Sunday 25 October 2015

MISTERI DJ TERSESAT...

ASSALAMUALAIKUM...

MISTERI... DJ DIJUMPAI LEPAS HILANG 2 BULAN, TAPI SANGKA SEHARI




Pelik campur misteri. Seorang DJ sambilan yang dilaporkan hilang sejak dua bulan lalu ketika mencari siput di jeti nelayan Jalan Genting, Klang, Selangor akhirnya ditemui di lokasi yang sama, pada Jumaat.

Azhar Muhammad, 45 tahun; atau lebih dikenali sebagai DJ Kahong dikatakan ditemui orang ramai dalam keadaan dipenuhi lumpur dan tidak terurus kira-kira jam 7.30 pagi.

Berkongsi cerita tentang apa yang terjadi, dia berkata telah bertemu seorang lelaki tua yang memakai baju warna krim yang mengajaknya bersembang.

Menurutnya, lelaki tua tersebut kemudian memberikan kepadanya rantai leher dan tangan yang berwarna kuning, sebilah keris serta buku kecil tertulis ayat al Quran.

Bertambah aneh, Azhar terkejut apabila mengetahui sudah hilang selama dua bulan kerana menyangka dia tidak pulang baharu cuma sehari.

“Saya ingat satu hari saja saya jumpa dia… rupanya dah dua bulan, saya terkejut apabila diberitahu rakan-rakan dan isteri.

“Saya tak sangka rupanya dah dua bulan saya hilang dan semua orang cari saya,”katanya kepada Sinar Harian.

Azhar dilaporkan hilang pada 10 Ogos lalu selepas dikatakan pergi ke jeti di pangkalan nelayan untuk mencari siput di kawasan hutan bakau berdekatan kira-kira jam 7 malam.

- See more at: http://pahang-ku.blogspot.my/

25 comments:

  1. sempat kawen dgn puteri bunian lettewww ;p

    ReplyDelete
  2. heh jgn kata gitu wak..bimbang yg tersesat ke alam tu sapatau...gurau jer wak...tq

    ReplyDelete
  3. orang tua cakap kena sembunyi dengan orang bunian bila masuk dunia diorang tu..tak tahu betul ke x..huhu

    ReplyDelete
  4. kalau disembunyikan org bunian tapi dipulangkan balik oklah tu cikgu dpt merasai pengalaman yg boleh diceritakan tapi yg takut tu hilang terus...alam Allah ni sarat rahsia misterinya cikgu nick nashram...tq

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. yg biasa dgn hutan pun boleh hilang di hutan apalagi kita yg berani2 berada ditempat yg kita xbiasa kan MKL..

      Delete
  6. skrg ni mcm2 kes hilang lah P didengar
    alhamdulillah dah pulang kepangkuan family

    ReplyDelete
  7. YELA NOOR SILAP LANGKAH HILANG TAH KEMANA...
    SYUKUR ALHAMDULILLAH YG HILNG DH PULANG KE PANGKUAN KELUARGA...TQ NOOR.

    ReplyDelete
  8. Kita pun kena beringat sama, mungkin beliau kena pilih waktu yang lebih sesuai untuk cari siput tu...

    ReplyDelete
  9. YELA ZUMAL KENA BERINGAT-INGAT TU...TQ ZUMAL.

    ReplyDelete
  10. Subahanallah Allah maha besar..semoga kembalinya disambut dengan kesyukuran..sesungguhnya Allah maha mengetahui segala rasiah kan ..Allah hu akbar

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya Allah yg maha mengetahui kan cikgu n kita hanya mengucap syukur kerana yg hilang ditemukan kembali...tq cikgu etuza.

      Delete
  11. aneh juga ya, mungkin masuk alam ghaib, tapi nggak tahu juga sih, hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. keanehan yg amat misteri tu comtell cell...tq.

      Delete
  12. Pelik tapi benar. Namun, siapa saja penghuni alam ini, hanya Penciptanya yang tahu.

    ReplyDelete
  13. benar tu fidah...pelik hanya pada kita sedang mengetahui rahsia alam ciptaan-Nya..tq.

    ReplyDelete
  14. penuh misteri kan Kak... hanya Allah yg maha mengetahui..
    syukur beliau selamat...

    ReplyDelete
  15. yela atie syukur alhamdulillah beliau slmt pulang...tq.

    ReplyDelete
  16. Kisah beliau sungguh aneh... tapi tidak mustahil berlaku.
    Segalanya atas kehendak Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu BM kehendak Allah apa saja boleh berlaku...tq.

      Delete
  17. pelik..tp itulah kuasa Allah...

    ReplyDelete
  18. ya anies kuasa Allah tiada yg xmungkin...

    ReplyDelete
  19. Alhamdulilah jumpa balik dalam keadaan hidup

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist