Saturday, 10 October 2015

Realiti bukan mimpi



ASSALAMUALAIKUM...

Buat rimpi padi muda
biar wangi harum baunya
biar mimpi menjadi nyata
biar pelangi mewarnainya

Baju kedah pakai ke kota
bunga melati oleskan pipi
Bukan mudah bagai dikata
kerna realiti bukan mimpi

Sampah sarap atas permatang
diterbang angin hingga seberang
apa diharapkelapa sebatang
pohonnya condong ke laman orang


Berbaju merah bersongkok merah
bersepuh cerana emas suasa
berdiri marah duduk pun marah
dalam lena membakar rasa

Sri kedah indah dilagu
buah peria di kebun cina
Waktu indah telah berlalu
tika ria telah sirna

18 comments:

  1. tampi bukan sebarang tampi
    tampi padi tak henti-henti
    mimpi jangan sekadar mimpi
    biar mimpi menjadi realiti

    ReplyDelete
  2. Meriah sungguh kompang dipalu
    Tanda menyatu dua jiwa
    Mengapa diingat perkara lalu
    Kerana ia merobek jiwa

    ReplyDelete
  3. wah zumalpun bijak berpantun
    xder ilham pu;a nk memballasnya.
    tq zumal.

    ReplyDelete
  4. SEMALAM KELMARIN DAN HARI INI..
    JADIKAN KENANGAN JANGAN DIBUANG..
    USAH BERSEDIH MERATAP SEPI..
    KUATKAN SEMANGAT TERUS BERJUANG

    ReplyDelete
  5. INDAHNYA PANTUN IRYANTY..TQ.
    SEMALAM DENGAN CATATANNYA DH JADI KENANGAN ...

    ReplyDelete
  6. Pastinya setiap kita inginkan mimpi yg indah menjadi rialiti kehidupan... alangkah indahnya dunia ini jika segalanya seperti itu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..yg diimpikan yg indah2 saja kan KK.
      tq

      Delete
  7. pantun melayu tidak luput dek zaman tetap jadi budaya kita

    ReplyDelete
  8. yela cikgu pantun senibudaya warisan bangsa Melayu kita.
    tq cikgu etuza.

    ReplyDelete
  9. Sampah sarap atas permatang
    Di tiup angin terbang merata
    Mengapa harus pandang ke belakang
    Jika bahagia di depan mata

    ReplyDelete
  10. WAH FIDAH CANTIK AMAT PANTUNNYA.
    TQ.

    ReplyDelete
  11. Aiza tak panfai berpantun kak.. Hehe..

    ReplyDelete
  12. PANDAI TU ..SAJA XNAK CUBA KOT...TQ AIZA.

    ReplyDelete
  13. Subahanallah bunga2an tu,pujian kepadaMu Allah

    ReplyDelete
  14. CANTIKKAN CIKGU ORKID2 TU.
    TQ CIKGU ETUZA.

    ReplyDelete
  15. biar mimpi menjadi nyata
    biar pelangi mewarnainya...

    harap2nya ;-)

    ReplyDelete
  16. insyaAllah tu anies doakannya.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist