setelah beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya di lebuh raya Utara-
Selatan dalam perjalanan menemani ayahku menguruskan perniagaannya namun
dipaksa berkuat juga untuk memenuhi realitI yang ingin dicapainya.
Walau berjalan sambil bertongkat
menggunakan batang cangkul ibuku tetap bersemangat
mengatur langkah menuju kebunnya di belakang rumah meneliti tanamannya samada
hidup subur, mati kering. Atau sudah tinggal teras dibaham lembu ,kambing yang
sentiasa berkeliaran dan tidak terdaya diusir kerana lemah upaya dirinya.
Pantang tersilap sedikit pembawaan
dirinya yang tidak terlalu stabil imbangan badannya ibuku akan jatuh tersungkur
mencium tanah. Lantas segera berusaha dengan susah payah berpaut atau menongkat
diri pada apa saja yang berdekatan
dengannya. Yang boleh membuatnya bangun semula meneruskan langkahnya yang
terhenti.
Mak cik Idah jiran ibuku yang kadangkala
berada di kebun belakang rumahnya akan berkejar mendapatkan ibuku untuk
membantunya. Tersenyum ibuku membalas pertolongan ikhlas itu dan bibirnya tidak
mengucapkan apa-apa kecuali tangannya yang digerakan ke dada pengganti isyarat
terima kasihnya kepada jirannya itu yang seringkali di sisinya saat dia
kesusahan. Sudah lama mak cik Idah dan jiran-jiran terdekatnya memahami bahasa
isyarat mudah ibuku itu.
Jiran-jiran yang baik adalau
saudara terdekat kita dunia dan akhirat. Dan hak-hak jiran sudah termaktub di
dalam alquran yang suci. ibuku menyedari itu. Sambil menghayun cangkul
perlahan-lahan memokah tanah yang tidak sedalam mana bakal pula dimasukan anak
benih ke dalamnya, bibirnya sentiasa dibasahi kalimat zikir bertasbih sambil
kalbunya berdoa. Kemasylahatan, kesejahteraan, kebahagiaan suaminya, ibu
bapanya, anak-anaknya, saudara-maranya, jiran-jirannya, kawan-kawannya,
Muslimin dan Muslimat.
Doa dan zikir yang sentiasa
diulanginya di mana saja sehingga terlelap matanya di dalam hatinya meski tidak
terlafaz ketara di bibirnya. Tidak lupa pula menghadiahkan pahalanya kepada
mereka yang amat dekat di hatinya. Termasuk jiran-jirannya.
Fenomena yang menguasai kehidupan
ibuku kini menjadikannya merasakan apa saja dan siapapun kita perlu saling
bertolong bantu melengkapi segenap kekurangan yang ada. Tambah di dalam keadaan
ibuku yang tidak berdaya ini. Kelangsungan hidupnya berlestari dengan
pertolongan jiran-jirannya, saudara-maranya dan mereka yang prihatin akan
nasibnya.
Tragedi kemalangan yang amat trajis
itu telah mengambil kebanggaan dirinya dan meninggalkan masalah vertigo kepada
dirinya. Kecederaan parah di kepalanya menyebabkan terjadi bekuan darah di otaknya
mengakibatkan permasalahan vertigo kata
doktor yang merawatnya. Vertigo yang menyebabkannya hilang suara, hilang upaya
diri, air liur yang terlalu banyak bertakung di mulutnya yang terpaksa dilap
agar tidak kelihatan jijik di wajahnya, sukar hendak menelan minuman atau
makanan dan kelumpuhan separa.
Anggota tubuhnya di bahagian kiri
teramat lemah untuk berfungsi sebaiknya. Sementara anggota tubuh yang di
sebelah kanan pun tidak berapa bertenaga seperti mereka yang normal
kesihatannya. Pergerakannya pun terbatas dalam jarak minima sekitar rumahnya
saja. Malah hatinya cepat tersentuh dan mudah berjauh hati. Sayangnya apa yang
dirasakan hatinya tidak terdaya digambarkan melalui lafaznya buat membalas apa
saja kenyataan yang diterima deria dengarnya. Hanya mengeram geram di sudut
hati yang amat mendera jiwanya.
