Sunday 2 August 2015

OH LOW YAT !............

ASSALAMUALAIKUM...


PIC GOOGLE IMAGES SEKADAR HIASAN.




 Low Yat... Serbuan mengejut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama polis dan Jabatan Imigresen di Plaza Low Yat, Khamis lepas telah berjaya merampas sebanyak 11,174 aksesori telefon bimbit tiruan bernilai RM150,990. 

Ternyata hasil serbuan itu menceritakan hakikat gejala penjualan produk dan gajet tiruan yang berleluasa di sebahagian premis di plaza berkenaan, yang rahsianya sudah terbuka. 

Ia merupakan antara faktor berlakunya penipuan dan manipulasi harga terhadap pengguna. Sebelum itu, serbuan di Kompleks Pertama di ibu negara juga menyaksikan rampasan pelbagai telefon dan aksesori tiruan bernilai RM500,000. 

Tahniah tetapi banyak kerja yang menanti kerana perlu melawan kartel yang ada pengaruhnya. Awang berharap pihak berkuasa akan lebih pro aktif menjalankan risikan dan serbuan, supaya ia tidak kelihatan bermusim. 

Dengan cara itu, imej Malaysia menjadi negara lambakan gajet tiruan dapat dipulihkan jika pun belum mampu dibersihkan sama sekali.  


 - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/analisis-mingguan-bisik-bisik-awang-selamat-

10 comments:

  1. Owh, patut laa murah kat sana..ish2

    ReplyDelete
  2. kan dh terbongkar tu...tq wawa.

    ReplyDelete
  3. Rasanye dh lama org tau kat low yat ni bnyk jual barang tiruan cuma xdiambil tindakan je... Bagus jgk ade kes ritu,at least yg b'kenaan wat kerja....'PEACE

    ReplyDelete
  4. hmm betultu..baru ada alasan kukuh nak bertindak sbb ada aduan kan cikna...tq.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak,
    Setelah berlaku kes tempohari maka sedikit demi sedikit terbongkar..harap2 pemantauan berjalan secara berterusan...

    ReplyDelete
  6. wsalam dik ustaz...kalau xterjadi insiden di lowyat hari tu msg2 biarkan saja n xambil kisah pun...tq abuikhwan...ada hikmahnya sesuatu yg berlaku tu...

    ReplyDelete
  7. Comelnya Header... :)

    Dah lama saya tak beli barang-barang kat Low Yat mahu pun Pertama Kompleks

    ReplyDelete
  8. YEKE..HEADER ANNIES TOLONG BUAT TU..KAK TEMPEK JER FIDAH.
    KAK HARAPKAN ANAK2 JER YG TOLONG BELI BARANG2 UTK GAJET NI KDG KE LOWYAT JUGA...TQ FIDAH.

    ReplyDelete
  9. tengok gambar kat fb semalam, low yat makin suram..kuasa boikot pembeli melayu..teruskan boikot..huhu

    ReplyDelete
  10. yeke...mudahan berterusan begitu...kita kan ada kuasa membeli n suka membeli heh..heh.. tq cikgu nick nashram.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist