Thursday, 1 October 2015

HERBA PENAWAR DARAH TINGGI

ASSALAMUALAIKUM...

"Kita ni bila dah berumur ni macam-macam sakitnya yang menyerang yer...darah tinggi, kencing manis, sakit jantung...yang paling takut tiba-tiba menjadi lumpuh pula...risau betul..."


"Sihat tentulah lawannya sakit...kan dah lama hidup sihat....bila diserang sakit sedikit janganlah merungut. Kalau dah sakit kenalah cari ubat. Kan Allah kata setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Pabila dah mati dah tak boleh nak kata apa lagi..."

Zai dan Idah leka bertukar kata sambil menjeling aku yang terkedu di sisi mereka.

"Kak Pidah ni ok saja...tak pernah pulak kita dengar dia sakit teruk yer..."
"Ok apa...kau tak ingat dulu kak Pidah kena darah tinggi...masuk wad dekat sebulan...badannya menggelembong macam belon..."

"Betullah...tapi lepas tu kak Pidah dah tak ada darah tinggi lagi kan...apa yang kak Pidah makan yer?"
'Kau nak tahu ye Zai...biarku ceritakan...'
"Kak Pidah dulu lepas balik daripada hospital terus dia makan akar petawali yang pahit sangat tu...aku tahulah sebab aku yang tolong blendkan untuk dia...punyalah pahit akar tu sanggup dia minum..." Idah menolongku menjelaskan yang sepatutnya.

PETAWALI/AKAR SERUNTUN...PIC GOOGLE.


"Tapi pahit-pahitpun mujarab akar tu. Tengok sampai sekarang kak Pidah dah takde darah tinggi lagi."

GAMBAR HIASAN

Selain akar petawali banyak lagi herba2 alam yang boleh mengurangkan tekanan darah tinggi sekiranya diamalkan tanpa jemu seperti pokok akar cerita, daun rambutan, daun manggis yang gugur, daun sabung nyawa dan lain-lain lagi yang tidakku ketahui

29 comments:

  1. ibubapa saya pun makan akar ni..mak saya jemur akar petawali ni, kemudian tumbuk buat serbuk, bubuh dlm kapsul ubat..buat mcm ubat pil...nak bubuh dlm air, memang pahit yakamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. GITULAH CARA MAKAN KALAU RAJIN MEMPROSESNYA.
      KALAU BLEND YG HIDUP MAHU LEKAT RASA PAHITNYA PADA BLENDER TU.
      TQ NOHAS.

      Delete
  2. daun sambung nyawa tu pahit yg amat rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEKE XPERNAH RASA YG SEGAR LAGI...BIASATU DIKERINGKAN DAN MINUM AIR DAUNNYA YG DIRENDAM DLM AIR PANAS.
      TQ KHAMSIAH.

      Delete
  3. Rumah kampung kakak ada petawali itu PI. Menjalar sampai memanjat pokok rambutan lagi.
    Sambung nyawa rumah kakak duduk sekarang kakak ada tanam dan memang selalu kami buat ulam. Tapi tak tahulah sama yg Kamsiah maksudkan sebab daun sambung nyawa kakak tak pahit, rangup dan sedap.. apa lagi makan dgn sambal belacan sedap tau hihi...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEKE..KALAU RAJIN PROSES BOLEH LETAK DLM KAPSUL UTK UBAT DARAH TINGGI YG MUJARAB...
      DAUN SABUNG NYAWA KAK BIASA KERINGKAN DIJADIKAN MINUMAN..XPERNAH BUAT ULAM PULA..BOLEH CUBA BUAT ULAM PULA.
      TQ KAKZAKIE.

      Delete
  4. terima kasih infor penawar darah tinggi ni Pi..dekat kampung Etuza ramai cakap hal HBlodd..kan bahaya ..kita semua naik umur pastilah ada yang tak lancar..semoga bersabar dalam tempuhi dugaan sebegini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. INSYA ALLAH...SELAIN GUNA UBAT HOSPITAL ELOK JUGA AMBIL TAHU TENTANG UBAT2 HERBA YG MUDAH DI DAPATI SEKITAR KITA.
      TQ CIKGU ETUZA.

      Delete
  5. http://madey09.blogspot.my/2015/10/blogger-etuza-melancarkan-anugerah.html?showComment=1443674573341#r_c1393674494233328790
    cuba ya usahakan mana tau dapat hadiah dari Etuza..promot pun akan dapat hadiah ..tak payah stress ya kan sebulan tempohnya ni..

    ReplyDelete
  6. ohhh.. saya baru 1st time dengar nama petawali ni kak... huhu...
    bagus juga khasiat nya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BAIK ITU HP NI ATIE TAPI KENA TAHAN RASA PAHITNYA...TQ.

      Delete
  7. kalau makan peria pun - dapat jadi ubat untuk darah tinggi jugak

    ReplyDelete
  8. Kat Perlis panggil akar seruntun je, ambil kat hutan kan akak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA ADA PANGGIL AKAR SERUNTUN...BIASANYA BANYAK TUMBUH DI HUTAN...TQ ZUMAL.

      Delete
  9. 1st time baca pasal herba petawali..

    ReplyDelete
  10. Ya Allah... akar2 pokok2 yg akak sebut kat atas tu byk yg saya tak kenal... huhuhu encik hubby saya pun darah tinggi... saya pun risau sbb kadang kalau time dia kena... xtau la nak ckp... :'(

    ReplyDelete
  11. YEKE SELAIN AKAR PETAWALI YG PAHIT TU BOLEH CUBA AMALKAN BERULAM DGN PUCUK BETIK JUGA NORA..DARAH TINGGI NI PERLU DIKAWAL SBB BIMBANG PENYAKIT KRONIK LAIN BOLEH TUMPANG SAMA...TAPI AKAR PETAWALI NI MMG MUJARAB...TQ NORA

    ReplyDelete
  12. Tak pernah tahu khasiatnya walau biasa tengok dari kecik..

    ReplyDelete
  13. HAA..SEKARANG DH TAU KAN AI...TQ AIZAMIA.

    ReplyDelete
  14. Dengar rasa pahit tu dah seriau wawa dgr, inikan pula nk minum..

    ReplyDelete
  15. selalu tgk je x tau plak byk khasiat

    ReplyDelete
  16. mujarab utk hp ni anies...tq.

    ReplyDelete
  17. Kak kat mna boleh dapatkan pokok ni..boleh x nak dapatkan dari akak..

    ReplyDelete
  18. Kak kat mna boleh dapatkan pokok ni..boleh x nak dapatkan dari akak..

    ReplyDelete
  19. Kak kat mna boleh dapatkan pokok ni..boleh x nak dapatkan dari akak..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist