Monday, 5 October 2015

MASAK LOMAK KAMPUNG...

ASSALAMUALAIKUM...

MESTI MASIH BANYAK DAGING KURBAN YANG TERSIMPAN DALAM PETI SEJUK KAN...SEPATUTNYA DAGING KURBAN NI SEGERA DIMASAK SETELAH MENDAPAT NYA...TETAPI JIKALAU TERLALU RAMAI TUAN YANG BERIBADAT KURBANNYA YANG MEMBERI  TENTU TIDAK HABIS DIMASAK SEKALI....

PI KONGSIKAN RESEPI MUDAH UNTUK MENGHABISKAN DAGING KURBAN YANG SEDIA ADA TU...SIMPAN LAMA-LAMA PUN TAK ELOK JUGA...AKAN HILANG KHASIAT NILAI PEMAKANANNYA...




MASAK LOMAK KAMPUNG
1kg daging ( direbus kemudian disalai seketika di atas bara api, dapur gas pun boleh)
20 biji cili api
6 inci kunyit hidup ( ditumbuk lumat)
2 helai daun kunyit ( ditumbuk lumat)
3 biji kentang ( dibelah 4)
3 batang serai ( dititik)
2 helai daun kunyit
3 keping asam gelugur
2 cawan air
1kg santan pekat
Cara2nya
1.Masukan daging yang telah dihiris di dalam kuali bersama cili api dan kunyit yang telah ditumbuk tadi
2. Pasang api kemudian masukan air, kentang, serai, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kentang lembut.
3. Masukan santan pekat bersama daun kunyit, kacau perlahan- lahan sehingga kuah menggelegak.
4. Sedia untuk dihidang.
info:
Masakan ( kampung) Negeri sembilan biasanya tidak menggunakan bawang untuk menghasilkan gulai lemak cili api demi mengekalkan rasa asli. Selamat mencuba 

LIKE PAGE RESEPI DAN PETUA...

28 comments:

  1. masak lomak daging salai..sedap ni..ada lagi daging korban dlm freezer..

    ReplyDelete
  2. BOLEH CUBA MASAK LOMAK KAMPUNG NI PULA NOHAS...TQ

    ReplyDelete
  3. Hari tu pun try masak lemak cili api jugak... :)

    ReplyDelete
  4. Dah kakak terliur - nak buat jugalah PI
    Tapi kalau nak buat kena tunggu hari minggulah ada masa panajng sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapni kakzakie...bhn dah ada tu bolehlah cuba dibuat..
      tq kakzakie

      Delete
  5. Baru tengahari tadi makan masak lemat....tapi masak lemak ikan....daging korban ada sikit lagi....tengok hujung minggu ni...boleh cuba buat..terima kasih atas resepi

    ReplyDelete
  6. yeke..cuba masak lemak daging pula fida...tq.

    ReplyDelete
  7. sedap ni kak..saya kalau buat gulai lemak mesti nak ada sambal belacan dan tempoyak..memang bertambah2 nasik la..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..selera kitalah tu xder sambal belacan mmg xsah tq diana.

      Delete
  8. Terliurnya aiza tengok.. Sedap tu..

    ReplyDelete
  9. kalau di indonesia mungkin lomak ini semacam gulai

    ReplyDelete
  10. ceq sukaaaa ni kak.. hew hew.. daging masak gapo pun ceq suka..

    ReplyDelete
  11. peminat masakan daging ni...sedap ni ceq...tq siti.

    ReplyDelete
  12. alahaiiii terliurrrr da la x mkn lg ni

    ReplyDelete
  13. heh..heh..ada masa cuba msk gini pula...tq anies.

    ReplyDelete
  14. Dah lama tak makan masak lomak nie ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba masak ni...zumal kan rajin...tq.

      Delete
  15. sedapnya..lapar pulak malam2 ni...

    ReplyDelete
  16. saya punya daging kurban pu ada sikit lagi . rasanya nak buat steak ... heheheee

    ReplyDelete
  17. buat steak lagi sedap tu qv...tq.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist