MISTERI PENUNGGU KEDAI MAKAN.
Umairah mengajak aku
berjalan-jalan ke tengah kota KL membeli beberapa keperluannya setelah wang PTPTN masuk akaunnya. Aku ikut
saja menemaninya kemana langkah yang diaturnya. Seronok juga window shopping
walau tidak membeli apa-apa.
Umairah hanya nak beli sepasang kasut sukan saja.
Sudah ditemui apa yang dicarinya di sebuah kedai kecil yang berhampiran dengan
mall yang besar tersergam.
Memillih berbelanja di kedai-kedai kecil adalah hobi Umairah
dan aku juga.
Mall yang besar tidak pun menjanjikan kualiti barangan yang
ditawarkan berbanding harganya yang tinggi lagipun memang tidak layak membeli barangan yang ternyata mahal dengan duit sedikiit yang ada di tangan. Berjimat
cermat sudah semestinya lantaran wang kiriman ibu bapa di kampong sekadar
menampung keperluan kehidupan seadanya.
Harapkan PTPTN setakat bayar yuran semester pengajian,
buku-buku dan keperluan pembelajaran saja cukuplah. Taraf hidup di kota serba
mahal sesungguhnya kadang nak bernafas pun payah. Tapi perut tetap perlu diisi.
Belajar, belajar juga demi kehidupan cemerlang masa mendatang.
“Jom kita pekena nasi kandar kat restoran tu…aku dah lapar
ni. Perut duk berdondang sayang dah..”
“Kau ni pantang keluar ke bandar mesti nak makan nasi
kandar…”
Umairah mengangkat mukanya mengadap aku. Yang aku perasan
selama aku mengiringnya berjalan dia menunduk saja tidak memperhatikan kiri
kanan. Apa masalahnya? Sakit tengkok kot! Ish! Aku cuma mengagak saja.
“Mana kedainya?”
“Tu!” aku menunjukan kepadanya arah restoran yang aku
maksudkan. Kelihatan ramai yang berpusu-pusu ke situ. Agaknya makanan yang
dijual di situ tentu tersangatlah sedapnya justeru ramai pelanggannya.
“Ish! Taknaklah ke situ…”
“Kenapa pula? Ramai yang makan di situ. Apa salahnya kita
cuba.”
“Hisih tak mahu aku. Kau tak nampak lembaga hitam besar
berbulu yang duk tolak orang masuk ke situ. Ramai pula tu. Kiri kanan muka
kedai semua ada.”
“Ishh! Mana ada. Aku tak nampak pun. Kau ni ada-ada saja.”
“Aku nampak kau yang
tak nampak. Kau tentu perasan kenapa aku jalan menunduk saja disini. Sebab di
sini ramai suku sakat tu. Tak sanggup aku nak jeling pun.”
Ungkapan Umairah
serta-merta meremangkan romaku. Terkedu hilang bicara. Kata orang tua-tua
jikalau roma menegak seram maka benarlah di sekitar kita memang ada keujudan
hamba Allah yang halus sifatnya.
Aku percayakan kata Umairah bukan kerana dia kawan baik aku
tapi kerana peribadinya yang sangat baik. Tidak tinggal solat, sering baca
alquran juga bidang pengajiannya adalah jurusan perubatan.
“Kau tentu pernah terbaca di akhbar yang najis ditemui di
tempat penyediaan nasi kandar kan.”
“Hmm apa kaitannya tu?”
“Mestilah ada kaitannya. Segala najis dan tulang-tulang
adalah makanan sepesis tu. Ada faham?”
Meloya tekak aku mendengarnya. Sanggupkah aku nak makan nasi
kandar lagi selepas ni?
Mungkin di kedai tidak lagi kot.
Sampai begitu sekali cara yang dilakukan peniaga-peniaga
untuk meraih keuntungan kekayaan duniawi hingga sanggup bersekongkol dengan
makhluk yang berlawanan sifatnya itu.