Wajahnya juga berparut di
mana-mana. Kesempurnaan wajahnya yang luntur keseriannya tdaklah terlalu
diambil hirau namun hatinya diserbu kesedihan kala anak-anak kecil yang ingin
dimesrainya memalingkan wajahnya sambil menangis ketakutan. Ibuku sering
bertanya kepada dirinya, apakah wajahnya teramat jelek untuk dipandang sehingga
yang memandangnya keseraman seolah melihat hantu? Tersenyum pula sendirian di
hadapan cermin yang membalikan gambaran wajah sebenarnya.
Ah! Anak kecil manalah yang tidak
ngeri menatap wajah putih yang rompong tidak bergigi dan berparut pula di sana
sini. Sebuah wajah yang tidak selesa diletak pandangan mata. Kecelakaan dengan
hentaman kuat di kepalanya menjadikan dirinya ibarat tin yang dilenyek jentera
berat. Habis sirna bentuk wajah sebenarnya. Dirinya sendiripun tidak gemar
melihat wajahnya apatahlagilah orang lain. Wajah tidak cantik tidaklah mengapa
asal hati bersih suci.
Setiap hamba Allah itu walau
siapapun dia dan bagaimana rupa parasnya sama-sama berhak mengongsi rezeki-Nya
berserta peranannya yang tersendiri. Ibuku berkompromi pula memujuk hati dengan
reda mensyukuri takdir-Nya yang dilaluinya terbungkus hikmah yang belum
terbuka. Mungkin. Kemungkinan yang tidak mungkin pun bagi Allah.
Jangan hanya menyesali kesukaran
meneruskan hidup begitu begini dengan menyenaraikannya satu persatu.
Terselindung rencana Allah yang maha mengetahui kebaikan jalan hidup pilihan
sebenarnya ketentuan-Nya bagaikan doa
pilihan ibuku, ‘Tunjuki aku jalan yang benar, jalan yang diredai dan jauhi azab
api neraka…aamiin.’’
Impian ibuku dulu hanya ingin
menjadi isteri mithali kepada bapaku dengan setia tanpa bantah. Sepenuh hati
berkhidmat menyulam kasih sayang terhadap keluarganya dengan harapan menuai kebahagiaan. Walau tidak
terlalu bahagia tapi tetap dapat merasai nikmatnya juga. Ibuku amat mencintai
ayahku dan mensyukuri pertemuannya dengan ayahku yang mengikatnya dengan ijab
Kabul pernikahan .
Lahir pula anak-anak lelaki dan
perempuan yang comel dan cergas. Melengkapi hidup dalam istilah berkeluarga
sebenarnya. Semata-mata ada suami dan isteri hanya disebut pasangan yang telah
berkahwin. Disertai anak-anak antara pasangan suami isteri itu barulah
dikatakan keluarga.
Tiada apapun yang kekal di dalam
dunia fana yang baharu alam ini yang
disurat dalam sifat 20. Segalanya adalah sementara. Kecuali Allah yang esa. Hakikat
yang hakiki dan tiada soal jawab mengenainya.
Gambaran dukanya meratapi perpisahan dengan ayahku yang terpaksa
meninggalkan ibuku yang sudah hilang fungsinya sebagai isteri yang diharapkannya
memenuhi semua keperluannya tertera jelas di wajahnya.
Perpisahan walau tidak pernah
terlintas di impian ibuku akan berlaku antaranya dan ayahku, itulah yang
berlaku. Mengenanginya membuat ibuku tersedu sedih pula. Bukan kemahuan, bukan
keinginan kalau sudah demikian takdir-Nya masakan berdaya menolaknya.
Impian ibuku tidak kesampaian menurut
perencanaannya. Keinginan memiliki keluarga bahagia di samping suami tercinta
dan anak-anak yang dididik untuk mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi ternyata
gagal walau tidak sepenuhnya. Masih ada anak-anaknya yang setia bersamanya
mengongsi sengsara, deritanya.
