Hidangan nasi tomato tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan sajian lain. Mempunyai keenakan rasa tersendiri di samping lauk pauk yang pelbagai dan amat sesuai disajikan kepada tetamu. Jika kena dengan gayanya tetamu pasti akan tersenyum lebar menikmati hidangan hebat yang disajikan. Selamat mencuba!
RESEPI MINGGUAN WANITA.
NASI TOMATO ISTIMEWA
Bahan-bahan :
2 cawan beras
1 tin susu cair
1 camca besar marjerin
3 camca besar minyak sapi
3 ulas bawang merah - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 sm halia - ditumbuk halus
4 camca besar tomato puri atau sos tomato
3 biji buah pelaga - rempah 4 sekawan
2 kuntum bunga lawang - rempah 4 sekawan
2 kuntum bunga cengkih - rempah 4 sekawan
2 sm kayu manis - rempah 4 sekawan
Sedikit air
Sedikit garam secukupnya
Cara-cara membuat :
- Panaskan minyak sapi dan marjerin, kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
- Kemudian masukkan pula rempah 4 sekawan.
- Tumis sehingga naik bau dan barulah dimasukkan air, tomato puri, susu cair serta garam.
- Setelah mendidih barulah dimasukkan beras yang telah dicuci bersih.
- Biar sehingga masak dan siap dihidangkan bersama lauk-pauk.
AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan :
500 gm ayam – dipotong sederhana
100 gm cili kering } dikisar halus
2 batang serai } dikisar halus
2 cm lengkuas } dikisar halus
2 ulas bawang merah } dikisar halus
2 ulas bawang putih } dikisar halus
2 biji buah pelaga } rempah 4 sekawan
2 kuntum bunga lawang } rempah 4 sekawan
3 kuntum bunga cengkih } rempah 4 sekawan
2 sm kayu manis } rempah 4 sekawan
¼ tin susu cair
3 camca besar minyak masak
3 camca besar sos cili
1 camca besar tomato puri
Garam & gula secukupnya
Cara-cara membuat :
- Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan pula rempah 4 sekawan dan kacau rata.
- Seterusnya masukkan susu cair, sos cili, tomato puri, garam dan gula secukup rasa. Kacau dan biarkan sehingga mendidih.
- Akhir sekali masukkan ayam yang telah dipotong. Kacau rata dan biarkan sehingga empuk serta kuah menjadi pekat. Seterusnya siap untuk dihidangkan.
RESEPI MINGGUAN WANITA.
menggoda kalbu sungguh....... :) bilalah nak masak sedap macam ni ..waaaaaa
ReplyDeleteada kelapangan bolehlh buat wa...sedap ni...tq.
Deletememang mengujakan..nampak juadah ni...terima kasih resipi..
ReplyDeletesedap nasi tomato ni diganding dgn ayam masak merah...tq cikgu etuza.
ReplyDeletesedapnye nasi ayam merah mak tuu., huhu2
ReplyDeletebiasalah mak msk mesti sedap...tq tiga lalat.
Deletewaa..sdp nya.. blh try nim.huhuu
ReplyDeletesedap amat ni..tq fifi fizah.
Deletenyam..nyam..menyelerakan nasi ayam tomoto..
ReplyDeletepicturenya pun cantik..
heh..heh..silakan makan...tq jie susanos.
Deletememang gandingan yg mantap...dgn jelatah sekali..
ReplyDeleteyela nohas lengkap sayur n lauknya...tq.
DeleteNasi tomato dah biasa makan tapi bila tengok entry ni tetiba rasa nak buat pulak.. huhuhu..
ReplyDeletelain sikit dari biasa ya ai...cubalah buat...tq aizamia.
DeleteFeveret Zumal nie, nanti raya nak buat pula
ReplyDeletehaa dh xlama nk raya...boleh cuba buat ni zumal...tq.
DeleteHmmmm sedapnyaaaaa... menawan sungguh rupa ayam masak merah tu...
ReplyDeletesedap n istimewa ni sweetie...tq.
DeleteSedapnya....Dah malam-malam ni, lapar pulak..
ReplyDeletesebelum tidur mkn dulu fidah agar xlapar...tq.
Deletesaya pula buat nasi ketam ...
ReplyDeletesedapnya nasi ketam...tq qv
ReplyDeleters jap lg nk pergi cari ;-)
ReplyDeleteheh..heh..cari mesti jumpa...tq anies.
ReplyDelete