Mujur aku tidak dianugerahi pancaindera ke enam yang terus mata seperti
Umairah yang dapat melihat kewujudan mereka bila-bila saja sebab aku ni penakut
sangat. Kalau terpandang mahu demam tak kebah dibuatnya.
nice story:) manusia akhir zaman. selalu kejar dunia dari afterlife
ReplyDeleteRAGAM N KEHENDAK MANUSIA NI PELBAGAI ADIBA...TQ.
DeleteSalam Kak PI....
ReplyDeleteerkkk seramm membaca nya.. memang wujud perkara2 demikian kan kak... takut nak makan di tempat sebarang.. selalu sgt terbaca kisah mcm ni... huhu.. mohon dijauhkan...
WSALAM ATIE...YELA ATIE KENA FIKIR HALUS SIKIT SOAL MKN MINUM NI...TQ.
Deleteishhhh mcm2...x de iman ke spesis mcm ni?
ReplyDeleteXTAULAH ANIES..HANYA UNTUNG DUNIA YG DIFIKIRKAN TU...TQ.
Deletewiiih ,,, bgus2 mantap certnya ,,, :)
ReplyDeleteCERITA BENAR TU FIU S..KAK OLAH SAJA...TQ.
DeleteBiarpun sekadar cerpen tapi hakikatnya masih ada manusia yg lupa bila pergantungan hidup masih pada jin & syaitan sehingga membawa kekufuran. Na'uzbuillah moga semua keturunan kita dijauhi hal-hal sebegini.
ReplyDeleteBETUL TU KAKZAKIE WALAU SEKADAR SECEBIS KISAH TAPI ADA KEBENARAN MAKSUD YG HENDAK DISAMPAIKAN...SEMOGA KTA DIJAUHI ALLAH PERBUATAN KEJI BEGINI..TQ.
Deletebiar betik mak Pah, kedai nasi kandar mana satuu?
ReplyDeleteBETULLAH TU WAK..XSEMUA KEDAI2 MKN2 YG ADA PENUNGGUNYA TAPI WAK BACALAH SIKIT2 SEBELUM MASUK...KALAU HATI RASA BERAT JGN MASUK HEH..HEH...TQ 3 LALAT.
DeleteW/salam... iya ke PI... kawan sepejabat saya pun citer mcm ni jugak... hish takut dan gelilah nak makan sembarangan di restoran2 ni.
ReplyDeleteBETULTU SWEETIE...KALAU HATI RASA RAGU2 JGN MKN DI SITU...TQ.
Deleteserem juga jika benar dalam kedai itu ada penunggu yang berbulu lebat, kasihan sang pemilik kedai, taklah ada yang singgah di kedainya
ReplyDeletePENUNGGU YG BERBULU LEBAT XKELIHATAN PADA MATAKASAR KITA YG TIADA PANCAINDERA KEENAM NI CHILEMBU THEA..TQ.
Deleteserem juga jika benar dalam kedai itu ada penunggu yang berbulu lebat, kasihan sang pemilik kedai, taklah ada yang singgah di kedainya
ReplyDeleteTQ.
Deletenasib bak saya tak dianugerahkn kelebihan tu..hehe
ReplyDeleteTENTU ALLAH ANUGERAHKAN KELEBIHANTU PADA MRK YG KUAT SEMANGAT JER TP XMCM KITA YG PENAKUT NI KAMSIAH...TQ
DeleteTakut dan seram. Bila fikirkan kenapa diaorang sanggup lakukan benda2 karut ni.
ReplyDeleteKak Zai pernah juga dengar cerita lebih kurang begini ada kat TI. Lepas tu tak pernah singgah lagi.
MESTI HATI2 JUGA KAN ZAI...KALAU DH DGR CERITA PELIK2 NI KAN..KAK PUN SAMA CPT JER NK MNGELAK DARI TERKAIT SAMA...TQ ZAI.
