Saturday, 15 August 2015

MURTABAK KRAKER...

ASSALAMUALAIKUM...

NAMPAKNYA TIDAK PAYAH SUSAH PAYAH NAK MENGULI TEPUNG UNTUK BUAT MURTABAK YANG SEDAP CUMA GUNA SAJA BISKUT KRAKER...MUDAHNYALAH! HANYA PERLU DISERTAI KEMAHUAN DAN KERAJINAN SAJA.

BISKUT KRAKER BIASANYA SENTIASA ADA DI SIMPAN DALAM TIN DI RUMAH DAN BOLEH DIGUNAKAN SEBANYAKMANA SUKA....KALAU TAK MAHU GUNA DAGING BOLEH SAJA DIGANTIKAN DENGAN AYAM, UDANG, IKAN... JANJI SEDAP DAN TEKAK BERSELERA MENELANNYA....



Bahan-Bahan:
• 18 keping biskut kraker (3 lapis)
• 1 cawan susu cair
• 6 biji telur
Untuk Lapisan Daging/Inti
• 200 gm daging kisar
• 3 biji bawang besar dicincang halus
• 1 paket kecil serbuk kari daging
• 2 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 2 biji ubi kentang – potong dadu
• 2 sudu cili kisar
• daun bawang daun sup dicincang
• 3 sudu besar minyak masak
• garam secukup rasa
• sedikit gula
Cara Masak Inti
1. Tumbuk bawang putih dan campurkan rempah
kari dan cili kisar.

2. Panaskan minyak dan tumis pes tadi sehingga
garing dan naik baunya.
3. Masukkan bawang besar dan kentang yg
dipotong dadu serta daging cincang. Gaul sebati.
4. Tambahkan 1/4 cawan air dan masak sehingga
daging dan kentang empuk.
5. Masukkan garam, gula, daun bawang dan daun
sup. Angkat dan sejukkan.
Cara Buat Lapisan Kraker.
1. Sapu dulang pembakar dengar mentega/
minyak masak.
2. Rendamkan biskut kraker dalam campuran
susu dlm 1 minit je.

3. Susun biskut kraker yang telah dicelup tadi ke
dalam loyang.
4. Lapiskan dengan lapisan daging/inti tadi.
5. Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari
telur ke atas lapisan daging tadi. Taburkan daun
sup/daun bawang.
6. Susun lagi kraker atas lapisan daging dan telur
tadi.
7. Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih
kurang tiga lapis.
8. Akhir sekali tuangkan baki susu dan telur
sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada
kadar 180C.


32 comments:

  1. Nampak menyelerakan murtabak kraker tu ^-^

    ReplyDelete
  2. Kakak dah selalu juga buat ini PI'
    Pernah juga masukkan dlm blog jadi entri.
    Bapak kakak suka tau:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..kak baru jumpa resepi ni kat fb...nampak sedap n mudah nk dibuat itu yg diongsikan kat sini...tq kakzakie.

      Delete
  3. Betul tu kak, klu rajin insyaALlah, semua boleh..")

    ReplyDelete
  4. nampak sedap...baru td makan cheesekut..dari biskut marie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheeskut guna biskut marie sedap tu...tq nohas.

      Delete
  5. Sedap-sedap.....nak kena cuba buat ni....tq akak...kongsi resepi dengan kami semua

    ReplyDelete
  6. cuba fida sedap n mudah ni...tq

    ReplyDelete
  7. kalau di sini disebutnya martabak asem manis, rasanya memang unik dan dapat menyegarkan mata yang mengantuk jika kita mengudap martabak krakers ini dong

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...sama dgn murtabak krakers ya...pandang pic saja dh tergiur kan...tq chilembu thea.

      Delete
  8. Boleh dicuba resipinya ni Kak Paridah.....sebagai hidangan istimewa hujung minggu :)

    ReplyDelete
  9. cubalah fidahsedap ni main2 masak kat dapur...tq fidah.

    ReplyDelete
  10. Lama sungguh kak PI saya tak makan ni.. dulu2 selalu juga... skrng ni susah sikit nk jumpalah.. raya tahun ni pun tak ada jumpa... mmg kena buatlah klu isteri ada waktu lapang.. santai2 makan sekeluarga.. uh syok.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEKE...SESEKALI NAK MAKAN TOLONG ISTERI MASAK KAT DAPUR YA DIK KHIR KHALID.

      Delete
  11. mudah...yg penting rajin semua jadi

    ReplyDelete
  12. Nmpk cam sedap je tp guna telo la plak... Agak2 ape yg blh digantikan dgn telo tu yer...

    ReplyDelete
  13. XNAK GUNA TELOR BOLEHGUNA BETTER TEPONG GANDUM KOT...TELOR TU UTK MEMBUNGKUS MURTABAK SAJA...TQ CIKNA.

    ReplyDelete
  14. Wah... biskut pun boleh jadi murtabak... menarik ni!

    ReplyDelete
  15. YA CUBALAH NORA...TQ NORA KARM.

    ReplyDelete
  16. NAmpak sedap nyaa. Tak perlu uli2 doh lagi pasni

    ReplyDelete
  17. da mcm lasagna plak sy tgk ;-)

    ReplyDelete
  18. hmm lagsana buat gini mudah juga...tq anies.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist