Thursday 25 June 2015

TIGA CARA MENGADUN BISKUT DENGAN MUDAH...

ASSALAMUALAIKUM...

RAMADAN SUDAH MASUK MINGGU KEDUA YA...SERONOKNYA DAPAT MELALUINYA TANPA MASALAH...ALHAMDULILLAH.... EMOSI PERLU DIKAWAL SEBAIKNYA TANPA MENGHAMBURNYA KEPADA SESIAPA TAK KIRA TEMPAT DAN DIMANA SEMOGA KITA TERLEPAS DENGAN UJIAN ALLAH SEBEGITU...ASTAGHFIRULLAH...INSYA ALLAH...

SELALUNYA DI MINGGU KEDUA PUASA KITA TIDAK TERFIKIR LAGI SOAL NAK BELEK BUKU RESEPI KUIH ATAU ANEKA SAJIAN RAYA....LAGIPUN LA NI MUDAH SAJA NAK INFO RESEPI APAPUN...CUMA GOOGLE SAJA...TAPI TIDAK SEMUA INFO BOLEH DIPEROLEHI DENGAN MENGGOOGLE SAJA.

DAN PI NAK KONGSIKAN PENGALAMAN PI DULU-DULU MENGADUN COOKIES/BISKUT RAYA....LA NI DAH BERSARA WAJIB HEH...HEH..

        1  -  MENGADUN CARA MARJERIN/MENTEGA DICAIRKAN TERLEBIH DULU SEBELUM DIMASUKAN TEPUNG DAN BAHAN-BAHAN LAIN.

2  -  MENGADUN CARA MARJERIN/MENTEGA DIPUTAR HINGGA LEMBUT DI DALAM MANGKUK ADUN SEBELUM DIMASUKAN TEPUNG DLL BAHAN.

3  -  MENGADUN CARA MEMASUKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT MARJERIN/BUTTER KEDALAM TEPUNG DAN MERAMAS PERLAHAN JADIKANNYA SERBUK ROTI KEMUDIAN BARU DITAMBAH SEDIKIT AIR ATAU TELOR UNTUK MENDOHKAN ADUNAN. KALAU NAK RASA MANIS CAMPURLAH GULA HALUS TIKA PROSES MENJADIKAN SERBUK ROTI TU...

BERBEZA CARA BERBEZA RASANYA....MUDAH KAN...


BISKUT ARAB.

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandung
(yang digoreng tanpa minyak hingga kekuningan)
kenapa perlu goreng ?
untuk memberi rasa ringan kepada biskut.
1 cawan gula kastor
(i nasihatkan uolls sukat 3/4 cawan.
bagi mengelakkan penyakit kencing manis)
1 cawan minyak sapi
1. satukan tepung gandum dengan gula kastor dan gaul sekata.
2. masukkan minyak sapi sikit demi sikit.
uli2 sampai jadi doh.
3. gentel bulat2 dan bakar dengan suhu 180C
selama lebih kurang 15 minit.
4. sejukkan dan golekkan dengan gula kastor.
5. simpan dalam bekas kedap udara atau boleh ngap terus.
* jika adunan terkeras tambah minyak sapi/butter.
*jika adunan terlembik tambah tepung gandum.
* biskut ini sedikit mengada2 (fragile).
so pastikan ia betul2 sejuk baru dialihkan dari dulang pembak



BISKUT CERIA.

Bahan2
1kg tepung gandum
400g minyak sapi
300g gula aising (ayak terlebih dahulu jika banyak ketulan gula kecil) --> kalau tak nak manis sangat, boleh kurangkan 
1/2 cawan kelapa parut kering --> nak letak lebih pun boleh
100g marjerin/mentega
Susu tepung
3 pewarna pilihan --> saya guna merah jambu, kuning dan hijau