Dan anak-anak dalam diamnya
tindakan tanpa suara, dalam sepinya menyusuri hari demi hari dengan langkah
sumbang nampaknya memperlihatkan tanda-tanda bahawa cita-citanya yang disangkut
ke bahu anak-anaknya itu akan Allah izinkan kejayaannya. Yang dirasakan ibuku
begitu. Anak ibuku yang sulung sedang menghabiskan pengajiannya di university dan
anaknya yang kedua bakal mengikuti jejaknya.
Ibuku menghantar anak sulungnya dan
anak keduanya itu ke sekolah menengah harian biasa yang berasrama dengan
harapan anaknya itu akan mendapat didikan yang sepatutnya diterima daripada guru-guru bertauliah yang mengajar
di sekolah itu.
Sanggup menyusahkan dirinya ditinggal
sendirian tanpa anak-anak di sisi yang boleh membantu dirinya dalam segenap
perkara. Pengorbanan yang perlu dilakukan seorang ibuku demi masa depan gemilang
anak-anak kecintaannya. Lagipun ibuku merasa tanpa suara, beliau tidak mampu
mendidik anak-anaknya dengan cukup berkesan.
Sekadar menulis nota-nota pendek
mengutarakan pandangan dan pengajaran kadang hanya dipandang lewa anak-anaknya.
Sakit pula hatinya. Biarlah anak-anak ibuku tinggal di asrama dan hidup
berperaturan untuk membentuk jiwa murni berhati budi mulia. Impian ibuku
terhadap anak-anaknya hanya masa menentukannya kelak. insyaAllah.
Dan ibuku tidak serik untuk
merancang lagi demi menggembirakan hati sunyinya. Langkah longlai cuba
digagahkan setakat kemampuan dirinya untuk mendusunkan tanah di belakang
rumahnya. Pelbagai jenis anak benih yang ditanami ke dalam tanahnya. Ada anak
benih yang disemai sendiri dan banyak juga yang dibeli di nerseri yang menjual
pelbagai jenis anak benih yang menjadi pilihannya.
Durian, cempedak, rambutan, dokong,
duku, manggis yang daripada jenis berbaka baik dibeli tanpa berkira harganya.
Kebanyakannya melebehi 10 rm ke atas terutama bagi durian D24 D25 D29. Musang
king pun dibeli dan ditanam walau agak mahal harga anak pokoknya. Biarlah alah
sedikit membeli asal menang memakai, telahan ibuku begitu pula.
Penjual anak benih durian lulusan
UPM itu menasihatkan ibuku membiarkan anak pokok durian itu di dalam polybeg
selama tiga tahun atau lebih sebelum memindahkannya ke kebun untuk menanamnya.
Cuma perlu baja sesekali dan siram saja. Kalau tidak disiram tentu mati kering
pokoknya.
Bersemangat sekali ibuku hendak
menjayakan projek impiannya sambil berkejar dengan waktu dan cuba mengatasi
kelemahan dirinya yang ternyata tidak setara semangatnya. Mengapa ketika usia ibuku masih muda dan
tenaganya banyak tidak ibuku merealisasikan impiannya itu? Bukankah ianya lebih
mudah untuk dilakukan.
Banyak pula alasan yang ibuku beri.
Alasan ibuku yang pertama mengaitkan kesibukannya mengurusi anak-anaknya yang
masih kecil. Langsung tiada kesempatan untuk melakukan apa saja minatnya.
Dikesampingkan dulu niat itu sehingga anak-anaknya besar sedikit. Untuk alasan
kedua pula adalah kerana lebih memberi tumpuan kepada perniagaan keluarga.
Sibuk turut sama membantu ayahku
menguruskan perniagaan untuk mengumpul
sedikit kekayaan demi anak-anak di masa depan.
Sudahnya terbiarlah tanah di
belakang rumah itu tanpa di usahakan. Dipenuhi pula dengan semak samun yang
membiakan makhluk perosak yang tidak diingini seperti tikus, ular, babi.
Jikalau tikus banyakberkeliaran pasti
banyak ular yang akan mengejarnya. Rantaian makanan menyebutkan ular adalah
makanan tikus. Apa yang nak dihairankan pun.
Dan babi yang suka menyondol sana
sini akan menjadikan semak samun sebagai tempat persembunyiannya yang selesa.