DeleteSebab tu yan tak akan masuk kedai makan yang pelanggannya tak munasabah ramainnya..
ReplyDeleteNAMPAKNYA YAN PUN TAU TENTANG CITER2 GINI YA...TQ.
DeleteMasa anak bunda masih diasrama penuh dulu pernah jugak dia bercerita sorang kawannyer tu boleh 'nampak' bende2 halus ni...
ReplyDeleteMemang dah tertulis agaknyer...salah sorang antara kelompok di buka 'hijab' nyer unyuk memberitahu kepada majoriti....agar kita dapat bayangkan ..juga terus merasa insaf atas keujudan makhluk2 ini sama ada yang memberi manfaat atau sebaliknyer...
MASING2 KITA ADA KELEBIHAN SENDIRI YG DIANUGERAHI ALLAH KAN BUNDA...SBG TANDA ALLAH ITU MAHA BERKUASA...BERSYUKUR KITA DENGAN TAKDIR-NYA...TQ.
DeleteSaya susah nak makan ditempat yang saya tak biasa makan walau tempat tu ramai orang. Saya sanggup tahan lapar dan cari tempat yang biasa saya singgah makan.
ReplyDeleteBAGUS SIKAP TU...SENTIASA BERHATI-HATI. KDG APA YG KITA KATA XMUNGKIN TU SGT BESAR KEMUNGKINANNYA...TQ AIZAMIA.
DeleteKalau la kita nie diberi pancaindera ke 6 pasti seram dibuatnya tapi kita boleh memilih dengan baik ^-^
ReplyDeleteALLAH YG MEMILIH ADA DIANTARA KITA YG TERUS MATA YG DITUNJUKI KEKUASAAN-NYA..DAN JGN PULA KITA KATA AUTA SAJA TU...TQ ZUMAL.
Deletemacam macam ada cara untuk orang tarik pelanggan..cara gelap memang bertentangan dengan ajaran agama Islam
ReplyDeleteMenyampah kan..bila tengok orang guna cara 'kotor' untuk mengaut keuntungan.
ReplyDeleteORG NK UNTUNG NIAGA SANGGUP BUAT APA SAJA FIDAH...TQ.
DeleteJGN KITA XPERCAYA CARA2 YG MENYALAHI AGAMA ADA DILAKUKAN DLM MELONJAKAN BISNIS APA SAJA...TQ HERO BORNEO.
ReplyDeleteSemuga Allah detikan dalam hati supaya menjauhkan kedai yang macam tu. Dijauhkanlah hendaknya.
ReplyDeleteYA NOTIE MOGA ALLAH MENJAUHI KITA DARIPADA PERKARA2 YG XKITA INGINI..TQ NOTIE.
Deletekedai mana satu ni???
ReplyDeleteKAN ADA BEBERAPA KEDAI NASI KANDAR YG TAHAP KEBERSIHANNYA DIHEBOHKAN DLM AKHBAR BARU2 NI...TAPI CITERNI HANYA MEMBERI CONTOH DP..TQ.
Deletebab najis tu paling geli. kalau tahu, taubat tak pergi dah kedai tu..
ReplyDeleteKALAU HATI TERASA RAGU JGN MASUK MKN DP...TERGANTUNG RASA DI HATI JUGA TU...TQ
ReplyDeleteAsalam..seram baca lah..Dunia ni makin tenat..orang sangup buat a[pa saja nak kaut keuntungan..kena hati2 PI..Etuza ada dengar kawan cakap..hal pelaris..huuu!! tak sanguplah...semoga Allah menjaga kita biar ke mana pun..InshaAllah
ReplyDeletewsalam...yela cikgu ilmu pelaris yg menyimpang drpd ajaran agama ada yg amalkannya utk raih keuntungan dlm perniagaan...semoga kita dilindungi Allah...tq cikgu etuza.
ReplyDelete