Kelapa sebatang tepi perigi
kudup mengkudu di ujung dahan
Kenapa datang kenapa pergi
menyimpul rindu tak kesudahan.
patah rusuk apa jadinya
riang ria hari ini
entah esok apa jadinya.
kayu jati dibuat alang
hendakku turut hati sedih
walang hati bukan kepalang.
Kudup ini kelopak tengah
belum penuh air tempayan
hidup ini baru setengah..
belum penuh seperti bulan
anak rerama sedang merayap
Inginku terbang seperti burung
apakan daya tidak bersayap.
Amboi..setiap pantun ade bunga,ada burung..hehe..saya xde idea nak buat entry ni..sj jalan2 dulu nnt idea adal tu..hehe
ReplyDeleteSalam ukhuwah
SALAM UKHWAH...TQ SUDI SINGGAH..NUR AMNI.
DeleteIndahnya bunga secantik bahasa ^-^
ReplyDeleteTQ ZUMAL BERPANTUN SUKA2.
DeleteKu sangka bunga rupanya lalang,
ReplyDeleteTernampak pula seekor biawak,
Terbang tinggi burung kenyalang,
Jom singgah ke negeri Sarawak.
hehehe
TUMBUH KELADI DI RUMPUN LALANG
DeleteDI TASIK KERUH AIR MEMBUAK
INGIN TINGGI BERSAMA KENYALANG
MENUMPANG TEDUH KASIH SARAWAK..
TQ EJULTZ INDAH SEKALI PANTUNNYA.
bahasa pantun yg pertama tu best
ReplyDeleteTQ JM ..ADA JUGA PANTUN YG MEMIKAT HATI.
DeleteJadi ingin juga jadinya ikut belajar buat pantun kak
ReplyDeletePANTUN TU BUDAYA KITA RAMAI YG TAHU SUSI...TQ.
ReplyDeleteBertambah seri pantun tu dgn adunan gambar2 bunga... :)
ReplyDeleteBUNGA DAN PANTUN KEDUA-DUANYA INDAH MENENANGKAN JIWA...TQ KHIR KHALID.
DeleteCantik sungguh bunga pujaan
ReplyDeleteKembang mekar di taman sana
Bunga raya bunga kebangsaan
Rupanya cantik pelbagai warna
BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN
ReplyDeleteCANTIK RUPA PELBAGAI WARNA
SALAM MERDEKA SAMA MERAYAKAN
SEMOGA NEGARA AMAN SEMPURNA..
TQ FIDAH.
ujung?
ReplyDeletehujung?