Keberadaannya dibimbangi membawa wabak JE pula. Bukankah amat merbahaya sekali
wabak Japanesse Eclypse itu. Sebelum sesuatu yang memudaratkan berlaku eloklah
diambil tindakkan yang bersesuaian dengannya.
Kawasan rumah bahagian belakang
yang kesuraman dan ditakuti untuk didatangi kini semakin bersih dan terang.
Bukan ibuku yang membersih dan menerangkannya tapi dibantu anak-anak jirannya
dengan huluran sedikit upah yang seikhlasnya diterima. Kadang ibuku merasa
hanya membebani mereka dengan masalahnya setiap penyelesaian kepada
kemahuannya,
Apakandayanya lantaran kemahuan
kepada merealitikan impiannya perlu melibatkan mereka yang prihatin kepadanya
dalam ertikata bersimpati dengan kekurangan dirinya. Kelebihan yang ada padanya
hanya sejumlah simpanan wang yang dibelanja pun secara berhemat agar keperluan
sara hidup dirinya dan anak-anaknya tidak meminta-minta kepada sesiapa.
Walau kita miskin jangan sesekali
menadah tangan meminta-minta kepada mereka yang ternyata berlebihan daripada
kita. Rezeki orang tentulah hak orang. Langsung tiada mengena dengan kita
jikalau Allah tidak menyatakan rezeki-Nya bersama orang itu terselit juga hak
kita bersamanya. Ibuku akan hidup berpada seadanya dengan rezeki Allah yang
melimpah dalam pelbagai cara dan bentuk saja.
Hatinya yang bahagia melihat
anak-anak pokok yang ditanaminya subur menghijau tanpa kesan ragutan lembu dan
kambing milik jiran yang terlepas daripada kandang juga adalah rezeki
karunia-Nya. Jikalau tanamannya habis diragut haiwan-haiwan itu akan sedih pula
hatinya walau ibuku tahu setiap tanamannya yang menjadi makanan kepada setiap
apa saja makhluk Allah pahala ibuku telah dicatat malaikat pencatat pahala ke
dalam kitab.
Kelak helaian kitab itu akan dibuka
pada hari pembalasan di padang Mahsyar. Janji Allah itu pasti. Sungguh lega
hati ibuku melihat kondisi tanamannya sihat walafiat dan tidak kenapa-napa.
Tersenyum pula membayangkan hasilnya kelak akan dituai anak cucunya , jiran-jirannya,
saudara-maranya dan sesiapa saja. Menggunung harapannya memohon Allah
mengizinkannya.
Hujan mencurah teramat lebat
berjam-jam lamanya tanpa diduga pada suatu malam yang pada senjanya ditabiri
mendung hitam. Disertai pula angin kuat yang meliuk-lintukan pohon-pohon
tinggi. Guruh berdentum dentam sabung
menyabung, kilat memancar-mancar cahayanya. Terdengar bunyi rekahan pohon-pohon
yang mematahkan banyak dahan pokok. Kelapa nan sebatang berdekatan dapur rumah
ibuku telah tumbang menyebabkan bumbungnya pecah dan air hujan memenuhi ruang
dapur.
Ibuku mengurut dada kerusuhan
sambil meraup wajah mengaminkan doa agar hujan ribut ini segera berhenti dan
tidak membawa musibah banjir pula walau sudah kelihatan kepadanya air sudah
naik dan membasahi ruang tamu rumahnya pula. Ruang tamu agak tinggi sedikit
daripada ruang dapur.
Pengalaman begitu bukan pertamakali
buat ibuku. Namun berulangkali dialaminya tatkala musim tengkujuh menjelang akhir tahun.
Sentiasa menghadapinya dengan sabar sambil bertawakal kepada Allah
ketentuan-Nya. Hidup ini bukankah ada pasang surutnya. Hujan ribut pun tidak
selamanya dan pasti berhenti juga.
Nampaknya pokok-pokok tanaman ibu
yang patah dan hanyut akibat ribut dan banjir terpaksalah ibuku sekali lagi
bersusah payah menanamnya semula. Tanpa jemu tanpa ragu melakukan minatnya yang
menjati diri. Moga Allah akan menganugerahinya sebuah taman yang indah sarat
dengan tanaman dan buah-buahan anekanya di jannah kelak walau di alam fana
tidak sempat hendak direalisasikannya.