Cara2:
1. Tepung gandum disangai (goreng tanpa minyak) terlebih dahulu di dalam kuali sehingga kesemua tepung panas dan bewarna sedikit keperangan atas api sederhana. Awas jangan sampai hangit! Matikan api. Tuang ke dalam bekas, dan ketepikan, biar sejuk seketika.
2. Kemudian, masukkan gula aising ke dalam tepung tadi dan gaul hingga sebati. Kemudian, masukkan kelapa parut kering. Gaul rata.
3. Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak. 
4. Kemudian bahagikan minyak sapi kepada 3 bahagian tepung tadi. Letak sedikit dahulu, dan uli hingga mendapatkan doh yang lembut. Sambil itu, masukkan pewarna berlainan di setiap 3 bahagian semasa menguli.
5. Sekiranya doh belum lembut, masukkan marjerin/mentega sedikit demi sedikit sehingga mendapatkan doh yang lembut dan mudah digentel menjadi doh bulat kecil. Minyak sapi yang saya ada tak cukup, pilihan terakhir cuma gunakan marjerin. Kalau anda masih ada baki minyak sapi, gunakan sahaja. Tak perlu marjerin/mentega.
6. Selepas itu, satukan ketiga-tiga bahagian tadi dan uli bersama agar warna kesemuanya bergabung dan hasilnya doh akan bewarna-warni. Kemudian, sapukan loyang pembakar dengan sedikit marjerin. Sapukan secara nipis sahaja.
7. Ambil sedikit adunan sebanyak 1 sudu teh (saya guna sudu khas untuk sukatan) dan bulatkan dengan tapak tangan. Semua doh akan nampak sama saiznya. Susun di atas loyang pembakar. Jarakkan susunan doh, sebab doh biskut akan mengembang bila dibakar.
8. Bakar pada suhu 160C-170C selama 15-20 minit. (Saya bakar selama 20 minit)
9. Bila dah masak, biarkan biskut suam-suam dahulu, kemudian golekkan dan salutkan dengan susu tepung. Simpan dalam bekas kedap udara.



Biskut Tutku
Bahan-bahan
1 biji telur 
2 sudu besar krim cecair
1 sudu besar tepung jagung
150 gr. marjerin (suhu bilik)
1/2 cawan serbuk gula
2.5 cawan tepung
Ekstrak vanila 1 sudu teh
1 paket serbuk penaik
1 secubit garam
Nutella (coklat)
Cara Membuat :
1. Campurkan telur, krim, garam, marjerin, tepung jagung, gula, vanila dan serbuk penaik, secara beransur-ansur.
2. Kita mendapat doh yang lembut, tetapi tidak melekat di telapak tangan anda.
3. Ambil "segumpal" kecil doh berkenaan. Tekan doh sehingga kepingan menjadi lebih kurang sebesar kacang walnut.
4. Letakkan 1 sudu kecil Nutella di tengah-tengah kepingan doh berkenaan dan teruskan dengan helaian doh yang lain. Bentuk biskut ini terpulang pada anda sendiri sama ada ingin mengikut bentuk seperti di dalam gambar di atas atau bentuk lain.
5. Untuk membakarnya, letakkan doh berinti coklat Nutella di atas dulang pembakar yang disapu sedikit minyak masak dan bakar ia dalam ketuhar pada suhu 170 darjah selama 15 ke 20 minit atau sehingga keperangan.


22 comments:

  1. wah dolu saya pun rajin buat kuih. Kuih arab tu senang n sedap je. Tart nenas wajib, biskut cornflake mesti ada. Kek coklat dan kek biasa pun selalu buat. Sekarang.... hahahahaha main tunjuk2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengallaman dulu2 ya notie...la ni sibuk sgtkan...main beli jer samalah kita...tq notie.

      Delete
  2. YELA NOTIE KAK PUN SAMA..LA NI MAIN TUNJUK2 JA...TQ NOTIE.

    ReplyDelete
  3. sy masih igt lg ms bdk2 dulu sy sanggup beraya umah kwn beberapa kali krn biskut arab yg mak dia buat... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah pengalaman yg akan buat anies tersenyum mengenangkannya...tq annies.

      Delete
  4. Wah.. sukanya biskut arab tuh..

    ReplyDelete
  5. Lain org lain style membuat doh biskut. Ikut ajelah mana satu yg rasa selesa kan PI
    Kakak tahun ini pun tak tahu lagi nak buat apa. Tunggu anak-anak dara kakak yg mulakan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela kakzakie ikut kesukaan masing2 jer.
      membuat kuih menjelang raya bersama anak2 mmg terasa keseronokan kita sekeluarga kan kakzakie...tq

      Delete
  6. salams kak, sedapnya suji....peberet:)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya...hehe
    Tengah pikir lagi ni..biskut apa nak buat untuk raya. Terima kasih tipsnya Kak Paridah

    ReplyDelete
  8. Sekarang dekat luar banyak aje yang menjual biskut pilih dan sediakan duit aje.

    Rasanya nak buatlah biskut arab tu hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah jer biskut arab tu...cubalah zai...tq

      Delete
  9. Rasa macam nak buat kuih raya juga laa...

    ReplyDelete
  10. sedap nye..memg feberet kuih suji.. cair dimulut kan.. Yoorin blogwalking kat sini.
    Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sedap tu..
      tq yorin melacolea undangannya nanti kak try.

      Delete
  11. Dah mula terasa mood raya tengok kuih2 nie.. :)

    ReplyDelete
  12. mood raya semakinmeningkat hari demi hari kan...tq khir khalid.

    ReplyDelete
  13. Bila baca entri ni teringat dekat masa menghafal resepi untuk PT3 bersama kawan baik yang dh pindah sekolah :')

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist