SEMUA KAWAN MATI, HANYA KAMI HIDUP
Gua Musang: Salah seorang kanak-kanak yang ditemui masih hidup selepas 48 hari hilang, mendakwa hanya mereka yang hidup manakala lima lagi rakan sudah meninggal dunia.
Siti Kasim yang juga peguam yang dilantik untuk menjaga kebajikan keluarga mangsa yang hilang berkata, perkara itu dimaklumkan Noreen Yaacob, 10, kepada ibunya Midah Angah, 38, ketika ditemui di Hospital Gua Musang (HGM) sebaik mangsa ditemui pasukan penyelamat tengah hari semalam.
Katanya, maklumat berkenaan dimaklumkan kepadanya oleh adik Midah, Henry Angah di HGM sebelum kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk rawatan lanjut.
"Noreen mendakwa yang pertama mati ialah Juvida David, 7, diikuti Haikal Yacoob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan Linda Rosli, 8.
"Dia beritahu semua rakannya mati kerana kelaparan dan keletihan manakala Haikal lemas ketika menyeberangi Sungai Perias, " katanya.
Menurutnya, Noreen mendakwa mereka turut diberi makan oleh ‘seseorang’ menyebabkan mereka masih hidup.
“Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak dakwaan itu dan saya sendiri tidak dapat bertanya sendiri kepada mangsa kerana mereka masih keletihan," katanya.
Takziah kepada keluarga mangsa.. Mesti trauma mereka..
ReplyDeleteTURUT BERSEDIH N TAKZIAH KPD KELUARGA MRK YG TERLIBAT...SAYU HATI MEMBACA KESENGSARAAN ANAK2 KECIL TU.
DeleteTQ AIZA.
ya rabbi.. kesiannya tengok cengkung.. huurm..
ReplyDeleteYELA SITI KESIAN SUNGGUH ANAK2 KECIL NI YG LAMA TERSESAT N MENANGGUNG KELAPARAN SEKIAN LAMA...
ReplyDeleteTQ SITI.
Kesiannya tengok anak-anak ini.
ReplyDeleteMoga keluarga mereka diberi ketabahan.
yela fidah..kesian sungguh...bukan senang juga nk lwn perasaan sedih justeru kehilangan yg tersayang.
Deletetq fidah.
Ya Allah, keciannya.. Macam mana mereka survive dlm hutan tu..
ReplyDeletekesian kan wawa tulah yg kak duk xnbs fikir ni bgaimanakah anak2 tu boleh tersesat begitu jauh .hingga xdpt dicari sedangkan langkah anak2 tu xlah secepat mana.
ReplyDeletetq wawa
kesian mereka, kecik2 lagi dah melalui pengalaman menakutkan berada di dalam hutan sekian lama...tapi x faham kenapa mesti lari masuk dlm hutan..
ReplyDeleteYELA NOHAS XHBS LADI DUK FIKIR MISTERI MRK HINGGA TERSESAT DI HUTAN BGITU LAMA,,,
ReplyDeleteTQ NOHAS.
sangat kasihan..PI kenapa kanak2 tu melarikan diri ya...tak di lawat oleh ibubapa kah tu di asrama . Etuza nak sebak membaca..tak sanggup..terasa pedih hati ibubapa..apapun tiap yg berlaku ada sebabnya..
ReplyDeletekasihan sgt kan..ntahlah cikgu xtahu kita nak andaikan apa masalah anak2 kecil yang tinggal di asrama untuk kemudahan mrk menuntut ilmu.ni...nampaknya perlu diperketat kawalannya demi keselamatan mrk..tq.
Deletekurus sangat..gempar Malaysia..kenapa lah ..jiwa anak2 ni memborontak ke tu? sampai lari..meredah hutan dan sungai..syukurlah ada dua..mereka akan jadi sumber primer
ReplyDeleteyela cikgu menggemparkan sekali kisah kehilangan anak2 ni di hutan kerana melarikan diri takut dimarahi gurunya bermandi di sumgai..dh jadi trajedi yg memilukan semua.
Deletetq cikgu etuza.
Semoga mereka yang selamat kembali sihat... Amin...
ReplyDeletemoga2 gitu bersama kita doakannya.
ReplyDeletetq zumal.
Allahuakhbar , alhamdulilah masih panjang umur mereka..sekurang kurangnya kita semua tahu apa yang terjadi pada mereka.
ReplyDeleteYELA YANTY...ALLAH MSH MAHU MEMBERTAHU KITA KEJADIAN SEBENARNYA YG DILALUI ANAK2 KECIL ITU...TQ.
ReplyDeleteAllahuakbar... tiada apa yang mampu dikatakan.. kuasa Allah jua yg Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani... Allahuakbar..
ReplyDeletetidak terdaya kita mengungkap apa2 kecuali bersyukur kpd Allahuakbar yg mengizinkan kita bertemu dgn anak2 yg hilng ini.
ReplyDeletetq KK.
sedih bila tngok kanak2 diperlakukan sbegini..
ReplyDeleteSEDIH MELIHAT KANAK2 TERSIKSA KERNA PENGALAMAN BURUK MRK
ReplyDeleteTQ WAN MULIANI.
kuasa Allah mrk masih hidup
ReplyDeleteinsyaAllah tu..tq anies.
ReplyDelete