Perkhabaran yang menyejukan jiwanya itu
diperolehi daripada seorang ustaz yang member I kuliah di surau berdekatan
rumahnya pada setiap petang jumaat.
Hujan semakin rintik renyai dan
kelihatan kepada ibuku jirannya mak cik idah berpayung ke rumahnya.
“Tadi dengar macam pokok tumbang…
hati kak tu bukan main bimbang lagi risaukan Izah kenapa-napa…”
Ibuku tersenyum saja namun wajahnya
ternyata keruh. Ibuku menunjuk ke a rah dapurnya. Mak cik idah menapak ke situ
sambil kepalanya tergeleng-geleng
menyaksikannya dengan rasa keterkejutan.
Mujurlah kelapa sebatang itu hanya
menghempap bahagian sipi dapur rumah ibuku saja dan mak cik Idah sudah mengira
hendak meminta tolong anak-anaknya mengalihkannya secara memotong pelepah
atasnya terlebih dahulu. Kemudian menguruskan pula bahagian pangkalnya.
Lagipun siapalah yang akan membantu
ketidakberdayaan ibuku melainkan jirannya yang satu ini juga jiran-jiran
terdekatnya yang amat rajin berbudi kepadanya itu.
Tamat..
Tamat..
keren cerpenya ,,,, salut buat paridah ,,,, :)
ReplyDeletetq fiu s..insyaAllah...suka2 berkarya sesekali.
ReplyDeleteBetapa besarnya kesabaran dan ketabahan hati seorang wanita...
ReplyDeleteSayu pulak bila baca cerpen macam ni. Pandai Kak Paridah tulis.
wanita apalagi ibu perlu tabah hadapi apa saja ujian-Nya demi anak2 fidah.
Deletetq fidah2 suka2 berkarya drpd pemerhatian bukanlh pandai sgt pun heh..heh..
Sedih dan sayu... tabahnya seorang ibu yang kurang upaya melaksanakan tanggung jawab tanpa seorang Suami.
ReplyDeletetq zai insyaAllah tu..tanggungjawab sbg ibu tunggal perlu dilaksana sebaiknya.
Deletesedihnya baca.. teringat kisah silam aiza dahulu.. mak aiza tabah membesarkan dan memberi pendidikan kepada aiza adik-beradik sendirian selepas kematian ayah aiza..
ReplyDeleteibu sanggup berkorban apa saja demi anak2nya kan aiza...tq.
DeletePengorbanan seorang ibu memang taida tolak tandingnya..... pandainya kak paridah menulis cerpen..tahniah :)
ReplyDeletetq wa..begitulah wa pengorbanan ibu demi anak2nya xtercerita banyaknya..
Deleteselamat malam P
ReplyDeletesedihlah pualk malam2 ni membaca cerita
selamat pagi noor.
Deletejgn sedih2 hanyalah cerpen kan noor.
Sayu nya baca cerpen ni kak... pengorbanan wanita mmg tidak boleh dipertikaikan...
ReplyDeletebetul tu atie..hati wanita tetap tahu merasai dgn fikirannya. tq.
DeleteTabahnya perjalanan hidup seorang ibu
ReplyDeletesorang ibu mmg perlu kuat n tabah hadapi apasaja yg melintang jln hidupnya.
Deletetq zumal.
Ibu itu ratu hati kita buat yang memahami. Seburuk manapun dia ibu ayah kita..terbaik PI
ReplyDeletebenar tu ibbu kita adalah ratu segala ratu. tq cikgu.
Deletepada anak2 Etuza selalu kata ..ibu lah yang lahirkan kita.tiada lagi lain selain ibu..Allah titipkan ibu buat kita hargailah ibu kita
ReplyDeletepesanan yg sgt baik pada anak2..ibu mesti dihargai...tiada ibu tiadalah kita...
Deletetq cikgu etuza.
Salam hujung minggu Kak. singgah lagi :)
ReplyDeletesalam hujung minggu fidah tksh banyak rajin singgah.
ReplyDeletetanpa ibu siapalah kita
ReplyDeletekita hanya ada seorang ibu...tq anies.
ReplyDelete